Saturday 15 February 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 9



“Selama ni even aku tahu dia tipu aku dan dia pun tahu mempergunakan aku, aku tetap diam disebabkan mak aku.”
“Kenapa dengan mak kau?”
“Sebab mak aku masih lagi mencari rezeki di rumah Datuk Razi dan Datin Zahidah, parents si Afnan. Afnan ugut aku. Kalau aku tak bagi video-video tu, mak aku akan diberhentikan kerja. Macam tu juga dengan lagu Jangan Mungkiri. Aku rela cipta lagu tu dan record guna suara aku. Tapi gunakan nama Afnan. Encik Sam dah tahu fasal ni.”
“Kenapa kau sanggup buat macam tu Ilham?”
“Aku lagi tak sanggup bila tengok mak aku diberhentikan. Jadi aku teruskan juga menyanyi biarpun hati aku perit untuk terima semua ni,” ulang Ilham kembali mengalirkan air matanya. Irish mengambil tisu di atas meja dan disuakan kepada Ilham.
“Sekarang kenapa kau berhenti buat semua tu?”
“Sebab mak aku dah tak bekerja lagi kat rumah parents Afnan.”
“Ya Allah! Mak kau diberhentikan kerja ke? Sampai hati dia!” Benci Irish terhadap Afnan sudah semakin membuak. Tidak tertahan rasanya. Segala sanjungan terhadap lelaki itu terkubur begitu saja.
“Bukan. Parents dia sangat baik dengan mak aku. Cuma mak aku ada Leukemia,” ujar Ilham. Ada nada sedih dalam tutur katanya.
Irish menekup mulutnya sekali lagi. Tidak disangka, begitu hebat dugaan yang diberikan Allah S.W.T untuk hamba-Nya yang bernama Ilham Aizat ini.
“Kau tak cuba dermakan tulang sum-sum kau kat mak kau ke Ilham?”Irish menyusun kata-kata. Takut silap susun, salah makna yang ditafsir Ilham. Baginya saat ini, dia harus membantu Ilham. Bukan lagi Afnan.
“Dah..Cuma..”
“Kalau kau tak cukup kos rawatan. Aku boleh support. Kau jangan risau. Kau teruskan juga. Kau mesti teruskan!”
“Terima kasihlah. Aku hargai sangat. Bukan fasal kewangan pokok utama sekarang ni.”
“Habis tu?”
“Sum sum tulang aku tak padan dengan mak aku.”
“Apa?!!”



Tan Sri Iskandar memandang tepat ke luar jendela. Kesibukan kota raya pada waktu kemuncak ini tidak langsung diambil peduli. Apa yang menganggunya sekarang lebih berat dari itu. Fikirannya ligat memikirkan berita yang baru disampaikan oleh anak sulungnya Irsyad sebentar tadi.
“Abah, Syad nak beritahu sesuatu,” Irsyad berdehem seketika, sebelum menyambung kata-katanya.
“Apa dia Irsyad. Kalau ya pun. Duduk lah dulu. Macam mustahak jer abah tengok.”
“Harap abah jangan terkejut dengan berita ni. Kita bincang sama-sama macam mana nak tangani masalah ni okay?” Irsyad mengangkat ibu jarinya sebagai tanda `Semuanya Beres` buat abah kesayangannya.
“Kamu ni, cakap pun belum, dah tunjuk ibu jari. Nasib baik ibu jari. Kalu jari hantu, memang abah pelangkung kepala kamu. Dah, cakap lah apa nak cakap. Abah ada meeting lepas ni,” kata Tuan Sri Iskandar sambil menutup fail syarikat yang dibelekanya tadi. Diletakkan fail itu di tepi kiri meja, lalu badan ditegakkan tanda mahu memberi fokus terhadap kata-kata anaknya sebentar lagi.
“Abah ni, ke situ pula dia. Okay macam ni. Abah tahu tak..” Irsyad berjeda.
“Tahu apa? Kamu kalau cakap terus boleh tak, jangan main pause-pause macam ni.”
            “Ada student perempuan dalam hostel di kolej kita tu?” Sungguh teratur ayat yang disusun oleh Irsyad.
“Lah, kan kolej kita tu untuk lelaki dan perempuan. Bukan kaum lelaki jer. Itu pun kamu nak pelik?”
“Maksud Syad, ada student perempuan yang tinggal sebilik dengan lelaki bukan muhrim. Di bilik lelaki tu.”
“Apa? Kamu biar betul Irsyad? Kamu jangan main-main hal macam ni. Kalau pihak media tahu, mana kita nak letak muka kita ni? Siapa lagi yang tahu? Adik kamu Irish tu tahu tak? Ibu kamu tahu? Ahli lembaga pengarah tahu?” Soal Tuan Sri Iskandar seraya bangkit dari duduknya. Itu tandanya dia betul-betul risau dengan apa yang berlaku.
“Buat masa ni staf yang uruskan bahagian kolej, abah dan saya jer tahu. Ibu tak tahu. Irish lagi lah tak tahu. Batang hidung dia pun tak nampak.”
“Jadi, kamu rasa apa tindakan yang perlu kita lakukan?”
“Memandangkan blok asrama lelaki tu tak banyak, dan ramai yang tak tinggal di asrama, Syad rasa elok kita buat spot check.”
“Nak spot check macam mana? Nak pegang dada seorang demi seorang?”
Irsyad mengangguk. Tak sangka pula ayahnya dapat membaca apa yang bermain di dalam fikirannya.
“Tu saja caranya abah.” Irsyad meyakinkan abahnya dengan rancangan di kepalanya.
“Tak bijak. Tak bijak. Kalau betul dada perempuan yang kamu pegang, kamu nak jawab apa kalau dia dakwa kamu mencabul?”
“Bukan Syad yang nak buat semua tu Staf lah abah. Staf kita lah,” Irsyad masih tetap dengan cadangannya.
“Itu namanya dah menganiaya orang lain. Manusia ni, meskipun berbeza taraf, tapi sama di sisi Allah S.W.T. Kamu tak boleh sesuka hati nak menganiaya orang lain,” Tan Sri Iskandar sudah mula hendak menyampaikan sesi tazkirahnya. Petikan kata-kata dari radio Ikim FM yang didengarnya pagi tadi masih lagi melekat di mindanya.
“Habis tu abah ada cadangan lain?”
“Kita boleh buat spot check. Tapi kita geledah bilik mereka.”
“Geledah? Nak cari apa abah?”
“Kamu ingat pakaian perempuan sama dengan lelaki? Kamu ingat setiap bulan apa jadi pada mereka? Waktu tu mereka mesti gunakan benda tu.”
“Maksud abah?” Irsyad masih terpinga-pinga. Tidak dapat menangkap maksud si abah sebenuhnya.
“Haish kamu ni!”.
“Aduh, sakitlah abah! Sempat lagi ketuk kepala Syad dengan tukul besi mainan si Irish tu. Macam mana abah boleh bawa ke pejabat?” ujar Irsyad. Dia ternyata pelik dengan tukul besi mainan yang boleh berada di tangan abahnya.
“Abah memang sentiasa bawa benda ni ke pejabat. Memang ada pun dalam laci tu. Senang nak ketuk kepala kamu kalau kamu buat hal.”
“Ada pula macam tu. Dah tu, barang apa yang abah maksudkan tadi?”
Tan Sri Iskandar yang malas mahu melayan kerenah anak terunanya itu pantas menaip sesuatu di laman Google telefon pintar miliknya. Setelah jumpa apa yang dicari, disuakan telefon pintar itu kepada Irsyad.
“Oh ini. Cakap lah awal-awal. Bijak juga abah ni kan?
“Yang penting bila kita dapat saja perempuan tu. Kita kena buat tindakan wajar.”
“Apa tindakannya abah?”
“Kita kahwinkan perempuan tu dengan lelaki itu.”

12 comments:

Asha Ronaldo said...

This is so short lah :-(

Unknown said...

Asha Ronaldo...

short ker? sorry2... sbnrnya nk stop kan dkt tmpt yg sesuai, sblm masuk bab 10..rasanya tu jer yg okay.. hehe... sorry skali lg...

Anonymous said...

Yey!! Nk lg.. Nk request bole x sis up ctr ni seminggu 2x? Huhuhu.. -new reader-

Ixorariana said...

Err, rasanya dah baca dari bab 1 lg tapi tak tahu pulak kolej tu famili Irish punya. Cerita ni makin menarik.. tak sabar tunggu bab seterusnya =)

Unknown said...

Anonymous...

hehehee...in syaa Allah akan diusahakan..agak busy..sbb tgh praktikal skrg... btw, thanks baca :)

Unknown said...

Ixora Riana

wah..thanks sudi baca... huhu :)

adawiahbaharin said...

xcteddd . ta sabr nk tunggu next . plesse akk updte . huhu

adawiahbaharin said...

xcteddd . ta sabr nk tunggu next . plesse akk updte . huhu

Unknown said...

Rabiatul Adawiah..

thanks sudi baca..hehe..tunggu yerrrr :)

Unknown said...

Best..x sabar nk tngu next n3..

Unknown said...

Tie Kaname..

Alhamdulillah..thanks sudi baca..tunggu yer..huhu :)

Anonymous said...

Sis xde bab baru ke?? Huhu..

-same new reader-