Friday 31 January 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 7



 “Haris..bangun Haris,” Ilham menampar lembut pipi Irish.
Perit. Itu yang dirasakannya. Matanya kini sukar untuk dibuka. Sekali lagi dicuba, tidak berjaya. Namun dia tidak berputus asa. Kali kedua dicuba, alhamdulillah, dapat juga dia melihat dunia walaupun suasana hanya kelam semata. 

Irish tertanya, kenapa dia boleh berada di tempat ni? Dia cuba menggagahkan diri untuk bangun. Tangan diletak ke atas tanah, segala tenaga dikumpul semua. Tapi...
“Aduh,” kakinya dirasakan sakit. Dia terbaring kembali. 

Dibelek-belek bahagian dadanya. Butang bajunya separuh terbuka. Matanya terbeliak seluas-luasnya. Terkejut bukan kepalang Irish waktu itu. Hendak menangis rasanya. Tak disangka-sangka sampai jadi macam ni sekali. Tak pernah terlintas difikirannya.

“Aku tolong longgarkan pakaian kau. Lagipun, bahaya kalau macam tu. Tak ada ruang udara.”
Segera Irsih menoleh ke arah empunya suara.
“Kau mana boleh sesuka hati buka baju aku!” Irish begitu geram dengan Ilham. Sesuka hati dia jer nak buka butang baju orang.
“Kenapa? Kau takut rahsia kau bocor?”
Terpana Irish mendengar ungkapan yang keluar dari bibir Ilham. Rahsia? Tapi macam mana?  Seolah-olah dapat membaca fikiran Irish.
 Ilham langsung menambah.
“Takkan lah bodoh sangat sampai aku tak tahu nak bezakan kau lelaki ke perempuan. Lebih-lebih lagi bila aku jumpa kain kasa ni dalam tong sampah bilik kita.

Saat itu dirasakan ada batu besar yang menghempap kepala Irish. Macam mana lah dia boleh cuai macam tu sekali. Buang dalam tong sampah bilik pula tu.
“Tak..takkan sebab tu jer?” Kali ni Irish mula menjarakkan dirinya dari Ilham.
“Aduh!” Irish memegang kakinya. Perit.
“Kau tak payah nak gerak banyak sangat. Kaki kau tengah sakit tu.”
“Kau tak jawab soalan aku Ilham. Takkan sebab tu jer?!” Kali ini dia menjerit. Irish tidak puas hati bila soalannya tidak dijawab.

“Aku ternampak kau salin baju,” tenang Ilham menuturkan kata-katanya itu. Saat itu Irish merasakan ada pisau belati yang menyiat-nyiat kulitnya. Bukan itu sahaja, malah ditaruh dengan perahan limau nipis. Perit. Teresak-esak Irish menangis. Kali ini lebih kuat. Ilham nampak kaget bila melihat wanita di hadapannya itu menangis sedemikian rupa.
“Tapi aku tak nampak apa-apa. Sumpah! Masa tu kau tengah salin baju. Aku nampak dari arah belakang. Tu pun bahagian belakang badan kau dibalut dengan kain kasa. Waktu tu aku tahu yang kau perempuan.
“Tapi kenapa kau rahsiakan? Atau kau saja nak ambil kesempatan ke atas aku?” Irish tidak puas hati. Dirasakan saat itu juga maruahnya sudah dirobek-robek.

“Selama ni kau pernah ke nampak aku ambil kesempatan dekat kau? Bila kau tidur, ada aku usik kau? Bila kau nak solat, aku ada dalam bilik? Tak ada kan? Sebab aku tahu kau perempuan.”
Terdiam Irish mendengar jawapan Ilham. Tak disangka-sangka selama ni rahsianya sudah lama bocor. Tapi dia masih tak puas hati punca Ilham merahsiakan identitinya.
“Kenapa kau rahsiakan?”
“Aku..aku...”
“Haris! Ilham!” Terdengar suara Afnan dan penduduk kampung memanggil-manggil nama mereka. Dengan sepantas kilat mereka menyahut!
“Kami di sini! Bawah! Di bawah jurang!”
“Mereka di sini! Cepat!” Jerit suatu suara.
“Cepat!” Ilham sudah mula menundukkan badannya.
“Nak buat apa?” Irsih terpinga-pinga.
“Kaki kau kan sakit. Takkan nak jalan macam tu. Naik atas badan aku ni,” ujar Ilham. Dia masih lagi bermurah hati untuk menawarkan khidmatnya kepada Irish meskipun sudah diherdik tadi.

“Tak..tak nak. Aku boleh.Tengok ni,” kata Irish seraya cuba membuktikan bahawa dia masih gagah untuk bangun.
“ Aduh!” Irish jatuh duduk kembali.
“Berlagak macam dah sembuh. Naik jer lah. Bukan aku nak buat apa-apa pun dekat kau.”
Teragak-agak Irish menaiki belakang badan Ilham. Segala curiganya kepada Ilham mulai lenyap. Sungguh terharu hatinya dengan kebaikan Ilham malam itu. Lantas, terbit satu perasaan aneh di lubuk hati Irish.
“Kenapa ni?” Hatinya berasa pelik.
 Irish menoleh ke sisi. Dia kini berada dekat dengan Ilham. Dalam samar cahaya, dia dapat lihat betapa gagahnya lelaki yang sedang membantunya kini. Lama-kelamaan dia membiarkan perasaan anehnya itu terbuai bersama mimpi dibelakang badan Ilham.





What!!! Dia dah tahu?” Bukan kepalang kejutan yang Zulin rasa taktala mendapat khabar berita dari Irish tentang Ilham.
“Syhh..Kau nak budak-budak lain dengar ke? Dah lah kita kat pondok tepi laluan gajah menyusur ni. Silap-silap ada orang pasang telinga,” ujar Irish.
“Yalah, sorry. Ha, betul ker dia tahu? Bila?” Nada suaranya kedengaran perlahan. Seperti gaya orang berbisik gamakanya.

“Ya, dan dia dah lama tahu,” ditekankan perkataan lama itu kepada Zulin.
So, kau nak buat macam mana ni? Aku dah agak dah. Benda macam ni mesti jadi. Berdosa tau Irish. Bukan muhrim nak duduk sama-sama macam tu. Lebih-lebih lagi bila dia dah tahu.”
“Aku tahu bukan muhrim. Dari dulu sebelum aku buat keputusan nak menyamar ni pun, aku tahu bukan muhrim. Tapi aku masih jaga batas-batas aku.”
“Tak kisahlah. Tapi dia tetap lelaki. Ada nafsu. Punya naluri. Kalau dia apa-apakan kau macam mana?” Zulin mula risau. Baginya tindakan Irish dari dulu memang berani. Sanggup mengambil risiko sedemikian rupa.

“Aku yakin Ilham takkan buat macam tu. Dia rajin baca Quran. Solat tak pernah tinggal. Aku yakin dia takkan apa-apakan aku,” Irish berkata dengan penuh yakin.
“Sedangkan macam-macam isu kat luar sana yang pelik-pelik. Ni kan pula si Ilham tu. Dia tetap lelaki juga Irish.”
“Kalau dia buat juga, aku buka Karate aku. Kau lupa ke?
“Hish, yakin sangatlah kau ni. Kalau rahsia kau bocor, lepas tu parents kau tahu macam mana?”
“Kalau tak ada siapa beritahu, tak bocorlah.”
“Kalau bocor, lepas tu kau kena kahwin dengan dia macam mana?”

“Mulut kau jangan buat fasal. Takkan terjadilah. Okaylah aku janji. Bagi aku masa seminggu je. Kalau tak tercapai juga misi aku, lepas ni aku dah tak kisah fasal Afnan.”
Promise?” Zulin menuntut janji dari Irish.
Promise!” Irish mengangkat tangan kanannya. Dah macam baca ikrar gayanya.
 “Oh ya, aku ada dengar cerita Pak Malik jumpa mayat masa kau orang semua sibuk cari aku dan Ilham. Betul ke?”
“Yalah. Waktu tu aku pengsan tau tak? Aku ingatkan kau lah mayat tu,” cerita Zulin dengan begitu bersungguh-sungguh.

“Nauzubillahminzalik. Alhmadulillah, Allah S.W.T masih beri aku peluang untuk bernafas. Tapi siapa mayat tu?” Soal Irish dengan penuh tanda tanya.
“Tak silap aku, salah seorang penduduk kampung yang ke hutan mencari lebah. Dengar cerita perempuan. Kesian dia. Dah lah masih ada seorang anak yang perlu disara, suami pula tiada. Nasib baik ada nenekanya yang boleh tolong jaga. Habis tu, kalau nenek dia pula pergi, apalah nasib budak tu kan?” Kata Zulin yang sememangnya risau dengan nasib kanak-kanak itu.

Tersentuh hati Irish mendengar butir bicara Zulin. Pasti kehidupan kanak-kanak tu sukar kerana kematian ibunya. 
“Tak apalah kalau macam tu. Nanti aku minta tolong salah seorang staf abah aku, daftarkan nama budak tu dalam Rumah Anak Yatim kami tu,” Irish berhasrat untuk membantu kanak-kanak itu.
“Baguslah kalau macam tu. Terjamin juga budak tu,” terasa lega hati Zulin mendengarkan hasrat hati Irish untuk membantu kanak-kanak itu.
 “Eh, kau tak story lagi dengan aku fasal kes kau terjatuh dalam jurang tu. Macam mana? Kau nampak hantu ker?”

Terus minda Irish ligat mengingati insiden kain putih di malam mereka terjatuh di hutan itu. Sememangnya dia dah tak mahu mengingati insiden itu. Tanpa menjawab soalan Zulin, Irish terus bangun.
“Eh, kau nak ke mana tu? Tak story pun lagi dengan aku!” Zulin bangun untuk menahan Irish. Belum habis cerita, dah nak pergi macam tu jer. Ni yang buat Zulin geram ni.





“Afnan!”
Afnan yang sedang berjalan di kawasan laluan perpustakaan kampus menoleh. Tersenyum Afnan bila melihat kelibat Irish. Pelik pula rasa hatinya. Macam mengharap untuk berjumpa Irish selalu.
“Eh Haris. Buat apa dekat sini?”
“Saja lalu. Nampak kau, tu aku tegur.”
“Fuh, nampakanya Ilham tak bocorkan rahsia aku dekat Afnan. Lega rasanya,” Irish melahirkan kelegaannya di dalam hati.
“Kaki kau dah sembuh ke bro?”
“Alhamdulillah. Jom kita pergi lunch. Aku belanja.”
“Wah, aku no hal! Tak apa ke? Segan pula aku,” Afnan terasa segan apabila artis popular sepertinya dibelanja oleh Irish. Eh, dia masih popular ke sekarang? Bukan sudah tarik diri dari dunia hiburan ke?
“Ala, bukan senang nak belanja artis glamour macam kau. Lagipun aku ada benda nak cakap.”
“Cakap? Fasal apa?”
“Adalah. Kita lunch dulu okay. Perut aku dah buat konsert dah ni. Jom.”
Mereka beriringan ke kafeteria.


 


“Ha, duduk pun dah. Makanan pun dah sampai. Tinggal mulut kau jer tak buka-buka. Cuba cakap apa yang kau nak cakap,” Afnan sudah tidak sabar untuk menunggu butir bicara yang lahir dari bibir Irish.
“Wah, tak sabar kau kan? Okay, first of all, aku nak minta maaf sebab marah kau masa kau kutuk Ilham dulu.”

“Aku ingatkan apa,” desis Afnan di dalam hati. Namun wajahnya tetap dimaniskan.
“Oh, no hal lah beb. Kawan-kawan punya hal. Tak sentap pun.”
“Thanks. Second, aku nak minta tolong dengan kau.”

 Kali ini Irish menyusun butir bicaranya. Biar kali ni misinya berjaya. Dia tidak mahu gagal. Jika gagal, pasti sukar untuk dia mencuba kerana kini dia sudah kesuntukan masa. Seminggu waktu yang diberikan Zulin harus dimanfaat sebaikanya
 “Wow! Sounds great! What?” ujar Afnan dengar rasa tidak sabar.
Please... Menyanyi balik.”

Diam. Itu yang dilakukan Afnan sekarang. Dia tidak mampu berkata apa-apa bila Irish menyatakan permintaannya. Bukan dia tak mahu. Seribu kali dia setuju. Tapi ada sesuatu yang menghalangnya.
Dalam kepayahan, dia menuturkan.
“Kalau itulah. Aku minta maaf. Aku tak boleh,” balas Afnan lantas bangkit dari dudukanya Dia sudah mahu beredar.
“Sebab kau lah aku sembuh,” terang Irish. Kali ini dia nekad untuk berterus terang.
“Maksud kau?” Afnan menoleh.

6 comments:

Anonymous said...

tak sabarnya nak tunggu..bila nak upload next episod???best sangat..suka..

Unknown said...

zalina Dabong..

hehe..thanks sudi baca.. In syaa Allah next week.. :)

zyana said...

Ilham ke penyanyi tu?bestnya...

Unknown said...

zyana..

hehe... thanks sudi baca.. tunggu episod seterusnya yer :)

Unknown said...

best citer ni....baru hari ni sy masuk blog ni dan dah habiskan baca sampai bab 7 and skrg tak sabra nak tggu next n3...

Unknown said...

cik baba..

Alhamdulillah..thanks sudi baca... in syaa Allah saya akan upload next episode.. :)