Thursday 27 February 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 10




Irish memandang Ilham yang sedang bermain gitar. Tersenyum-senyum Irish. Bait-bait lagu Jangan Mungkiri kegemarannya itu dimainkan dengan penuh penghayatan. Bukan senang nak dengar lagu ni dimainkan versi akustik macam ni. Untung bebenor dia! Tak pernah dia menyangka selama ini suara yang diidam-idamkan itu milik roommate nya sendiri. Sudah hampir seminggu tempoh yang Zulin bagi dia gunakan sebaiknya. Esok merupakan hari terakhirnya di kolej ini. Ilham yang sedang bermain gitar terhenti apabila dia merasakan Irish leka memandangnya. Tak tenang dia nak main gitar.

“Kenapa kau pandang aku macam tu?”
“Saja. Aku suka tengok kau main gitar. Lagipun esok aku last kat sini,” tenang Irish menuturkannya.
Sebaik mungkin Ilham mengawal riak wajahnya. Biar nampak tenang. Walaupun dalam hati berselirat seribu rasa yang sukar diungkap dengan kata.
“Oh, baguslah. Tak elok duduk berdua macam ni,” giliran Ilham  berkata. 

Irish sedikit terasa dengan kata-kata Ilham. Seolah-olah mahu menghalaunya. Tapi betul juga apa yang dikatakan Ilham. Mereka berdua bukan muhrim. Tidak elok duduk berdua-duaan macam ni. Lebih-lebih lagi tinggal sebilik. Mindanya masih ingat tazkirah Subuh yang didengarinya di sekolah dahulu. Pesan ustazahnya masih segar sehingga kini.

Rasulullah S.A.W dalam hadis daripada Ukbah bin Amir menyebut bahawa Nabi S.A.W bersabda: “Maka jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya kerana yang ketiga ialah syaitan." (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)

Yalah, mungkin ramai yang tidak tahu mengapa Rasulullah S.A.W melarang lelaki berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrim. Mungkin pada mereka larangan itu menyekat kebebasan hak asasi mereka. Sebab itu ada yang berkata, pertemuan itu hanya sekadar bualan biasa, tidak lebih daripada itu. Tetapi sebenarnya Rasulullah S.A.W sendiri sudah memberi jawapan yang jelas, iaitu tatakla mereka berdua-duaan akan ada syaitan di antara keduanya.
Syaitan yang sifatnya suka menggoda, akan meniupkan rangsangan seks wanita dan kemudiannya kepada lelaki. Itu yang bahaya dan perlu dielakkan sebaikanya.

“Hoi, sempat lagi kau berangan kan?” Pup! Terpadam terus kepulan awan yang berkepul-kepul di atas kepala Irish tentang pesanan ustazahnya sebentar tadi.
“Adoi, kau ni. Buat aku terkejut jer. Aku cuma teringat pesan ustazah aku tentang kehadiran syaitan sebagai orang ketiga bila lelaki dan wanita bukan muhrim berdua-duaan.”

“Ha, tau pun. Dah tu bila nak blah?”
“Sampai hati kau kan, menghalau aku macam tu. Yalah, esok aku blah,” lirih suara Irish seperti merajuk dengan Ilham.
“Hahaha, relaks lah. Ya, esok kau nak beredar dari sini kan? Jaga diri baik-baik. Mesti susah aku nak jumpa kau lepas ni kan? Ingat, jaga diri. Jaga maruah. Kalau senang, call lah aku,” mendatar suara Ilham memecah telinga Irish.

“Ala, call tak seronok lah. Jumpa terus lagi best. Kalau nak jumpa, boleh jer. Tapi tunggu waktu aku free lah. Lagipun aku kerja. Agak busy juga lah.”
“Kau kerja? Kau tak habiskan study kau ke?”
“Silap aku juga sebab tak perkenalkan diri aku yang sebenar. Okay lah Encik Ilham,” Irish mula menghampiri dan duduk di birai katil Ilham.

“Hai kawan-kawan! Nama saya Irish Adrina binti Iskandar Syah. Saya bekerja sebagai Toy Designer. Saya anak yang bongsu. Saya ada seorang abang, namanya Irsyad Nuruddin bin Iskandar Syah,” Irish membuat gaya seolah-olah murid tadika yang baru memperkenalkan diri. Gedik sangat.
“Hahaha. Gedik betul. So, umur kau berapa?”
“Nak masuk 26 tahun.”
“Wow! Tak macam 26 tahun pun. Macam sebaya jer,” Ilham ternyata terkejut dengan umur sebenar Irish. Serius dirasakan yang wajah dan perwatakan Irish tidak seperti umur sebenarnya. Irish di hadapannya kelihatan muda dengan gaya cerianya.
“Pembetulan ya. Baru nak masuk 26. Kira sekarang ni 25 tahun lah.”
“Ala, tak kisahlah. Nak kena panggil akak lah ni?”
“Sepatutnya. Tapi dengan kau tak kisah pun. Nanti macam janggal lah. Tak payahlah,” Irish tersenyum manja. Terserlah lesung pipitnya.

Gulp! Senyuman itu. Ya, senyuman yang menyintik naluri lelaki Ilham. Tak boleh. Tak boleh jadi ni. Syaitan jadi orang ketiga. Ilham mula bangun.
“Kau nak pergi mana Ilham?”
“A..aku nak larikan diri dari syaitan,” Ilham melangkah meninggalkan Irish. 

Tuk..Tuk..Tuk..Terdengar ketukan di bilik. 

“Siapa pula yang datang ni?” Desis hati Ilham. Pintu dibuka dan...”
“Bilik A 228. Ilham Aizat dan Haris Iskandar? Boleh kami masuk?” Tegur satu suara yang tampak segak dengan kemeja jalur kelabu yang tidak dikenali bersama seorang staf kolej kediaman.
“Bo..boleh. Tapi kenapa ya?”
“Awak tak perlu tahu. Biar saya selidik dulu bilik ni,” lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik Ilham. Matanya tepat memandang seseorang. Terkejut bukan kepalang bila melihat siapa gerangan di dalam bilik itu.

“I..Irish?!”
Irish pantas menoleh bila nama sebenarnya disebut.
“ Abang?!!!”



“Nazirah, kau betul ke nak menyamar jadi lelaki ni? Tak pernah dibuat orang tau?” Tegur Zahidah. Rakan baik kepada Nazirah. Sejak akhir-akhir ini Nazirah berperangai ganjil. Katanya risau dengan kekasihnya Ikmal. Risau dengan kecurangan lelaki itu.

“Aku bukan apa Ida. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku dapat rasakan Ikmal ada betina lain.”
Zahidah terdiam kemudian menyambung.
“Takkan sampai nak menyamar jadi pelajar lelaki? Lepas tu kau nak duduk sebilik dengan siapa? Buatnya Ikmal kenal muka kau?”
“Pandai-pandailah aku atur nanti. Kau jangan risau. Aku janji. Lepas dapat tahu apa yang aku nak. Aku hentikan semua ni okay?”
Nazirah mencapai gunting di meja belajarnya. Kali ni dia nekad.
“Ira jangan Ira!” Zahidah memegang tangan Nazirah. Berharap agar dia dapat menghentikan niat rakan baiknya itu.
Please Ida. Kalau kau sayangkan aku. Jangan halang aku,” ujar Nazirah. Gunting di tangan dihala ke rambut. Satu persatu guntingan berlaku. Gugur jatuh menyentuh bahu dan kemudian gugur di lantai yang bersih tanpa debu. 

Memori Puan Sri Nazirah kembali lagi. Hatinya dihimpit pilu. Mengalir air matanya taktala suaminya memaklumkan tentang perihal Irish. Tidak disangka-sangka Irish boleh berfikiran bodoh sepertinya dahulu. Ya Allah, adakah ini semua balasan-Mu Ya Allah? Sesungguhnya aku khilaf Ya Allah. Aku khilaf! Puan Sri Nazirah meraup mukanya. Tidak henti-henti dia menangis. Apa yang dia mahukan hanyalah untuk bertemu dengan Irish.

“Abah, maafkan Risy bah! Risy tahu Risy salah! Ampunkan Rish!” Terdengar suara orang menjerit dan menangis di ruang tamu. Seakan dapat mengagak apa yang terjadi, pantas Puan Sri Nazirah meluru ke ruang tamu.
“Kau tahu tak kau dah malukan aku? Kau dah malukan keluarga kita? Sanggup kau buat kami macam ni?!” Tengking Tan Sri Iskandar. Hilang sudah panggilan manjanya kepada Irish.
“Abah, Risy minta ampun abah. Risy tak fikir masak-masak masa tu. Risy minta ampun sangat-sangat.”
“Argh! Kau dengan ma..”
“Abang!” Puan Sri Nazirah mula masuk campur. Dia tidak mahu Tan Sri iskandar menceritakan kisah silamnya kepada Irish. Tidak sanggup rasanya dia mendengar semua itu.

“Tu lah awak. Manjakan sangat budak ni. Sampai dia jadi macam ni,” Tan Sri Iskandar dihurung buntu. Pelbagai rasa bercampur menjadi satu. Dia tidak tahu jalan mana yang harus dituju. Irish pula hanya duduk diam di sisi ibunya sambil menangis teresak-esak. Air mata yang tumpah tanda penyesalan yang bertandang di lubuk hati. Sungguh, dia kesal dengan tindakan bodohnya itu. Jika dapat diputarkan masa, pasti dia memilih untuk kembali dari memulakan rancangan bodohnya itu.

“Ibu, maafkan Risy bu. Risy tahu Risy salah. Risy tak fikir betul-betul. Tapi Risy tak buat apa-apa pun ibu. Sumpah!” Kali ini Risy  mendakap erat bahu ibunya. Dipeluknya kuat bahu wanita yang mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari itu. Dia amat mengharapkan agar ibunya memahami rasa kekhilafannya.

“Abang, tak kan abang tak percayakan anak kita ni? Kan dia dah mengaku kesilapan dia,” pujuk Puan Sri Nazirah. Tangannya masih menepuk-nepuk bahu Irish yang terhinyut-hinyut menangisi kesilapan diri sendiri.
“Abah nak kamu berdua nikah!”
“Abang!!!”
Tergamam Irish dan Puan Sri Nazirah. Dalam banyak-banyak jalan penyelesaian, keputusan ini yang dipilih abahnya? Tidak disangka Tan Sri Iskandar senekad itu untuk menikahkan dirinya dan Ilham.

“Abah, tolong abah! Irish merayu sangat pada abah. Risy tak boleh kahwin dengan dia. Dia muda lagi abah. Risy akan jadi beban pada dia. Risy tak nak abah. Risy tak nak!”
“Baru sekarang kau nak sedar? Masa mula-mula dulu tak nak fikir? Entah apa yang kau orang dah buat, aku pun tak tahu. Sebelum perut kau membusung, baik aku nikahkah kau orang cepat,” tegas Tan Sri Iskandar bersuara.
“Abah!!!” Tangisan Irish semakin lebat. Sungguh dia kecewa dengan kata-kata ayahnya. Keji sangatkah dia?
Tan Sri Iskandar melangkah maju menaiki ke tangga. Tidak mahu dia berlama di situ.
“Abang! Takkan abang nak nikahkan mereka sebab ni? Ira tahu bang, anak kita ni pandai jaga diri. Dia takkan buat perkara yang tak senonoh tu,” Puan Sri Nazirah bangkit untuk membela anak kesayangannya.

“Keputusan saya muktamad.”
Tan Sri Iskandar kembali memanjat tangga.
“Abah!”
Kaki Tan Sri Iskandar mulai menapak itu terhenti apabila dipegang kemas oleh Irish. Agak terkejut Tan Sri Iskandar dengan kelakuan anaknya itu.
“Abah! Tolong abah. Risy tak nak! Risy tak nak! Kami berdua tak saling cinta abah. Abah kena faham bah. Risy janji lepas ni Risy buat apa saja untuk abah. Tapi tolong abah. Tolong Risy. Risy tak nak kahwin dengan dia,” pilu rintihan Irisy diiringi esak tangisnya yang sungguh lebat. Puan Sri Nazirah hanya mampu mengesat air mata yang sudah basah di tubir. Tidak disangka suaminya itu sanggup membuat keputusan sedemikian rupa.

“Risy betul sanggup buat apa saja untuk abah?” Kali ini Tan Sri Iskandar sudah mengendurkan nada suaranya. Dia memegang bahu Risy dan membangunkan anak kesayangannya itu. Ada senyum dalam kata-katanya.
“Sanggup bah. Risy sanggup buat apa saja,” ujar Risy seraya mengangguk. Kali ini air matanya sudah sedikit reda. Mengharapkan agar permintaanya diterima. Dikesat air mata itu agar tidak basah sentiasa.

“Risy nikah dengan budak tu!” Pantas Tuan Iskandar naik ke atas tanpa mempedulikan esak tangis Irish yang mulai lebat. Kali ini dia nekad. Dia tidak mahu memperjudikan nasib anaknya itu jika dinikahkan dengan orang lain. Biarlah dengan lelaki itu. Lelaki yang pernah menjadi teman sebilik Risy. Biarpun hatinya sedih, tapi dia terpaksa juga demi anaknya.
“Abah!!!”
Raungan Irish dibiarkan begitu saja.


p/s: Maaf sangat-sangat sebab lambat update.... Akhir-akhir ni merupakan minggu yang agak sibuk bagi saya.. Mungkin minggu yang akan datang juga.. Tolong doakan semoga segalanya dipermudahkan yer.. Amin..




18 comments:

Unknown said...

seronok la bc cerita nie...x sbr nk tggu smbungan dye...

Asha Ronaldo said...

It's OK but promise jgn update lambat lagi k hehe. Btw bila nak dibukukan? Tak sabar nk beli full manuscript...

Unknown said...

Ain Milhad...

Alhamdulillah..thanks ain :)

Unknown said...

Asha Ronaldo..

thanks...huhu... In syaa Allah sy cuba usahakan utk update stiap minggu...xbole janji..hehe..btw, tolong doakan agar ada rezeki utk diterbitkan yer..Amin :)

Anonymous said...

best laa citer ni..
hrap update cpt2 ye next chap..
dh x sbar nk tgok apa jd..kawin ke x kawin?
blh tahu blaa update next chap?

*curiousity overload*

:D

Unknown said...

Anonymous...

Alhamdulillah..thanks.. hehe.. kahwin ke tak? kita tunggu next episode..thanks again :)

Unknown said...

BEST LAH.. BILA NK SAMBUNG

Unknown said...

Linda Rahim..

Alhamdulillah..thanks... in syaa Allah akan disambung nnti :)

kampung girl said...

assalamualaikum...
gud job cik penulis..!!
citernya,best sngt..
sy baru jer follow blog ni..
n bile nk smbung lg..????

Unknown said...

Wanita Melayu...

Alhamdulillah..terima kasih.. in syaa Allah akan disambung..tunggu ya :) huhu

adawiahbaharin said...

sedihnyaaa . kawin paksa . akak . .nnt updte la lagi.

Meriam laksamana said...

best arh cerita ni.. hana kimi versi melayu

Unknown said...

Rabiatul Adawiah...

huhu... ada lagi yg bakal menyusul..tunggu ya..thanks sudi baca.. :)

Unknown said...

Carl Laksamana..

Alhamdulillah..thanks.. haha..terus dapat jolokan hanakimi versi melayu..hehe

Meriam laksamana said...

haha..tapi macam mana pon yg ni ade kelainan sikit..best..

kalau awak nak update lambat pon xpe, asalkan mantap..hehe

good job writer

Unknown said...

Carl Laksamana..

Alhamdulillah...thanks..In syaa Allah, akan cuba juga update even lambat or cepat.. huhu

Anonymous said...

best....nanti sambung lagi ye...:)

-yana-

Unknown said...

Alhamdulillah..

thanks yana.. huhu :)