Saturday 18 January 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 5



“Sebenarnya aku ada masalah suara,” tenang Afnan menuturkan kata-kata itu.
“Apa?!” Tersentak Irish mendengar pengakuan Afnan. Biar betul?
“Ya, peti suara aku problem. Benda ni jadi sebelum aku buat keputusan nak tarik diri dalam dunia nyanyian lagi.”

“Ma.macam mana boleh jadi macam tu?” Irish masih tidak puas hati dengan jawapan Afnan. Dirasakan dia tidak dapat lagi mendengar suara lunak milik Afnan.
“Doktor kata aku tak boleh capai high note bila menyanyi lepas ni. Kalau aku buat juga, merosakkan peti suara aku,” Afnan menundukkan sedikit wajahnya. Getar di suaranya dapat didengar jelas oleh Irish.

“Tapi, kenapa sampai kau nak tarik diri dalam dunia nyanyian? Kau masih boleh nyanyi lagu-lagu bernada rendah.” Irish mula memujuk. Bukankah misinya ke sini nak memujuk Afnan? Sekarang lah rasanya waktu yang sesuai. Chaiyok Irish!
“Entahlah, bagi aku, high note tu lah kekuatan aku. Hilang dia, maka hilanglah aku. Rosak dia, maka rosaklah aku.”

“Sebab itu kau tak nak menyanyi lagi?” Irish menambah.
“Ya, betul tu. Kalau aku beritahu hal ini pada semua, pasti aku malu. Maka, aku mencipta alasan tentang kematian kekasih aku. Walaupun hakikatnya aku tak ada semua tu.”
“Kenapa sampai nak menipu? Kami selaku peminat kau, tak kisah semua tu. Kami sentiasa menyokong kau dari belakang. Pasti!” Irish mengangkat tangannya. Betul-betul bersemangat waja dia ni.

“Terpaksa Haris. Aku terpaksa,” Afnan menunduk. Dalam tundukannya sempat lagi bibirnya menguntum senyum. Senyuman yang membawa maksud tersirat. Hanya dia saja yang memahami.
“Aku akan pulihkan dia! Aku akan cuba cari doktor terbaik untuk mengubatinya. Aku akan cuba? Cuba!!!
“Hoi diamlah! Kau nak mandi pun, boleh lagi memekak.”
Terdiam Irish apabila dia ditegur oleh satu suara garau. Alamak, mandi senyap-senyap lah jawabnya.




Petang yang hening itu Puan Sri Nazirah duduk bersantai di samping suami kesayangnya Tan Sri Iskandar. Durian Cheese Cake hasil air tangannya itu memang menjadi kegemaran Tan Sri Iskandar. Suami yang dikenalinya hampir 30 tahun itu cukup disayanginya. Suami yang banyak membantunya ketika sesat di Massachusetts dulu sangat dikaguminya. Bila Puan Sri Nazira mengingati insiden pertemuannya dengan Tan Sri Iskandar, pasti merekah senyum di bibirnya. Macam manalah dia boleh terfikir nak menyamar jadi lelaki semata-mata nak selidik perihal kekasihnya Ikmal dahulu? Mujur saja dia tahu kecurangan Ikmal dahulu. Saat dia menangis dan kehabisan wang untuk pulang ke Malaysia, saat itulah Tan Sri Iskandar datang membantu. Pertemuan itu tidak akan sesekali dia lupa.

“Apa yang awak duk sengih tu sayang?” kata-kata Tan Sri Iskandar mematikan sejenak lamunan Puan Sri Nazirah.
“Tak da apa-apa lah abang. Abang nak kek lagi? Saya ambil di dapur.”
“Tak apa. Ni pun dah cukup. Jangan awak cakap awak ingat lagi kes awak menyamar kadi lelaki tu sudah lah.”

Tak semena-mena pecah tawa Puan Sri Nazirah. Kali ini giliran Tan Sri Iskandar pula mengukir senyum. Memang sudah diagaknya lamunan isteri kesayangannya itu pasti ke arah itu.
“Hish, awak ni memang arif bab-bab baca fikiran saya ni. Awak ada kuasa psikik ke?”
“Tak ada maknanya. Memang itu yang awak selalu fikir. Saya kalau teringat pun mesti tersenyum. Haish, macam manalah awak boleh terfikir nak buat kerja macam tu. Siap menyamar jadi lelaki pula tu. Nasib baik tak berjangkit dekat si Irish tu. Kalau tak, tak tahu saya nak cakap apa”
“Hish, awak ni. Ke situ pula. Jangan disebut. Buatnya Irish tu datang tebiatnya macam saya. Kita juga susah. Tapi kan bang..”

“Kenapa? Apa yang awak risaukan? Takut dia ikut perangai awak? Budak tu pun dah habis belajar. Dah lepas dah pun zaman universiti dia. Tak ada pula kita dengar dia buat hal macam tu masa belajar dulu”
“Itu saya tahu. Ni yang saya duk fikir ni. Si Irish tu, tahun depan dah 26 tahun. Tapi satu batang hidung teman lelaki pun tak ada. Risau saya kalau anak kita tu jadi andartu bang.”
“Hish, mulut awak ni. Makbul baru awak tahu. Jangan risau lah. Jodoh tu tak ke mana. Allah S.W.T ada perancangan yang terbaik buat anak kita. In syaa Allah ada jodoh tu.”
“Harap-harap cepat lah bang. Saya teringin nak tengok Irish tu kahwin cepat. Dah lah sekarang jarang jenguk saya di rumah. Risau saya.”

“Ke mana pula budak tu pergi? Sibuk sangat ke?”
“Katanya ada kursus di Johor Bharu. Bang, nanti senang-senang kita lawat dia di sana nak tak?”
“Tengoklah kalau saya tak sibuk.” Tan Sri Iskandar menyuap sesudu kek ke dalam mulutnya.
“Awak ni. Irsyad kan ada. Boleh tengok-tengokkan syarikat kita. Fasal anak pun sibuk nak fikirkan kerja,” Puan Sri Nazirah dah mula membuka tirai ceramahnya. Nampaknya Tan Sri Iskandar sudah bersedia untuk menjawab.

“Yalah.. Nanti kita pergi lawat dia ya sayang. Ala bucuk-bucuk abang. Jangan merajuk ya?” Tan Sri Iskandar mula mencubit manja hidung isterinya. Ternyata kasih sayang pasangan suami isteri ini tetap utuh. Romantik sepanjang masa.
“Yang....” Tan Sri Iskandar mula buat suara manjanya. Seakan-akan Puan Sri Nazirah dapat mengagak apa yang dimahukan oleh suaminya itu.
“Ala, baru petang lah bang. Awal lagi. Saya ke dapur dulu ya.”
Namun segera tangan Puan Sri Nazirah ditangkap kemas oleh suaminya. Pantas saja dikucup mesra oleh Tan Sri Iskandar. Kedua-duanya tersenyum lalu beringin ke kamar.




“Oh Tidak!!!” Irish separuh menjerit!
“Yang kau ni dah kenapa jerit macam ni? Dah macam ponti aku tengok,” Ilham meluahkan rasa hatinya yang terkejut mendengar Irish menjerit. 

“Betul ke esok kena pergi camping? Ala... Malasnya. Aku bukan biasa pergi panjat gunung lah, water confident bagai tu. Nanti kalau pacat gigit macam mana?” Bila memikirkan tentang camping. Irish sangat takut. Ingat lagi dulu, masa zaman sekolah. Bila ada camping jer, mesti Irish akan memaksa ayahnya membuat surat untuknya. Macam-macam alasan ditulis. Tak mahu dia mengikuti perkhemahan macam tu. Tapi tak sangka pula, esok merupakan kali pertama di berkhemah. Macam mana ni?

“Eleh, kau ni relax lah. Kata jantan. Mana boleh takut-takut macam ni. Si Helmi yang lemah gemalai tu pun minat camping. Siap leading kalau hiking. Inikan pula kau. Takkan takut kot.” Ilham meleret-leretkan nada suaranya. Seakan-akan menyindir Irish. Bukan seakan-akan. Memang sindir pun.
“Hei, kau jangan nak samakan aku dengan Si Helmi a.k.a Emy tu ya. Aku ni tulen. Tak main lah celup-celup”

“Kau perempuan tulen ke?”
“Mestilah! Eh tak, maksud aku. Mestilah aku lelaki tulen. Ori lagi!” Irish berkata sambil menunjukkan biseps di tangannya. Bukan ada otot yang timbul pun. Perasan lebih.
“Eleh, bajet pergi gym konon. Otot sekeping. Tengok aku ni!” Ilham mula membuka bajunya dan membuat gaya seolah-olah atlet bina badan. Terserlah six pack di bahagian perutnya.”
“Gulp! Apasal aku rasa semacam ni?” desis hati Irish. “ Err..Ilham aku pergi tandas kejap lah. Ada hal,” Meluru Irish ke bilik air. Merah padam bila teringatkan situasi itu.
“Nak pergi tandas pun nak inform kat aku ke? Irish..Irish”




Hampir 6 jam, baru lah mereka semua tiba di Raudah Kem Pulau Pangkor untuk Perkhemahan Seni selama 3 hari 2 malam di sini. Disebabkan van yang dinaiki mereka rosak di pinggir jalan ke kem, mereka terpaksa berjalan kaki hampir 30 minit sebelum sampai ke destinasi. Penat yang melanda memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dengan barang yang banyak lagi. Beg segala bagai. Memang menguji dia. Peserta perempuan hanya pandang saja. Ada juga yang menggedik nak pegang-pegang tangan dengan Afnan. Disebabkan Irish menjadi Haris, maka dia tidak terkecuali untuk mengangkat barang-barang masakan. Rasa nak bongkar identiti sekarang! Penat!

“Bak sini aku angkat” Ilham menawarkan diri untuk mengangkat barang yang dipikul Irish.
“Eh tak apa. Aku boleh.”
“Boleh lah sangat. Aku tengok kau terhuyung-hayang dah ni. Kejap lagi kalau angin datang, memang tumbang lah kau. Bak lah sini.”
“Yalah..Yalah.. Terima kasih.”

“Patutnya group kita dapat tidur kat bilik yang disediakan. Tapi disebabkan dah penuh, terpaksa lah bina khemah. Bilik yang ada pun untuk lecturer. Kau pandai bina khemah tak?”
“Ala, yakah? Aduh, aku manalah pandai bab-bab jantan ni”
“Dah tu kau bukan jantan?”

“Er..ma..maksud aku. Aku bukan jantan. Aku lelaki. Lelaki dan jantan tu perkara yang berbeza.”
“Apa bezanya? Cuba beritahu aku?” Ilham berminat untuk mengetahui meskipun perkara itu tidak lah sukar sangat baginya. Jantan untuk binatang. Lelaki untuk manusia.
“Lelaki menurut Islam. Lelaki macam ni lah yang perempuan cari. Lelaki yang bersedia menjadi imam dalam solat. Lelaki yang ikhlas menjadi dasar hidupnya. Lelaki yang takwa menjadi bekal hidupnya. Lelaki yang solat dan sabar menjadi kekuatannya. Lelaki yang sentiasa risau dan takut dengan azab neraka Jahannam, lelaki yang akidahnya bersih dan macam-macam lagi lah. Ada 60 semuanya kalau tak silap aku”
“Wah, mana kau tahu semua ni?” Tergamam sebentar Ilham mendengar jawapan Irish. Boleh tahan juga dia ni.

“Baca kat Facebook lah der. Zaman sekarang ni. Aku tengok, orang buka Facebook duk mengumpat, update status bukan-bukan. Lepas tu kalau ramai LIKE, mulalah timbul rasa riak. Kalau ada orang post pasal agama, mulalah scroll laju-laju. Apa salahnya baca. Dapat tambah ilmu. Tak banyak sikit. Kan?”
“Baik semua. Kumpulkan barang di suatu sudut. Barang-barang masakan letak di bahagian dapur. Beg letak di hujung sana.” Arah Cik Zulin selaku pensyarah pengiring. Bukan main lagi Zulin ni.
“Haris, yang awak duk pegang lagi barang tu kenapa? Kan saya kata letak tepi? Tak dengar ke?!” Zulin berkata lantang, tapi dalam hati menyimpan tawa. Tak boleh tahan dia tengok muka cuak Irish.
“Hek eleh minah ni. Kerek plak aku tengok. Nanti kau. Siap kau aku kerjakan. Berani dia jerit-jerit macam ni. Depan orang pula tu. Awas!!!” Irish membebel seorang diri sambil meletakkan barang di sudut tepi.

“Baik, oleh kerana kita tak dapat bilik kerana sudah penuh. Jadi, kita akan bina khemah. Lagipun kita tak ramai. Dalam 40 orang. Khemah pula ada 20. Satu khemah untuk dua orang. Boleh mula bina khemah sekarang. Malam nanti lepas semua dah solat, kita berkumpul di dewan. Ada apa-apa soalan?”

“Cik Zulin dan Encik Haikal tidur sekali ker?” Irish menyoal.
Merah padam muka Cik Zulin dan Encik Haikal. Boleh pula dia buka sesi soal jawab paling bangang di sini. Tak apa Zulin. Cool. Cool. Tadi kau dah kenakan dia. Bagi peluang pula dia kenakan kau.
“Saya tidur bilik sorang jer lah. Kenapa? Awak nak temankan ker?”
“Kalau Cik Zulin sudi, saya seribu kali sudi.”  Semua peserta sakan menggelakkan mereka. Boleh pula buat lawak macam ni.

“Baik, saya nak setiap kali saya panggil awak, awak datang bilik saya. Tolong saya kemaskan barang. Faham?! Yang lain jangan ingat saya nak buat bukan-bukan pula. Lagipun dia ni adik saya. Awak semua boleh sambung kerja. Irish awak ikut saya”
“Irish?!” Semua terkejut. Membulat mata Irish bila mendengar Zulin memanggil nama sebenarnya.
“Eh, lupa pula. Irish tu nama kucing saya. Muka mereka serupa. Haris, awak ikut saya” Terkulat-kulat Zulin membetulkan kata-katanya. Habislah kena basuh kaw-kaw punya dengan Irish lepas ni.

“Yalah kak!” Terus hilang formaliti antara Irish dan Zulin di hadapan peserta lain. Irish pantas membawa beg milik Zulin dan dibawanya ke bilik rakan baiknya itu. Setibanya di bilik itu, dicampakkannya barang itu sekuat hati. Geram hatinya.
“Weh! Agak-agak lah. Pecah perfume Salvatore Ferragamo aku. Siap kau!” Bengang Zulin bila Irish main campak-campak begnya. Dah lah minyak wangi kegemarannya itu baru dibeli semalam. Nak pergi camping punya pasal.

“Kau ni aku cakap bengap nanti marah. Mana ada orang pergi camping pakai perfume. Kau nak panggil serangga datang kat kau ke?”
“Eh, tak boleh ke? Mana kau tahu? Setahu aku kau tak pernah pun pergi camping.”
“Cik kak oi. Memanglah aku tak pergi camping, tapi kau lupa ke. Abang aku tu kan, suka bab-bab camping-camping ni. Dia lah yang story kat aku fasal ni.”

“Oh yakah? Hehehe” Zulin terkulat-kulat menahan malu. Patutlah tahun lepas dia disengat lebah. Habis lebam tangan kanannya. Rupa-rupanya sebab perfume. Nasib baik kali ni Irish beritahu.
“Yang kau ni, nak apa panggil aku? Siap beritahu depan orang lain pula tu.”
“Kau kan perempuan. Mana boleh solat dengan lelaki macam tu. Takkan kau nak pakai telekung, lepas tu satu saf dengan lelaki pula. Tu yang aku cakap macam tu. Nanti waktu solat, kau boleh solat di bilik aku. Faham?”

“Ya tak ya juga kan? Nasib baik kau ingatkan aku. Bagus-bagus.” Irish memeluk rakan baiknya Zulin. Sayang betul Irish dengan Zulin. Tanpa semena-mena terdengar pintu dikuak.
“Er, sorry Cik Zulin. Saya tak perasan yang pintu ni tak tutup rapat. Saya baru nak ketuk. Nak panggil Haris tolong saya pasang khemah.” Ilham berkata. Disembunyikan rasa terkejutnya melihat Irish mendakap erat Cik Zulin.
“Ha, Haris. Pergilah. Dah puas peluk kakak kan? Macam budak kecil.” Terkejut mereka bila Ilham menguak pintu. Nasib baik cepat ideanya datang nak tolong cover line. Lega!

4 comments:

Anonymous said...

Best! Rasanya afnan tu nyanyi gne suara ilham kut. Next bab pls.. :D

-new reader-

Unknown said...

Anonymous..

thanks..wah, main teka2..huhu..In syaa Allah nnti saya sambung..thanks sekali lagi.. :)

IsHan Jamiri said...

Menarik.....
:)

Unknown said...

Ishan Jamiri..

thanks sudi baca :)