Tuesday 29 April 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 15

Assalamualaikum kawan-kawan. Maaf sebab lambat update.. Kali ni saya panjangkan sikit bab ni.. Maaf kalau sebelum ni asyik post bab pendek-pendek jer.. Terima kasih sudi membaca :)
 

Ilham mencari-cari kelibat Irish di sekitar Taman Botani Putrajaya ini. Entah kenapa, banyak-banyak tempat, di sini juga Irish mahu bertemu dengannya. Hatinya menjadi risau. Apa yang Irish mahukan daripada dia?

“Ilham,” pantas dia menoleh apabila terdengar suara memanggil namanya.
“Irish! Irish!” Ilham laju menerpa dan memeluk wanita itu. Sudah lama dia ingin mendakap wajah kesayangannya ini. Sudah lama wajah ini dirinduinya siang dan malam. Sedang dia cuba untuk memeluk tubuh itu, tangannya tiba-tiba ditolak kuat. Ilham menjadi pelik. 

“Kenapa Irish?”
“Maafkan saya Ilham. Saya rasa saya tak boleh lagi bersama awak,” laju ayat itu keluar dari mulut Irish.
“Tapi kenapa Irish? Apa salah aku?”
“Saya tak sesuai untuk awak. Awak tak sesuai untuk saya. Saya hanya untuk Afnan. Maafkan saya Ilham.
“Irish..”

Kedua-duanya menoleh. Susuk tubuh Afnan kini menghampiri mereka berdua.
Irish terus berlalu pergi apabila Afnan sedang menghampiri. Perasaan marah di dada Ilham semakin membuak-buak. Apatah lagi Afnan yang dilihatnya mahu merampas Irish.
“Irish! Tunggu Irish! Irish!” Ilham merasakan otot kakinya lemah. Lututnya mulai longlai. Dia tidak berdaya lagi meneruskan hidupnya jika Irish tiada di sisinya. Dalam kepayahan, dia rebah.
“Irish!!!”
“Ilham...Ilham!” 

Ilham tersedar. Mujur sahaja dia bermimpi. Ya Allah kenapalah dia tidur dengan keadaan baju tidak ditukar. Mimpi ini mainan syaitan. Dilihatnya wajah Puan Rahimah ada di sisi.
“Ilham kenapa nak? Sejak dari hospital lagi, Ilham asyik sebut nama Irish. Siapa tu nak? Cuba beritahu umi. Kalau dah berkenan sangat, biar umi masuk meminang untuk Ilham,” kata Puan Rahimah menenangkan anaknya. Sedih hatinya bila melihat Ilham asyik meracau-racau dengan nama Irish.
Ilham kekal membukam. Buat apa hendak masuk meminang. Memang Irish sudah sah menjadi miliknya. Cuma apa yang merisaukannya sekarang keberadaan isterinya itu. Di mana Irish?

“Tak ada apa-apa umi. Ilham bangun dulu ya. Nak mandi. Balik tadi terus tidur, tu mimpi yang bukan-bukan.”
“Kalau macam tu kata kamu, tak apa lah. Panggil umi kalau ada apa-apa ya?”
“Baik umi. Terima kasih.” Ilham terus ke bilik air dan membersihkan dirinya. Tidak lupa juga untuk mengambil wudhu dan menunaikan solat Isyak dan solat hajat bagi memohon kepada Allah S.W.T agar sentiasa melindungi Irish dari segala bala bencana.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Aku bermohon kepada Mu Ya Allah. Kau lindunginya isteriku Irish Adrina binti Iskandar Syah dari segala bahaya dan bala bencana. Kau peliharalah dirinya dari segala ancaman bahaya. Ya Allah Ya Tuhanku, jika benar jodoh Irish masih kekal untukku. Kau kuatkanlah ikatan kami Ya Allah. Kau tautkanlah hati kami agar sentiasa bersatu dalam hubungan yang engkau redhai Ya Allah. Semoga kami sentiasa berada dalam rahmat-Mu. Amin.”

Bergetar bibir Ilham memohon doa daripada Allah S.W.T. Dia tahu, saat ini hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membantunya agar dipertemukan semula dengan Irish. Moga jodohnya dengan isteri yang dinikahi 3 tahun dulu akan kekal lama. Moga hati Irish hanya untuknya sahaja sampai bila-bila.
Malam itu, Ilham terlena dengan tenang. Tiada lagi kedengaran bisikan, tiada lagi mimpi yang bukan-bukan.




“Irish. Kau tolong temankan aku petang ni boleh?” Pinta Dahlia. Rakan Irish di pejabat. Irish yang seakan-akan blur dengan permintaan Dahlia.
“Teman pergi mana? Kalau pergi tempat bukan-bukan tak nak lah aku,” Irish jujur berkata. Dia tahu Dahlia agak sosial di luar. Namun rakannya itu tetap baik terhadapnya. Cuma perangai rakannya yang satu itu dia tidak gemari.
“Kau ni ke situ pula. Tak ada maknanya aku nak pergi tempat macam tu lah. Kau ingat siang-siang buta macam ni buka? Lagipun,  aku dah cuci tangan tau!” Geram pula Dahlia bila Irish sesedap rasa cakap macam tu dengannya.

“Oh..Maaf. Hehehe. Ha, nak pergi mana?” Irish sudah terkulat-kulat. Segan pula dia kerana main serkap jarang terhadap Dahlia.
“Teman aku pergi jumpa model ni. Nak bincang fasal konsep untuk gayakan set mainan kanak-kanak ni. Puan Zulaikha tu lah. Katanya elok kita pergi sendiri. Sebab model ni bukan calang-calang orang. So, kena explain dekat dia satu-persatu konsep kita.”
“Lah. Budak remaja jer kan model tu? Demand giler budak tu nak siap jumpa bagai!” Selar Irish. Panas hatinya dengan  model muda yang sudah pandai naik kepala. Siap nak jumpa face to face. Demand sangat.

“Bukanlah. Konsep kali ni nak ala-ala macam Happy Family. Model kanak-kanak kita dah deal. Tinggal dia ni jer.”
“Isy, mengadanya. Bila nak gerak ni?”
“Sekarang! Jom,” ujar Dahlia seraya bangun dari duduknya. Malas rasanya dia hendak beritahu Irish siapa gerangan model itu. Dah dia tak tanya. Dahlia pun tidak terhegeh-hegeh untuk bercerita. Lagipun dia tengok Irish kelihatan malas untuk turut serta. Lantaklah! Asalkan Irish nak teman dia dah cukup bagus. Itu pun bila dia sebut nama Puan Zulaikha. Kalau tak, mesti Irish tak nak punyalah.




Adegan yang sedang berlaku dihadapannya membuatkan kening Dahlia bercantum dua. Dahlia merasa janggal melihat reaksi dua orang manusia di hadapannya ini. Ilham Aizat dan Irish Adrina. Dari tadi asyik diam jer. Irish ni pula macam tak ada function. Duk membatu macam tu. Sejak tadi, hanya dia saja yang pot pet pot pet. Bergebang tentang konsep pengambaran kepada Ilham Aizat. Ilham ni pun satu, punyalah panjang dia explain, bila ditanya kepada Ilham, mamat ni hanya mengangguk saja. Seolah dia tidak diperlukan di situ. Kenapa ni? Argh! Stress!
 
“Ehem!” Dahlia berdehem.
Tapi tiada respon. Sekali lagi dia cuba.
“Ehem!”
Masih dengan riak yang sama. Tetap tiada jawapan. Tak boleh jadi ni. Harus tingkatkan kuasa torpedo! 1..2..3..
“Ehem!!!” Kali ini Dahlia berdehem lebih kuat. Terkejut Irish dibuatnya.

“Oh mak kau ehem!” Irish melatah. Membungakan senyum di bibir Ilham. Sungguh Ilham tidak menyangka doanya semalam dimakbulkan Allah S.W.T. Ternyata kini Irish betul-betul berada di hadapannya.
Bagi Irish pula, dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Minggu lepas rasanya Ilham terlantar sakit, tapi kini Ilham sudah ada di hadapan mata. Apa helah lelaki ini? Adakah untuk kembali membalas dendam atas perbuatannya meninggalkan lelaki itu dahulu? 

“Err..maaf ya, saya tak tahu kenapa kau orang dari tadi diam jer. Tapi saya rasa perbincangan kita sampai sini saja. Nanti jangan lupa ya Encik Ilham. Tentang photoshoot tu,” Dahlia mengingatkan.
“Oh okay, okay. Terima kasih Dahlia. Maaflah sebab pembantu awak ni cantik sangat,” gurau Ilham.
Merah padam muka Irish bila Ilham cakap macam tu. Kenapa Ilham mahu bergurau dengannya sebegitu? Depan Dahlia pula tu.

“Dia kata aku pembantu? Choi sangat!” Irish berkata di dalam hati. Haish..tak apa. Jangan riak. Tak ke mana dengan jawatan tu.
“Betul tu Cik Dahlia. Jom kita balik. Lagipun saya ni kan pembantu jer. Kena ikut ke mana Cik Dahlia pergi. Jom!” Perkataan pembantu tu sengaja ditekan kuat oleh Irish. Lagilah membuatkan Ilham tergelak. Usik mengusik nampaknya bertambah rancak. Pelik yang dirasa Dahlia semakin memuncak. 

“Apa kes dengan dua orang ni. Ada apa-apa ke?” Soal Dahlia di dalam hati.
“Jom Cik Dahlia,” ajak Irish yang sudah mula mencubit lembut peha Dahlia. Membuatkan wanita itu terkejut.
“Baiklah Encik Ilham. Kami balik dulu. Pembantu saya ni dah pandai main cubit-cubit pula.”
Kali ni Irish betul-betul rasa nak bom jer mulut si Dahlia ni. Boleh pula main tambah garam hari ni. Makin galaklah Ilham tu menggelakkannya. Dia pun malas nak berlama-lama di sini. Terus saja dia berlalu pergi meninggalkan Ilham dan Dahlia.

Ilham perasan akan Irish yang mula hendak meninggalkan mereka cepat-cepat mengejar. Bukan senang nak dapat peluang jumpa Irish ni. Takkan dilepaskan kali ini.
“Cik Dahlia balik dulu. Irish biar saya hantar dia sendiri. Thanks!” Laju saja Ilham mengejar langkah Irish.
Tercengang Dahlia melihat kejadian yang berlaku di depan matanya ni. Apa sebenarnya hubungan mereka? Kalau ya pun ada apa-apa, takkan Ilham ni tak reti nak cover? Dah lah tengah meningkat naik sekarang. Alih-alih ada wartawan nampak. Habislah...

Dari belakang Ilham memanggil-manggil nama Irish. Tetapi Irish masih terus berjalan. Apa motif Ilham sebenarnya? Dia masih tertanya-tanya. Bukanlah dia tidak suka Ilham bergurau macam tu. Tapi dia tahu hakikat perasaan Ilham kepadanya. Kalau betul Ilham tidak suka dengannya dan ingin melepaskannya. Lepaskan dengan cara baik. Jangan menjerat hatinya seperti ini. Jangan mengusiknya seolah-olah hubungan mereka baik dan mesra. Dia tidak mahu jika terlalu tinggi memasang angan, akhirnya bila jatuh, dia yang patah riuk merintih teruk. Dia tidak mahu hatinya dijeruk.

Irish kini di kawasan parkir kereta. Pantas Ilham menyentap tangan Irish. Laju sungguh Irish berjalan. Nasib baik dia pakai kaca mata hari ni. Tak lah orang kenal sangat.
Let me go!” Irish merentap tangannya agar dilepaskan Ilham. Ilham lagi kuat memegang erat tangan Irish. Degil!
“Sakitlah! Lepas kan saya!”
“Fine! I will let you go. But now, just follow my way!” Terang Ilham lantas menarik Irish sehingga ke kereta. Kali ini tangannya tidak lagi kuat memegang tangan Irish. Dia tidak mahu isterinya itu berasa sakit.

“Masuk!” Ilham memberi arahan agar Irish masuk ke dalam perut kereta Nissan Fairlady 370z miliknya.
“Tak nak! Saya nak balik dengan Dahlia,” bentak Irish. Dia hendak menapak pergi. Kakinya laju meninggalkan Ilham. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Ilham dibelakang  sedang memeluknya erat. Tergamam Irish dibuatnya. Mujur kawasan parkir kereta ini agak sunyi dan tiada sesiapa yang perhati.

Please. Don`t leave me again,” pujuk Ilham. Bau minyak wangi 212 VIP Men Carrolina Harrera yang dipakainya menusuk-nusuk hidung Irish. Wangi, desis hati wanita itu.
Perlahan-lahan Ilham melepaskan pelukannya dan membawa Irish ke dalam perut keretanya. Irish pula tidak tahu bagaimana dia boleh mengikut rentak kaki Ilham. Apa yang dia tahu hatinya memang mengharapkan Ilham berkata seperti itu. Enjin dihidupkan dan kereta Ilham meluncur laju meninggalkan kawasan itu.




Ilham memarkir keretanya di kawasan kondominium mewah di ibu kota. Hati Irish tertanya-tanya. Apa tujuan Ilham membawanya ke sini? Dari tadi Ilham hanya mendiamkan diri. Irish pula, apatah lagi. Dah kalau Ilham diam, dia pun turut sama membungkam. Tiada apa yang perlu dibualkan. Tapi kini dia mula berasa sangsi.

“Ilham, awak nak bawa saya ke mana ni?” Soal Irish. Hatinya dihurung resah.
Persoalan Irish dibiarkan tidak berjawab. Ilham pantas membuka pintu keretanya dan menarik perlahan tangan Irish keluar. Irish pula kali ini tidak mahu lagi mengikut jejak langkah Ilham. Kakinya terus dipaku di dalam kereta itu.
“Hantar saya balik,” Irish bersuara tegas.
“Kenapa pula aku kena hantar kau balik?” 
“Awak jangan nak mengada-ngada. Awak dah heret saya sampai sini, lepas tu bila saya suruh awak hantar saya balik. Awak tak nak. Awak ni kenapa?!” Bentak Irish. Tidak rela dia diperlakukan sedemikian rupa.

“Keluar jer lah. Jangan banyak tanya. Kau sendiri yang diam bila aku bawa kau ke sini. Sekarang nak ajak balik. Argh! Tak ada! Keluar dulu! Ikut aku,  baru aku hantar balik!” Nada suara Ilham ditinggikan. Jelas kedengaran geram di mata Irish.
Irish tetap membatu.
Fine! Kalau kau tak nak. Kau duduk lah sini sorang-sorang. Kawasan ni banyak orang asing. Biar mereka apa-apakan kau. Aku tak nak masuk campur,” gertak Ilham.

“Eleh, ingat aku budak-budak nak percaya. Aku lagi tua dari dia. Tak kuasa nak layan,” Irish bermonolog. Kakinya dihala keluar. Ilham menyangka Irish akan mengikutnya. Tapi, jangkaannya meleset sama sekali. Irish nampaknya mengorak langkah untuk meninggalkan Ilham.
Ilham  menyedari tindak tanduk Irish. Sedaya mungkin dia mengejar isterinya dan menyentap tangan wanita itu. Kali ini lebih kuat.

“Sakitlah! Awak jangan buat macam ni lagi boleh tak?!” Irish meninggikan suara. Geram di hati menyala-nyala. Suka-suka hati jer nak main rentap-rentap tangan orang. Ingat tak sakit ke?
“Kalau kau tak nak aku buat lagi. Ikut jer aku. Kau jangan fikir yang bukan-bukan lah. Apa kau fikir?”
Irish kematian akal. Mukanya sudah kemerah-merahan. Tanpa dipaksa kakinya seolah-olah dipasang roda. Ke mana agaknya Ilham hendak membawanya pergi?
Just follow and shut up your mouth,” tambah Ilham seperti menyedari apa yang terbuku di hati Irish.




Mereka kini sudah berdiri di hadapan pintu kondominium. Tertera nombor C-03-03 di hadapan pintu dengan warna coklat kekuningan. Pintu dibuka dan Ilham sudah melangkah masuk.
Irish hanya kaku di luar. Dia ragu-ragu.
“Kau tunggu apa lagi, masuklah,” ajak Ilham. Tangan Irish ditarik ke dalam.

Mata Irsih membulat. Dia melihat ruang dalam kondominium mewah ini dengan seribu tanda tanya. Siapa punya? Cantik. Tampak mewah namun masih mengekalkan ciri minimalis.  Gabungan hiasan warna silver dan hitam menampakkan unsur moden cuba ditampilkan oleh pemilik kondominium ini. Susun atur perabot yang ringkas dan kemas sangat bersederhana tetapi tetap nampak elegan. Irish menoleh bila mendengar bunyi pintu dikunci.

“Siapa punya kondo ni? Ke..kenapa awak bawa saya ke sini?” soal Irish agak gelabah. Nak main kunci-kunci pintu pula. Lagilah Irish rasa gundah.
Ilham hanya memerhati wajah Irish. Soalan yang datang dibiarkan sepi. Dipandangnya Irish dari atas sampai ke bawah. Teringin benar dia menatap raut wajah ini lama-lama. Gadis yang sudah sah menjadi isterinya 3 tahun lalu ini begitu cantik apabila bertudung. Cukup ayu di matanya. Wajah Irish tampak lebih anggun dengan penampilan muslimahnya kini.

“Aw..awak nak buat apa ni?” Irish semakin gelabah apabila Ilham mulai dekat. Setapak demi setapak Irish berundur dan kini dia tersepit di sebalik dinding kaca yang memisahkan ruang tamu dengan dapur di belakangnya.
“Kau ingat aku nak buat apa?” Soal Ilham melembutkan suaranya. Satu persatu butang bajunya dibuka.  Terserlah dada bidangnya yang putih di pandangan mata.
“Awak jangan macam-macam. Saya jerit nanti!” Ugut Irish.

“Kau nak jerit? Tak ada siapa dengar lah. Dah 3 tahun aku tunggu saat macam ni. Lagipun, bukannya haram pun kalau aku sentuh kau kan sayang?” soal Ilham dengan jari-jemarinya yang bermain lembut di pipi Irish. Sudah lama dia berkeinginan untuk menyentuh pipi itu. Matanya kini mula mengitari seluruh wajah Irish. Dilihatnya dada Irish berombak kencang. Tubir mata Irish mulai basah.
Akhirnya Ilham tergelak semahunya.

“Kenapa awak ni? Gelak pula!” Soal Irish dengan geram yang membara. Dah lah orang tengah takut. Boleh pula nak gelak-gelak bagai. Geramnya!
“Hahaha! Kau lah! Gelabah bukan main! Mesti kepala kau fikir yang bukan-bukan lagi kan?”
“Habis tu awak nak apa bawa saya ke sini?” Soal Irish.
“Tolong buatkan aku air. Hauslah. Penat melayan cakap dengan kau,” Ilham duduk di sofa ungu yang ada di ruang tamu itu. Butang bajunya mula dikemaskan satu persatu. Bantal lembut berbentuk empat segi dengan warna putih dipeluknya. Tangan kanan pula mencapai remote control dan mencari-cari rancangan kegemarannya. Ilham memandang Irish. Nampaknya wanita itu masih lagi diam tidak berkutik.

“Cepatlah! Kau nak biarkan suami kau ni mati kehausan ke?”
Jiwa Irish bagai terasa sesuatu. Perkataan suami itu membuatkan fikirannya teringat akan status dirinya kini. Kenapa pula Ilham membangkitkan hal itu? Bukankah perkahwinan ini dirahsiakan atas kehendak Ilham sendiri. Mungkin kerana mereka hanya berdua sekarang, Ilham tidak segan silu menyebut perkataan itu. Cuma, adakah dengan menyebut perkataan itu, Ilham sudah mengakui yang mereka ini suami isteri?
“Yang kau tercegat lagi kenapa? Cepatlah!”
“Yelah!”
Irish yang malas hendak mengambil pusing tentang hal itu, pantas saja meluru ke dapur dan berkira-kira untuk membuat air untuk Ilham. Pintu peti ais dibuka. Sebotol Tropicana Life dengan perisa buah-buahan Tropika dicapainya. Dibuka penutup itu dan dituang ke dalam gelas, lalu dibawa ke depan.
“Aku tak nak air ni,” Ilham berkata mendatar.
“Ish! Mengada lah! Dah tu nak air apa?”
“Aku nak air teh tarik. Tarik tinggi-tinggi sampai ada buih!”
Bila Irish dengar saja permintaan Ilham. Terus diletakkan gelas tu di depan Ilham dan mula mengatur langkah untuk balik.
“Eh, tunggu-tunggu. Nak pergi mana?”

“Nak balik. Minum lah air tu sorang-sorang. Saya malas nak layan kerenah awak,” Irish mencapai beg tangannya dan berhasrat untuk pulang. Ilham yang melihat Irish begitu beriya hendak balik cepat-cepat ditahannya. Mana boleh nak biar dia balik. Haish. Tu lah, siapa suruh demand sangat minta macam-macam. Padan muka.
“Eh..Nanti dulu. Aku gurau jer. Duduk dulu. Ada benda yang aku nak cakap,” Ilham kembali memujuk Irish.

Irish yang tidak betah duduk lama-lama di kondominium ini cepat saja menurut kehendak Ilham. Nak cakap apa entah sampai bawa pergi kondominium. Macam tiada tempat lain pula. Lepas ni, dia nak terus pulang. Tak selesa rasanya duduk berdua-duaan dengan Ilham. Eh, tapikan Ilham tu suami dia?
“Ha, awak nak apa ni? Cakap cepat. Saya banyak kerja lah kat office tu.”
“Aku nak kau tinggal kat sini,” ujar Ilham senada.
“Ala, nak tinggal sini pun nak beritahu saya ke? Tinggal jer lah..What?! Ki..kita?!” Terkejut Irish mendengarkan permintaan Ilham tu. Dia ingatkan Ilham nak tinggal sini seorang diri. Dia sendiri tidak peduli. Tapi, bila Ilham sebut tentang kita. Bermaksud mereka berdua lah tu.

“Ya, kita. Siapa lagi?” Soal Ilham.
“Tak nak lah. Awak tinggal lah sini sorang-sorang. Saya masih tinggal dengan ibu saya.”
“Yang kahwin dengan kau tu, aku ke mak kau? Muktamad. Kau tinggal kat sini,” tegas Ilham bersuara.
“Tak nak!” Irish tetap dengan pendiriannya.
“Kau tinggal kat sini.”
“Tak nak!”
“Tinggal!”
No!”
“Baik kau setuju, kalau tak..” Ilham menghentikan kata-katanya. Ini yang membuat Irish menyampah bila orang  cakap separuh-separuh. Takkanlah Ilham bercadang nak ceraikan dia? Nauzubillahminzalik.
“Kalau tak apa?” Irish bertanya. Sangsi pula dia dengan Ilham ni.
“Kalau tak....”

13 comments:

Unknown said...

Lamanya tggu.akhirnya adapun bab ni.hari2 tgk blog u nak tgk sambungan.overall two thumbs up.xsbr pula nak tggu nxt chptr.good job writer..

Unknown said...

Mawar Ungu..

Ya Allah!!!!! Maaf sgt2 sbb buat awak tertunggu2.. thanks sudi baca.. thanks sgt2 :)

Unknown said...

kalau tak????cepat sambung!!!

Anonymous said...

Kalau takkkk... Kne cptlah sis.. Suspen ! Hahaha..thanks ksi n3 pnjng skit psl mr. & mrs. IA .. Haha..

-feeya(yg slalu gne nme new reader)-

Anonymous said...

bestttt....
nak lagi.....

eifa said...

Alamak.... kalau tak apa? Sambung laa lg. Lama tunggu entry nie.

ira amani said...

ari2 saya bukak blog sis...cepat la sambung..nape ilham ckp aku kau dgn irish..romantik la ckt..kan dh lama x jumpa...

Meriam laksamana said...

setelah sekian lama.. akhirnya..

best, puas.. mohon sambung lagi

Ixorariana said...

Kalau tak??? Aduhh, cepat2 sambung dear.. Pandai awak stop kt situ ye..buat saya bertambah suspen ni..uhukk

Anonymous said...

Adudui ~ Berani ya ? brani betul buat kami ( Pembaca setia ) suspen ? huhu :'( cepetlah smbung sis .. x sabar nih ! n3 pnjg , tp suspen la plk .. whuarghh !! sambung - II ..

~Aifa Anies ~

Anonymous said...

nak epsd 16 17 18 please.....

Unknown said...

hahaha..syok ah novel ni..saspen nak tunggu bab seterusnya,,

Unknown said...

maaf semua..lambat balas komen anda... terima kasih atas komennya... :)