Wednesday 2 April 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 13


Untuk kepuasan berganda, bacalah bab ini sambil mendengar lagu Kau Ilhamku oleh Man Bai..


“Ma..maksud kau dia model ker?” Rasa terkejut Irish masih tidak hilang lagi. Teringat pula ketika dia bertanyakan Ilham tentang minat lelaki itu terhadap dunia permodelan. Ilham memang mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi model. Namun persoalan itu dibalas tidak oleh Ilham suatu ketika dahulu.

“Mungkin sekarang dia dah minat nak jadi model kot,” bisik hati Irish.
“Dia penyanyilah cik kak oi. Penyanyi!”
 Irish terpana.
“Ya Allah! Aku serius tak tahu Zulin.”

“Bila dah famous, banyaklah syarikat ambil dia jadi duta produk. Yalah, pakej lengkap. Muka ada, badan lawa, suara lunak. Poster dia jadi duta tu, duta ni, bersepah-sepah sekarang. Tu lah aku pelik yang kau boleh tak tahu menahu fasal dia. Iklan kat TV tu, jangan cakap lah. Melambak! Rasanya kat KLIA tu, banyak jer muka dia terpampang,” kata Zulin dengan teranggguk-angguk.
Mata Irish terbuka besar mendengar cerita Zulin.

“Lagi satu...” kali ni Zulin mematikan kata-katanya. Irish dilanda rasa kurang enak. Hatinya meronta-ronta inginkan jawapan. Dia tidak suka bila Zulin sedang berjeda.
“Lagi satu apa?” Soal Irish dengan tidak sabar.
“Ramai gegirl minat dekat dia tau. Hadek-hadek pun sama!” Zulin berkata sambil membuat gaya tangan ala-ala lelaki lembut.
“Huh, aku ingatkan apa,” tutur Irish dengan sedikit lega. Nasib baik dia tak fikir yang bukan-bukan tadi.
“Kau tak cemburu langsung?” soal Zulin.
Dia menyambung lagi.

“Hebatlah kalau kau ni tak cemburu langsung. Ilham tu kan suami kau.”
“Eh, tapi Irish ni cinta ker dengan Ilham? Kalau cinta, kenapa dia larikan diri dulu?” bisik hati Zulin. Namun tidak disuarakan.
“Nak cemburu apa pula? Tak ada makna aku nak cemburu-cemburu ni,” begitu yakin Irish berkata. Mahu menyembunyikan rasa hatinya daripada Zulin.
“Yalah, dia kan laki kau. Kalau aku, memang cemburu tau.”
“Tu kau. Aku dengan dia kahwin pun kahwin koboi. Aku tak rasa lah dia suka dengan perkahwinan ni. Silap-silap...” Irish terhenti. Dia tidak sanggup untuk menyebut perkataan itu. 

“Kenapa? Takut dia ceraikan kau?” ujar Zulin. Mulut dia ni memang suka bercakap lepas. Irish rasa nak sumbat cili je dalam mulut kawan baik dia ni.
Namun, kata-kata Zulin hanya dibalas dengan kesenyapan Irish. Dia masih lagi diam. Tidak mahu mengiyakan, tidak mahu menidakkan.
“Kau yakin yang dia tak suka dengan kau? Macam mana kau tahu?” Zulin menyambung kata-katanya apabila melihat Irish diam tidak berkutik.
Irish masih lagi diam tidak menjawab. Dia juga tidak tahu hendak menjawab soalan seperti itu. Apa yang dia tahu, hatinya yakin mengatakan yang Ilham tidak suka dengan perkahwinan ini. Biarlah. Biar masa yang menentukan hala tuju hubungan mereka ini.




Road Show untuk Anugerah Muzik Malaysia 2013 sedang meriah dijalankan di Alamanda Putrajaya. Pelbagai artis yang tercalon bagi anugerah tersebut turut hadir untuk beramah mesra bersama peminat. Ilham Aizat juga tidak terkecuali. Tahun ini merupakan tahun kedua dia dicalonkan. Tahun lepas dia berjaya menggondol Anugerah Penyanyi Baru Lelaki Terbaik. Kali ini kalau boleh dia mengharapkan rezeki menyebelahinya untuk Anugerah Artis Lelaki Terbaik, Anugerah Lagu Melayu Terbaik dan Album Terbaik.

Peminat yang hadir rata-ratanya ingin beramah mesra bersama Ilham. Artis muda yang penuh berbakat. Artis muda ini juga pernah menimbulkan kontroversi apabila menjadi pemilik suara kepada Afnan. Namun peristiwa itu makin dilupakan sekarang. Ilham bangkit dengan kebolehannya sendiri. Pakej lengkap yang dimilikinya sering kali membawa tuah kepadanya. Tiada lagi bayang-bayang Afnan dalam hidupnya.

“Saya yakin anda akan bertepuk sakan bila mendengar nama artis yang akan saya sebutkan ini!” Kata Hafizzi Saiman selaku pengacara pada waktu itu. Keriuhan membanjiri perkarangan tengah pusat membeli belah Alamanda Putrajya. Para pengunjung semakin riuh menjerit-jerit nama Ilham Aizat. 

“Kita persilakan, pemenang Anugerah Artis Lelaki Baru Terbaik 2012, Ilham Aizat!!!”
Sorakan bertambah gema. Laungan suara dari segenap tubuh manusia semakin hingar bingar jadinya.
“Ilham!!! Ilham!!!!” Jerit para penonton.

Ilham melangkah tenang di atas pentas itu. Dia tidak menyangka penerimaan khalayak terhadap dirinya begitu memberangsangkan. Ilham mencapai gitar yang terletak elok di sisi. Keriuhan sorakan peminatnya sedikit sebanyak memberikan semangat buat dirinya. Baginya peminat itu lah semangatnya. Dia mahu lagu-lagu yang ditulisnya menjadi inspirasi kepada orang lain sebagaimana lagunya yang digunakan Afnan dulu pernah menjadi inspirasi kepada Irish Adrina. Bayangan gadis itu mulai muncul dalam kotak fikirannya kini.

“Buat anda semua. Lagu ini saya tujukan khas buat seseorang. Insan yang selalu saya kenang. Meskipun lagu ini bukanlah lagu saya. Tapi lagu ini amat bermakna buat saya. Dia lah inspirasi saya untuk terus berkarya. Tidak perlu saya sebutkan namanya di sini. Namun cukuplah dia mengetahui. Terimalah Kau Ilhamku.”

Sorakan penonton semakin gamat! Masing-masing ada yang memasang angan bahawa mereka lah insan bertuah yang Ilham Aizat maksudkan. Insan bertuah yang memberi Ilham semangat untuk berkarya.

Beribu bintang di langit kini menghilang 
Meraba aku dalam kelam 
Rambulan mengambang kini makin suram 
Pudar ilham ku tanpa arah 

Sedikit wajahmu muncul dalam diam 
Ada kerdipan, ada sinar 
Itukah bintang atau rambulan 
Terima kasih ku ucapkan 

Izinkan ku mencuri bayangan wajah mu 
Izinkan ku mencuri khayalan dengan mu 

Maafkan lah...Oohh... 
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidup mu 

Kau senyumlah ... Oohh... 
Sekadar memori kita di arena ini 

Kau ilham ku 
Kau ilham ku

Bait-bait lirik yang dinyanyikan Ilham Aizat begitu membuai perasaan para hadirin. Meskipun di Alamanda ini agak hingar bingar, namun waktu seakan terhenti apabila nyanyian Ilham Aizat mula kedengaran. Keriuhan ini tidak langsung membantutkan semangat dan perasaan para penonton untuk menikmati dan menghayati keindahan lagu ini. Siapalah insan bertuah dalam hidup Ilham Aizat ini? Masing-masing sudah tertanya.

Ada mata yang memerhati dari jauh. Air mata yang menitis perlahan diseka dengan belakang tangan. Tidak dia menduga, ternyata kedatangannya untuk bertemu Zulin membawa tuah apabila berjaya bertemu Ilham Aizat di sini. Suami yang ditinggalkannya 3 tahun lalu. Meskipun dia tidak tahu lagu yang ditujukan Ilham itu untuk siapa, namun perasaan Ilham ketika menyanyikan lagu itu cukup membuai-buai dirinya. Alangkah bagus jika lagu itu untuknya. 

Irish dan Zulin membuka langkah untuk berlalu pergi apabila Ilham Aizat sudah tamat melakukan persembahan. Giliran artis lain pula. Irish tidak ada rasa untuk melihat persembahan artis lain. Cukup saja dia melihat Ilham Aizat. Tergambar sedikit lega dalam hatinya. Dirasakan puas dapat menatap wajah itu biarpun sekadar dari jauh. Wajah yang dirinduinya selama 3 tahun ini.
Ilham menapak turun dari pentas. Satu persatu langkahnya diatur kemas. Dia membuang pandang ke arah penonton yang sedang melambai. Dia turut sama membalas. Dari satu sudut, matanya terpandang seseorang. Wajah yang amat dirinduinya.
“Irish?”

Dengan sepantas kilat Ilham menderaskan langkahnya untuk mengejar kelibat itu. Dia pasti itu Irish Adrina. Isterinya yang dirindui selama 3 tahun ini. Dia tidak peduli dengan panggilan Rozy pembantu peribadinya. Dia juga tidak peduli dengan asakan peminat yang mengekorinya. Apa yang dia mahu adalah untuk bertemu Irish Adrina. Ilham mengitari pandangannya di sekitar Alamanda ini. Namun kelibat Irish hilang dari pandangan.

“Ilham you cari I ker?
“Ilham? Kenapa ni?”
“Ilham nak autograf.”
 “Ilham one picture please.” 

Bertubi-tubi soalan dan asakan dari peminat-peminatnya di sisi. Ilham kerimasan. Dia sudah tidak tahan. Kepalanya dirasakan berdenyut. Seakan dipalu kuat menyebabkan rasa sakit yang tidak tertahan. Badannya mulai lemah. Dia menekup-nekup telinganya. 

“Ilham you cari I ker?
“Ilham? Kenapa ni?”
“Ilham nak autograf.”
 “Ilham one picture please.
“Ilham, I peminat setia you!”
“Ilham, are you okay?”

Akhirnya dia rebah dalam kalangan peminatnya. Jatuh menyembah bumi. Semua yang ada mulai kaget!
“Ilham!!!” 



p/s : Ini merupakan antara salah satu part yang saya paling suka dan tak sabar-sabar nak upload dalam blog... Bila saya baca, saya akan dengar lagu Kau Ilhamku.. Maaf sebab bab ni tak panjang, tapi takpe lah yer.. Ok lah kot, daripada tak der..hehe..Semoga awak semua suka.. :)

14 comments:

Anonymous said...

Best!rindu haaa kisah ilham ni

Unknown said...

Wah...akhirnya...best sangat2..cptlah sambung.xsabar nak tau bila ilham jumpa dgn irish

Ixorariana said...

Sis, u dera perasaan i.. Tetiap hari klik blog ni nk baca new entry tau..huu.. Tp entri ni pendek sangat. Tak puasss.. Huhuhu.. Mohon sambung lg sis... Pleaseeee...

Meriam laksamana said...

pulak dah..asal ilham pengsan.. cpt2 sambung ye sis

Anonymous said...

irish jgn pergi dulu tengok laki ko tu.

Unknown said...

Cepat smbung ya rindu .....

Anonymous said...

Cpt laa smbung bab sterusnyaa!!
Dh x sbar tgok apa jd kat ilham lps tuu..hrap2 irish care laa kat ilham yg jtuh tuu..huhuhu..hrp2 masa yg diambil utk next chap dipendekkn..haha =D
Teruskn usaha anda!! Hwaiting!!
*nur athirah*

Unknown said...

Anonymous..

Alhamdulillah..thanks..teruskan merindu kisah Ilham dan Irish..hehe :)

Unknown said...

Mawar ungu..

hehe..thanks sudi baca.. tunggu yer next chapter :)

Unknown said...

Ixora Riana..

hehe... sorry2..tak bermaksud nk mendera perasaan pembaca... hehe..tunggu ya next chapter..thanks sudi menunggu kisah mereka :)

Unknown said...

Carl Laksamana..

hehe.. In syaa Allah.. thanks sudi baca :)

Unknown said...

Anonymous..

hehe.. adakah dia care tntg laki dia? tunggu next chapter yer..huhu :)

Unknown said...

Ibu Aura..

In syaa Allah..terima kasih sudi baca :)

Unknown said...

Nur Athirah..

hehe..tersenyum sy baca komen athirah.. huhu.. in syaa Allah akan muncul bab seterusnya.. thanks sudi baca :)