Friday 9 May 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 16

Ampun beribu ampun, sembah patik harap diampun.. Maaf sangat-sangat sebab lambat balas komen, lambat update bab baru.. Maaf sangat-sangat.. Terima kasih kerana sudi membaca.. :) 



“Kalau tak apa?”
“Kalau tak aku tak benarkan kau balik.”
Fuh, lega hati Irish. Nafas dihembuskan laju. Ingatkan apa lah tadi. Alah, peduli apa Ilham tak benarkan dia balik. Macam dia tak boleh keluar sendiri. Irish membuat muka.

“Buat lagi muka macam tu. Jentik kang hidung tu!” Ilham menjentik perlahan hidung Irish.
Gulp!
Irish rasa semacam dengan perasaan dia. Takkan Ilham sukakannya kot? Tak mungkinlah. Baru main jentik hidung macam tu, dah feeling lebih. Irish terdiam sebentar memikirkan perasaan Ilham. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang. Ilham yang melihat Irish berangan mula berasa bengang. Sempat pula dia berangan waktu-waktu macam ni.

“Woi.. Berangan pulak!”
Tersentak Irish dari lamunan. Boleh pula berangan dalam waktu macam ni. Eh, dia bukan berangan lah. Dia tengah berfikir tadi.
“Kau dengar tak apa aku cakap tadi?” Ilham mengulang balik kata-katanya sebentar tadi. Bukan boleh percaya. Entah-entah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
“Ehem.. Macam ni lah. Boleh tak awak bagi saya fikir dulu. Saya tak boleh nak buat keputusan sekarang.” Irish mengharapkan agar Ilham faham akan maksudnya.
“Kenapa pula? Apa yang nak kena fikir?”
“Awak tahu kan. Saya kena bincang dengan ibu  dulu. Lagipun saya masih tak biasa dengan situasi macam ni,” terang Irish dengan satu nafas.

Ilham yang mendengar kata-kata Irish mulai faham. Tanpa semena-mena memori tentang Irish meninggalkannya 3 tahun lalu kembali menerpa. Dia tahu Irish tidak suka akan perkahwinan ini. Tapi sampai bila? Umur kedua-duanya sudah makin meningkat. Meskipun dia lebih muda daripada Irish, tak bermakna dia harus mengalah dan tidak matang dalam menguruskan hal ehwal rumah tangganya. Dia tidak mahu rumah tangga yang dibinanya ini ibarat retak menanti belah. Walau hanya secalar cuma, dia tidak akan biarkan berganda. Dia harus berusaha sehabis daya. 

Namun, demi memberi Irish ruang dan peluang untuk isterinya itu berfikir, dia reda. Biarlah dia beralah sebentar. Biarkan isterinya itu mencari ruang untuk berfikir dengan tenang. Ilham akhirnya bangun.
“Awak nak ke mana tu?”
Pelik Irish dengan perangai Ilham. Tak fasal-fasal nak diam pula. Merajuk ke? Takkanlah kot. Kata jantan. Mana boleh merajuk. Eh, tapi kalau betul macam mana? Lelaki kalau merajuk susah nak pujuk.
“Kata nak balik. Jom, aku hantarkan,” ringkas jawapan Ilham.




Nada dering Muara Hati nyanyian Dato` Siti Nurhaliza dan Hafiz  kedengaran di waktu Maghrib ni. Sudah hampir 4 kali telefon itu berdering. Bukan dia tak mahu angkat, tapi dia sedang solat tadi. Terus jadi tak khusyuk. Siapa pula yang menelefonnya waktu-waktu macam ni. Bukankah sekarang waktu orang mahu beribadat. Menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. 

Sekali lagi telefon bimbit miliknya berdering dengan lagu Muara Hati. Mujur dia baru selesai solat. Matanya dihala ke arah skrin telefon. Dilihatnya nama yang tertera. Dr. Amran. Ibu jarinya meluncur laju ke atas skrin telefon itu.
“Hello. Assalamualaikum Rina,” sapa Dr. Amran di hujung talian. Dia sudah tersenyum. Akhirnya panggilannya berangkat juga. Dia tidak kira. Selagi Irish tidak mengangkat panggilannya, selagi tu dia akan terus mendail.
“Rina? Siapa Rina?” Irish berasa pelik. Tak pernah-pernah orang panggil dia dengan nama Rina.
“Awak lupa ke Cik Adrina. Bukan awak ke yang suruh saya panggil awak Rina? Awak hilang ingatan ke? Mari datang hospital, saya bagi ubat,” kata Dr. Amran sekadar berseloroh.
Malas pula Irish hendak melayan lawak yang tak berapa lawak ni. Rasa nak tutup jer telefon ni. Dikhuatiri kurang beradab pula. Nampaknya kena lah layan sekejap.Walau hati meronta-ronta tidak mahu.
“Oh. Saya lupa lah Dr. Amran. Maaflah. Kenapa awak telefon saya waktu Maghrib macam ni? Awak dah solat ke belum?” Soalan tentang solat yang diujarkan Irish dulu. Walau siapa pun orang itu, perkara tentang solat harus ditanya. Dia tidak mahu sama-sama menanggung dosa orang lain di atas pundaknya.

“Alhamdulilah sudah. Tu saya call awak ni. Nak ajak awak pergi dinner. Lepas Isyak saya datang ambil awak. Boleh awak mesej alamat rumah awak?”
“Alamak, dia ni memang betul lah nak menggatal tau. Malas aku nak keluar. Nanti bila ibu tanya aku nak jawab apa? Dah lah abang dengan Kak Zana dah balik ke rumah mereka. Kesian pula ibu tinggal sorang-sorang,” fikir Irish.
Sudahlah dia baru saja rancang nak menonton drama kegemarannya malam ni. Tiba-tiba ada orang ajak keluar pula. Memang tak lah jawabnya. Drama apa yang ingin dia tonton? Apa lagi kalau bukan Sebenarnya Saya Isteri Dia! Tak boleh terlepas ni. Wajib tercongok di depan kaca TV. Menanti dengan debar di hati. Episod malam ini pasti menjentik emosi.
“Erm..Maaf lah Dr. Amran. Saya tak boleh nak terima pelawaan awak. Saya kena teman ibu saya malam ni,” Irish berkata jujur. Tak nak dia main tipu-tipu buat alasan macam-macam. Dosa weh!
“Ala, awak ni macam anak mak lah pula nak main teman-teman. Sekejap jer. Saya ikhlas nak belanja awak malam ni, ” Dr. Amran masih lagi memujuk. Dia tidak mahu Irish menolak ajakannya.
“Maaflah Dr. Amran. Saya tetap tak boleh. Kesian mak saya tinggal sorang-sorang ni.”
Please Rina,” Dr. Amran melembutkan suaranya. Euwwww..Geli Irish rasa. Seluruh bola roma tegak tidak terkata. Macam nak jolok je anak tekak ni, lepas tu muntah. Errk...

“Saya tetap tak boleh. Maaf Dr. Amran. Kalau dah tak ada apa. Saya letak dulu. Assalamualaikum.”
“Eh..nanti dulu.”
Irish buat muka malas seraya berkata.
 “Ya Dr. Amran?”
“Okaylah kalau macam tu. Tapi lepas ni, jangan panggil saya Dr. Amran lagi ya. Panggil saya Am jer. Boleh?”
Nampaknya Dr. Amran terpaksa mengalah dengan penolakan Irish. Tak apa lah. Dia tidak mahu memaksa. Meskipun hatinya sedikit kecewa, dia terpaksa biarkan. Dia perlu bersabar untuk mendekati insan bernama Adrina. Dia tidak mahu nampak gopoh dan gelojoh di hadapan wanita itu.
Irish dah start buat muka.
“Ya Allah serius rasa menyampah,” desis hatinya. 

Bukan main nak suruh panggil Am. Tapi kenapa pula dia nak marah-marah ni? Eh, mestilah, dia kan isteri orang. Mana boleh sesuka hati layan lelaki lain. Sebaik saja dia bersetuju dengan permintaan Dr. Amran yang mahukan dirinya dipanggil Am, ibu jarinya meluncur laju ke arah butang merah di skrin. Dicampakkannya Samsung Galaxy Note 3 itu di atas katil lalu kembali duduk di atas sejadah. Dia mahu menunggu sehingga waktu solat Isyak. Dia tidak mahu mensia-siakan peluang itu. Dia pernah membaca di internet dahulu bahawa antara 11 jenis orang yang didoakan malaikat ialah mereka yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Bukan setakat tu jer, ada lagi. Antaranya ialah orang yang berada di saf hadapan ketika solat berjemaah, orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. Kiranya tak membiarkan saf tu kosong lah. Lepas tu, orang yang menjenguk orang sakit dan macam-macam lagi. Memang mudah sebenarnya untuk menerima ganjaran pahala. Selebihnya terpulang kepada kita, sama ada hendak atau tidak. 

Sementara menunggu waktu Isyak, Irish membuka kitab kesayangannya. Kitab suci Al-Quran. Semenjak peristiwa 3 tahun lalu, dia kembali membaca kalam Allah ini. Sememangnya kitab suci inilah hiburannya selama ini. Hiburan yang menenangkannya. Hiburan yang menyedarkannya tentang kesilapannya yang lalu. 




Mata Irish ralit memerhatikan ibunya. Wajah tua itu meskipun sudah lanjut usia tetapi masih nampak cantik dan bergaya. Kasih sayang ibunya terhadapnya cukup utuh. Seteguh gunung tertinggi yang tidak pernah runtuh. Dia dapat rasakan kasih sayang itu. Sesekali hatinya tercuit apabila ibunya itu mendengus geram dengan watak Rania dalam drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Bukan main lagi ibunya hentak-hentak kaki. Siap nak arah-arahkan si Firash Arsyad supaya cepat bangun meninggalkan hotel ketika Rania merancang untuk memerangkap Firash. Over sangat ibu dia ni. Macamlah pelakon tu boleh dengar.

“Ibu, bukannya dia boleh dengar pun ibu marah-marah dia,” Irish masih lagi tidak dapat menahan tawanya. Betul-betul feeling ibu kesayangannya ni.
“Ibu bukan apa. Ibu geram dengan Rania ni. Kalau ibu kat tempat Firash ni, dah lama ibu tarik rambut perempuan tu!”
“Ibu, tu berlakon jer lah. Kalau ibu nak tarik rambut dia, bermakna lakonan dia berjaya lah.”
“Ya, ibu tahu tu. Tak payah kamu cakap. Ala, kan dah iklan. Kamu kacau lah feel ibu. Nasib baik ada Tonton. Boleh tengok balik nanti.”
“Wah, dah majulah ibu Risy sekarang. Siapa ajar ni ibu?”
“Kakak ipar kamulah. Akaun Facebook ibu pun dia tolong buatkan tau.”
“Bukan main lagi ibu. Apa nama Facebook ibu. Biar Risy add,” kata Irish lantas mengambil telefon bimbitnya di sisi. Pantas saja tangannya mencari laman Facebook di telefonnya.

“Okay ibu.Apa nama Facebook ibu? Cuba sebut.”
“ Syafa Aqira.”
Terbeliak biji mata Irish. Mulutnya ternganga seluas yang boleh. Biar betul ibunya ni. Betul-betul fanatik dengan drama ni.
“Betul ke ibu?” Irish bertanya sekali lagi. Dia tidak percaya ibunya menggunakan nama itu.
“Mestilah tak. Ada pula macam tu. Hahaha! Taip saja Nazirah Iskandar.”
“Wah..So sweet! Ibu gabungkan nama ibu dengan arwah abah. Kenapa tak nak letak Puan Sri?” Irish sekadar bertanya. Dia tahu ibunya bukan jenis yang suka bermegah dengan gelaran diri.
“Tak nak lah ibu. Nanti orang ingat ibu dah tua. Ibu nak juga menyamar jadi muda,” ujar Puan Sri Nazirah. Kedua-dua orang beranak itu kemudiannya tergelak besar. Meriah rumah mewah itu dengan gelak tawa mereka berdua.

“Irish, kamu perasan sesuatu tak?” Puan Sri Nazirah sudah mula membuka bicara. Sudah lama dia perasankan hal ini. Cuma belum terluah lagi. Mujur saja malam ini dia teringat.
“Perasan apa ibu?” Apa agaknya yang sedang bermain di fikiran ibunya ni?
“Kisah kamu ni, lebih kurang sama dengan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia ni kan?”
Terdiam Irish mendengar kata-kata ibunya. Kenapa pula nak kata sama? Tak sama langsung lah.
“Mana ada sama. Ibu ni memandai jer.”
“Memang lah tak sama. Tapi usia kamu dengan si Ilham tu kan beza. Ilham lebih muda dari kamu. Kan lebih kurang sama dengan dengan drama ni,” ujar Puan Sri Nazirah.

Tiba-tiba Puan Sri Nazirah teringat. Segera dia menampar perlahan mulutnya sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Adoi... Dia tahu, isu ini amat sensitif buat Irish. Sejujurnya, dia tidak bermaksud untuk mengungkit hal Ilham di hadapan anaknya. Dia tidak mahu Irish bersedih.
“Ibu minta maaf Irish. Ibu tak ada niat pun nak buat kamu sedih. Kita tak payah tengok drama ni ya. Kita tutup,” pantas Puan Sri Nazirah menutup siaran televisyen itu. Dia rela tak tengok drama tu daripada melihat anaknya bersedih.
“Tak apa lah ibu. Risy tak kisah. Lagipun Risy dah jumpa dengan Ilham hari tu.”
Puan Sri Nazirah menoleh ke arah anaknya.

“Apa dia nak?” Puan Sri Nazirah cuba mengawal riak terkejutnya sehabis daya. Dia tahu Ilham sedang meningkat naik sekarang. Bahkan sering kali menghiasi iklan-iklan dan dada-dada akhbar serta majalah. Dia tidak mahu hati Irish terluka.
“Dia tak nak apa-apa bu. Dia just nak Risy duduk serumah dengan dia,” perlahan-lahan Irish berkata. Irish hendak melihat reaksi ibunya.
“Jadi, apa keputusan kamu?” Puan Sri Nazirah masih beriak tenang.

“Risy tak tahulah bu. Risy serba salah dengan dia. Risy rasa berdosa sangat sebab tinggalkan dia 3 tahun dulu. Tapi Risy tahu memang itu yang dia nak. Dia nak Risy pergi dari hidup dia. Entah kenapa kali ni dia minta Risy tinggal dengan dia,” ada getar di setiap kata-kata Irish. Mengingatkan hal itu, hatinya bertambah walang. Buruk baik kejadian terbayang-bayang.

“Terpulang pada kamu lah Irish. Kamu dah dewasa. Ibu rasa kamu dah cukup matang untuk fikir yang mana baik, yang mana buruk. Ilham pun ibu rasa dia dah matang untuk menilai hala tuju hubungan kamu ni. Apa yang penting ibu nak anak ibu bahagia.”
“Tapi Risy serba salah ibu. Risy takut nak mengharap. Risy tak mahu bila Risy dah jatuh cinta dengan dia, dia tinggalkan Risy macam tu jer. Risy tak nak ibu,” Irish meletakkan kepalanya di riba ibunya. Dia mahu menangis sepuas-puasnya malam ni.
“Risy berdoalah kepada Allah S.W.T. Moga dipelihara hubungan kamu berdua ni. Mungkin itu tandanya Ilham mahu Risy kembali kepada dia. Lagipun Risy kena ingat, tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Risy fikirlah masak-masak ya nak?”

Irish diam di pangkuan ibunya. Dia tahu tempatnya di sisi Ilham. Tapi bagaimana dengan penerimaan Ilham terhadapnya. Dia takut Ilham hanya mahu membalas dendam terhadap perbuatannya meninggalkan Ilham 3 tahun lalu.
“Ya Allah. Kau berikanlah petunjuk buat hamba Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya aku di dalam kekeliruan.” 



Wanita itu menapak masuk ke dalam studio. Sesi pengambaran majalah sudah beberapa jam berjalan. Dia sedar dia kini terlambat. Namun gerak gerinya seperti keadaan biasa. Tiada rasa bersalah bertandang dalam hatinya. Pakaiannya yang agak seksi itu menarik perhatian mata-mata nakal di sekeliling. Dia tidak peduli dengan mereka yang memandangnya. Baginya itu suatu kepuasan. Kebanggaan bagi dirinya. 

“Mr. Ramesh! Sorry lah I lambat hari ni. Jalan sesak tadi. Terpaksa I tunggu,” Hani memujuk jurufoto majalah itu agar segera memaafkannya. Dia tahu dia terlewat hari ini. Alah, lagipun dia kan artis. Biar krew lain yang tunggu. Buat apa dia nak terhegeh-hegeh.

“I dah hafal alasan you. You kena ingat Hani. You tu baru nak naik. Kalau you tak ada disiplin, macam mana you nak cari makan? You tak belajar ke semua ni masa dalam kelas Next Top Singer dulu,” marah Mr. Ramesh. Geramnya masih bersisa dengan artis yang seorang ni. Baru jadi juara Next Top Singer, dah mengalahkan diva. Disiplin entah ke mana. Ilham Aizat pun tak macam ni. Ergh!

I`m so sorry Mr. Ramesh! I janji, lepas ni I tak buat lagi. Promise!” Hani merengek-rengek manja. Krew lain yang melihat naik meluat tidak terhingga. Huh!
“Okay, you siap dulu. Lepas habis giliran Ilham Aizat, turn you pula.Ni pun kita dah lambat ni. Cepat sikit.”
Thanks Mr. Ramesh.” Hani tersenyum manja kepada Mr. Ramesh. Saat dia memalingkan muka, terus dia buat membuat muka mengejek. Menyampah betul dengan orang tua tu. Sibuk jer nak marah-marah dia. Photographer jer pun. Mengalahkan director!
 
“Mana baju I. Cepatlah ambil kan! Terhegeh-hegeh! Make up artis mana? Buat kerja macam mana ni? Lembab! Menyusahkan!” Hani memarahi krew-krew yang lain. Dia yang salah, nak lepaskan dekat orang lain pula. Lagi lah menambahkan benci dalam diri setiap orang.
“Kau tengok tu nok. Betina ni memang puaka tau. Geram mak. Dah lah lambat, bajet Paris Hilton sangat! Padahal gadis desa jer pun! Mak rasa nak bakar jer rambut palsu dia tu!” Rintih jurumekap tersebut. Geram betul dia dengan Hani.

“Sabar lah nok. Mulut betina tu memang puaka. Kalau lah mak jumpa mana-mana Mak Esah (bomoh), dah lama mak santau dia. Awas! Jangan main api dengan mak!” Sampuk lagi seorang. Memang betul-betul pesta umpat mengumpat sedang berlangsung sekarang ni.
Kerrlasss kau nok! Siap nak bawa jumpa Mak Esah bagai. Mak yakin lepas ni tugu kau akan dibina di Putrajaya! Kau lah Ratu Mandrem nok!” puji Khaty kepada kawannya.
“Mestilah, mak kan putri!”
“Weh, apa yang kau orang mengumpat tu? Tak elok tau. Berdosa,” sampuk Ilham apabila melihat krew berdua itu dari tadi asyik berbisik. Mesti tentang Hani jadi bahan hari ini.

“Eh, Ilham. Hai! I bukan apa, we all geram dengan witch tu,” begitu sopan tutur kata Kathy di depan Ilham. Siap main sisir rambut lagi. Motif?
“Dah, dah. Tak payah. Baik you all siapkan kerja. Nanti mengamuk si Hani tu. Baru kau orang tahu. Okay lah, I pergi tukar baju lain dulu. Lepas ni nak shoot dengan dia pula,” pamit Ilham. Dia berlalu pergi sambil menghadiahkan senyumannya kepada dua orang krew tersebut.

Kedua-duanya kaku bak ais beku.
Nok, pegang mak nok. Mak nak pengsan sekarang. Handsomenya nok. Mak rasa jodoh mak dengan dia nok! Mak lah tulang rusuk dia!”
“Bodohlah kau! Mengarut sangat. Dia tu laki. Kau tu laki. Sejak bila jadi umat Nabi Luth A.S. ni?”
“Wah, ustazah dah kau sekarang. Tadi yang nak mandrem-mandrem bagai sampai nak jumpa Mak Esah tu bukan kau ke? Sejak bila berpurdah ni?

“Alah, aku gurau jer. Dah jom buat kerja.”
Ilham selesai bersiap mula menjalani sesi photoshoot untuk majalah RETISS.. Majalah hiburan nombor 1 di Malaysia. Pelbagai pose menarik dia berikan selaras dengan kehendak Mr. Ramesh. Namun, dia mula berasa rimas bila Hani seakan berlebih-lebihan dalam memberikan gaya. Bila pegang tu, bukan main rapat. Dia rimas!

“Okay, itu saja untuk hari ni. Good job everyone!” Taktala Mr Ramesh mengatakan yang kerja mereka sudah selesai, Ilham berasa lega. Tidak betah dia bergambar dengan Hani. Lepas ni jika ada job dengan Hani, pasti dia akan menolak. Dia dapat merasakan, ada sesuatu yang Hani mahukan dari dirinya tanpa dia dapat menerka.

“Ilham, wait!” Laung Hani.
Ilham berhenti lalu menoleh ke arah tuan empunya suara.
Yes, anything else Hani?”
“You kenal I lagi tak?”
“Hani kan? Juara Next Top Singer. Kita baru jer kenal tadi.”
“Sampai hati you tak kenal I, Ilham. I dah agak dah.”
Sorry. I really can`t remember it. Kita pernah kenal ker sebelum ni?”
“I lah! Hani Amira. Kawan sekolej you dulu. Masa pergi camping dulu, I partner dengan Afnan. You ingat lagi tak?

Ilham mengimbas kembali memori zaman kolejnya dahulu. Ya, ketika dia dan Irish terjatuh ke dalam gaung. Waktu itu dia berpasangan dengan Irish ataupun Haris, dan Afnan berpasangan dengan Hani. Tapi, Hani yang dulu lain daripada yang sekarang.
I`m really sorry Hani. I betul-betul tak perasan you. Wow! You look great! Dah lain sekarang. Mana cermin mata Betty you?” Soal Ilham lantas tergelak.
Lain benar Hani Amira yang berdiri di depannya ni. Rasanya Hani yang dulu lebih sopan dengan cermin mata Betty dan sentiasa berbaju kurung walau ke mana dia pergi. Tapi, Hani yang sekarang memang berputar 360 darjah dari yang dahulu. Haish, memang sukar untuk menjangka perangai dan sikap manusia.

“You ni sampai hati kan. Dulu I lain, sekarang I lain. I dah tak macam dulu dah.”
“Memang lain pun. Sampai perangai pun jauh lebih lain,” Ilham berkata perlahan. Moga-moga Hani tak dengar. Kalau dengar, mesti mengamuk habis perempuan ni.
“Apa Ilham? I tak dengar.”
“Eh tak, I cakap you nampak lagi cantik sekarang. Okay, I have to go now. Nanti kita jumpa lagi.  By the way, tahniah sebab jadi juara Next Top Singer,” pamit Ilham.

Hani memandang Ilham yang sudah meninggalkannya. Dia berfikir, kali ini dia tidak akan lepaskan peluang yang datang. Ilham Aizat yang berada di depannya ini jauh lebih hebat dari yang dulu. Sepantas kilat langkah Hani menyaingi Ilham. Dipegang lengan lelaki itu. Mana boleh dia lepas kan Ilham kali ni. Dia sedar, dulu dirinya pasif. Pendiam. Tidak pandai bergaya. Tapi sekarang dia lain. Dia sudah berubah. Dia yakin Ilham akan jatuh ke tangannya. Biar hot seluruh negara. Artis cantik dan meletup seperti dia, haruslah bergandingan dengan artis hangat dan kacak seperti Ilham Aizat. Hanya itu sahaja gandingan ideal untuknya.

“Kejap lah Ilham. Kita lunch dulu. Lagipun I dah lama tak berbual dengan you.”
Sorry. But not this time. I really have to go.”
Please Ilham. Just anggap I sebagai rakan kolej you. Bukan sebagai rakan artis hari ni. Please...” Hani mengeluarkan suara manjanya untuk memujuk Ilham. Ilham pula sebenarnya tiada apa-apa agenda penting pun. Cuma dia sudah janji dengan mama dan uminya untuk makan tengah hari bersama. Tidak mahu dia menghampakan harapan kedua-dua orang ibunya itu.

“Okay, but just in 30 minutes. I really have to go after that.”
“Thanks darling,” ujar Hani dengan senyuman menggoda. Pergerakanya cekap memaut lengan Ilham sambil menjeling ke arah krew-krew yang lain. Biar cemburu mereka semua.
Sorry, bukan muhrim,” ringkas jawapan Ilham seraya melepaskan pautan tangan Hani. Dia sendiri tidak sanggup bila berada dalam situasi seperti itu.




Irish ternanti-nati kelibat Zulin di Restoran Periuk Belanga Bonda. Restoran ini semakin menjadi kegemarannya. Sudah lah dekat dengan pejabatnya, lepas tu rasanya enak pula. Kuah lemak yang pekat dan likat memang menjadi kegilaannya. Ditambah pula dengan pelbagai jenis sambal dan ulaman yang pelbagai sentiasa membangkitkan selera sesiapa saja yang kunjung tiba.
Irish mengerling jam di tangannya. Sedari tadi dia mengeluh kerana bayang yang ditunggu masih tidak ada.
“Manalah pompuan ni pergi?”
Orang yang ditunggu akhirnya tiba. Terkedek-kedek melangkah masuk dari arah muka pintu dan menuju ke mejanya.

Sorry beb! Student aku datang tadi nak tanya fasal assingment. Tu yang lambat tu,” Zulin tiba lantas terus memujuk Irish. Dia tahu Irish paling pantang dengan orang yang tidak menepati masa.
“Yalah cik kak oi. Kau kan pensyarah yang paling berkaki lebar.”
Hello! Berkaliber okay. Bukan berkaki lebar. Tu kau!”
Suka-suka hati Irish jer nak tukar berkaliber sebagai berkaki lebar. Entah mana dia belajar istilah tu pun Zulin tak tahu.

“Eh, nak cakap kita pula. Dah jom ambil makanan. Aku dari tadi dah bayangkan Ikan Keli Masak Lemak Cili Api tu. Sedapnya!” Irish menghirup air liurnya menandakan lauk yang disebutnya itu tidak sabar mahu dinikmatinya. Empuk daging ikan itu seakan bersatu bila disua ke dalam mulut. Itu yang menjadi kegemarannya kini.

“Ish, tak senonoh lah kau ni. Dah cepat. Pergi ambil lauk tu,” tegur Zulin. Mereka bersama-sama ke ruangan yang menyediakan pelbagai jenis lauk yang membangkitkan selera. Ada Ikan Terubuk Masak Lemak, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Rendang Ayam dan yang paling istimewa di sini ialah Ayam Masak Sambal Bali. Memang terbaik!

Sesudah mengambil lauk yang diingini dan membuat bayaran di kaunter, masing-masing mula menikmati juadah pilihan. Hari ni tekak Zulin tiba-tiba teringatkan Gulai Itik emaknya. Mujur saja lauk itu ada disediakan. Meskipun rasanya tidak seenak masakan bonda. Namun dapat merasanya di sini juga sudah pasti membuatkan rindunya terubat. Zulin menggauli nasi dengan lauk yang diambil. Sudah agak sebati gaulannya, maka dibawa sejemput untuk disua ke dalam mulut.

Tiba-tiba dia ternampak sesuatu.
 “Risy, Risy...” Zulin menggoncang tangan Irish. Kuat. Nasib baik tak tersedak perempuan tu dikerjakannya.
“Apa? Kau ni pun agak-agaklah. Nasib baik tak tersembur nasi aku kat muka kau!”
“Tu bukan laki kau ke tu?” Zulin menghalakan jari telunjuknya ke arah kelibat Ilham dan seorang wanita yang tidak berapa jelas wajahnya.
"Tapi, siapa peremuan sebelah dia tu? Siap pegang tangan bagai?" Sambung Zulin.
Irish menoleh ke belekang. Serta merta hatinya diserang pilu.
"Ilham..."  Bibirnya mengumam sendiri bersama sendu di hati.
 

13 comments:

Delaila Delyana said...

Kau memang cari fasal Hani! Pelik, kenapa si Ilham tu ikut je? Ilham tak ingat ke dia ada isteri? Dulu dia yang nak sangat Irish pergi, bila Irish balik dia pujuk duduk serumah last-last... affair dengan perempuan lagi. Ops, stop! Hani tu 'perempuan' lagi ke?

Unknown said...

Nurul Syifa..

huhu...geram kan dengan Hani tu? dia yang lebih-lebih...Ilham layan dia biasa cm kawan lama jer... huhu

rabaitul zulkefle said...

hani please jangan jadi gedikkk...
kesian irishhhh...
tak sabar tunggu next n3...

Unknown said...

Aduh bru irish nk brbaek dgn ilham... dh dtg dh pengaco... nect n3 pls heee

Unknown said...

sanumtong cloud..

hehe...kan..geram tgk Hani tu.. :)

Unknown said...

Haniza Amirah..

tu lah, ada jerk pengacau.. geram! huhu

rabaitul zulkefle said...

karya baldu
geram sesangat ngan hani tu
siap nak pegang tangan bagai
pleaseeee la
hhuhuhuhu
irish please berjuang untuk ilham
FIGHTING

Unknown said...

Sanumtong cloud..

saya suka komen awk! sy tergelak suka bila baca!!! hehe...kannn..mengada sangat! rasa nak potong je tangan Hani tu..cehwah..huhu

Anonymous said...

Best!nk lg..hehehe XD
Bile nk upload next n3?:D

Unknown said...

Saya baru mengikuti karya awak. Friendly speaking, I like it. Penuh dengan kejutan dan setiap kali penutup untuk setiap bab penuh dengan pertanyaan. Menyebabkan saya x sabar nak tunggu next n3. Keep it up...

Unknown said...

Anonymous..

Alhamdulillah..
thanks sgt2.. in syaa Allah akan muncul next entry :)

Unknown said...

Zuriah Jalaludin..

Ya Allah, serius terharu dengan komentar awak..thanks sgt2.. Alhamdulillah..terima kasih sudi membaca.. doakan saya terus berjaya yer..Amin :)

Meriam laksamana said...

haaah.. dia dah mula dah berconflik.. adehh.. harap irish bersabar..