Monday 14 April 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 14



Irish terpampam seketika apabila menonton berita yang baru disiarkan di TV100 itu. Hatinya dipagut kerisauan.  Berita tentang Ilham Aizat yang pengsan ketika melakukan Road Show tadi benar-benar membuatkan jantungnya terhenti. Apa yang harus dia lakukan? Adakah perlu dia melawat Ilham? Pasti saja Ilham dikawal ketat agar tiada sesiapa pun yang dibenarkan untuk mengganggunya. Macam mana ni? Dia tidak peduli! 

“Berpantang maut sebelum ajal! Biar diam-diam ubi berisi! Eh, apa kaitan dengan diam-diam ubi berisi? Argh, tak kisahlah. Yang penting aku mesti melawat Ilham,” ujar Irish dengan semangat waja yang membara-bara.
Irish merangka satu lagi rancangan gilanya yang terbaru. Tapi kali ni dia tidak menyamar sebagai lelaki. No! Tidak akan sesekali. Kali ini agenda lain pula datang bertandang. Bibirnya meleret senyum, kunci kereta dicapai dan kakinya mula mengorak langkah.




“Finally!!!”
Irish memandang ke kiri dan ke kanan sebelum melangkah. Dia sudah lengkap dengan pakaian sut jururawat. Nasib baiklah dia sempat mengambil sehelai persalinan jururawat di bilik persalinan tadi. Entah siapa punya, dia main kebas saja. Penuh berhati-hati waktu tu. Walaupun persalinan ini agak ketat sediki baginya, tapi tak apa. Masih boleh pakai dan selesa! Yang penting sekarang ialah Ilham Aizat!

Yakin! Itu yang perlu dilakukannya. Jangan gelabah. Tidak boleh! Nanti kantoi! Bukan dia dah biasa ke dengan ilmu menyamar macam ni? Irish melangkah dengan cermat. Seolah-olah berada di pentas akhir rancangan Tanah Melayu Next Top Model, dia mengorak langkah dengan keyakinan. Betul-betul gayanya persis seorang jururawat terlatih. Jika dilihat lenggok jalannya, macam model pun ada juga.

“Tenang Irish! Cool!” Irish menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Dia memandang ke ke hadapan lalu menuju ke bilik yang menempatkan Ilham. Macam mana dia tahu bilik Ilham di hospital tu? Rahsia! Dia kan pandai bab-bab menyamar ni. Setakat nombor bilik tu, kacang jer baginya.

Nurse,” tegur satu suara.
“Alamak. Siapa pula lah ni. Kacau jer lah,” Irish menoleh. Terlihat seorang doktor dalam lingkungan sebaya dengannya datang menegur. Tertera nama Amran di tanda nama yang tersemat kemas di kiri dada doktor itu.

“Ya, kenapa?” Irish bersuara dengan yakin. Satu gugup tidak akan dibiar nampak. Bimbang nanti rahsia terbongkar.
“Ikut saya. Ada kecemasan,” arah doktor itu. Tegas.
“Err..doktor pergilah dulu dengan nurse lain. Saya ada emergency ni. Doktor...er..Doktor Niza panggil saya,” Irish kemudiannya melangkah laju. Main petik jer nama Dr. Niza. Entah betul ada ke tak, Irish pun tidak tahu. Pantas saja dia meninggalkan doktor itu meskipun doktor itu sedang memanggil-manggil namanya. 

“Macam lah tak ada nurse lain kan kat hospital ni. Melampau sangat!” Desis hatinya.
Irish tiba di hadapan bilik yang menempatkan Ilham. Bilik VIP ini nampaknya dikawal ketat oleh dua orang pengawal peribadi. Artis popular lah katakan. Mana boleh dibiar menyendiri. Bimbang nanti ada yang busuk hati, segala bahaya pasti menghampiri.
“Aduh, terpaksa melepasi halangan kedua lah pula. Tadi doktor tu, ni dua orang pengawal pula. Kacau lah,” gumam Irish.

Baru saja dia hendak melangkah, dia melihat doktor yang tadi menegurnya itu hendak menuju ke bilik Ilham. Deras langkah doktor tu semakin laju. Seperti ada kecemasan. Dalam memikirkan hendak dan tak hendak,  Irish terpaksa mengikut jejak doktor itu. Alang-alang dah pakai baju nurse ni, boleh terus menyelinap masuk.
“Agaknya doktor ni nak ajak aku persi sini kot. Tapi tadi katanya ada kecemasan. Kenapa pula?” Hatinya dipagut risau.
“Janganlah jadi perkara yang buruk kepada Ilham Ya Allah,” hatinya terus-terusan berdoa. Mengharapkan yang terbaik untuk suaminya. 

Pintu bilik dibuka.
Matanya terbeliak melihat sekujur tubuh di atas katil itu. Tubuh suaminya sendiri. Ilham Aizat.
“Doktor. Tolong doktor. Dari tadi anak saya ni meracau,” ujar Puan Rahimah dengan nada yang cukup gelabah. 
 Semalaman dia menemani Ilham di bilik itu. Risau hatinya jika terjadi perkara yang buruk kepada Ilham. Meksipun doktor mengatakan yang Ilham hanya sakit biasa kerana kepenatan yang dialaminya. Namun hatinya tetap tidak senang melihat Ilham berada dalam keadaan itu. Ilham kini dalam jagaannya. Datuk Razi dan Datin Zahidah masih berada di luar negara atas urusan kerja. Malam nanti baru mereka kunjung tiba. Jadi, dia harus menjaga Ilham sedaya upaya.

“Pasti ini ibu Ilham yang pernah Ilham cerita dulu,” bisik hati Irish.
Irish hanya berada di kaki katil Ilham dan setia melihat setiap tindak tanduk Dr. Amran yang sedang memeriksa keadaan Ilham.
Doktor yang mula hendak memeriksa keadaan Ilham berasa pelik dengan kehadiran jururawat di hadapannya ini.
“Bukan ke tadi masa diajak, katanya ada kecemasan lain. Tapi sekarang, kenapa dia ada kat sini pula?” Soal Dr. Amran di dalam hati.
Malas hendak memikirkan perkara itu dalam waktu kecemasan ini, Dr. Amran tekun menjalankan tugasnya. Perihal jururawat itu? Nanti saja dia boleh bertanya.

“Irish! Irish!” Ilham meracau. Bayangan Irish selalu menghantuinya akhir-akhir ini. Irish yang memerhati berasa sebak dengan keadaan Ilham. Meskipun dia tertanya-tanya sewaktu melihat Ilham menyebut-nyebut namanya, perasaan risau tetap menjadi keutamaannya. Sayu hatinya melihatkan keadaan Ilham kini. Pasti suaminya ini bermimpi ngeri akan dirinya. Adakah perkahwinannya dan Ilham membawa mimpi ngeri buat lelaki itu? Irish dihimpit seribu satu persoalan.

Kalau tidak memikirkan kehadiran Dr. Amran dan wanita sebaya ibunya yang sedang berada di sisi Ilham ini, sudah pasti dia akan menggengam tangan Ilham. Memberi ketenangan buat Ilham agar tidak meracau sedemikian rupa. Dia mahu Ilham tahu. Dia sentiasa ada bersama Ilham. Dikala susah mahupun senang. Namun, adakah nanti Ilham akan menerimanya? Sekali lagi Irish tertanya-tanya.

Dr. Amran perasan akan riak wajah jururawat di hadapannya itu. Seperti orang yang dilanda kerisauan. Hatinya timbul tanda tanya dan sedikit curiga. Namun dibiarkan sepi buat sementara.
Nurse, tolong ambilkan tu. Kita kena beri dia Ativan,” ujar Dr. Amran seraya memandang Irish.

Irish terdiam. Manalah dia tahu mana satu benda alah yang dikatakan itu. Tapi dia masih yakin bahawa apa yang dimaksudkan oleh doktor itu ialah ubat penenang. Aduh! Macam mana ni? Irish menggaru-garu kepalanya.

Dr. Amran dapat mengagak apa yang bermain di fikiran Irish. Mungkin juga telahannya betul. Dengan segera, doktor itu mencapai picagari di sisi Irish dan mula menyunyik ke lengan Ilham. Ilham kembali lena.

Puan Rahimah dan Irish memandang sayu Ilham yang sudah ketiduran.
“Maaf puan. Boleh saya tahu. Siapa Irish?” Soal Dr. Amran kepada Puan Rahimah.
“Maaf doktor. Saya tidak tahu,” jelas Puan Rahimah.
Seingatnya, baru kali ini dia mendengar nama itu disebut-sebut Ilham. Kekasih anaknya ke? Kalau betul,  kenapa sedikit pun dia tidak pernah tahu akan kewujudan nama itu?

“Tak mengapalah. Puan pulanglah dulu. Berehat. Mata puan pun saya lihat dan mula bengkak tu. Biarkan Ilham tidur,” nasihat Dr.Amran. Sayu hatinya melihat kesungguhan wanita itu menjaga Ilham sejak semalam.
“Tak apalah doktor. Doktor keluarlah dulu. Biar saya tidur di sisi Ilham di sini,” ujar Puan Rahimah. Dr. Amran sekadar mengangguk seraya keluar dari bilik itu.
Sementara itu, Irish pula tidak sampai hati untuk meninggalkan Ilham. Kalau boleh, dia mahu berada di sisi Ilham saat Ilham tidak tahu akan kewujudannya di sisi. Namun, bila memikirkan status perhubungan mereka yang tidak pasti ke mana hala tujunya, Irish akhirnya keluar meninggalkan Dr. Amran dan Puan Rahimah.

Nurse.”
Irish menoleh.
“Nak apa lagi doktor ni. Aduh!” Irish mendesis perlahan.
“Awak ikut saya,” sekali lagi doktor itu bersuara tegas. Mahu tidak mahu, Irish mengikut langkah doktor itu ke pejabatnya. Terpaksa.




Dr. Amran bermain-main dengan pen di tangannya. Wajah wanita di hadapannya ini dipandang lama. Cantik, desis hati doktor itu. Irish pula sudah tidak betah menghadap pandangan mata Dr. Amran.

 Ya. Memang Irish mengakui wajah Dr. Amran ni kacak. Persis Asyraf Muslim. Tapi kalau kacak-kacak pun, bukan dia boleh terima. Lagipun dia ini isteri orang. Tak sanggup rasanya dia hendak duduk berlama-lama dalam pejabat doktor itu.

“Err.. Kenapa doktor? Saya kena cepat ni,” kata Irish mula memecah suasana.
“Siapa awak sebenarnya?” soal Dr. Amran.
“Kenapa pula doktor tanya macam tu?”
“Awak ingat saya tak tahu siapa awak sebenarnya?”
Tergamam Irish mendengar soalan yang lahir dari bibir doktor itu.
“Eh, dia dah tahu aku siapa ke?” kata hatinya.
“Err..Saya jururawat di sini lah doktor. Dah 5 tahun saya berkhidmat. Takkan doktor tak kenal kot?” Baik punya kelentong dia bagi. Laju je keluar dari mulutnya. Rasa berdosa pula sebab menipu!
“Awak jangan nak tipu saya. Kalau dah 5 tahun awak berkhidmat, takkan Ativan pun awak tak kenal. Semua tu basic! Kali ini nada suara doktor itu jelas kedengaran tinggi. Cukup membuatkan Irish menjadi gugup.

Irish tidak mampu melawan. Dia tertunduk malu.
“Awak salah seorang peminat dia kan?” Dr. Amran mengendurkan suaranya setelah melihat wanita di hadapannya kelihatan gelisah seperti cacing kepanasan.
Irish masih lagi diam. Nak mengaku ke tidak? Lagipun dia tahu, Ilham bukan suka kalau dia beritahu yang mereka ini pasangan suami isteri. Mahu tidak mahu Irish hanya menggangguk.
“Awak tahu tak awak boleh ditangkap?” Sambung Dr. Amran lagi.
“Tolonglah doktor. Saya fanatik giler dengan Ilham Aizat. Please doktor. Forgive me! Irish membuat gaya tangan seakan-akan merayu. Tidak sanggup dia ditangkap kerana hal sebegitu.

Dr. Amran menyimpan senyum. Tercuit rasa hatinya melihat Irish berkelakuan begitu. Terasa kelakar apabila melihat wajah Irish yang molek bertudung itu merayu kepadanya. Comel.
Dr. Amran hanya berdiam diri. Ingin melihat reaksi wanita di hadapannya itu.
Irish semakin gelabah bila Dr. Aman berdiam tanpa kata yang terluah.
Please doktor,” pinta Irish.
“Baik, kalau macam tu. Awak ada satu syarat.”
“Syarat apa doktor?”
“Awak kena teman saya makan malam ni. Itupun kalau awak tak nak rahsia awak terbongkar,” terang Dr. Amran.

Sebenarnya tiada niat pun dia mahu mengugut Irish, apatah lagi membawanya ke Balai Polis. Dia cuma mahu berkenalan dengan pemilik wajah comel di hadapannya.  Walaupun kelihatan caranya agak gelojoh dan terlalu berterus terang, namun tidak salah kalau dia mencuba bukan?
“Aduh...Menggatal pula jantan ni. Saja lah tu. Nak tolak, risau pula. Nanti kalau betul-betul dia bawa aku pergi Balai Polis macam mana? Eh takkanlah kan dia nak buat macam tu? Tapi kalau terima. Berdosa pula. Suami aku sedang terlantar kat hospital, aku boleh pula keluar makan sedap-sedap dengan mamat ni,” desis Irish di dalam hati.

“Awak jangan risau. Kalau awak tolak pun, saya tak bawa awak ke Balai Polis. Saya gurau jer. Cuma saya ikhlas nak kenal dengan awak. Saya suka tambah kenalan ni,” sambung Doktor Amran lagi. Dia tidak mahu Irish menganggap yang dia cuba mengugut Irish. Dia mahu Irish ikhlas berkawan dengannya.
“Err..Sebenarnya saya tak biasa keluar dengan lelaki. Maaflah doktor. Tentang saya menyamar ni. Saya minta maaf sangat-sangat,” Irish bangun dan menuju ke pintu.

“Tunggu..”
“Aduh, mamat ni nak apa lagi?” Irish bermonolog.
“Nak nombor telefon boleh? Mana tahu kalau ada hal kecemasan yang terjadi dekat Ilham, boleh saya telefon awak.”
Memang terbaik alasan doktor tu nak mengayat Irish. Ada pula guna pesakit sebagai alasan. Sebut saja tentang Ilham, Irish bagai dirasuk. Terus saja  dia bersetuju. Mungkin ada peluang untuk bertemu dengan Ilham nanti. Malahan dia rela untuk mengambil cuti semata-mata untuk menjaga Ilham.

“Betul-betul peminat fanatik ni,” ujar Dr. Amran di dalam hati bila melihat Irish tiba-tiba bersetuju dengan permintaannya.
“Nama?” tanya Dr. Amran.
Irish berkira-kira untuk memberitahu Dr.Amran atau tidak. Jika diberitahu namanya Irish, pasti Dr.Amran akan mengetahui hubungannya dengan Ilham. Dia berfikir sejenak sebelum memberikan jawapan.
“Adrina. Panggil saja Rina,” Irish menyebut nama keduanya iaitu Irish Adrina.
“Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu. Assalamualaikum,” ujar Irish lalu melangkah pergi. Belum sempat Dr. Amran hendak membalas salam Irish, wanita itu telah menghilangkan diri di balik pintu. Ternyata ada sesuatu tentang Irish yang menarik perhatiannya.

17 comments:

Anonymous said...

BEST SANGAT...<#

Unknown said...

Best sangat!!!
Nak lagi. Kenapa pendek sangat.

Unknown said...

Waa...knp pendek sangat..tp mmg best..bila dorg ble jumpa ni..

Anonymous said...

arghh ~ bestnye .. tp ,, pendek (nk pnjg lagi )

>.< bila la diorg nk jumpa berdepan eh ?

~Aifa_Anies

eifa said...

Alamak..... ciputnya. Tak puas baca laa.

Anonymous said...

Syiok!! Nyamar jd nurse pulak.. Keke.. Panjang akal irish ni wlupn dh kantoi ngn doktor..kehkeh..nk lg sis! Xpuas..haha.

- insan yg selalu komen gne nme "new reader" -

Anonymous said...

Nak lagi please bila diorang nak jumpa tak sabar nak tunggu sambungannya bagila cepat sikit erk

Meriam laksamana said...

pehh..siyes best..

kenapa la si irish ni tak terus terang je dgn doktor tu. kan tak pasal2 doktor tu dah suke.. haih.

mohon sambung secepatnye.hehe

Anonymous said...

Nak lagi! Asal pndek sngt? Bila diaorng nk jumpa?

Anonymous said...

arghhhh... next n3 please.. x sbr nak tau apa yg jd lpas ni.. hrap2 cpt3 jd novel..

Anonymous said...

uwaaargghhh..x puas baca lagi

Unknown said...

Maaf kawan2 semua..tak sempat nak balas komen korang..sorry sgt2.. dah minggu2 akhir praktikal ni, byk bnda kena urus.. skrg bru okay sket..hehe..
paperpown, terima kasih kpd semua yg sudi komen ya... trima kasih sgt2! :)

Anonymous said...

best cerita ni. mcm cerita To The Beautiful you. hehee. naak sambungannya lagi. tak sabar nak baca apa yg jd lepas ni.
_MariahIzzati_

Anonymous said...

best cerita ni. mcm cerita To The Beautiful you. hehee. naak sambungannya lagi. tak sabar nak baca apa yg jd lepas ni.
_MariahIzzati_

Unknown said...

MariahIzzati..

alhamdulillah..thanks... hehe..sama, tp tak serupa..huhu..thanks sudi baca :)

Anonymous said...

best sgt2...msti nnti dr amran tu jatuh cinta kat irishkan...bila nk temukn ilham ngan irish...klu boleh nak next n3 cepat2 hehe

Unknown said...

Anonymous..

Alhamdulillah thanks.. akan muncul dalam minggu ni..tunggu ya :)