Saturday 8 February 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 8




“Okay, dulu aku pernah cuba nak bunuh diri. Aku tertekan sangat.”
Terbeliak biji mata Afnan.
What?! Kau biar betul?” Afnan kembali duduk di kerusinya.  Dia rasa tertarik untuk mendengar luahan Irish.
“Takkan aku nak main-main pula. Tapi masa tu, aku dengar lagu kau, Jangan Mungkiri tu berkumandang di corong radio. Bait-bait lirik tu betul-betul membuatkan aku bangun semula. Waktu tu aku sedar, aku tak boleh jadi bodoh hanya disebabkan putus cinta.”

Biar apa yang berlaku,
Harus ditempuh.
Biar jalan berliku,
Harus ku lalu.
Biar terus kau mungkiri,
Aku tetap berdiri.

“Takkan sebab putus cinta sanggup kau bunuh diri?” Afnan kembali bersuara setelah Irish habis bercerita.
“Kau tak faham Afnan. Cinta itu buta dan boleh membutakan. Sekali kau cinta, selamanya kau cinta. Bila sekali terluka, parutnya dalam sampai ke dasar. Sebab tu aku nak kau kembali menyanyi. Suara kau betul-betul bagi harapan pada orang yang kurang harapan. Kau bawa sinar bagi mereka. Bagi aku. Please...”
 
Fulamak jiwang lah kau. Aku hargai segala kata-kata kau. Alhamdulillah kau dah sembuh sekarang. But...” Afnan terhenti. Matanya ralit memandang susuk tubuh di belakang Irish. Sejak bila pula dia datang?
But..I can`t.” Afnan bingkas bangun lantas meninggalkan Irish.
“Afnan! Afnan!” Irish bangun dan cuba mengejar Afnan. Dia menoleh ke belakang untuk membuka langkah.
“Eh, Ilham?” Terkejut Irish bila melihat Ilham ada dibelakangnya. Sejak bila? Adakah Ilham mendengar setiap butir bicara Irish tadi? Dia tertanya-tanya.



“Sakitlah Ilham! Lepaslah!” Lengan Irish digenggam Ilham kuat. Makin Irish cuba melepas, makin kuat genggaman diperkemas. Mujur berlapik dengan baju lengan panjangnya.
“Sampai bila kau nak jadi bodoh?!” Ilham melepaskan pegangan tangannya ke atas Irish. Irish tergerak ke belakang. Mujur dia tidak jatuh.
“Bodoh apa? Sakit kau tahu tak?” Seakan mahu mengalir air mata Irish. Namun ditahan juga. Dia perlu kuat bila berhadapan dengan lelaki seperti Ilham. Saat itu terngiang-ngiat peringatan Zulin terhadapnya.

“Kau tak sedar ke yang kau dah kena tipu?”
“Tipu? Maksud kau?” Irish tidak pasti dengan apa yang diperkatakan Ilham. Siapa yang tipu?
Ilham meraup wajahnya. Geram! Geram dengan sikap Afnan yang tak habis-habis mempergunakan orang lain. Penipu!
“Jom balik bilik.” Ilham menarik semula tangan Irish.
“Lepas lah! Sakit!” Kali ini genggaman Ilham berjaya direntapnya.
“Kau nak kebenaran kan? Jom, aku boleh buktikan.”
Irish sendiri tidak menyangka yang kakinya tega mengikut rentak Ilham hingga ke bilik. Apa yang bermain difikirannya dibuang jauh-jauh. Takkan Ilham mahu buat yang bukan-bukan kepadanya. Kata-kata pesanan dari Zulin juga dibiarkan lupa. Dia tidak mahu berprasangka.

Ilham menyeluk kocek seluarnya lalu mengeluarkan segugus kunci dengan keychain San Fransisco hadiah daripada mama Afnan ketika melancong ke sana. Kunci dimasukkan ke lubangnya dan  pintu bilik dibuka. Ilham meluru masuk. Kemudian Irish. Namun Irish sedikit kaget bila melihat Ilham mula mengunci pintu.
“Kau..kau nak buat apa ni Ilham?” Irish mengundurkan langkahnya ke belakang. Setapak demi setapak dia berundur. Ilham semakin mendekat dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Irish gelabah. Dia kini di penjuru meja. Dipandangnya sisi, ada gunting di atas meja. Tangannya ligat mencapai gunting yang terletak kemas di dalam cawan merah di sebelah komputer ribanya. Apa nak jadi, jadilah. Dia rela buat apa saja asalkan maruahnya tidak tergadai.
“Kau buka sekarang!” jerit Ilham.

Ternyata arahan Ilham membuatkan rasa takutnya semakin bertambah. Saat ini dia merasakan dirinya bodoh dengan semua rancangan gilanya dahulu. Dia merasakan perancangan yang dibuat dulu hanya mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan batas-batas yang digariskan Allah S.W.T.
“Aku takkan ikut apa yang kau suruh syaitan! Puih!” Irish mengacukan guntingnya ke arah Ilham. Tangannya sedikit terketar. Dikuasai rasa  takut yang memuncak.
Ilham ketawa sekuat hati.
“Sah, kau ni sengal. Aku suruh kau buka laptob kau sekarang. Bukan suruh buka benda lain. Mesti kepala kau dah bayang bukan-bukan kan?” kata Ilham seraya mula merapati Irish.
“A..aku ingatkan..kau...” Irish tergagap-gagap.
Ilham kini berada seinci di hadapannya. Tanpa sengaja, terlepas gunting di genggaman Irish. Saat itu jugalah kedengaran...

“Aduh!!!” Ya, gunting itu terkena kaki Ilham. Sakitnya tidak dapat digambarkan.
“Ya Allah, Ilham. Sorry..Sorry,” rasa serba salah mula menyerbu Irish. Irish membelek kaki Ilham untuk melihat keadaan luka itu. Jika teruk harus segera dibawa ke klinik, itu fikirnya.
“Hei, apa pegang-pegang ni. Kita bukan muhrim. Aku boleh buat sendiri. Sikit jer pun. Kena jari jer,” Ilham menepis tangan Irish yang sedang membelek-belek kakinya.
So..sorry Ilham..Aku tak sengaja.”

“Kau tolong ambilkan first aid kat bawah meja aku tu.”
Dengan sepantas kilat, Irish mendapatakan apa yang diminta di bawah meja Ilham. Hendak dibantu, tapi bukan muhrim. Ilham tetap melarangnya. Nampaknya, Ilham masih mampu membuatnya sendiri. Irish hanya memerhati dengan perasaan serba salah yang tidak surut dari hati.
“Kali ni aku cakap betul-betul ya. Tolong buka laptob kau,” sengaja ditekankan perkataan laptob itu.
Irish merapati komputer riba Sony Vaio bewarna putihnya. Terdapat pelekat Sarbie di sebelah kiri papan sesentuh komputer riba itu. Setelah menaip kata laluan, Irish kembali menghadap Ilham.

“Dah buka. Kau nak suruh aku buat apa?”
Ilham menghulurkan sekeping cakera padat kepada Irish. Seakan memahami, Irish mula membuka pemain cakera padat di komputer ribanya dan memainkan CD yang diberi Ilham sebentar tadi.
Beberapa saat kemudian, CD mulai berputar dan keluarlah sebuah video dari pemain Real Player.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkan mu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur 
dan khayalan
Aku selalu memikirkan mu

Ternyata ku perlukan cinta dari diri mu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasih ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Irish menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Sungguh dia terkejut.
Hatinya tertanya-tanya, bukankah ini lagu yang Afnan jadikan cover ketika dia mula-mula menyanyi di laman Youtube dulu? Meskipun waktu itu Afnan hanya menampakkan paras badannya saja, tetapi suara ini tetap jelas di minda Irish. Suara Afnan. Video ini pun video Afnan. Tapi kenapa mukanya muka Ilham? Irish memandang Ilham dan video itu silih berganti.

“Takkanlah..” Irish menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya. Namun bila bukti sudah di depan mata, bagaimana harus dia terima?
“Ya, tu suara aku. Video tu pun video aku. Aku tahu kau susah nak terima. Tapi, percayalah, itu memang aku,” Ilham memandang roman wajah Irish. Ilham tahu ada nada sedih dan kecewa di hati Irish.  Namun, dia terpaksa juga membongkar kebenaran. Dia tidak sanggup lagi melihat Irish ditipu.
“Tapi, macam mana boleh jadi macam ni?”

“Aku bodoh dulu Irish. Satu jadah haram pun aku tak tahu fasal internet. Facebook, apatah lagi Youtube, memang aku tak tahu. Aku nak sangat masukkan video aku dalam Youtube. Saja nak bagi orang dengar. Jadi aku minta tolong Afnan ajarkan aku mendaftar  diYoutube,” ulas Ilham panjang lebar.
“Tapi macam mana pula video kau ni, guna akaun Youtube Afnan? Dia curi video kau ke?”
“Dia kata tak payah susah-susah nak daftar akaun Youtube. Guna jer akaun dia. So, aku setuju lah. Lagipun aku masa tu tak expect pun yang video tu jadi hits. Sampaikan ramai tertanya-tanya siapa penyanyinya.”

“Habis tu, video-video lain? Awan Nano, Sungai Lui? Macam mana dia dapat?”
“Afnan suruh aku masukkan video-video lain juga. Katanya video Sedetik Lebih yang aku nyanyi tu tak dapat sambutan. Jadi, aku bagi video lain pula. Termasuklah video...”
“My Baby You by Marc Anthony?” Irish menyambung dalam bentuk soalan. Video itulah yang membuatkan nama Afnan naik mendadak dalam industri seni ni sehingga dia menjadi terkenal sehingga kini.

“Kenapa kau boleh tak tahu langsung fasal benda ni? Kau tahu tak, video Sedetik Lebih kau tu lebih hits dari video Najwa Latif tau.”
“Aku tak tahu langsung. Sampailah si Amir budak grafik tu tunjuk kat aku fasal video tu. Katanya Afnan semakin digilai dalam Youtube. Waktu tu, aku...” Ilham terhenti. Mengalir air mata lelakinya bila teringatkan hal tersebut. Segala usaha dan jerit payahnya disalah guna oleh orang lain. Malahan mengaku sebagai milik sendiri. Itu yang paling Ilham kesali.
“Jadi selama ni. Suara yang membantu aku, menolong aku bangkit dari masalah aku tu suara kau lah?”

Ilham hanya diam tanpa kata. Hendak diiyakan pun tidak. Hendak menidakkan lagi lah tak.
“Terima kasih Ilham,” Irish pantas memeluk Ilham. Terkedu Ilham dengan perbuatan drastik Irish tu.
“Hei, jangan buat macam ni. Kita bukan muhrim.” Ilham menjarakkan dirinya.
“Sorry.. Aku excited sangat. Aku tak sangka aku boleh buat kerja gila menyamar sebagai lelaki semata-mata nak pujuk Afnan. Tapi rupa-rupanya suara tu datang dari kau. Tapi kenapa Afnan nak berhenti menyanyi?”
“Sebab aku tak nak jadi hamba dia lagi,” ringkas jawapan Ilham.
“Maksud kau?”

2 comments:

Unknown said...

Waaa ! Best ! Nak baca dari bab satu ler . Good Job Cik Penulis ! Tak yah beli nivel kat kedai buku daa .. ehehe

Unknown said...

Azura Hassan..

Alhamdulillah..thanks sudi baca..huhu.. :)