Friday 16 May 2014

COMPLETE OF ME (PROMOTE NOVEL KAWAN)

Assalamualaikum..

Kita berehat sebentar, in syaa Allah esok saya akan post Bab baru novel Kahwin Dengan Roommate?!. Kali ni saya nak promote dulu novel kawan saya.. Meh kita baca sinopsisnya..




SINOPSIS COMPLETE OF ME!

NORA AFIQA tidak mampu menolak akan pelawaan Tengku Airish Shah untuk mengahwininya.. Tidak! Bukan pelawaan namun paksaan.. Memang gila! Tidak disangkanya ditolak oleh seorang artis untuk dijadikan ‘girlfriend’, kini dia berkahwin juga dengan seorang artis.. Dan demikiannya, Afiqa hanya pasrah.. Cuba menerima hakikat akan dirinya yang sudah bergelar seorang isteri artis..

Orang kata percaturan Tuhan itu sungguh indah.. Perjalanan hidupnya yang dipenuhi dengan pergaduhan demi pergaduhan bersama Airish mula berputik dengan benih cinta.. Namun, segalanya terlambat apabila sang kekasih pujaan hati suaminya kembali pulang ke sisi.. Nora Afiqa ditolak ke tepi..

Ternyata pelangi petang yang terasa menyinari  hidup Airish mula menampakkan pudarnya.. Kehilangan Afiqa benar-benar membuatkan Airish sunyi.. Lalu, keputusan gila diputuskan Airish.. Ugutan papanya yang tanpa henti sudah tidak dihiraukan lagi.. Baginya hilanglah apa-apapun asalkan dia tidak kehilangan Afiqa!
 
“Ustaz Kazzim Elias pernah cakap kalau si suami berdehem dua kali, maknanya dia ajak ke bilik.. Dengar ni, ehem.. ehem..” ~TENGKU AIRISH SHAH~
“Tak sangka pulak saya awak pernah dengar ceramah agama.” ~NORA AFIQA~

Sekembalinya dia ke pangkuan isterinya, ternyata banyak halangannya pula demi mendapatkan si isteri.. Kewujudan ‘Man Hollywood’ yang sentiasa mahu mengambil perhatian isterinya sungguh menganggu gugat dirinya. Lalu, apakah senjatanya? Adakah dia akan terus berdiam diri lagi apabila si Hairul datang kembali menuntut janji.. Dan adakah cintanya benar-benar buat Afiqa apabila Lisa yang dulunya dianggap sudah mati kini muncul kembali?

­~Cinta Fiqa seperti Highland Tower, sentiasa akan menghantui diri abang tanpa henti.. Dan cinta Fiqa juga seperti Villa Nabila sekali abang datang pada saya, jangan harap abang akan dapat berpatah kembali.~

Mantap tak? Kalau nak baca lebih lanjut, sila terjah ke blog beliau! KLIK SINI

1 comment:

Unknown said...

wahh.. tq sis.. haha.. x sangka ad novel kat sini tiba2.. haha.. apprecite! hehe..