“Ilham,”
sapa satu suara yang amat dikenali Ilham.
“Ya
umi,” jawabnya.
Puan
Rahimah tersenyum melihat anaknya itu. Meskipun Ilham bukanlah anak kandungnya,
namun kasih dan sayangnya tetap sama seperti dulu.
“Ilham
tak pergi kerja ke hari ni? Ilham demam ya?” Puan Rahimah meletakkan belakang
tangannya di dahi Ilham untuk mengesan sama ada anaknya itu demam atau tidak.
“Tak
lah ibu. Jadual Ilham kosong pagi ni. Cuma petang nanti baru ada.”
“Oh,
baguslah macam tu. Tengah hari nanti boleh Ilham makan di sini. Sudah lama kita
tak makan sama-sama. Ajak sekali mama dan papa Ilham,” kata Puan Rahimah sambil
meletakkan tapak tangannya di bahu Ilham. Dia tidak mahu Ilham merasa terbeban
dengan semua ini. Walaupun perkara ini sudah 3 tahun berlalu, namun dia yakin,
Ilham masih terkenangkan hal itu.
Ilham
pula hanya terdiam. Dia takut ibunya masih kecil hati apabila mengetahui yang
dia bukanlah anak kandung ibunya.
“Tak
apa ke umi?”
“Apa
pula tak bolehnya. Itukan mama dan papa kandung Ilham. Umi tak kisah. Mereka
berhak dapatkan Ilham,” ujar Puan Rahimah. Ada getar sendu di balik kata-kata
itu.
“Tak
apalah umi. Kita makan berdua saja hari ni. Nanti esok atau lusa bila Ilham free, Ilham pergi rumah sana pula ya
umi?” pujuk Ilham.
Dia tahu uminya itu bersedih. Dia tidak mahu
melihat kesedihan uminya. Sejak dia sudah bekerjaya sekarang, mereka tidak lagi
tinggal di rumah agam itu. Mujur sahaja mama dan papanya bersetuju meskipun
pada mulanya mereka tidak mahu.
“Eh,
mana boleh macam tu. Mama Ilham tetap mama kandung. Dia yang lahirkan Ilham.
Sekali sekala kena ajak mama Ilham datang makan di sini. Atau Ilham makan di
rumah sana. Barulah dia tidak kecil hati. Boleh kan Ilham?” Puan Rahimah
memujuk Ilham. Dia tidak mahu dituduh sebagai penghalang antara hubungan anak dan
ibu kandung.
“Baiklah
umi. Nanti Ilham call mama dan papa,”
Ilham menguntum senyum. Tidak sanggup rasa hatinya hendak melawan apatah lagi
membantah kata-kata uminya ini.
“Ilham
nak makan apa hari ni? Umi masakkan.”
“Erm..”
Ilham melurut-lurut dagunya. Memikirkan jawapan yang yang mengikut kehendak dan
citarasanya.
“Dari
tadi ermmm..ermmm.. Cakap lah anak oi...” Puan Rahimah tersenyum gembira
melihat gaya anaknya. Terserlah lesung pipit yang dimiliki Ilham.
“Daging
salai masak lomak cili api!!!” Ilham
separa menjerit dengan dialek Negeri Sembilan yang dibuat-buat sendiri.
“Umi
dah agak dah. Tu kan lauk kesukaan Ilham. Nanti umi buatkan ya. Ilham tolong
pergi belikan daging salai. Kalau dapat lah. Kalau tak dapat, kena cari juga
dekat tepi jalan nak ke Kuala Pilah tu,” seloroh Puan Rahimah. Takkanlah nak
dibiarkan Ilham mencari daging salai sampai ke Kuala Pilah. Pasti ada di pasar.
Kalau tidak, dia sendiri boleh menyalai daging itu.
“Ha?
Biar betul umi? Umi tahu kan Ilham sekarang dah tak boleh pergi pasar,” kata
Ilham dengan nada memujuk. Mana boleh dia pergi pasar sekarang. Bahaya!
“Oh
lupa pula umi. Umi saja jer. Tak apa. Nanti kita minta tolong Pak Brahim
belikan ya. Lepas tu boleh umi dan Mak Timah masak sama-sama,” cadang Puan
Rahimah. Pak Brahim dan Mak Timah merupakan pasangan suami isteri yang tinggal
dan bekerja di rumah mereka. Meskipun dia tidak perlukan semua itu. Tapi Ilham
juga yang berkeras. Kononnya dapat membantunya di rumah. Lagipun dia dah biasa
dengan semua itu. Mungkin Ilham tidak mahu menyusahkannya lagi.
“Baik
Mem!” Ilham meletakkan tangannya di
dahi dengan lagak memberi tabik hormat.
“Ada-ada
saja anak umi ni. Kan bagus kalau Afnan macam ni juga,” sekali lagi Puan
Rahimah terkenangkan Afnan. Hatinya acapkali luruh nama itu meniti di bibirnya.
Dia tidak pernah menyalahkan Afnan. Malah, dia memahami perasaan Afnan yang
masih terkejut dengan kenyataan yang diterima.
“Umi.
Sudah-sudahlah sebut namanya umi. Nanti umi juga yang sedih. Sudah ya umi ya.
Ilham kan ada. Walaupun Ilham bukan anak kandung umi, tapi Ilham tetap sayang
umi. Umi jangan sedih ya?” pujuk Ilham. Dipegangnya bahu uminya itu dari
belakang. Mengusap lembut bahu wanita awal 50-an itu.
Puan
Rahimah tersenyum dengan perlakuan Ilham. Dia tahu Ilham tidak akan pernah
berhenti menyayanginya.
“Ya
Allah, kau lembutkanlah hati Afnan. Semoga hatinya terbuka menerimaku sebagai
ibu kandungnya Ya Allah. Amin,” doa Puan Rahimah di dalam hati.
Sudah
lama Irish tidak kembali ke pejabatnya ini. Sejak dia ditawarkan ke FunKids
yang berpusat di Seoul Korea, sejak itulah dia mula berkhidmat di sana. Memang
betul kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Jujur Irish merasakan yang dia tidak betah berlama di sana. Di sini juga dia
lebih selesa. Alhamdulillah kini dia mula berkhidmat semula.
“Welcome Irish! Wah, makin cantiklah
awak. Lepas ni boleh ajar saya bertudung macam ni. Even lilit-lilit tapi tetap menutup dada. Jangan tercekik sudah,”
puji Puan Zulaikha. Sejuk hatinya melihat Irish sekarang. Puji-puji pun sempat
juga nak buat lawak. Ada pula lilit-lilit sampai tercekik. Merepek jer orang
tua ni.
“Alhamdulillah
puan. Boleh jer. Nanti saya buat kelas ya. Kalau nak yang jenis tercekik pun
saya boleh ajarkan,” giliran Irish pula membalas seloroh Puan Zulaikha.
“Boleh,
boleh. Sebut saja yuran berapa! Saya tolak dari gaji awak,” makin ligat pula
mereka bergurau senda.
“So how, macam mana kerja di sana?
Seronok? Saya tengok rekaan terbaru mainan untuk bayi yang awak reka tu
mendapat sambutan. Penuh dengan ciri-ciri keselamatan.”
“Alhamdulillah
puan. Semuanya okay. Tapi saya lagi suka kerja di sini. Tu yang saya minta
tukar tu.”
“Awak
okay? Saya dengar cerita fasal ayah awak. Takziah Irish.”
“Semua
okay puan. Kita sebagai manusia tak mampu nak menghalang kuasa-Nya. Tu juga
merupakan salah satu sebab saya balik ke Malaysia.”
“Saya
pun suka bila awak kembali kerja di sini semula. Bakat awak memang terserlah
lepas awak grad dulu. Baru umur 25
masa tu, rekaan awak terus mendapat perhatian dari ibu pejabat di Korea. Tu
yang mereka tawarkan awak kerja di sana. Okaylah Irish. Awak duduk-duduk dulu.
Rasanya awak dah tahu kan selok-belok kerja awak. Tapi sebab awak dah jadi senior sekarang, ada lain sikit. Nanti
awak boleh bekerjasama dengan Dahlia. Dia pun seangkatan dengan awak,” ujar
Puan Zulaikha dengan panjang berjela.
“Baik
puan. Don`t worry. Terima kasih,”
ujar Irish.
Dia
memerhati sekitar ruang biliknya ini setelah Puan Zulaikha keluar. Jawatan baru
yang digalasnya kini perlu dipegang sebaik mungkin. Walaupun ibu dan arwah abahnya
dulu lebih gemarkan dia membantu di syarikat ataupun di kolej milik keluarga
mereka, namun dia berkeras tidak mahu. Dia lebih gemar berdikari. Bila sudah
tiba masanya, baru lah dia akan berjinak-jinak dalam perniagaan keluarganya
itu.
Tangan
Irish ligat mencari nombor telefon Zulin. Tiba-tiba rindu pula dia dengan
rakannya karibnya itu. Entah apa jadi dekat rakan karibnya itu kan? Kali ni dia
nak call Zulin guna telefon pejabat.
Sebab ada agenda lain yang dia nak laksanakan masa bertemu dengan rakan baiknya
itu. Sudah lama tak main usik mengusik. Dia jadi teruja kini. Irish kemudian mendail nombor telefon Zulin
dan mengajak mereka bertemu di tempat biasa.
Seperti
biasa, Baskin Robbin ini pasti menjadi pilihan Irish jika hendak berjuma dengan
Zulin. Mereka lebih gemar bahasakan kedai kegemaran ini sebagai Pak Cik Robbin.
Entah apa tujuannya, mungkin sekadar suka-suka.
Kali
ini merupakan kali pertama mereka bersua muka setelah hampir 3 tahun Irish
menghilangkan diri. Apa agaknya keadaan Zulin dan Irish sekarang kan? Masih
macam dulu ke? Irish menunggu dengan rasa tidak sabar.
Zulin
menapak masuk ke pintu utama kedai itu. Dicari-carinya kelibat Irish. Namun dia
tidak jumpa. Dari jauh, ada mata yang sedang tersenyum sambil memerhati tingkah
laku Zulin. Ayuh jalankan misi! Pantas dicapainya Samsung Galaxy Note S3 di
sisinya dan mula mendail.
“Makhluk
mana pula yang telefon waktu macam ni. Tengok tu, nombor tak kenal. Argh, malas
nak layan,” Zulin menekan butang merah di skrin telefonnya.
Sudah
menjadi kebiasaannya untuk tidak menjawab sebarang panggilan yang tidak
dikenali. Telefon yang sekali lagi berdering tidak diendahkan. Nombor yang
tidak dikenali juga masih menelefonnya. Zulin hanya membiarkan. Yang penting
dia mahu bersua muka dengan Irish dahulu. Nombor yang tidak dikenali dibiarkan
menjerit tak henti-henti. Dia hanya membiarkan dengan pandangan sepi.
Tiba-tiba
kedengaran bunyi sistem pesanan ringkas dari telefon bimbitnya. Pantas Zulin
membuka peti simpanan mesej tersebut. Pasti Irish, telahnya.
Awak jangan nak
lari dari saya. Kalau betul-betul anak perempuan, angkat call saya!!!!
Zulin
membuat muka pelik. Anak perempuan? Geram, marah, takut, bercampur baur dalam
dirinya. Semua berhimpun menjadi satu. Dia jadi tidak menentu. Tak boleh jadi
ni. Geram betul rasa hatinya! Nombor yang sedari tadi menelefonnya kembali
tertera di layar skrin telefon bimbitnya.
Dengan
pantas Zulin mengangkat panggilan itu.
“Hei,
kau siapa?! Jangan kacau hidup aku boleh tak!!!” Zulin sudah mula menyinga.
Geram sungguh dia dengan mesej tu. Rasa nak campak jer telefon bimbit pemberian
kekasihnya Razif ini.
Apa
yang membuatkan Zulin lebih geram, suara di hujung sana tergelak sakan
mentertawakannya. Lagi menambakan bara di dalam hatinya. Eh, tapi, macam dia
pernah dengar gelak tawa seperti ni.
“Sampai
hati you lupakan I kan?”Ujar suara
yang sememangnya dikenali Zulin.
“Irish?
Irish ker?” Soal Zulin dengan teruja. Dia kenal sungguh dengan gelak mengilai
seperti itu.
“Yalah
cik kak oi! Aku kat meja hujung belakang kau ni,” ujar Irish dengan ketawa yang
masih bersisa.
Sepantas kilat Zulin menoleh. Mencari-cari
kelibat Irish. Tergamam dia bila melihat Irish sudah bertudung. Nampak lebih
anggun dan matang. Terus kakinya melangkah laju ke meja Irish.
“Zulin!”
Irish mendepakan tangannya hendak memeluk Zulin. Namun apa yang dia dapat hanya
cubitan berbisa dari rakan karibnya.
“Sakitlah
pompuan!” Irish mendesah sambil
mengosok-gosok tangannya.
“Tahu
pun kau! Nak main-main dengan aku. Gelabah tau aku! Lepas tu boleh pula
hilangkan diri macam tu. Lepas 3 tahun baru nak muncul. Apa kes?” Soal Zulin
bertubi-tubi. Geram dihati menjadi-jadi. Boleh pula Irish mahu main-main kan
dia seperti tadi. Dah lah main hilang macam tu jer. Alih-alih muncul balik.
“Ala,
sorry lah beb. Aku gurau jer. Kau tahu kan sebab apa aku buat macam tu. Dah,
dah. Jangan banyak cakap. Jom kita ambil aiskrim dulu. Dah lama tak makan ais
krim ni. Aku belanja okay,” pujuk Irish. Mereka berdua beriringan ke kaunter
untuk memilih aiskrim kegemaran mereka.
Semestinya
Irish memilih menu wajibnya iaitu
Chocolate Dipped Waffle with
Butterscotch Almond. Zulin pula tekaknya tiba-tiba terasa nak makan pisang.
Jadi, dia memilih Banana Split with
Dipping Chocolate Topping. Memang menyelerakan! Setelah membuat pilihan dan
mendapatkan ais krim kegemaran mereka, kedua-duanya kembali ke tempat duduk
tadi.
“Irish!
Aku suka tengok kau bertudung macam ni. Cantik sangat!” Puji Zulin ikhlas.
Memang ini yang dia harapkan agar rakan baiknya ini bertudung.
“Yalah
tu. Cantik ke camtaik?” Boleh pula
dibuat lawak dengan perkataan tu.
“Camtaik apa pula. Cantik. Kau ni
tengah-tengah makan pun boleh sebut benda alah tu kan. Aku letak betul-betul
jadi topping baru tahu. Nak?” Geram
betul dia dengan Irish. Tak senonoh. Perangai masih macam dulu.
“Ala,
gurau jer. Sorry lah. By the way, alhamdulillah. Kan aku
pernah beritahu kau dulu memang aku nak bertudung. Kau pun apa kurangnya.
Cantik fesyen tudung kau yang lilit ni. Nanti kau ajar aku yer fesyen baru
macam ni?” pinta Irish. Rasa tak sabar pula hendak belajar.
Kadang-kadang
dia pelik dengan fesyen tudung sekarang. Nampak cantik, tapi rata-ratanya tak
menutup dada. Kan berdosa tu. Ada pula tu yang berbonggol seperti unta di
belakang kepala. Bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda, bahawa wanita yang
kepala berbonggol seperti unta tidak akan masuk bahkan mencium bau syurga?
Nauzubillahminzalik.
“Boleh!
Nanti aku ajar kau special lilit
punya,” balas Zulin.
“Macam
mana? Cuba cerita sikit.” Irish sudah tidak sabar. Tengah-tengah makan aiskrim
pun boleh pula dia sungguh-sungguh nak tanya.
“Senang
jer. Kau lilit kepala kau sampai dagu, lepas tu ikat kat atas kepala. Siap!
Boleh digayakan tak kira masa. Lagi sesuai jika guna shawl putih,” terang Zulin
dengan bersungguh-sungguh. Dalam hatinya sudah mengekek ketawa. Bukankah itu
cara nak pakai style bungkus mayat?
“Aduh!”
Zulin mengaduh.
Tanpa
semena-mena dia dicubit oleh Irish. Boleh pula buat lawak macam tu kat sini.
“Itu
pocong ngeng! Aku pernah baca dalam
satu blog. Tergelak aku baca!”
“Kau
tahu juga ker? Ingatkan tak tahu,” dia fikir bahawa Irish tidak tahu menahu
tentang kewujudan blog tu.
“Tahu
lah. Ingat aku ni kolot sangat,” kata Irish. Dia sendiri pun dapat tahu tentang
teknik melilit tudung itu dari blog yang diberitahu Zulin tadi. Kecoh juga
dahulu tentang blog tu. Siap dapat email bagai fasal fesyen tersebut.
Mereka
terdiam. Masing-masing mula menikmati ais krim yang dipesan tadi. Sungguh
sedap! Dengan limpahan coklat, memang membangkitkan selera sesiapa saja yang
merasa. Terutamanya Zulin. Nampak berselera menikmati Banana Split. Tak pandang
kiri kanan langsung. Laju saja dinikmatinya.
“Zulin,”
perlahan-lahan Irish menyusun kata.
“Ha,
kenapa? Nak buang air? Tu pun nak cakap?”
“Bukanlah!
Erm...” Irish masih lagi berhati-hati menyusun kata.
“Bukan
apa? Dah pandai nak main cakap perlahan-lahan sekarang. Cakap jer lah.”
“Ilham.
Apa dia buat sekarang ya?” Terasa lega dirinya
apabila berjaya meluahkan soalan yang menyesakkan hatinya tadi.
“Entah.
Tu kan laki kau. Mana aku tahu,” ringkas Zulin menutur kata-katanya.
“Ala,
kau takkan tak tahu langsung fasal dia? Kau tahu kan hubungan aku macam mana
dengan dia?”
“Ish..Kau
ni biar betul tak tahu langsung fasal laki kau tu?” Zulin dihurung pelik.
“Tahu
apa pula? Macam mana aku nak tahu, jumpa dia pun tak lagi,” jujur Irish
berkata. Memang dia tidak jumpa langsung Ilham sejak tiba di Malaysia. Apatah
lagi berita tentang lelaki itu. Langsung tidak diketahuinya.
“Dia
sekarang ada di mana-mana. Kau turun airport
hari tu, tak nampak langsung dia?”
“Eh,
dia ada di mana-mana? Dia ada kat airport?
Apa ni? Aku tak fahamlah!” Geram betul
dengan Zulin yang serupa nak cakap, serupa tidak. Main-main pula minah
ni!
“Sah!
Kau mesti jalan menonong tak pandang kiri kanan masa turun dari airport kan?
Kata-kata
Zulin dibalas dengan anggukan.
“Sekejap
yer,” ujar Zulin. Matanya mengitari sekitar kawasan Alamanda Putrajaya itu.
Matanya mencari-cari sesuatu.
“Kau
cari apa Zu?”
“Ha,
tu! Kau nampak tu?” Zulin menarik kepala Irish dan menunjukkan sesuatu kepada
rakan karibnya itu. Biar terang biji mata Irish melihat gambar suaminya
terpampang di merata-rata.
“Ha?!"
Tergamam
wanita itu bila melihat wajah Ilham Aizat menghiasi poster dan iklan di salah
sebuah butik pakaian mewah yang ada di situ. Wajah kacak yang tidak lagi
bercermin mata. Biar betul?
28 comments:
pendek.. tapi ok la dari xde..hehe..
bila agaknye diorg nak jumpa balik erk..
Makin seronak ya dah lama x baca.....
Carl Laksamana..
hehe... bila mereka jumpa? tunggu minggu next episod... huhu.. thanks sudi baca :)
Ibu Aura..
alhamdulillah..thanks sudi baca :)
best...ape reaksi dorg klu jmpe ye....dorg tu suka sama sukakn...MISS Z
Anonymous @ Miss Z..
hehe..alhamdulillah... reaksi mereka? hurm..entah apa agaknya yg jd kan? tunggu next episode yer..btw, thanks sudi baca :)
Err, Ilham jadi artis ke? lost kejap.. tak dapat tangkap. heheh
Ixora Riana...
hehe..jadi artis ke tak? tunggu next episode untuk confirmation.. thanks sudi baca :)
Bila diorang nak jumpa tak sabar nak tunggu sambungannya bagi cepat sikit
Bila diorang nak jumpa tak sabar nak tunggu sambungannya bagi cepat sikit
Anonymous..
hehe..in syaa Allah next week.. tapi ada sesuatu berlaku kat Ilham.. tunggu next episode ya..thanks sudi baca :)
'tapi ada sesuatu berlaku kat Ilham'
Ayat ni buat sy rasa makin trasa ingin thu lah >_< ..
#Update cepat sikit ehh ..
~ Aifa Anies
Anonymous @ Aifa Anies..
hehe... in syaa Allah next week.. thanks ya.. huhu :)
novel dye ada x?? nk belii!!!
best cter nii... :)
syafiqah
Syafiqah..
blom ada lagi..doakan agar dpt diterbitkan yer..Amin..thanks sudi baca :)
best jugak cerita ni ;-) harus la nak tau next chapter kannnn...
Ferra Leza..
hehe..Alhamdulillah..thanks sudi baca :)
X sabaq nk tau....apa jd kt depa?
next en3...pls????? ( siap kelip2 mata ) hehehe :D
Ishan Jamiri...
hehe..in syaa Allah nnti menyusul next week.. tunggu yer...ada sesuatu terjadi.. huhu..btw, thanks sudi baca :)
Best...xsabar nak tggu next eps..xsabar nak tau apa jdi kat ilham..
Mawar Ungu...
Alhamdulillah..thanks..tunggu ya next episode.. huhu :)
terbaik..setiap hari bukak nak tengok ade ke x new en3
Anonymous..
Ya Allah..terharunya..terima kasih.. in syaa Allah next week muncul new entry..thanks ya :)
Betul2..selalu jaa tgok klau ada new chap!! =D
kalau dah ada buku inform cepat2
~nur aleeya`
Anonymous..
hehe,.,Alhamdulillah... thanks :)
Nur Aleeya..
Amin..moga2.. In syaa Allah..thanks ya :)
Lucky Club Casino Site - Get Lucky Club Casino's Latest Tips
With Lucky Club, new members can enjoy the casino's most luckyclub exciting games and a wide variety of free spins promotions on a huge variety of games.
Post a Comment