Wednesday 12 March 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 11



3 tahun kemudian...

Irish menatap foto pernikahannya dengan Ilham. Tampak suram raut wajah dia dan Ilham di dalam foto itu. Hanya foto ini sajalah kenangan yang ada sebelum dia mengambil keputusan nekad untuk berangkat ke Seoul, Korea. Semua ini dilakukannya tanpa sebarang rasa rela. Semuanya kerana terpaksa!

 Sudah 3 tahun dia berada di bumi ini. Sudah 3 tahun jugalah dia bergelar isteri. Ya, isteri kepada Ilham Aizat. Lelaki yang pernah menjadi teman sebiliknya sewaktu rancangan bodohnya dahulu. Lelaki yang sah menjadi miliknya dalam terpaksa. Disebabkan itu juga lah dia nekad. Dia tidak mahu menjadi beban kepada Ilham. Dia tahu Ilham tidak sukakannya. Apatah lagi jatuh cinta kepadanya. Malahan membencinya. Jika tidak, takkan Ilham meminta agar perkahwinan ini dirahsiakan? Keadaan Ilham yang menjauhkan diri darinya dan diam membisu sejak malam pernikahan mereka itu makin menghimpit Irish untuk mengambil keputusan nekad. Hilang sudah sikap periang Ilham yang dilihatnya dulu sejak sah akad nikah dilafazkan. Lantas, biarlah dia sendiri yang pergi. Memberi ruang sesama sendiri.

Kini, dia berada di bumi Malaysia. Satu persatu air matanya jatuh menitis hiba. Ayah yang pernah memaksanya bernikah bersama Ilham dulu telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Pergi jauh menghadap Sang Pencipta. Dia kesal, dia tidak berpeluang hadir ketika pengebumian ayahnya. Waktu kerja yang menghimpit membuatkan dia semakin tersepit. Akhirnya setelah selesai urusan pertukaran, dia kembali semula ke bumi tercinta. Dia harus menziarahi pusara ayahnya.

Meskipun dia pernah diherdik dahulu kerana memalukan keluarga, tidak ada sekelumit pun perasaan benci datang menerpa. Apatah lagi marah yang membara-bara. Walaubagaimanapun, Tan Sri Iskandar tetap ayahnya. Dia redha dengan ketentuan Allah S.W.T.

Irish menarik nafas seraya memejamkan mata. Kali ini biar dia hadapi dengan tabah. Penerimaan keluarganya, harus dihadapi dengan terbuka.  Dia bukan lagi Irish Adrina yang dulu. Dia kini Irish Adrina yang baru.

“Cik, kita dah sampai,” suara pemandu teksi berwarna biru dengan kereta Nissan Silhpy mematikan lamunannya.
Irish menjengah ke luar tingkap. Rumah agam itu masih sama seperti dulu. Cuma munkin beberapa jenis tumbuhan berbunga kegemaran ibunya menjadi tambahan koleksi wanita itu. Ah, dia sendiri tidak tahu.
Kakinya kini teragak-agak untuk berpijak di kawasan ruang luar rumah agam tiga tingkat itu. Rumah yang menyimpan seribu satu pahit manis dia dan keluarganya.
“Terima kasih pakcik. Ini duit tambangnya. Lebih pakcik ambil ya,” hulur Irish sambil melimpahkan senyum.
“Terima kasih cik. Moga Allah sentiasa merahmati cik.”
“Amin. Terima kasih pakcik.”

Irish mengitari pandangan di sekitar halaman rumahnya. Pagar yang terbuka dan kereta yang berbaris di halaman rumahnya itu menandakan ahlinya ada di dalam rumah besar itu. Namun, kakinya masih teragak-agak untuk melangkah. Bagaimanakah penerimaan keluarganya nanti? Adakah dia akan dicerca? Mungkin juga akan dimaki kerana tidak hadir semasa pengebumian arwah ayahnya dahulu? Tangisan yang turun dari kelopak mata diseka Irish sekali lagi.

“Irish?” Tegur satu suara yang tidak asing baginya. Irish pantas menoleh ke arah suara itu.
“Abang!”
“Irish! Ya Allah Irish! Risy dah lain sekarang. Alhamdulillah,” sapa Irsyad. Dia memandang adik kesayangannya itu dari atas ke bawah. Manis. Itu fikirnya. Senyuman merekah di bibir Irsyad melihatkan adiknya tampil anggun dan sopan dengan gaun labuh berwarna merah hati, dipadankan dengan tudung berwarna hitam. Cukup ringkas dan menarik.
“Alhamdulillah bang. Allah S.W.T dah bukakan hati Irish untuk menutup aurat. Mana ibu?”
“Ada kat dalam. Masuklah.” 

Irish terhenti. Masih teragak-agak kakinya untuk melangkah masuk. Masih takut dengan penerimaan ibunya nanti. Adakah ibunya akan membenci? Mujur abangnya boleh menerima. Dahulu masa dia mahu bernikah dengan Ilham, abangnya keras mahu menghalangnya. Namun kuasa abangnya tidaklah sehebat keputusan yang dibuat abah mereka. Hitam kata abah. Maka hitamlah jadinya.

“Kenapa tak masuk? Duk tercegat kat luar tu buat apa? Nak join bangla jadi guard ke?” seloroh Irsyad sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah pengawal keselamatan di hadapan rumah mereka itu.
“Hish, sempat lagi nak buat lawak. Risy takut lah bang. Mesti ibu sedih sebab Risy tak balik masa pengebumian arwah abah dulu kan?” Ujar Irish lirih.
“Tak apa lah Irish. Kami semua faham. Lagipun benda dah lepas kan? Tak payah nak ingat. Kita sebagai manusia ni harus tabah meneruskan hidup,” nasihat Irsyad disertai dengan anggukan tanda memberi semangat kepada adik kesayangannya itu.
“Terima kasih abang,” ringkas balasan Irish.
“Jom, kita masuk,” pelawa Irsyad sambil perlahan-lahan tangannya memegang erat jari jemari kanan milik adikanya itu. Memberi sedikit kekuatan kepada Irish.
Dari jauh Irish melihat susuk tubuh yang tidak asing baginya. Sedang tertunduk-tunduk menyiram pokok bunga di taman kesayangan ibunya. Hati Irish dilanda debar.
“Ibu,” panggil Irish seraya meluru ke arah ibunya. Dia memeluk wanita itu dari belakang lalu tubuhnya bergerak ke hadapan untuk menatap wajah wanita yang mengandungkannya itu.
“Irish? Irish ke ni? Ya Allah nak! Risy pergi mana nak? Kenapa lama tak balik? Irish dah tak sayangkan ibu lagi ke?” ujar Puan Sri Nazirah dengan nada lirih. Maka bermulalah adegan Jejak Kasih di halaman rumah agam itu. Ada peluk memeluk, kiss pipi kanan, kiss pipi kiri. Air mata? Jangan disebutlah. Sudah namanya Jejak Kasih. Pasti ada mutiara jernih yang turun meleleh. Kalau disukat isi padunya, pasti mengalahkan air hujan yang turun dengan lebatnya.
“Ibu, maafkan Irish ibu. Risy tahu, Risy salah. Masa arwah ayah meninggal pun, Risy tak balik. Risy memang anak yang tak guna ibu,” rintih Irish.

Sungguh, Irish dihimpit rasa serba salah yang cukup tinggi. Selama tempoh 3 tahun ketiadaannya, Irish tahu ibunya sedih. Namun apakan daya, dia harus membawa hatinya yang walang ini untuk bersendiri. Biarlah dia begini. Mujur sahaja ibu memahami. Sengaja dia merahsiakan hala tujunya 3 tahun yang lalu. Dia tidak mahu keluarganya itu mencarinya di Seoul. Dia perlukan masa untuk bersendirian waktu itu.

“Risy, jangan cakap macam tu nak. Tak apa lah. Benda dah lepas, jangan dikenang,” kali ini Puan Sri Nazirah sudah lebih tenang. Air mata anaknya diseka perlahan.
“Dah..dah.. Ibu, Irish. Jangan sedih-sedih. Kan Irish dah balik ni. Mari sini abang nak kenalkan dengan seseorang,” ujar Irsyad. Kelihatan seorang wanita yang sarat mengandung sedang menghampiri tiga beranak itu. Dari jauh bibirnya sudah menguntum senyum.
“Siapa ni bang?” Irish mengecilkan pandangan mata. Dirasakan pelik kerana dia cukup yakin dan percaya bahawa dia tidak mengenali siapa wanita itu.
“Tu lah. Dulu ibu suruh balik tak nak. Ada saja alasannya. Sampai abang kahwin pun dia tak datang. Mestilah ni isteri abang. Takkan dah lupa? Kenalkan ni Zana. My lovely wife,” Irsyad berkata sambil mencuit hidung isterinya. Kelihatan sangat romantik pasangan ini.

What?! Tercengang Irish melihat abang dan kakak iparnya itu. Dipandang kedua-duanya silih berganti. Macam tak percaya pula. Macam manalah dia boleh terlupa yang abangnya itu sudah setahun berkahwin. Bukan hatinya tidak mahu hadir ke majlis perkahwinan abangnya itu. Namun bila memikirkan hatinya yang masih sedih, dan kerja yang semakin bertindih, dia terpaksa batalkan niat untuk kembali menjenguk keluarga. Cukup berdosa pula rasanya kini kerana lebih mementingkan kerjaya dan lara hati daripada menziarahi keluarga sendiri.

Irsyad yang melihat roman wajah Irish bertukar sedih, segera menukar mood. Dia tahu pasti terselit rasa kecewa dan serba salah dalam hati adik kesayangannya itu.
“Tak payah nak what, what sangat lah ya. Salam akak ipar kau ni,” ujar Irsyad seraya menarik perlahan tangan adiknya itu. Dirapatkan ke arah Zana, isteri tercinta.
“Yalah orang tahu bang. Apa khabar kak?” Irish bersalaman dan berpeluk cium dengan kakak iparnya itu. Cantik desis hatinya.
“Khabar baik. Alhamdulillah. Irish macam mana? Sihat?” Giliran Zana pula untuk bertanya khabar. Ternyata anggun di matanya bila  melihat Irish ini bertudung. Selalunya dia melihat Irish di dalam gambar sahaja. Itupun nampak seperti agak kasar perwatakan adik iparnya itu.
“Tak payah nak peluk lama-lama sangat. Penyek anak abang tu karang,” sempat lagi Irsyad berkecindan dalam waktu-waktu macam ni.
“Wah, tak sangka lah abang. Subur juga kan abang ni?” Irish kini membantai gelak semahu-mahunya. Kata nak jadi Irish yang baru. Lebih kurang macam dulu jer, desis Irsyad di dalam hati. Zana di sebelah sudah membahang menahan malu. Iryad pula...”
“Ambil ni. Sibuk mengata orang,” Irsyad mencubit pipi adik kesayangannya itu. Lama. Biar merah. Padan muka.
“Sakitlah bang!” Tangan Irish ligat menggosok-gosok pipinya.
“Dah lah tu. Kamu bertiga ni tak payah nak bergurau. Jom masuk. Ibu ada buat cucur jagung kegemaran Irsyad.”
“Ibu tak buat pun cucur kentang favourite Irish,” Irish memuncungkan bibirnya.
“Balik tak beritahu. Padan muka!” Irsyad mencubit sekali lagi pipi adiknya.
“Sakitlah bang! Orang saja nak buat suprise!” Irish tetap mahu membela diri.

“Tak apa. Esok ibu buatkan ya Irish.” Puan Sri Nazirah menuju ke dapur untuk menyiapkan hidangan. Dilihat Mak Siah, pembantu rumahnya sedang membancuh teh. Irish menyapa mesra pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat untuk mereka sekeluarga.  Zana di belakang pula berniat untuk membantu. Namun dihalang oleh mereka bertiga. Tak fasal-fasal terberanak pula kat dapur. Siapa yang susah? Irish yang melihat kelibat ibunya ke dapur pantas membontoti ibu kesayangannya itu.



Ilham membelek-belek cincin pernikahan di jarinya. Setiap kali dia membeleknya, pasti ingatannya mekar terhadap Irish. Dia tahu, Irish meninggalkannya kerana dia sedih dengan perkahwinan ini. Dia pun tahu yang Irish tidak akan sudi bersuamikan pelajar kolej yang jauh lebih muda daripadanya. Dia tahu Irish tidak sanggup berhadapan dengan malu kerana bersuamikannya. Masih mekar diingatannya saat malam pertama yang seharusnya dilalui mereka dengan bahagia. Keadaan yang datang secara tiba-tiba menukar kehidupannya serta merta. Dia jadi bungkam untuk berbicara dengan Irish. Tidak sanggup dia berhadapan dengan caci maki yang lahir dari bibir wanita itu. Biarlah, biarlah dia mengalah. Biar dia memberikan ruang untuk Irish kendurkan amarah. Lantas, masing-masing diam tanpa sebarang kata.

Alangkah terkejutnya dia bila melihat kelibat Irish sudah tidak ada keesokan harinya. Tanpa sebarang nota, tanpa sebarang berita. Dia jadi buntu tidak terkata. Mungkin Irish benci terhadap dirinya kerana perkahwinan ini terjadi tanpa kehendak mereka.

Disebabkan itulah dia mengambil keputusan untuk merahsiakan perkahwinan ini daripada sesiapa. Datuk Razi dan Datin Zahidah juga tidak tahu akan perkara ini. Afnan? Lagilah tidak perlu tahu. 

Meskipun Datuk Razi dan Datin Zahidah itu ibu bapa kandungnya, namun berat hatinya untuk memaklumkan perkara itu. Oh ya, sebut tentang ibu bapa kandung. Ternyata terkejut bukan kepalang dirinya apabila mengetahui dialah anak kandung kepada Datuk Razi dan Datin Zahidah. Afnan pula merupakan anak kepada Puan Rahimah, wanita yang disangkakan ibu kandungnya selama ini. Wanita yang setia menjadi pembantu rumah selama hampir 25 tahun di banglo mewah itu. Wanita yang telah menatangnya bagai minyak yang penuh. Ilham masih ingat lagi bagaimana rahsia itu terbongkar. 

Waktu itu Afnan dipaksa oleh Datuk Razi dan Datin Zahidah agar menjalani ujian penderma tulang sum-sum. Mereka berdua telah jalani, namun tidak sepadan dengan Puan Rahimah. Afnan yang masih kekal dengan sikap sombongnya mula menyumpah seranah Puan Rahimah. 

“Perempuan tua tak sedar dek untung. Sudah diberi tumpang, nak menyusahkan orang lagi. Pergi mampuslah!”
Kata-kata itu masih segar dalam ingatannya. Bahkan tidak akan sesekali dia lupa. Tidak dia menyangka Afnan sanggup memburuk-burukkan Puan Rahimah di depannya sendiri. Waktu itu kalau tidak mengenangkan Datuk Razi dan Datin Zahidah ada di situ, sudah lama pecah muka Afnan ini dikerjakannya. Meskipun dia selalu digelar budak lemah, dia tidak peduli. Dia bukan lemah. Cuma guru silatnya dahulu sering berpesan. Gunakan ilmu ini untuk mempertahankan diri dan bukannya secara membuta tuli. Mungkin sebab itu, Afnan sering mempergunakannya. 

Allah S.W.T itu Maha Adil. Ternyata terbongkar satu rahsia yang mengejutkan semua. Rahsia yang tidak pernah diketahui oleh Datuk Razi sekeluarga. Afnan anak Puan Rahimah dan Ilham pula anak Datuk Razi dan Datin Zahidah. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Adakah mereka ditukar sewaktu bayi dahulu? Memang mereka dilahirkan di hospital yang sama dan waktu yang tidak jauh bezanya, namun takkanlah jururawat yang bertugas pada waktu itu begitu cuai sampai mereka ditukar? Atau mungkin ada insan keji yang menukar mereka secara sengaja? Persoalan ini sudah lama bermain di benak Ilham. Namun dibiarkan dahulu agar tidak mengganggu kerjayanya sekarang. Meskipun dia merupakan anak kandung yang sah kepada Datuk Razi dan Datin Zahidah, namun kasih sayang Ilham terhadap Puan Rahimah tidak pernah luntur bahkan tidak akan sesekali terhakis. Kasih sayang itu tidak akan pernah berbelah bahagi. 

Tapi Afnan? Sejak mengetahui status dirinya yang sebenar. Dia lari menghilangkan diri. Mungkinkah malu menguasai diri. Atau terasa jijik dengan ibu kandungnya sendiri iaitu Puan Rahimah? Argh, mungkin juga. Budak seperti itu bukan tahu erti malu. Atau mungkin Afnan mempunyai agenda yang tersendiri? Tidak juga diketahui. 

Semenjak Afnan menyatakan hasrat untuk tidak mahu menyanyi akibat Ilham yang tidak mahu membantunya lagi, sejak itulah Afnan mula menghilangkan diri. Ditambah pula dengan rahsia yang telah bocor dengan sendiri. Lagilah malu menguasai diri. Zaman kegemilangannya sudah terkubur apatah lagi rahsia sudah terbongkar di mata umum. Rahsia yang tidak tahu bagaimana boleh diketahui ramai itu ternyata membuatkan Afnan termalu sendiri. Rahsia di mana Afnan mempergunakan vokal Ilham untuk kepuasan sendiri  demi populariti semata-mata. Dan kini, tidak diketahui ke mana arah tujunya.

19 comments:

Anonymous said...

best citer ni..bila nk sambung lagi..anyway goodluck

Anonymous said...

jatuh cinta dengan cerita ni...

Unknown said...

Anonymous..

Alhamdulillah..terima kasih... tolong doakan agar karya ini dapat diterbitkan yer..Amin :)

Unknown said...

Anonymous..

Alhamdulillah..terima kasih krn jatuh cinta dgn karya ini..huhu :)

Anonymous said...

insyallah...citer best mcm ni wajib diterbitkan..huhuhu...kami penyokong karya baldu merah sentiasa mendoakan yang terbaik...

Unknown said...

Anonymous..

wahhhhhhhh..terharunya.. hehe. terima kasih..Amin..moga2.. :)

Ixorariana said...

Dah komen aritu tp lepas tekan publish jadi error la pulak. -_-!

Berapa beza umur Irish dan Ilham tu sebenarnya? Tak sabar tunggu bab seterusnya :D

Unknown said...

Ixora Riana...

3 tahun beza..hehe..thanks sudi baca :)

Anonymous said...

Best! Wlaupun saya kurang suka kalau heroin lg tua dari hero. Tp, who cares kan? Thumbs up!

Anonymous said...

nape bab 12 n slebihnye xleh bce.......xsbr nk tau smbgnye....-MISS Z

Anonymous said...

ala cite ni best...ble leh bce bab 12 ni...xsabo dh ni.......plizzzzzz siapkn cpt2...sye setia mnanti.....MISS Z

Unknown said...

Anonymous..

hehe... terima kasih..yup, heroin dia tua sket dari hero..huhu :)

Unknown said...

Miss Z..

Sorry...bab yg lain belum update lg.. in syaa Allah akan muncul kemudian..thanks sudi baca :)

Ixorariana said...

Ohh, beza 3 tahun? Okey2.. hehe..
Memang kalau boleh saya prefer lelaki lg tua dari perempuan, tapi kalau dah jodoh who cares rite? hehe. Age is just a number ;)

Unknown said...

Ixora Riana...

hahahahaa..betul tu...who cares? hehe :)

Unknown said...

Best citer..xsabar nak tggu next eps..good luck

Anonymous said...

Wah ! Lamanye rasa >_< Bila bab sterusnya nk kluar ? x sbr ! ~ Aifa Anies

Unknown said...

Mawar Ungu..

Alhamdulillah..thankss..tunggu yer next chapter..huhu :)

Unknown said...

Anonymous @ Aifa Anies..

sorry aifa...baru balik dari langkawi..tak sempat nk update..hehe.. in syaa Allah nnti saya update yer..thanks sudi baca :)