Friday 24 January 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 6



Hari ini merupakan hari kedua mereka di sini. Malam ini juga lah merupakan malam terakhir mereka. Tapi sebelum mereka tidur malam ni, mereka perlu menjalani aktiviti Night Walk. Aktiviti yang paling ditakuti Irish. Sudah dipujuknya Zulin agar membatalkan sahaja aktiviti tu. Tapi disebabkan aktiviti ni merupakan kegemaran ramai, maka tak boleh diturutkannya kehendak Irish.

“Haris, kau partner dengan aku ya?” Afnan yang rimas dengan kegedikan Damia dan Rina, mula berjalan ke arah Irish. Setakat ni dirasakannya Irish lah teman rapatnya di kampus. Jadualnya sebagai artis yang padat menyukarkannya berkawan di kampus. Dia terkawan dengan Irish tu pun sebab dia selamatkan Irish fasal kes gincu hari tu. Kalau tak, tak ada lah kawan dia. Takkan nak kawan dengan Ilham pula. Bukan standard nak kawan dengan anak pembantu rumah katanya.

“Maaflah Afnan. Aku dah janji dengan Ilham lah.”
“Ala, kau kan dah satu khemah dengan dia. Kali ni kau jadilah partner aku”
Sorry lah bro. Aku dah janji. Tak sedap hati pula nak batalkan.” 

Memang hati Irish ni meronta-ronta nak satu partner dengan Afnan. Memang tu pun yang diidamkannya. Rasa nak menari macam Wonder Pets jer! Eh, salah, Wonder Pets nak buat apa. Wonder Girl lah. Tapi nak buat macam mana, dia bukan jenis yang memungkiri janji. Sekali dia berjanji, dia pasti tunaikan.

“Dengan budak miskin tu pun kau nak jadi kawan ke? Come on lah.”
Kali ni Irish rasa tak sedap hati dengan perangai Afnan. Suka betul lelaki itu merendah-rendahkan orang. Afnan yang dia kenal tak macam ni.
“Agak-agak lah bro. Kawan kita lah tu. Tak elok cakap orang macam tu. Lagipun kau kena ingat, kita bukan selalu berada di atas,” kata Irish. Kali ni dia tidak kira, artis ke, make up artist ke, hatta mak cik artis sekalipun, yang penting kalau salah, tetap salah. Memang harus disembur!

“Kau pergi lah partner dengan Hani. Kesian dia duduk seorang diri tadi,” sambung Irish sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah seorang gadis muda yang bercermin mata bingkai besar dengan tocang di kepala.
“Yalah, aku tahu aku dah di bawah sekarang. Okay lah bro. Thanks for your advice. Aku geng dengan Hani lah.”
“Alamak, dia merajuk dengan aku ke? Aduh mulut ni, kan dah dia merajuk. Macam mana ni? Macam mana dengan agenda kau nak pujuk dia menyanyi balik?” Irish mengomel sambil menampar-nampar mulutnya.

“Tak payahlah kau nak tampar mulut tu,” kata Ilham sambil tersenyum melihat kelakuan Irish yang menampar-nampar mulut sendiri.
“Eh, tak perasan pula kau ada kat sini. Dah lama ke?”
“Terima kasih Haris.”
For what?”
“Yalah, sebab kau sudi jadi partner aku. Aku tak kisah pun sebenarnya kalau kau nak partner dengan Afnan.”
“Tak apa lah. Lagipun aku bukan jenis yang suka mungkir janji. Aku dah janji dengan kau dulu kan?”  

Tiba-tiba Irish merasakan dirinya macam diva lah pula. Sampai Afnan yang famous tu pun dia boleh reject jadi partner. Mulalah Irish meletakkan tangan di dada dan mata dikelip-kelipkan. Tak sedar Ilham duk perhati dia.
“ Yang kau ni dah kenapa? Siap kelip-kelip mata.”
“Tak ada apa-apa. Dah jom gerak. Dia orang tengah berbaris tu.” Gelabah betul Irish bila Ilham nampak dia membuat gaya menggedik tadi. Adoyai!



“Aduh, mengada-ngada betullah Cik Zulin dengan Encik Haikal ni. Boleh pula dia suruh kita cari bongkah kayu. Satu partner satu. Lepas tu sampai site camp, terus cantum dengan partner lain. Mengada sangat!” Tak puas hati betul Irish dengan Zulin. Siap boleh main sorok-sorok benda tengah-tengah malam dalam hutan ni. Kerja gila lah!

“Ha`ah. Aku pun pelik. Sejak bila mereka sorokkan bongkah kayu tu semua.”
“Entahlah Ilham. Yang aku hairan tu. Siap kena cantum bagai. Selagi tak lengkap, selagi tu tak boleh tidur di khemah. Kalau orang lain sesat macam mana? Kita yang jadi mangsa kena tunggu. Menyusahkanlah!”

“Kalau kita yang sesat?” Ilham bergurau. Tapi Irish langsung tidak menganggap itu sebagai gurauan.
“Mulut kau. Aku sumbat dengan tahi lembu nak?! Celupar kan?”
“Hahaha. Aku gurau jer lah. Dah jom. Boleh jumpa punya. Nasib baik benda alah tu ditanda dengan kain putih. Lepas tu sepanjang track ni jer pun. Tak sesatlah. Confirm,” bersungguh-sungguh Ilham meyakinkan Irish.

“Ni lagi satu. Boleh pula ambil kain putih jadi tanda. Buatnya kain putih lain yang muncul. Tak ke naya?” Irish semakin geram kali ni. Boleh pula main-main dengan kain putih. Dalam hutan pula tu. Yang paling penting waktu malam. Diulang, waktu malam!

Langkah mereka dibuka dengan berhati-hati. Segala gerak geri dilakukan dengan teliti. Tidak mahu sebarang musibah menimpa diri. Irish memegang tangan Ilham, namun lelaki itu segera menariknya. Irish terasa pelik dengan kelakuan itu, seolah-olah Ilham menggapnya wanita. Dia tahu Ilham jenis lelaki yang sentiasa menjaga batas pergaulannya. Adakah Ilham sudah mengetahui rahsianya? Dia tidak mahu memikirkan hal itu sekarang. Apa yang penting, dia mahu mereka segera keluar dari hutan gelap ini. 

Mata Irish kemudiannya memandang lampu suluh yang dipegang Ilham. Lampu yang sekejap malam dan sekejap terang itu ibarat hidup segan mati tak mahu. Bunyi-bunyi cengkerik dari arah yang tidak diketahui menambah debar dalam hati Irish. Bunyi anjing yang sayup kedengaran membuatkan Irish semakin gelabah. Mulutnya kumat-kamin mengucap syahadah. Tidak dilupa juga doa untuk ditadah agar mereka sentiasa dilindungi Allah S.W.T.

“Eh, tu..tu..” Ilham menghalakan jari telunjuknya ke arah kain putih di sebatang perdu pohon.
Irish menghalakan matanya ke arah yang ditunjuk Ilham.
“Tu apa. Kau jangan macam-macam Ilham.”
“Tu kain putih!”
“Ma..ma..mana? Takutlah Ilham. Aku rasa pontianak lah tu. Lain macam jer kain putih tu?”
“Mulut kau pun memang nak kena cabai kan? Ikut jer lah. Aku rasa tu tanda untuk bongkah kayu tu. Cepatlah pergi sebelum Afnan dengan Hani yang dekat belakang tu nampak. Jom..jom.” Ilham menarik lengang  Irish yang berlapik baju lengang panjang ke arah kain putih itu.

“Ish, tak payah pegang tangan aku boleh tak?” Irish berasa rimas.
Langkah diatur semakin panjang. Menimbulkan pelik di dada Irish. Semakin lama mereka jalan, terasa semakin jauh. Gelap pula tu. Hilang sudah bias-bias cahaya lampu dari site camp tadi. Kain putih tu pula sedari tadi dilihatnya statik, namun mereka masih tidak sampai-sampai lagi. Irish sudah mula ketakutan.

“Ilham..Ilham...”
Tiada sebarang jawapan dari Ilham. Biar betul?
“Ilham..kau jangan buat aku takut”
Masih senyap.
“Ilham!” Suara Irish lebih kuat dari tadi.
“Ya..aku dengar. Kau ingat aku jelmaan ke?!” Ilham yang cuba bertenang menjadi geram bila Irish terus-terusan memanggil-manggil namanya ketika mindanya sedang ligat memproses apa yang berlaku.

“Be..be..betul ke jalan kita ni Ilham. Dari tadi kita tak sampai-sampai kat kain putih tu.”
“Kejap lagi sampailah. Mungkin kain tu bergerak ditiup angin.”
“Angin mana pula. Tak rasa pun.”
“Kau jangan banyak tanya boleh tak?! Ikut jer lah!!!” Ilham meninggikan suaranya. Geram dengan Irish yang banyak soal. Tersentak Irish dibuatnya. Saat itu juga air mata mengalir di tubir mata Irish. Sudahlah dia berasa takut, ditambah pula dengan jerkahan Ilham. Menyesal pula partner dengan Ilham. Hatinya merungut.

“Il..Il..Ilham..”
“Apa?!” Ilham pantas menoleh.
“Te..te..tengok tu.” Riak wajah Irish menggambarkan sesuatu yang tidak enak.
“Apa?” soal Ilham namun masih belum menoleh.

Irish hendak menuturkan sesuatu namun dirasakan sesuatu melekat di kerongkong. Hanya jari telunjuknya memainkan peranan. Itu pun dalam keadaan kaku dia cuba gagahkan diri. Ilham yang melihat Irish dalam keadaan takut sebegitu  pantas menoleh ke arah yang ditunjukkan Irish.
Dirinya kini resah. Peluh di dahu mencurah-curah. Jantung berdegup kencang tak sudah. Tanpa semena-semena...”

“Lari Haris Lari! Cepat..cepat!”
Mereka berdua membuka langkah sehabis daya. Selaju mungkin cuba dikerah juga.
“Argh!!!!”
Mereka sama-sama menjerit.
“Haris!!!!”

7 comments:

Anonymous said...

Yeah! Akhirnye.. Ade bab baru.. Fuhh..suspen ape yg ilham ngn irish nampak tuu...

-new reader-

Anonymous said...

akhirnya.. ada episod bru.. cpt smbung pls,, apa la yg jd kat diorg ni? umm..

Unknown said...

Anonymous New Reader..

Thanks sebab sudi baca..Hehehe..Tunggu episod akan dtg..akan diupload nnti..In syaa Allah :)

Unknown said...

Anonymous..

Alhamdulilah dpt upload episod baru..thanks sudi baca.. apa yg jadi? tunggu yer..huhu :)

Asha Ronaldo said...

best sgt! bila dibukukan?

Unknown said...

Asha Ronaldo...

Ada rezeki, In shaa Allah..tlg doakan yer..Amin :)

p/s: thanks sudi baca :)

eifa said...

Mende yg depa nampak tu?