BAB 1
“Aku
dah bosan lah duduk macam ni. Kau tak faham ke?”
Sudah
hampir sepuluh kali Irish bermundar-mandir di hadapan rakan baiknya Zulin.
Masih ada perkara yang Irish risaukan sekarang. Meskipun tidak lah sepenting
mana bagi orang lain, namun baginya amat penting. Hal hidup dan mati katanya!
“Yalah..kalau
ya pun. Duduk dulu. Ni tak, ke hulu hilir.. Tension
aku. Duduk sekarang!” Zulin memegang bahu kawannya keras, lalu disuruhnya
duduk. Paksa!
“Kau
memang nak teruskan rancangan `super
crazy ` kau ke cik kak oi?”
“Yalah,
kenapa?”
“Ho Mai God! Ho mai
God! Oh May God!!!! Serius?” Zulin dah mula menggosok-gosok kepalanya.
Makin pening dengan kerenah Irish! Gila apa!
“Hei,
sebutlah Ya Allah betul-betul. Nak feeling-feeling
orang putih pulak. Orang putih lah sangat!” Irish meletakkan dua tangannya ke
bahu dan bola matanya dipandangkan ke atas. Sengaja dia mahu mengenakan rakan
karibnya itu.
“Wah,
wah, wah! Sesedap kuih bangkit kau jer nak cerca aku kan? Yalah, takkan lah kau
betul-betul nak teruskan rancangan tu. Kau tak kesian ke dengan dia? Kalau dia
tahu kau tipu dia macam mana?”
Irish
hanya terdiam memikirkan bebelan Zulin. Nak kata bebel tak juga. Irish tahu
kawan baiknya itu sedang menasihatinya. Tapi tu lah, rasa macam betul juga apa
dia cakap. Cuma, kalau ikutkan hati Irish ni, memang sungguh-sungguh dia nak teruskan
rancangan gila dia. Alah, kalau tipu pun demi artis pujaannya! Ish, macam mana
ni? Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kau
fikir betul-betul Irish. Takkan kau nak biarkan diri kau jadi macam tu,
semata-mata sebab dia? Kalau pecah telur tembelang kau macam mana?”
“Correction!
Pecah tembelang. Bukan pecah telur tembelang ya cik kak.”
“Okay, sorry. Pecah tembelang lah maksud aku.
Betul ke kau serius ni?”
“Kau
ni dah berapa banyak kali cakap serius ni? Aku rasa kalau aku ambil kalkulator,
buat kira-kira dah boleh jual serius kau.”
“Ha.ha.ha.
Sorry tak lawak!” Zulin menyebut secara satu persatu tawanya. Memang menyindir
Irish.
“Kurang
asam gelugur campur asam boi! Ambil ni!” Irish mencampakkan lesung batu mainan
yang ada di penjuru sofanya. Macam-macam mainan ada di rumah sewa mereka ni.
“Ala,
aku gurau jer lah Irish. Jangan ambil hati. Nasib baik tu lesung batu plastik
rekaan kau. Tahu lah kau tu pereka mainan kanak-kanak. Tak payah lah lesung
batu mainan pun nak main baling-baling pulak,”
bebel Zulin.
Irish
sedakar membungkam bisu. Bebelan Zulin tidak diendahkan.
“Okay,
tukar cerita. Kalau betul kau nak teruskan rancangan kau, aku tak nak masuk
campur. Sorry. I`m not intrested!” sambung
Zulin lagi. Kali ini dia nekad mahu membatalkan hasratnya untuk menolong Irish! Biar padan muka Irish. Baru
kau tahu langit tu tinggi ke rendah, kasut tumit tinggi siapa lagi tinggi. Eh,
apa kena mengena kasut tumit tinggi dengan langit ni? desis hatinya.
“Ala,
Zulin Aku gurau jer tadi. Lesung ni aku nak ketuk kepala kau jer. Eh bukan, nak
buat main-main jer. Jangan lah salah faham. Tolonglah aku. Kau nak tahu? Kau cantik
macam Puteri Santubung tau. Puteri Sejinjang kalau tengok kau, boleh tercabut
rambut dia! Confirm! Haha..Nanti aku
belanja kau makam aiskrim Baldi Pak Cik Robbin nak?”
Kedua-dua
mereka tergelak besar. “Ada nak bandingkan aku dengan Puteri Santubung. Siap
boleh tercabut rambut Puteri Sejinjang. Ini kes merepek ni. Ingat Puteri
Sejinjang tu pakai rambut palsu ke haper?
Lepas tu nak rasuah aku dengan aiskrim Pak Cik Robin. Huh!”
“Tu
lah dia. Tak habis-habis Pak Cik Robin kau. Nak rasuah aku lah tu. Bagilah
Hagenz-Dasz ker.”
“Wah..wah.
Pandai kata aku bagi rasuah tadi. Tapi sekarang demand nak aiskrim lain”
“Kau
nak aku tolong ke tak nak? Tak nak tak apa,” Zulin mula berlalu untuk ke bilik
tidur. Saja lah tu nak buat-buat ngantuk. Zulin mula mengira. 1..2..3..
Tet....”
“Okay!
Okay! Fine! Aku baru rancang nak
belikan sebekas ais krim Pak Robin.”
“Sebekas?!”
Zulin terus berlari laju lantas duduk di hadapan Irish.
“Serius?!
Ish..Macam tau jer kelemahan aku kan? Yalah, kali ni jer aku tolong kau. Lepas
ni, jangan harap. Ingat! Kali ni aja! Kali ni!” Zulin menekan frasa `kali ini`
biar jelas di telinga Irish.
“Menyembur
lah kau cakap! Ya, kali ni je Zulin. Kau tolong uruskan dokumen aku pun dah
cukup. Oh ya, dan juga hal ehwal pendaftaran aku. Selebihnya pandai-pandailah
aku.”
“Ish,
kau tahu kan, kalau kantoi boleh masuk penjara. Memalsukan dokumen pengenalan!”
“Sebab
tu lah aku nak kau tolong aku. Aku tahu kau pakar bab-bab macam ni. Aku janji,
tak lama. Lepas jer misi aku selesai, aku blah.
Bukan lama pun. Tak kantoi punya!”
“Nasib
baik lah muka kau ni baby face,” kata
Zulin sambil memicit pipi gebu Irish dengan kedua-dua belah tangannya.
“Umur
dah nak masuk 26, tapi nak menyamar macam 22 tahun. Pelik aku dengan kau ni.
Dah tu, nak menyamar jadi lelaki pula tu. Kau ingat ni drama Jepun Hanakimi ke?
Yang paling kelakar, sebab suara jer pun. Kau ni betul-betul fanatik lah! Tak
logik, tak logik!!!” sambung Zulin lagi dengan volume suara yang dikuatkan.
“Syh...
Kau nak satu taman ni kita dengar ke? Kau fahamkan, aku fanatik giler dengan Afnan tu. Suara dia.
Pergh..Cair beb. Tengah-tengah syok aku minat dia, tiba-tiba dia kata nak tarik
diri. Alasan sebab girlfriend mati. What
the... Entah siapa pun tak tahu. Tiba-tiba fasal tu jer nak tarik diri. Aku
tak boleh terima. Tak boleh! Dah lah, lagu dia semua memang terbaik.
Lebih-lebih lagi bila dia buat cover lagu
artis lain. Oh Afnan!” Irish mula
meletakkan tangan di dada sambil membayangkan dia sedang berlari-lari bersama
artis pujaannya itu di ladang kelapa sawit milik arwah datuknya. Entah kenapa
banyak-banyak tempat menarik, ladang kelapa sawit yang menjadi pilihannya pun
tak tahu lah. Tapi sayang, sebiji buah kelapa sawit jatuh menimpa kepalanya.
“Irish!
Irish! Irish! Sempat lagi kau berangan kan?”
“Hei,
kau ni potong stim lah. Kan buah
kelapa sawit tu dah jatuh atas kepala aku”
Zulin
malas mahu melayan kerenah Irish. “Perempuan ni kalau dah berangan memang Minah
Jenin sangat. Baik aku masuk bilik layan drama korea lagi bagus,” kata Zulin
sambil mula melangkahkan kakinya ke bilik.
“Wei
makcik. Kau nak pergi mana?”
Pertanyaan
Irish dibiarkan tidak berjawab. Irish pun dah malas nak layan. Kawan baiknya ni
mahu menolongnya pun dah cukup bagus. Tak sabar dia nak mulakan misinya itu.
“Oh
Afnan! Can`t wait for you!”
Udara
segar di Kolej Teknologi Iskandar sungguh mendamaikan. Dikelilingi tumbuhan
yang menghijau, ditambah pula dengan landskap yang menarik dan kreatif sangat
mengujakan. Udara sedar itu dihidu nyaman oleh Irish. Terasa seronok bila
berada di kolej itu. Kali ni bukan lagi sebagai kawan Cik Zulin, Pensyarah Fakulti
Teknologi Maklumat, tapi datangnya kali ni sebagai Haris! Ya, pelajar baru di
Kolej Teknologi Iskandar. Hasratnya hanya satu! A.F.N.A.N. Afnan! Eh, nak main
eja-eja pula kan?
“Hoi,
dah tak payah nak berangan sangat. Siap main pejam-pejam mata! Paling tak boleh
tahan siap main depa-depa tangan macam dalam filem Titanic! Kat kolej je pun,
bukan kat Venice.”
“Adoyai,
kacau lah kau ni. Baru nak berangan sekejap pun tak boleh!”
“Dan
dan lah waktu macam ni nak feeling-feeling
bagai. Dah tak payah! Jom, kau dah lambat. Aku tak nak tolong nanti, baru kau
tahu!”
“Wah,
nak main ugut-ugut plak kan? Yalah-yalah. Jom.”
Langkah
mereka diatur deras. Pergerakan Zulin mendahului Irish. Sangat laju. Dengan
lenggang lenggoknya sudah cukup meninggalkan Irish di belakang. Sampai
tercungap-cungap dikerjakan si Irish itu. Zulin menyedari bahawa Irish masih
lagi terkedek-kedek di belakang. Mana tidaknya. Baru pertama kali nak menyamar
jadi lelaki. Jadi, mahu tak mahu terpaksalah berjalan kengkang. Takkan nak catwalk pulak. Kalah hadek-hadek nanti.
“Haris,
boleh tak awak jalan cepat sikit? Kakak dah lambat ni,” tegur Zulin dari
hadapan. Sudahlah mereka perlu mengejar masa, tapi Irish masih berjalan lambat
di belakang. Namun apa yang pelik, Irish hanya tergelak besar apabila Zulin
memanggilnya. Ini yang mendatangkan rasa geram ni!
“Kenapa gelak? Lawak ke?” soal Zulin.
“Kau
lah! Aku tak boleh terima lah kau bahasakan diri kau sebagai kakak! Hahaha!”
Kali ini lebih kuat tawa Irish. Sampai orang yang lalu di situ pun pelik
melihatnya.
“Wei..wei..Agak-agak
ar. Kau nak gelak pun. Buat style
jantan. Ingat, kau tu jadi lelaki sekarang. Ni nak mengilai macam ni. Tak gentle lah beb! ”
“Argh,
gentle ke, gentel ke, peduli apa.
Lawak tetap lawak!”
“It`s up to you! Kalau kantoi, padan muka
kau! Patut bila kau dah melangkah dalam kolej ni, kau bukan lagi macam kau yang
dulu. Kau dah jadi Haris sekarang. Faham?” bebel Zulin.
“Wah, dah start nak berlakon dah ke?
Okay..Okay.. 1,2,3 Action!”
Irish
terpaksa juga memulakan lakonan yang direncanakannya sendiri. Meskipun sedikit
kekok, namun demi visi dan misi yang direncanakannya, dia tidak boleh gagal.
Malaysia boleh! Irish boleh! Laung hatinya yang berkobar-kobar.
“Sorry kak. Saya jalan kengkang lah kak.
Bukan boleh jalan catwalk macam akak”
“Pulak
dah! Bodoh lah kau ni!” Sambil menonjol-nonjol kepala Irish.
“Apasal
pula? Sakit doh kau main tonyoh-tonyoh. Agak-agak ar. Abah aku bayar zakat
tau!” Irish mengurut-ngurut dahinya yang ditonjol Zulin sebentar tadi. Dia tahu
memang tonjol-menonjol itu hobi Zulin. Jadi, dia biarkan sajalah.
“Weh,
lelaki memang lah jalan kengkang, mana boleh catwalk. Dah tau tu, diam-diam tak payah cakap kuat macam tu. Nanti
orang pelik. Faham?!”
“Ya..Ya
Cik Zulin. Saya faham. Dah jom.” Kali ni giliran Irish pula yang menarik Zulin
untuk berjalan. Mereka mahu segera menyelesaikan segala tugas sebelum Irish
Adrina a.k.a Haris selesai mendaftar
di kolej itu.
“Eh
kejap! Patut aku rasa lain macam jer ni. Ya Allah!” Zulin membuat muka cuak.
Gelisah dia bukan main. Mengalahkan nampak Pak Lebai pakai tudung.
“Apa pula yang lain? Aku terpakai sepit rambut
ke?”
“Bukan
lah! My phone! Tunggu sini jap. Kau
jangan nak merayau!” Zulin bergerak pantas untuk kembali ke kereta.
“Boleh
pula benda penting macam tu tertinggal! Tu lah perempuan. Cuai. Eh, aku pun
perempuan. Hehehe”
Irish
memerhati keadaan sekeliling. Matanya ralit memandang poster Afnan di satu
sudut kawasan kolej. Tertulis kata-kata “Afnan Bintang Kami” di situ. Bibirnya
menguntum senyum melihat poster itu. Alangkah bahagianya kalau dia dapat berjumpa
dengan Afnan sekarang juga. Irish mula memasang angan-angan. Tanda semena-mena
ada seseorang yang melanggarnya dari belakang.
GEDEBUK!
Irish
menoleh. Panas hatinya kala itu.
“Maaf
cik. Saya betul-betul tak nampak.” Terdengar suatu suara garau meminta maaf
kepada Irish.
Terpana
seketika dirinya melihat wajah milik suara itu. Kacak! Desis hatinya. Tapi
Irish tetap tidak mahu berlembut. Dia kena tunjukkan kejantanan dia. Jantankah
Irish?
“Alamak
bro. Agak-agak lah. Kau tengok aku ni
macam perempuan ke? Nak panggil cik? Yang kau ni tertunduk-tunduk ni apa
masalah kau? Pelik semacam jer. Ni mesti kes kau jalan tunduk macam ni tadi
kan? Tu yang langgar aku tu. Mata Irish masih menangkap tepat wajah lelaki yang
berkaca mata itu.
“So.so..sorry bro. Aku serius tak nampak.”
“Habis
jatuh semua buku aku. Dah tu, tercegat apa. Tolonglah..”
“So..so..sorry. A..aku nak cepat ni. So..sorry sekali lagi.” Lelaki itu
mula berlalu pergi meninggalkan Irish mengutip bukunya sendirian. Angin satu
badan Irish bila melihat orang yang buat salah tapi tak nak bertanggungjawab.
Hatinya dibakar geram.
“Baru
masuk kolej ni, dah sorang buat hal dengan aku. Bikin panas jer!” bebel Irish.
Sejujurnya dia bukanlah jenis yang mudah naik marah. Namun dia paling pantang
bila hal-hal macam ni jadi. Memang membuak-buak api kemarahannya.
“Yang
kau ni bebel sorang-sorang dah kenapa? Sasau?” Muncul Zulin ibarat Sailor Moon
yang tiba-tiba datang menyapa dia. Dah jumpa lah tu phone kesayangan dia.
“Amboi!
Sesedap perisa blueberry kau jer nak kutuk aku kan? Tu ha, mamat nerd tu! Dah
lah langgar aku tadi, habis terabur semua buku aku. Lepas tu aku belum habis cakap,
dia boleh blah macam tu jer. Mana aku
tak panas.” Irish mengajukan muncungnya ke arah kelibat lelaki itu.
“Mana?
Tak nampak pun?”
“Tu
hah.. Yang pakai beg hijau tu.”
“Dah
tak payah lah. Biar jer. Jom, nanti makin lambat pula. Kau dah lah first day kat sini. Freshie pula tu. Buat cara freshie.”
“Yalah..
Eh, confirm si Afnan tu tak ada roomate?
Kau pasti? Tapi kenapa dia tak nak duduk luar jer? Yalah kan. Dia boleh
ulang-alik. Lepas tu nak pergi show
ke, shooting iklan ke, bukan ke
senang?”
“Yang
itu aku tak tahu. Tapi, aku pasti dia tak ada roomate. Kau tak payah risau! Kabel aku besar kat kolej ni. Tapi tak
lah sebesar kabel kau.”
“Tentang
kabel aku kau jangan sebut. Dah Jom.”
Perkataan
`kabel` itu tidak digemarinya. Bimbang jika ada yang mengetahui. Lebih parah
lagi jika `kabel` itu turut mengetahui. Masak jadinya!
“Fulaweh!
Smart weh bilik ni! Tak macam bilik
lelaki pun! Siap ada patung Sarbie lagi ni. Tak sangka pula bear rekaan aku dia
ada! Bangganya!” ujar Irish riang.
Dia
cukup teruja apabila melangkah masuk ke dalam biliknya. Bilik yang cukup
ringkas dengan susun atur yang sederhana itu tampak menarik dengan mengekalkan
tema biru laut. Semuanya serba biru. Dari cadar tilam, sarung bantal, sarung
meja, bahkan tong sampah juga berwarna biru. Pokoknya, semualah biru.
“Mesti
Afnan ni seorang yang tenang kan? Untungnya aku!” Irish bermonolog yakin
apabila dia berjaya menjadi teman sebilik kepada penyanyi pujaannya iaitu
Afnan.
“Dah
start dah gedik minah ni. Sarbie jer pun. Kecoh!” Zulin membebel perlahan.
Takut kawan baik dia Irish ni dengar. Mampus merajuk seminggu.
“Nah,
ni kunci kau. Aku balik dulu. Aku rasa tak ada benda yang aku kena tolong.
Semua dah cukup. Bilik kau kemas. Lagipun kau tinggal dua orang ni hati-hati
sikit. Kau tu pere...” Pantas saja tangan Irish menekup mulut Zulin yang
dirasakan agak longkang itu
“Kau ni agak-agak lah. Mulut kau memang
longkang kan? Nanti orang dengar macam mana? Dah pergi balik!” Irish
mengingatkan rakannya itu dengan nada yang perlahan. Takut orang lain dengar.
Habis punah rancangan dia yang baru sahaja hendak bermula.
“Sampai
hati kau halau kawan baik kau yang cantik, meletup dan diva bak Puteri Gunung
Ledang ni kan? Kena sumpah baru tahu.”
“Cik
Zulin, nampak tak cermin ni?” Irish menghalakan cermin ke arah Zulin sambil
menyambung kata-katanya.
“Muka
kau memang cantik, putih, sekali pandang memang macam Puteri Gunung Ledang!
Tapi, Puteri Gunung Ledang yang bertukar jadi Nenek Kebayan lah! Haha!”
“Kuang hajaq!!! Malas nak layan kau!
Zulin pantas meninggalkan bilik itu. Malas hendak dilayan kerenah Irish. Makin
dilayan, makin menggedik! Rimas!”
“Zulin
Natasya Syahira Effatul Naimah, janganlah merajuk! Just joke!”
Zulin
masih tetap diam tidak bersuara sambil menyarungkan kasut tumit tinggi jenama
Sembonia miliknya. Malas nak dilayan kerenah Irish.
Sekali
lagi Irish memanggil. Kali ini dengan nada yang manja. Serius kembang tekak
sebulan! Geli! Wek!
“Zulin
Natasya Syahira Effatul Naimah...” masih diam tidak bersahut.
“Haish,
penat aku sebut nama penuh kau. Panjang sangat. Macam manalah kau isi borang
buat kad pengenalan dulu? Agaknya cikgu kau mesti geram kan masa nak panggil
nama kau setiap kali kau naik pentas bila Hari Anugerah Cemerlang!” tanpa
semena-mena Irish teringat gambar Zulin ketika zaman sekolahnya dulu. Bukan
main lagi pakai lipstik merah. Lepas tu semata-mata nak ambil hadiah, siap
suruh mak belikan baju baru. Tudung pula nak yang ada renda tepi. Melampau.
Anugerah sekolah jer pun.
“Kau
tak payah nak sebut fasal gambar tu boleh tak? Melampau lah! Ha, kau ni. Tahu
takut kalau aku tak layan kau. Yalah Cik Irish Adrina a.k.a Haris Rahimi. Saja nak bermanja dengan kau! Lepas ni tak
dapat lah kita nak bermanja! Tangan Zulin pantas mencubit pipi Irish.
“Sakitlah
Zulin!” Irish mengaduh sakit sambil menggosok pipi kanannya. Bukan cubit manja.
Cubit betul. Jangan birat sudah.
“Bye, Aku balik dulu!” Zulin melambai-lambai
sambil mengundur ke belakang.
“Adoi!!!”
Terasa sengal belakang badan Zulin bila terlanggar sesuatu.
“Hahaha!
Tersembur gelak Irish bila melihat sahabat karibnya itu terhantuk pintu bilik
sebelah yang terbuka.
“Eh,
Cik Zulin. Apa Cik Zulin buat di sini?”
“A.A..AFNAN?!”
“Kamu
buat apa kat bilik sebelah ni? Ni..ni bukan bilik kamu ker?” soal Zulin.
Matanya memandang Irish. Dapat dirasakan bala yang akan menimpa dirinya selepas
ini. Lari!!!!
“Sorrylah Irish! Aku ingatkan bilik A228
tu bilik si Afnan! Rupanya dia B 228.. Silap blok lah weh! Sorry sangat-sangat. Baru teringat bila nampak si Afnan tu jumpa
kawan dia kat bilik sebelah kau tadi.”
Zulin merasa sangat serba salah dengan
kecuaiannya. Hajat hati hendak meletakkan Irish sebilik dengan Afnan seperti
kehendak rakan baiknya itu. Entah macam mana dia boleh tersilap. Silap blok
pula tu. Mesti sebab nak cepat tadi. Sampai nama penghuni bilik pun dia tak
semak. Terus-terusan muncung Irish panjang sedepa masa dia nak balik tadi.
“Kau
memang! Kau memang! Kau tahu tak makin susah misi aku nak pujuk balik si Afnan
pujaan hati tu menyanyi balik. Susah lah aku nak feeling-feeling lebih lepas ni. Ni semua sebab kau. Sebab kau!
Sebab kau!” Irish separa menjerit. Zulin menjarakkan sedikit telefonnya dari
telinga. Bingit weh!
“Alah,
bila-bila kau boleh jumpa dia. Ni yang kau patut risau. Roommate kau.”
“Kenapa
pula dengan roommate aku?” Irish
masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata Zulin.
“Ish
kau ni. Buatnya kau dapat roommate
yang bukan-bukan. Macam mana? Kau tak risau ke? Buatnya rahsia kau bocor lepas
tu dia apa-apakan kau. Ha, macam mana?” kata-kata Zulin sedikit sebanyak
merisaukan Irish.
“Hish,
kau ni buat aku gelabah lah. Entah siapa lah
roomate aku ni. Aku pun tak jumpa dari tadi.”
“Ha,
tahu pun. Apa kata kau relaks jer.
Kalau tak okay, pandai-pandailah aku arrange
nanti. Just calm down okay.”
“Banyaklah
cekadak kau calm down! Kau dah buat
aku gelabah, tiba-tiba suruh relaks. Tup,
tup budak ni yang jenis merokok! Tak pun yang mengg..”
“Menggangu
kau tidur!” sambung Zulin. Dia sudah dapat mengagak perkara yang paling tidak
disukai Irish itu.
Masih
ingat lagi dulu, Irish selalu tukar teman sebilik. Sebab apa? Sebab teman
sebiliknya macam-macam perangai sehingga membuatkan Irish tak tahan. Mujur ada
dia. Rasanya Zulin merupakan teman sebilik yang ke-21. Wah rasa nak buat award sendiri pula. Anugerah Roomate
Paling Kekal Lama! Hahaha.. Mujur dia mempunyai keserasian dengan Irish. Dia
pun tak suka dengan bunyi bising. Dia jenis yang gemarkan kebersihan dan yang
paling penting jangan bawa kawan ramai-ramai masuk bilik. Lagi dia tak suka!
Tak sangka Irish juga begitu. Tu lah yang menyebabkan dia berkawan baik dengan
Irish sampai sekarang. Sampaikan gambar dia bergincu tebal masa Hari Anugerah
Cemerlang dulu pun Irish tahu. Asyik itu yang dibahankan Irish! Huh!
“Aku
baru nak sambung,” ujar Irish.
“Macamlah
aku tak tahu tabiat kau. Kau mana boleh tidur kalau orang buka lampu dan yang
paling penting tak mahu satu bunyi pun bila kau tidur! Kan?”
“Ha..
dah tu macam mana ni? Risau aku.”
“Ala,
kalau kau dapat dengan si Afnan tu. Belum tentu dia tak kacau kau tidur.”
“Ala,
kalau Afnan aku tak kisah! Dia nak buat konsert dalam bilik pun, aku sudi
mendengar! Bukan senang nak pergi konsert dia! Tahun lepas aku terlepas
gara-gara teman kau pergi selidik sama ada buah hati kau si Razif tu curang
atau tak. Last-last apa yang jadi?”
Tanpa
dipinta, mereka berdua serentak mengingati hal yang terjadi tahun lepas...
Seperti ada awan yang berkepul di atas kepala mereka. Blurp..blurp..blurp..
“Jangan
lah macam ni Zulin. Aku risau tengok kau.”
“Sampai
hati dia buat aku macam ni. Aku sayang dia, tapi sanggup dia keluar dengan
perempuan tu.”
“Mana
kau tahu dia keluar dengan perempuan?”
“Habis
tu, kalau setiap kali aku ajak keluar ada jer alasan. Tak ke keluar dengan
perempuan? Zulin mulai risau dengan kesetiaan Razif. Dia yakin Razif ada
perempuan lain. Yakin! Tiada talian hayat dah.
“Mana
lah tahu dia ada hal. Kau bukan tak tahu tugas seorang cikgu. Mesti tengah busy tanda kertas exam.
“Exam dah lama habis! Aku syak, mesti ada
cikgu perempuan yang lagi cantik dari aku. Hari tu dia ada cerita tentang guru
ganti di sekolahnya. Baru 20 tahun tau! Irish! Irish! Apa aku nak buat ni?!!” Zulin
sudah menggoncang-goncang bahu Irish tanda kerisauan hatinya yang menjalar kini.
“Ha!!
Kau teman aku!” Tiba-tiba muncul lampu menyala di minda Zulin tanda idea mulai
datang.
“Ha?!
Mana boleh. Kau dah janji nak teman aku dulu kan? Esok ada konsert Afnan Di
Hati Mu! Aku dah booking tiket mahal lah. No
way!
“Tolonglah
Irish! Kau lah kawan aku yang paling cantik pernah aku jumpa, sambil tangannya
di rapatkan dan dibawa ke dada. Oh, tak lupa juga dengan mata blink-blink. Nak mengampu punya pasal.
“Tapi,
kau tahu kan yang aku minat sa...”
“Minat
sangat dengan Afnan! Aku dah dengar ayat kau ni dah 101 kali dah. Aku tahu,
tapi mana lagi penting, aku atau Afnan?”
“Afnan!”
Pantas saja bibir Irish menuturkannya.
“Tak
apa lah. Esok biar aku pergi cari sendiri.” Zulin mulai nekad. Apa nak jadi,
jadilah.
“Kau
jangan nak buat hal, demam kau tu belum baik lagi. Nanti apa-apa jadi siapa
susah? Aku juga.”
“Apa
lah nasib aku ni. Ada kawan, tapi tak mahu ambil kisah tentang aku. Zulin
terduduk”. Seolah-olah berada di tengah pentas yang gelap, sambil ada cahaya
lampu yang bersinar di atasnya.
“Hish!!!
Ni yang aku lemah ni. Berdrama pula! Yalah! Yalah!
“Yeah,
Thanks Irish!!!” Zulin mencium pipi
Irish! Sayang betul dia dengan rakan baiknya itu.
Mereka
belum habis lagi berangan. Masih lagi sedang mengingat kembali kisah Zulin yang
menjadi spy tak bertauliah untuk
mengintip buah hatinya Razif.
“Mana
pula Razif nak bawa kita ni? Lain macam jer.”
“Entah,
aku pun pelik. Tak pernah pula dia sampai di sini. Pelik, pelik!”
“Yang
kau pandang aku ni semacam ni kenapa pulak?”
Irish bersuara pelik. Baru dia perasan mata Zulin yang asyik memerhatikannya
atas bawah sejak dari tadi. “Takkan lesbian kot si Zulin ni?” Irish mula
bermonolog.
“Sorry Zulin. I`m not lesbian. Lagipun mana kau nak campak Razif?” Irish
bersuara dengan nada yang sungguh serius.
“Adoi!
Sakit lah!” Irish menggosok kepalanya yang diketuk Zulin tadi.
“Sah
bangang! I`m straight okay. Kau tu,
cuba tengok baju kau. Baru aku perasan kau pakai sut hitam penuh! Kau ingat
kita dalam cerita James Bond ker cik kak oi? Hahaha! Zulin ketawa
berkedah-dekah. Hilang sudah misinya sebentar tadi.
“Dah
diam! Fokus! Irish mula perasan yang dia terpakai baju sut detektif rekaannya.
Tapi takkan nak tukar pula?! Bedal saja lah!”
“Ha,
tu dia masuk ke kanan tu. Move..move..”
“Tu..tu..
perempuan tu. Kau nampak perempuan bertudung tu? Aku dah agak memang dia ada scandal dengan perempuan lain. Siap dia!
Dengan perempuan tu sekali aku ganyah! Bak sini tukul besi mainan tu.”
“Eh,
kejap..kejap.. Tapi aku pelik, kalau dia pergi jumpa perempuan tu, kenapa dia
bagi perempuan tu berbungkus-bungkus makanan. Kau tengok tu, siap ada
budak-budak kecil bersongkok yang datang tolong angkat makanan tu masuk ke
dalam.”
Mata
mereka tertangkap pada satu papan tanda di depan bangunan itu.
“Rumah
Anak Yatim Darul Fuqaha,” kata mereka serentak.
“Astaghfirullahalazim. Kita sangka buruk
dengan dia selama ni, rupanya ini dia buat. Patut kita husnuzon dengan dia. Ternyata mulia hati Razif ni. Zulin, kau kena
minta maaf dengan dia Zulin. Zulin!” Irish menoleh pandangannya ke arah Zulin,
namun apa yang dilihatnya Zulin hanya terdiam sambil mengesat air matanya yang menitis
ke pipi.
“Ha!
Dah ingat?!” Puff! Awan angan-angan dipecahkan oleh Irish dengan jari. Eleh,
macam wujud pula awan tu. Drama sangat!
“Ya..ya..
aku faham!”
Kedengaran
bunyi orang membuka pintu bilik. Mata Irish tertancap pada pintu itu. “Lupa nak
kunci pulak. Eh, jap. Mesti roommate aku
ni.” Irish berkata perlahan.
“Apa
kau cakap. Kuatlah sikit. Ingat dalam kelambu ke?”
“Zu,
aku call kau balik. Roommate aku dah
balik rasanya. Assalamualaikum”
“Hai
aku Haris. Roomate baru kau. Sorry
sebab...” Irish berkata sebelum gerangan yang dinanti melangkah ke dalam bilik.
Terkejut bukan kepalang Irish apabila matanya tertancap pada wajah itu. Ya,
wajah yang baru dia kenal.
“Eng..eng..engkau?”
Kedua-duanya berkata serentak.
No comments:
Post a Comment