Friday 10 January 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 4


“Baru pukul 7.10 pagi. Tidur dulu lah. Mengantuk sangat ni. Kelas start pukul 9.00 pagi,"  kata Irish
  lalu menyambung tidurnya kembali yang terganggu tadi. Rasa lena dapat memeluk teddy bear Sarbie yang comel dan gebu itu. Sengaja dia bawa yang sama jenis dengan Ilham. Baru saja dibawanya ketika pulang makan malam bersama Zulin semalam.

  “Haish, baru first time rasa peluk bear aku ni. Gebu juga. Tak sia-sia aku reka. Patut meningkat jualan sehingga 45.7%. Nak kena rancang yang baru lagi ni.”
Dalam kepalanya ligat memikirkan rekaan terbaru untuk mainannya. Mujur saja dibenarkan bosnya untuk kerja di rumah. Siap rekaan terus submit. Then, present. Fuh, lega. Padahal, bukan kerja di rumah pun. “Rumah” lah sangat.

“Awak biar betul Irish? Nak kerja dari rumah?”
“Bolehlah puan. Saya sedang cuba mencari rekaan permainan terbaru yang lebih mantap dan menarik.”
Bersungguh-sungguh dia merayu dengan bosnya itu. Wanita yang tampak elegan meskipun usia sudah menjangkau 40-an.
“Pejabat awak tu tak cukup cantik dan selesa ke?”
“Bukan macam tu. Cuma saya nak dapatkan idea yang lebih menarik. Puan  ingat tak macam mana saya dapat idea untuk teddy bear gebu Sarbie tu? Semua tu saya dapat ketika bercuti di Beijing dulu lah.”
“Kalau awak cuti seminggu then masuk pejabat balik tak boleh ke?”
“Ala, sama jer puan. Bila siap saya terus submit, then present. Okay? Boleh lah puan.”
“Hurm..yalah..yalah..make sure menarik okay?”
“Thank you puan. Puanlah yang paling gojes pernah saya jumpa. Tudung puan yang lilit-lilit tu memang nampak muda macam Najwa Latif. Kalau letak puan sebelah Najwa Latif, confirm orang confuse!”
“Ada-ada jer lah awak ni. Eh, tapi, betul ke macam Najwa Latif?” kata Puan Zulaikha sambil membelek-belek mukanya di cermin. Dah macam gaya ahli sihir jahat dalam Snow White pula.
“Awak rasa kalau saya pakai pashmina okay tak? Puan Zulaikha memusingkan badannya menghadap Irish.
“Eh, tak dengar bunyi buka pintu pun? Dah tak da dah? Hilang macam tu jer?  Irish, Irish,” wanita itu mneggeleng perlahan melihat telatah designer kesayangannya.




Sedar tak sedar, Irish sudah terlajak bangun. Gara-gara termimpikan Puan Zulaikha, terus saja jadi lambat. Kini dia sedang gelabah. Bak kata orang, gelabah-gelabah babun.
“Aduh, macam mana boleh lambat ni? Rasanya aku tidur sekejap jer. Tak sangka terlajak sampai pukul 10.00 pagi.”
“Nak pergi ke tak nak? Nak pergi ke tak?”
“Pergi jer lah. Dah dalam kereta dah pun. Masih lagi boleh fikir? Irish, Irish.”
Kereta Mini Coopernya menyusur laju di jalan. Mujur kolejnya dekat dari asrama. Turun saja dari kereta, Irish terus mengambil beg dan berlari anak ke dewan kuliah. Gelabah punya fasal. Sampai kereta pun tak sempat kunci.
“Ala, takpa lah. Dalam kampus jer pun. Siapa nak curi?” Irish berjalan dengan tergesa-gesa. Bimbang jika pensyarahnya masuk awal. Meskipun niatnya hanyalah untuk sementara, namun dia tetap mementingkan disiplin. Dia tidak mahu orang memandang buruk kepadanya, meskipun dengan imej dan namanya sebagai Haris.

“Eh, dia ni biar betul?”
“Kau tengok dia tu.”
“Dia ni laki ke perempuan?”
Kedengaran suara-suara sumbang yang mengata tentang Irish. Irish rasa cukup pelik melihat kerenah empunya suara. Seperti ada yang tidak kena dengan dirinya pada pagi itu.
“Kenapa semua mengata aku ni? Ingat aku tak dengar ke? Rasanya semua okay. Tanganya diraba-raba ke rambut.”
“Tak ada hair pin pun?”
“Saja jer ni. Malas nak layan. Baik aku cepat sebelum lecturer masuk”
Tiba di dewan kuliah, dilihatnya ada dua orang lelaki yang masih lambat. Sejuk hati dia kerana ada geng lambat. Tapi dia tetap pelik bila melihat dua orang lelaki tu beriya-iya menggelakkannya. Siap keluarkan tab, nak amik gambar senyap-senyap. Mujur dia pantas bertindak dengan masuk ke dalam dewan kuliah terlebih dahulu.
“Kawan-kawan tengok ni...”
Suara itu mengejutkan semua pelajar termasuk pensyarah di dalam dewan kuliah. Semuanya tertumpu pada suara itu.
Mamat ni memang nak cari gaduh. Desis hatinya. Penumpuk dikepalkan. Namun, dia masih bersabar.
“Dia pakai gincu! Hahaha!” Tanpa semena-mena satu dewan ketawa besar melihat Irish. Irish Adrina a.k.a Haris Rahimi, yang baru ditukarkan ke sini memakai gincu? Biar betul?
Irish meraba-raba bibirnya. Basah. Dilihat pada jarinya. Merah! “Alamak, macam mana aku boleh pakai gincu ni? Sengal!!”
Mata Irish mula merah. Tubir matanya dirasakan basah. Tak sangka dia boleh tidak perasan akan tindakannya itu. Inilah padahnya tidur lepas Subuh, desis hatinya. Dia mula berlari ke luar sambil menangis. Ya, menangis sahaja yang mampu dilakukannya kali ini.
 “Haris, tunggu.”
Lengannya dipegang. Dia menoleh.
Afnan?




“Macam mana kau boleh pakai gincu ni?”
“Alamak, takkan aku nak beritahu dia yang aku TERpakai masa kelam-kabut pagi tadi?”
“En..entah.. saya pun tak tahu. Segan giler. Serius malu!”
“Relaks sudah. Benda macam ni, tak sampai 3 hari, senyap balik lah tu. Dah jadi berita basi. Sementara tu, kalau orang tanya, kau jawab jer baru lepas cium awek.”
“Cium awek?” Irish ternyata kurang senang dengan pendapat Afnan. Meremang bulu roma dia.
“Ha`ah. Cium awek. Hahaha.” Afnan tergelak sakan. Geram Irish melihat.
“Biar betul Afnan ni. Kepala otak dia ni boleh tahan juga benda-benda macam ni,” Irish bermonolog di dalam hati.
“Haish, abang ni, mengarut je.”
“Hahaha.. Gurau bro. Ni lagi satu, tak payahlah panggil aku abang. Aku rasa umur kita sama jer kan? Berapa umur kau?”
“22,” kali ni Irish berkata dengan yakin. Meskipun umurnya menjangkau hampir 26 tahun, tapi rupanya yang baby face itu sememangnya persis 22 tahun. Bahkan mungkin lebih muda dari itu.
“Ha, samalah kita. Aku pun 22 juga.”
“Aku tahu. Semua perihal kau aku tahu,” Irish mendesis sendiri. “Erm..abang.. Eh, Afnan, kenapa kau sanggup kejar aku tadi?”
“Jujur aku cakap, aku tak suka tengok orang kena gelak. Lebih-lebih lagi kena gelak ramai-ramai macam tu. Aku tahu perasaan tu macam mana. Aku dapat rasakan apa yang kau rasa tadi.”
“Kau pun pernah kena gelak macam tu?”
“Pernah dulu. Masa mula-mula aku ceburkan diri dalam dunia hiburan. Mereka kata aku ni harap ada rupa jer, tapi suara ke laut. Digelakkannya aku sesuka hati dia. Masa tu aku nekad, aku ambil kelas vokal,aku belajar menyanyi. Begitu yakin sekali Afnan menuturkannya. Irish yang mendengar berasa sungguh terharu. Terasa bahagia bila Afnan memegang lengannya tadi. “Afnan! Awak lah hero saya!” Irish menggumam perlahan.
“Hero?”
“Alamak, aku tercakap kuat ke?” Irish mengomel sendirian.
“Kau nak suruh aku nyanyi lagu tu? Lagu Mariah Carey tu. Kau tahu kan, aku dah tak nak nyanyi lagi!!!” Telefon dihempas ke meja.
“Sorry bro. Ada orang call tadi,”
“Fuh, cakap dengan telefon rupanya. Macam manalah aku boleh tak perasan. Nasib baik.”
“Eh, tak apa. Erm..Afnan, aku nak tanya something boleh?”
“Tanyalah. Kenapa?”
“Betul kau kecewa dengan pemergian kekasih kau atau ada masalah lain yang menyebabkan kau tak nak menyanyi?” Irish berjaya menghabiskan ayat itu dengan satu nafas. Secara jujur, sudah lama dia ingin bertanyakan tentang hal itu. Mujur ada insiden pakai gincu seperti tadi. Dapat dia berbual dengan Afnan. Rasa untung pula pakai gincu hari ni.
“Kenapa kau tanya macam tu?” Afnan bersuara pelik. “Takkan Ilham ada cerita apa-apa kat budak ni?” Afnan bermonolog.
“Bukan apa, selama ni kami semua, means your fans, tak pernah tahu kau ada kekasih. Alih-alih berita gempar muncul kau tak nak menyanyi sebab kekasih kau meninggal. Macam pelik.”
Afnan terdiam.
Sorry.. Lupakan jer lah. Aku tak patut tanya kau soalan macam tu,” Irish kesal dengan sikapnya yang terlalu berterus-terang.
“It`s okay. Ya, ada masalah lain.”
“Ha? Betul ke? Kenapa?”
“Sebenarnya...”
  



Terpaku Irish melihat wajah segar Ilham tanpa berkaca mata. Cukup kacak dimatanya. Lain benar apabila Ilham tidak berkaca mata. Matanya yang redup menyerlahkan ketampanannya. 

“Jangan fikir bukan-bukan Irish. Lupakan, lupakan,” Irish menggeleng sambil mengetuk-ngetuk kepalanya. Motif sangat kan?
“Haris, Haris. Kenapa ni? Pelik semacam jer aku tengok kau ni,” suara Ilham mengejutkan Irish dari lamunan.
“Eh, tak tak ada apa-apa. Awal balik hari ni?” Irish melangkah ke bilik setelah pulang tadi. Pelik pula bila dilihatnya Ilham balik awal. Selalunya bila dia sampai, Ilham tak ada di bilik.
“Awal balik? Kau tu yang balik lambat. Kau tengok jam sekarang dah pukul berapa? Dah nak pukul 11 malam. Betul lambat kau ni. Kau pergi mana?”
“Dah pukul 11 ke?” Irish terasa bodoh pula dengan soalannya itu.
“Yalah. Kau ingat baru pukul 8 ke?”
“Kau nampak lain tanpa kaca mata,” Irish meluahkan apa yang terbuku di hati sejak tadi.
“Lain? Yakah? Sama jer aku rasa. Kenapa makin kacak ker? Hahaha.”
“Perasan lah kau. Kau ni aku tengok ada pakej lengkap jadi model. Kenapa tak cuba? Mana tahu boleh famous macam Afnan?”
Ilham terdiam apabila mendengar nama Afnan disebut. Terasa perasaan geram itu mula menyelinap di tangkai hatinya.
“Kau memang peminat setia dia ke? Aku pelik juga, aku rasa perempuan jer yang minat dengan dia. Tak sangka lelaki pun ada. Jambu lah kau ni.” Ilham berseloroh.
“Ala, apa salahnya aku minat. Ada tulis kat album dia, AFNAN HANYA UNTUK WANITA? Tak ada kan?”
“Yalah..yalah.. Tapi, kenapa kau minat sangat dengan dia ek?”
“Aku suka dengar suara dia. Serius best. Kalau malam-malam aku nak tidur, mesti kena dengar suara dia dulu, baru boleh tidur,” Irish berkata sambil tersenyum.
“Palsu semua tu,” Ilham berkata sendirian.
“Palsu? Apa yang palsu?” Irish pelik dengan kata-kata Ilham. Takkan lah suara Afnan yang lunak tu dikatanya palsu. Pelik, pelik.
“Eh..tak..tak..aku salah cakap.. Aku rasa nak letak pasu bunga dekat tepi tingkap ni. Kau rasa macam mana?”
“Pasu bunga pulak dah. Kita cakap tentang Afnan, pasu bunga pulak dia pergi. Aku tak kisah. Eh, aku mandi dulu lah Ilham,” Irish mencapai tualanya, mengambil segala keperluan dan dibawa terus ke bilik air.

“Kau nak ke mana tu?”
“Kan tadi aku cakap nak mandi. Pergi bilik air lah. Takkan pergi kubur pulak.”
“Memang lah, tapi kau tak perlu lah bawa pakaian sekali ke bilik air. Salin dalam bilik sudah.”
“Eh, aku tak biasa lah bro. Aku mandi dulu lah.”
Ilham memerhatikan Irish keluar dari bilik. Terasa pelik dengan kelakuan Irish. Macam perempuan. Ilham mengumam sendirian.

Irish meninjau ke dalam bilik air. Gayanya seperti seorang spy. Ada orang atau tidak? Lega hatinya kerana tidak ada sesiapa di situ selain dirinya. Memang lah tak ada, dah pukul 11 malam. Siapa nak mandi malam-malam ni melainkan dia? Itulah rutin hariannya bila ke bilik air. Memilih waktu yang jarang orang ada. Dia rela mandi lambat. Bukan apa, mengelakkan terjumpa dengan lelaki-lelaki yang sedang mandi. Malas nak tengok tayangan badan percuma.
Pili air diputar. Terasa nyaman pabila pancuran air menjamah tubuh Irish. Lega! Irish membasahkan rambutnya. Nyaman!

Tiba-tiba bayangan Afnan menerjah fikirannya...

No comments: