Sunday 5 January 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 3


“Kau pergi mana tadi Haris? Puas aku cari kau. Baru nak ajak keluar makan,” soal Ilham. Rasa pelik bila balik dari mandi, dilihatnya Irish dah tak ada. Sekarang baru balik.
Sorry lah Ilham. Aku keluar makan dengan Zu..Cik Zulin.”
“Rapat betul kau dengan dia? Amboi, skandal ke?”
“Skandal wak lu. Kakak aku lah”

Ilham hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan Irish. Ada sesuatu yang berlegar-legar di benak fikirannya kini.
“Kau kenapa ni? Diam jer.”
“Tak ada apa-apa,” Ilham bangun ke muka pintu. Perutnya yang sedang berpidato tu berhujah-hujah minta diisi. Cukup lapar.
“Aku keluar dulu. Lapar. Tak makan lagi. Nak kirim apa-apa tak?”
“Tak, thank you.”

“Alamak? Dia ajak tak nak ajak aku keluar makan ke? Agaknya mungkin sebab dia tahu aku dah keluar kot. Alah, apa salahnya kan?” Irish berkata di dalam hati. Alang-alang Ilham ada di depan matanya, tak salah juga kalau dia sendiri gunakan masa yang ada untuk berbual mesra dengan Ilham. Mana tahu boleh jadi rapat sementara dia ada untuk menjalankan misinya itu.

“Erm, Ilham,” panggil Irish.
 “Ya?” Ilham pantas menoleh.
“Kalau aku teman kau makan boleh? Bosanlah duduk sorang-sorang. Aku belanja. Anggap jer belanja untuk roommate. Aku bawa kau makan kat satu tempat baik punya. Hahaha”
“Wah, serius? Aku no hal. Lagi suka. Jom.”

Mereka lantas beriringan keluar. Hendak berjalan kaki, kata Irish tempatnya agak jauh. Mereka bersama-sama menaiki Mini Cooper milik Irish.
“Pergh, bapak best kereta kau. Banyak duit kau,” kata Ilham dengan penuh teruja.
“Ala, parents aku yang hadiahkan masa aku grad dulu”
Grad? Bila kau grad?”

Irish tersedar yang dia tersilap cakap. Pantas ditukar cepat-cepat katanya tadi. Takut Ilham syak sesuatu pula.
“Eh, aku cakap grad ke tadi? Ma..maksud aku. Abang aku. Ha, abang aku grad, dia dapat kereta ni. Sekarang dia pakai kereta lain, dia bagi lah aku,” Irish mengelap peluh yang mula membasahi dahinya.
“Oh, untunglah anak orang kaya”
Irish memandang Ilham lama. Kata-kata Ilham itu didengarnya berbaur rintihan. Irish beranggapan yang Ilham terasa dengannya.
Sorrylah bro kalau kau terasa. Aku tak...”

“Eh, bukan sebab tu lah. Ni lagi, satu, kau asyik minta maaf jer dengan aku. No hal lah semua tu. Kita kawan-kawan. Tak payahlah banyak sangat minta maaf. Segan pulak aku.”
Memang Ilham agak serba salah bila Irish gemar meminta maaf dengannya. Padahal bukan besar mana pun salah tu. Tak terasa pun.
“Oh, okay..okay..Dah jom gerak. Aku nak bawak kau makan dekat...”
“Dekat mana?” Ilham tidak sabar.
“Dekat...”
“Dekat?”
“Dekat mulut. Hahaha”
“Sengal. Memang lah!” Ilham pantas menumbuk perlahan bahu Irish.
“Aduh, sakit ar. Agak-agak ar.”
“Sorry bro. Dah jom lah gerak. Nanti lambat pula. Mesti ramai orang.”



Restoran Syarifah Seksyen 7 Bandar Baru Bangi pilihan Irish kini. Memang gigih dia drive dari Kuala Lumpur sampai sini. Restoran kegemarannya. Memang wajib dia datang bila tekak teringin nak makan Nasi Goreng Boikot USA. 

“Wah! Pelik nama makanan dekat sini kan? Nasi Goreng Boikot USA lah, Mee Hailam Kapal Karam lah, Nasi Gorepg Cili Padi Pedas Giler lah..Hahaha” Ilham tergelak perlahan bila melihat menu makan yang dihantar pelayan sebentar tadi.

“Tau pun kau. Bukan tu jer. Tengok menu minuman ni pula. Macam-macam. Tapi serius sedap tau.”
Mereka membelek menu yang ada sebelum membuat pesanan. Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, Ilham memandang sekitar restoran ini. Cantik desis hatinya. Irish memerhati wajah Ilham lama. Terbit segaris senyuman di wajah Irish. Kacak.

“Aku tahu lah aku handsome. Tak payah nak pandang lama-lama. Risau aku”
“Eh...bila pula aku pandang kau. Aku tengok budak kecil tu main-main dengan sudu nasi goreng tu lah. Comel”
“Cover lah tu.” Ilham tersenyum sendiri.
“Ilham, aku nak tanya sikit boleh?” Irish membetulkan kedudukan kerusinya sebelum bertanya sesuatu.

“Apa dia? Lain macam jer bunyi. Suspen pula aku.”
“Erm... Kau..Kau dah lama ke kawan dengan Afnan”
Ilham diam tidak berkutik. Dia tidak menyangka soalan itu yang ingin diajukan Irish. Soalan yang paling tidak digemarinya. Bahkan cukup membenci.
“Ilham, aku tanya ni.”
Ilham masih lagi membiarkan Irish dengan pertanyaannya. Hatinya berkira-kira. Mahu beritahu atau tidak.

“Tak apa lah kalau kau tak nak beritahu. Aku saja jer tanya.”
Ada nada kecewa di sebalik kata-kata Irish.
“Aku dah lama kenal dengan dia,” Ilham mula bersuara.
“Ha, yakah? Macam mana kau boleh kenal? Berapa lama?” Irish begitu teruja untuk mengetahui perihal Afnan. Makin senanglah kerjanya lepas ni. Tak payah nak selidik-selidik bagai. Tanya Ilham jer dah cukup.

“Aku tinggal di rumahnya. Mak aku jadi pembantu di rumah itu.”
“Oh..” Bila mendengar jawapan Ilham. Irish tidak jadi mahu bertanya lebih lanjut. Dia sedar, ada nada lirih di sebalik kata-kata Ilham.
“Tu jer yang kau nak tanya?”

“Eh, makanan dah sampai. Jom makan. Nasi Goreng Morocco yang kau tempah ni sedap tau. Chicken grilled dimakan bersama Nasi Goreng dan Kentang Goreng. Cuba lah.” Irish menyuakan makanan itu di hadapan Ilham. Mereka bersama-sama menikmati hidangan makan malam. Meskipun tadi Irish sudah makan bersama Zulin, tapi bila dapat makan bersama Ilham hatinya jadi senang. Mudahlah mereka menjadi kawan lepas ni.

“Terima kasih Irish untuk malam ni. Sedap betul makanan kat restoran tu,” Ilham pasntas membaringkan diri katil. Selesa rasanya bila sampai bilik.
Most welcome. Wei, dah makan mana boleh baring. Tak elok!”
“Ala, sekejap jer.. Penat lah.” Ilham membela diri.
“Mengada-ngada sangat. Entah apa penatnya..”
Deringan telefon bimbitnya mematikan perbualan mereka. Nada dering Jangan Mungkiri sudah cukup menggemakan ruangan bilik. Nama pemanggil dipandang. Gulp!
Ibu.



“Alamak. Nak jawab ke tak nak? Mesti ibu risau sebab lama tak call. Tak apa Irish! Tarik nafas! Tarik! Hembus! Tarik, hembus! Yes, bagus.”
“Apasal tak jawab?” Ilham bertanya. Pelik melihat Irish asyik tarik nafas dari tadi. Mengalahkan baru lepas memecahkan lemak. Padahal bukan pecah, lagi tambah lemak ada lah.
“Nak jawab lah ni,” Irish melangkahkan kaki ke muka pintu. Mana mungkin dia menjawab panggilan ibunya di bilik itu. Bahaya! Dia mencari satu sudut di tepi tangga untuk menjawab panggilan.

“Assalamualaikum,” kedengaran suara wanita berusia dalam lingkungan 50-an di hujung talian.
“Waalaikumussalam ibu. Ibu apa khabar? Ibu sihat?”
“Sihat. Kenapa Irish lama tak telefon ibu? Ibu risau tahu tak? Irish tahu kan, Irish satu-satunya anak dara ibu. Ibu tak mahu apa-apa yang buruk terjadi pada Irish. Irish kat mana ni nak?” Begitu risau suara Puan Sri Nazirah bila anaknya itu sudah lama tidak menelefonnya. Yalah kan. Irish dan abangnya Irsyad saja buah hati pengarang jantungnya.
“Irish kat hostel ibu”
Hostel?!” Terkejut beruk Puan Sri Nazirah. Terus bangun dari duduknya. Bila masa pula anaknya sambung belajar?
Irish menekup mulut sambil memukul kepalanya. “Bodohlah kau ni Irish!”
“Hotel ibu. Hotel. Irish ada kursus kat sini selama 3 hari.”
“Oh, hotel. Pelik ibu dengar hostel tadi. Di mana tu?” Lega hati Puan Sri Nazirah. Terus duduk balik di sofa empuknya yang ditempah khas dari Itali.
“Di..di.. Di Hyatt Hotel Johor Bharu.”
“Ala, jauhnya. Kalau di Kuala Lumpur, boleh ibu jenguk Irish. Ibu rindu dengan Irish. Bila nak balik jumpa ibu. Abah kamu tu pun rindu dengan kamu.”
“Ya, Irish pun rindu dengan ibu. Abah macam mana? Sihat?”
“Semua sihat alhamdulilah.”
“Okay lah ibu, Irish nak tidur. Ngantuk sangat ibu. Penat seminar tadi.”
“Okay, my dear. Jaga diri baik-baik. Makan jaga. Jangan tahan-tahan, awak tu ada gastrik.” Si ibu dah mula hendak menyampaikan amanat keramatnya. Risau dengan gastrik si Irish. Takut-takut jadi macam dulu. Kena tahan wad.
“Baik, ibu. Ibu pun jangan lupa jaga diri. Kirim salam abah. Assalamualaikum.”
Salam disambut di hujung talian. Fuh, lega hati Irish. Ibunya tidak bertanya macam-macam tentang ketiadaanya. Kena balik juga ni. Minggu ni atau minggu depan kena balik juga.
“Sabar ya ibu. Selesai semua ni, Irish balik.” Irish bermonolog. Dalam dia bermonolog, fikirannya jauh menerawang hingga ke Hyatt Hotel.



“Irish, terima kasih kerana sudi buat semua ni.” Afnan memegang erat tangan Irish.
“Semua ni untuk awak. Saya memang peminat nombor satu awak Afnan. Terima kasih kerana sudi menyanyi lagi,” Irish cukup gembira bila melihat Afnan sudah mahu menyanyi.
“Tak kan selamanya awak jadi peminat saya? Tak sudikah kalau kita lebih dari itu?” ujar Afnan sambil menatap mata Irish dengan penuh rasa kasih. Sudah lama dia ingin meluahkan rasa hatinya terhadap Irish. Baru kini dia berpeluang.
“Maksud awak?” 

“Bro, bangun bro.” Suara Ilham memecah mimpi Irish yang tengah feeling-feeling dengan Afnan.
“Aduh, awalnya kau kejut. Kacau lah kau ni.” Irish merungut. Geram betul mimpinya diganggu tadi. Bukan senang nak mimpikan Afnan.
“Dah pukul 6.45 pagi dah ni. Nanti subuh habis. Berdosa besar kau. Cepat bangun. Jangan subuh gajah sudah”
“Ala, aku uzurlah. Mana boleh solat,” Irish masih lagi mamai. Sengal-sengal ubi juga dia ni. Senang-senang jer kalau kantoi dengan Ilham.
“Ha? Uzur? Kau mengigau jadi perempuan ker? Kau drag ae?”

Mata Irish terus terbuka luas apabila mendegar Ilham menyebut perkataan uzur. Alamak, aku cakap uzur ke tadi? Sengallah! Irish mendesis. Terasa menyesal dengan apa yang dikatakannya tadi.
“Alamak, sorry bro. Aku mengigaulah. Kau solat lah dulu. Aku pergi tandas jap.”
“Tak nak jemaah sekali ke?” Ilham yang mula membentangkan sejadah memandang Irish sekilas.
“Eh, takpa. Kau solat lah dulu”

Irish bingkas ke bilik air. Sempat juga dia mencapai sebungkus tuala wanita di dalam genggamannya. Mujur Ilham sedang mengangkat takbir. Nasib baik tak perasan.
Agak lama Irish di dalam bilik air. Biasalah urusan macam ni memang mengambil masa yang lama. Dilihatnya Ilham sudah tiada di bilik ketika dia balik dari bilik air. Pergi kerja agaknya. Desis hatinya.

9 comments:

Unknown said...

mohon sambungkan lagi menarik sungguh karya ni

Unknown said...

mohon sambungkan lagi

Unknown said...

nurulaini megat..

wah..terima kasih... In syaa Allah :)

Asha Ronaldo said...

like seriously, i'm in love with this story. harap segera disiapkan manuskrip. tak sabar nak dapatkan di pasaran :-)

Unknown said...

Asha Ronaldo..

Amin.. terima kasih! serius terharu! doakan sy yer...In syaa Allah :)

adawiahbaharin said...

mohon sambung lagi . . suka cerita dia . hope balik mlysia nnt da ada novel ni kt psarn .

Unknown said...

Rabiatul Adawiyah..

Alhamdulilah..terima kasih krn menyukai..In syaa Allah sy akan sambung lg..Mohon doa saudari agar karya ini berjaya diterbitkan..Amin :)

Unknown said...

best sangat..xbosan..xsabar2 nak tahu ending dia cam ane..

Unknown said...

Ayu Fatihah..

Alhamdulillah..thanks... nantikan yer :)