Saturday 17 May 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 17



“Eh, perempuan sebelah dia tu bukan Hani Amira ke? Juara Next Top Singer kan?

Tersedak Irish bila mendengar Zulin menyebut nama Hani Amira. Seperti pernah dia dengar nama itu. Segera ditolehnya semula. Hatinya menganggap agar perkara itu tidak benar. Namun terpaksa juga dia mengakui bahawa insan yang mereka nampak itu memang Ilham dan Hani. Tampak sungguh mesra mereka berjalan beriringan. Serta merta hatinya dipagut rasa pilu. Rasa cemburu datang bertalu-talu. Minda ligat mencerna agar apa yang dilihatnya itu tidak pernah berlaku. Adakah itu tanda-tanda awal yang jodoh Ilham dengannya tidak akan bertahan lama.

“Irish, kau okay tak ni?” Zulin menggosok lembut lengan Irish. Memberikan sedikit kekuatan buat rakan baiknya itu.

“Alah, apa tak okay nya. Okay lah. Biarlah dia tu. Aku tak kisah pun. Dah habiskan minuman tu. Lepas tu kita balik, banyak lagi kerja aku kat office tu. Menimbun-nimbun dah macam Broga Hill!” Irish berkecindan seketika bagi menyembunyikan rasa sedih yang datang melanda.

Zulin tahu Irish berpura-pura ceria di hadapannya. Lepas tu nak bandingkan kerja yang menimbun tu dengan Broga Hill, memang melampau! Saja lah tu nak main sembunyi-sembunyi perasaan senditi. Walhal, dia tahu yang dalam hati Irish memang terasa dengan apa yang dilihatnya tadi. Sahabatnya itu memang pandai menyembunyikan rasa di dalam hati. Tiba-tiba Zulin merasakan ada halilintar yang menyambar badannya. Biar betul? Ilham datang ke arah mereka.

“Hai Cik Zulin,” sapa Ilham mesra. Dari jauh dia sudah melihat wajah Cik Zulin. Jika Cik Zulin ada, sudah tentu Irish pun ada. Memang tepat jangkaan Ilham.

Terkedu Irish mendengar suara tu. Entah bila masa pula mamat ni boleh nampak mereka di sini. Bukan tadi dia kat luar kedai ke? Bila dia nampak?

“Eh, Ilham. Dah lain betul kamu sekarang. Maklumlah orang glamour kan? Yang sebelah kamu ni Hani kan? Juara Next Top Singer?

“Cik Zulin tak kenal saya ke?” tanya Hani. Dia yakin Cik Zulin tidak mengenalinya.

“Hani. Juara Next Top Singer. Kan saya dah sebut tadi?” Budak ni saja ke nak suruh aku ulang sebut? Macam kekwat jer, desis hati Zulin.

“Yang juara tu saya tahu. Tak payah Cik Zulin sebut lagi. Tapi, ni saya nak beritahu yang saya lah Hani. Hani Amira budak grafik dulu. Masa camping kat Pulau Pangkor dulu, saya partner dengan Afnan. Cik Zulin ingat lagi tak?”

Zulin mengecilkan mata. Cuba mengamati wajah wanita gedik di hadapannya.

“Oh kamu. Ya Allah. Lain betul. Makin cantik sekarang. Mana cermin mata Betty kamu tu?”
Masih ingat lagi Zulin dengan cermin mata besar yang dipakai oleh Hani dulu. Cermin mata berbingkai hitam. Dulu Hani nampak sopan dan manis dengan berbaju kurung. Tapi sekarang sangat lain. Macam terlebih seksi pula. Astaghfirullahalazim.

Ilham hanya membiarkan perbualan Hani dan Zulin. Matanya kini tepat memandang Irish Adrina yang sedang duduk membelakangkannya. Kecil juga hatinya apabila Irisy hanya diam dan tidak bertegur sapa.

“Ilham, Ilham,” Hani menggoncang-goncang lengan Ilham dengan nada suara yang mengada-ngada. Serius menyampah bila Zulin dan Irish mendengarnya. Rasa nak sumbat jer tulang itik ni dalam mulut perempuan ni.

“You ni sempat lagi mengelamun kan. Jomlah kita makan kat tempat lain. I tak biasalah nak makan kat tempat macam ni. Nanti kalau orang nampak, lepas tu keluar paper, macam mana? Oh my god! Mesti tajuk akhbar tu macam ni, HANI JUARA NEXT TOP SINGER MAKAN DI KEDAI LAUK KAMPUNG. Oh tidak! I tak sangup! Tak sanggup!” rengek Hani. Kedua-dua belah tangannya ditekap ke pipi sambil mulut terngaga seluas-luasnya. Tidak rela dia membayangkan perkara itu menjadi realiti. Bimbang jika jatuh air mukanya nanti.

Ilham, Irish dan Zulin semakin meluat dengan Hani. Mereka berpandangan sesama sendiri. Takkanlah makan lauk kampung boleh masuk berita. Nampak sangat bangangnya di situ. Geram pula mereka berlama-lama di sini. Betul Hani ni semakin melampau sekarang. Mujur saja restoran ini tidak ramai orang. Kalau tidak pasti orang lain jelik dengan perangai tak semenggah Si Hani ni.

“Kalau you tak nak, sudah. I nak. I lagi suka kalau masuk paper macam tu. Lagipun I bukan jenis yang memilih makanan,” kata Ilham sambil menarik kerusi bersebelahan dengan Irish. Terbit cemburu dalam diri Hani. Matanya memandang lama wajah Irish di hadapannya. Dia merasakan bahawa dia pernah melihat raut wajah yang manis bertudung ini. Cuma dia tidak pasti di mana dan bila situasinya.

Sorry lah guys. I have to go. Kerja kat office melambak. Assalamualaikum,” Irish pantas bangun seraya mencapai beg tangannya lalu keluar pergi meninggalkan insan-insan ini. Zulin  turut terpinga melihat Irish yang tiba-tiba beredar macam tu saja.

“You makanlah dengan Cik Zulin. I nak kena balik juga. Mama I dah call,” Ilham juga terus meluru. Bukannya mama dia ada call pun. Bunyi telefon pun tak ada. Dia hanya mahu mengejar Irish.

Sudah agak jauh di luar kedai, Ilham segera memanggil nama isterinya.
“Irish. Wait!”
 
Irish dapat mengagak yang Ilham akan merentap tangannya lepas ini. Jadi dia pasang strategi dengan memeluk tubuhnya sendiri. Pasti Ilham tidak dapat merentap tangannya. Kaki Irish memacu deras meninggalkan Ilham. Sakit hatinya melihat Hani dengan Ilham tadi.

Kali ni Ilham merentap bahu Irish. Hampir terjatuh wanita itu dibuatnya. Mujur saja Ilham sempat menahannya dan kini Irish di dalam dakapannya. Mata mereka bertaut. Irish berada kemas dalam pelukannya. Waktu pula seakan-akan berhenti. Hanya deruan nafas yang kedengaran kini.

Klik! Klik! Klik!

Kedengaran bunyi orang sekeliling mengambil gambar mereka dalam keadaan begitu. Habislah lepas ni. Irish yang sudah rasa tidak sedap hati terus berlalu pergi meninggalkan Ilham. Dia malu! Dia malu dengan apa yang berlaku. Ilham pula hanya diam tidak berkutik. Dirasakan waktu yang terhenti itu amat bermakna baginya. Argh, biarlah orang mengambil gambar mereka sekalipun. Biarlah jadi penghias dada akhbar. Biar kecoh seluruh Malaysia pun, dia tetap tidak peduli.




Berita tentang artis terkemuka negara, Ilham Aizat memeluk seorang gadis yang tidak dikenali mendapat liputan hangat pada masa kini. Beritanya terpampang di sana sini. Bukan saja di dada akhbar, malahan di dalam blog dan laman sosial yang lain juga turut tidak terkecuali.

Telefon Rozy, pembantu peribadi Ilham Aizat asyik berdering sejak dari tadi. Namun tidak Rozy endahkan. Ilham pula memang sudah pulang ke rumah lewat malam macam ni jika tiada apa-apa program atau tugas yang perlu dihadiri. Awal-awal lagi Ilham sudah berpesan kepadanya agar tidak menjawab segala panggilan yang datang daripada wartawan. Dia tahu apa yang wartawan mahukan. Berita sensasi pasti jadi buruan. Jadi, daripada berkata-kata, lebih baik berdiam diri saja. Kalau salah cakap, lain pula tafsirannya. 

Di rumah, lham memandang sepi skrin telefonnya. Masuk kali ni sudah lebih 58 kali telefon itu menjerit-jerit minta dijawab. Tidak tahu apa yang  hendak dikatakannya bila diasak dengan pelbagai soalan dari pihak media. Dia buntu. Malahan semakin keliru.

Kali ini Mr. Sam pula yang mendailnya. Pengurus syarikat rakaman Teraju Records itu pasti mahu Ilham Aizat menjawab panggilan itu. Ilham merupakan artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman itu. Mahu tak mahu terpaksa juga dijawabnya. Kalau diikutkan hati, memang dibiarkan saja terus menyepi. Namun dia masih mengenang budi. Dia tidak sampai hati untuk membiarkan Mr.Sam terus menanti.

“Hello Mr. Sam,” sapa Ilham perlahan. Dia dapat mengagak apa tujuan Mr. Sam menelefonnya malam-malam buta ini.

“Hello Ilham. Dah berapa kali I call, kenapa you tak angkat?”Sahut Mr. Sam. Dia tahu Ilham hendak mengelak daripada diasak dengan pelbagai soalan daripada wartawan, tapi takkanlah panggilannya pun tidak berangkat juga.

Sorry Mr. Sam. I tak perasan.”

“You tak payah mahu tipu sama saya. You ada cakap apa-apa ke dengan reporters?”

“Cakap? Cakap apa Mr. Sam?”

“You dah pandai nak buat-buat lupa sekarang. Takkan kontroversi macam ni pun you tak boleh handle. Pasal gambar you lah. You jangan bagi tahu apa-apa dulu Ilham. Anything just discuss at my office okay? Come tomorrow.”

“Esok? Tapi saya ada showcase Anugerah Muzik Malaysia esok Mr. Sam,” Ilham mencari alasan. Malas betul dia mahu berjumpa dengan Mr. Sam. Lagipun dia memang tidak berapa kisah sebenarnya tentang gambar tu. Lagi dia suka adalah. 

Cancel terus showcase tu! Gambar you sekarang tengah tersebar luas. Kita kena buat press confrence. I don`t care!” Arah Mr. Sam lalu talian terus dimatikan. 

“Hurm...”

Ilham mengeluh berat. Kalau Mr. Sam sudah berkata begitu, nampakanya dia memang kena bersetuju. Tidak boleh tidak.

Ilham mencampakkan telefonnya di atas tilam. Badannya direbahkan di katil dalam kondominium mewah ini. Memang kondominium ini dibelinya untuk bersendiri. Menenangkan diri dari segala macam kontroversi. Kondominium ini juga menjadi ruang untuk dia mencari inspirasi. Kondominium ini juga merupakan ruang untuk dia bersama dengan sang isteri. Apa agaknya reaksi Irish tentang gambar tu kan?  Fikiran Ilham jauh melayang bersama wajah isteri tersayang.




Rasanya sudah hampir 30 minit Irish memandang skrin komputer ribanya. Bukan sebab komputer riba Mac Pro berwarna putih susu itu yang menarik perhatiannya. Tapi artikel di dalam blog yang dibacanya itu membuatkan panas hatinya membara-bara. Masuk kali ni juga sudah hampir 5 kali dia ulang membaca. Kali ini dia menatap artikel itu lama.

Hai u olls! Apa khabar! Hari ni I ada satu berita hot. I yakin korang semua pun dah tahu kan pasal ni. Ala, kisah Ilham dengan minah mana ntah. Geram pulak I tengok gambar ni you all. I tahu korang pun geram kan dengan minah ni? Now I dapat satu berita hot. Guess what?!
I tak tahulah betul ke tak kan, tapi ada satu sumber ni, dari orang yang rapat juga lah dengan Ilham. Entah betul ke tak dia rapat. I tak kisah. Yang penting bila korang tahu pasal ni, mesti korang nak ganyah minah ni!
Okay, okay, I tahu korang nak tampar mulut I sebab I bebel panjang sangat kan? Menurut sumber yang terpaksa I rahsiakan, minah ni sebenarnya mistress Ilham. Tahu tak mistress tu apa? Perempuan simpanan lah weh. Euuwww.. tengok tu. Nampak jer pakai tudung, tapi tak sangka jadi perempuan simpanan. Murahan sangat u oll! Kalah bapuk-bapuk dekat Lorong Hj Taib tu. Tapi, entah betul ke tak, I tak tahu. Nanti I selidik balik okay. I nak jadi Charlie`s Angels sekarang. AWAS minah ni! Misi menyelidik bermula sekarang!

Air mata Irish meleleh entah ke berapa kali. Tidak rela dia disamakan dengan perempuan simpanan. Jika ikutkan rasa yang bertamu di hati, mahu saja dia mengkhabarkan kepada seluruh Malaysia bahawa dia isteri Ilham Aizat yang sah di sisi agama. Namun, dia tahu dia tidak berdaya melakukan itu semua. Ilham pasti menegah sekeras-kerasnya. Dia tahu penerimaan Ilham terhadap dirinya hanyalah dalam terpaksa semata. 

Irish pilu. Hatinya dipagut sayu. Tangannya ditongkat ke meja dan memicit kepala yang berdenyut-denyut sedari tadi. Jika marah yang membuak itu semakin merajai diri, mahu saja dia menyaman blog ini. Suka hati dia jer buat cerita yang bukan-bukan. Sembrono tanpa usul periksa. Entah dari mana sumber pemilik blog ni dapat, dia sendiri tidak pasti.

Dilihatnya ruangan komen, hampir 458 komen yang menerjah artikel itu.  Ada yang melayan, ada pula yang menidakkan. 

“Kenapa lah ada yang percaya?”

Irish menutup laju komputer ribanya. Apa yang dia mahu sekarang, jawapan yang lahir dari bibir suaminya. Bagaimana penerimaan Ilham Aizat?

Tapi bukankah lebih elok jikalau Irish berbincang sendiri dengan Ilham? Tapi, bagaimana pula dia nak berbincang?  Nombor telefon suami sendiri pun dia tak ada. Kalau nak guna yang lama, memang dia tak ada. Haish.. Menyesal pula tak minta nombor telefon suaminya hari itu.  Fikiran Irish melayang jauh entah ke mana. Merentas samudera, melepasi seluruh benua. Dia hilang. Lama kelamaan mata Irish mula terpejam.




Sedari tadi, Ilham hanya membatu mendiamkan diri. Soalan dari Mr. Sam dibiarkan sepi. Sebenarnya minda Ilham sedang ligat berfikir. Patut atau tidak dia berterus terang bahawa wanita yang dipeluknya itu ialah Irish Adrina. Isterinya yang sah dinikahi sejak 3 tahun yang lalu. Apa penerimaan Irish jika dia memberitahu hal yang sebenar? Setujukah wanita itu dengan kenyataannya jika dia berterus terang? Bukankah perkahwinan ini tidak dipersetujui Irish sejak mula lagi? Bagaimana jika Irish kembali melarikan diri kerana malu dengan kenyataannya nanti. Ilham buntu,  Ilham buntu!

“Ilham! I`m talking to you!” Mr. Sam sudah mula meninggikan sedikit suaranya. Dia tidak bermaksud hendak memarahi Ilham. Tapi bila melihat Ilham hanya diam sejak tadi, membuatkan dia bertambah geram. Macam cakap dengan kotak pensel rasanya.

Sorry. Saya dengar. Saya cuma tengah berfikir.”

“Apa yang you fikir? Just say the true lah. Betul ke dia perempuan simpanan you?”

“Ha?!”

Mendidih darah Ilham mendengar perkataan `perempuan simpanan` itu. Pasti ini kes yang heboh di dalam blog dan laman sosial masa kini. Dia bukan tak tahu, macam-macam spekulasi dan andaian yang muncul. Macam-macam telahan yang timbul. Semuanya dilemparkan terhadap gambar tersebut. Entah siapa yang bawa mulut pun dia tidak tahu- menahu. 

“You jangan sesuka hati cakap macam tu Mr. Sam,” Ilham semakin geram.

“Kalau macam tu, bagi tahu I siapa sebenarnya dalam gambar tu?” Mr. Sam memilih untuk berlembut. Dia tidak mahu Ilham terasa hati dengannya. Ilham lubuk emasnya. Dia harus menjaga Ilham sehabis daya.

“Saya tahu Mr. Sam takkan suka dengan jawapan saya ni.”

What do you mean?” Soal Mr. Sam. Ilham seakan-akan bermain tarik tali dengannya.

She`s my wife. Perempuan tu isteri saya,” perlahan-lahan Ilham menuturkan jawapan itu. Dia sudah dapat mengagak reaksi Mr. Sam.

What?! Are you kidding me! Bila kahwin? Press dah tahu belum?”

“3 tahun lepas. Press belum tahu lagi. Tapi saya akan berterus terang nanti.”

No! Don`t be joking! You nak peminat semua lari bila tahu you dah kahwin? You masih muda. Mana boleh dedahkan cerita macam tu dekat mereka.”

I don`t care Mr Sam!” Tegas Ilham. Jujur dia tidak kisah dengan peminatnya yang berkurangan. Dia tahu tidak semuanya  seperti itu. Masih ada yang setia dengannya. Namun jika rezekinya hanya sampai sini saja dalam dunia seni ini, dia redha. Asalkan Irish ada di sisinya sepanjang masa.

But I`m care! No! Saya tak benarkan. Better you rahsiakan dulu.”

“Saya tak kisah kalau semua tu dah tak ada. I just need my wife!” Tegas Ilham. Mr. Sam nampaknya tetap berkeras hendak menutup semua rahsia ni.

Mr. Sam masih cuba mengawal riak mukanya. Dia harus bersikap tenang. Dia perlu merancang agar Ilham tidak membocorkan rahsia itu. Dia tahu peminat pasti akan berkurangan kerana wajah dan status Ilham inilah yang membuatkan peminat wanita tergila-gilakannya. Saban hari, saban waktu.

“Okay Ilham. Hanya untuk sementara waktu. At least lepas Anugerah Muzik Malaysia. Please.. I`m begging you,” Mr. Sam mengendurkan suaranya. Dia amat berharap agar Ilham menurut saja kehendakanya.

Ilham terdiam. Akalnya ligat berfikir dan menimbang tara tentang keputusan yang bakal diambilnya. Mr. Sam hanya berdiam memberikan Ilham masa. Setelah pasti dengan keputusan yang diambilnya, Ilham mula bersuara.

“Jadi, apa yang patut saya buat? Apa saya nak beritahu dengan press nanti?” Soal llham. Nampaknya terpaksalah dia mengikut kemahuan Mr. Sam. Lagipun Anugerah Muzik Malaysia sudah tidak lama lagi. Dia harus bertahan untuk sedikit waktu.

Mr. Sam tersenyum nipis.

“You anggap jer dia tidak ada apa-apa hubungan dengan you. Simple as that..”

Ilham terpana mendengar saranan Mr Sam. Mampukah dia?

Just say.... Dia salah seorang peminat you. You selamatkan dia dari terjatuh. Tu jer. Tak lebih daripada itu.”

Ilham kembali memikirkan satu persatu butiran kata dari Mr. Sam. Apa yang patut dia lakukan. Betul ke tindakan dia ni? 



P/S: Minggu ni minggu exam saya.. Tolong doakan urusan saya dipermudahkan Allah S.W.T dan dapat menjawab dengan baik ya..Amin :)

15 comments:

rabaitul zulkefle said...

ilhammmmmm
dont do that
jangan terima arahan mr sa

Anonymous said...

All the best for ur exam sis.. Lps exam, smbung next chapter eh.. Hihu

eifa said...

Jgn ikut cakap Sam tu. Cian Irish kena hadap masalah sorang2. Jadilah seorang suami yg selalu melindungi isteri. Moga yg keruh dpt dijernihkan.

Unknown said...

Jgn lupa smbg ya lps exam...

Unknown said...

Jgn lupa smbg ya lps exam...

Unknown said...

No ilham! Jgn ikut mr.sam.. ikut kate hati..gl cik writer

IsHan Jamiri said...

Ilham don't do that....better discuss with Irish...... :( :( :(

Anonymous said...

nak lagi...nice one!!

Unknown said...

bagi tau ja semua orang..tak yah lah sorok2 lagi..kesian iris..

Anonymous said...

Awak umur berapa sebaba novel awak best sangat

kampung girl said...

gud luck exam..
moga dapt jwb dengan tenang..
dah lama follow blog ni d sebabkan assgnmnt yg bertmbun..
so..
jln crite the best...
n sy doakan mga "KAWIN DENGAN ROOMTE " DAPAT DIBUKUKAN..
IN SHA ALLAH.. :)

Meriam laksamana said...

aduhh.. patutnya ilham kene diam dulu.. mase press conference baru cita.. kan mr sam dah halang..

Meriam laksamana said...

hmmm.. penulis ade akaun fb x? boleh bagi? nanti senang sikit nak tahu bile penulis update bab baru

Unknown said...

Maaf semua sebab lambat balas komen.. terima kasih atas doa kalian untuk exam saya..trima kasih juga sudi baca karya ni :)

Unknown said...

Hai awk..nk tnya bila novel nie publish...syg le, cita novel nie best.hope this novel publish..gambatte