Wednesday 24 September 2014

MY HANDSOME NERD (BAB 3)

“Malunya aku! Malu!” bentak Harith di dalam hati. Merah padam wajahnya bila melihat wanita itu terus lari meninggalkannya. Siap kesat pulak tu di baju putih Harith. Sah! Malu! Harith pula terdiam tidak tahu hendak berkata apa. Mujur waktu tu ibunya datang tepat pada masanya.

“Fikir lagi ker fasal tadi?” soal Tan Sri Habibah.

“Eh, tak lah. Harith okay,” wajahnya dihalakan ke tingkap.

Tan Sri Habibah tersenyum seraya tergelak kecil mendengar jawapan Harith.

“Kenapa ibu?”

“Harith, Harith, ibu yang lahirkan kamu. Ibu tahu lah semua perlakuan Harith tu. Haish, cakap jer lah malu,” terang Tan Sri Habibah.

Harith lantaran mengambil buku yang ada di tepi lalu dibelek-belek helaian muka suratnya. Memang dia malu jika hal tadi dibangkitkan sekarang. 

Harith,  I`m talking to you,” ujar Tan Sri Habibah sambil mengambil buku di tangan Harith.
“Ya ibu. Harith malu,” jawab Harith segan. Harith terus mengambil buku di tangan ibunya semula.

“Ha, kan senang kalau mengaku,” balas Tan Sri Habibah semula.

Harith masih diam membisu. Dibelek-beleknya buku itu. Bukan baca pun. Nak tutup malu jer tu.

“Eh, tapi kan. Cantik juga budak tu kan? Dia kerja dekat mana yer?” Sambung Tan Sri Habibah bagi menghilangkan kejanggalan anak terunanya itu.

Harith menutup buku di tangan seraya memandang ibunya.

“Ibu, dah mulalah tu.Tak payah nak carikan calon untuk Harith. Ada jodoh nanti,  datanglah bu.”

Tan Sri Habibah menjulingkan matanya ke atas sambil membuat muka- yelah tu.

“Kalau ibu nak harapkan kamu, entah bila ibu dapat merasa tengok menantu. Tak apa, biar ibu carikan. Ada jer anak…”

“Ibu, tak payah lah. Harith dah hafal sangat nama-nama anak kawan ibu tu. Lisa, Rina, Kirana,” balas Harith. Jauh panggang dari api jika dia hendak beristerikan gadis-gadis yang memakai baju tidak cukup kain seperti mereka itu.

“Macam mana kalau ibu berkenan, Harith pun berkenan. Harith setuju tak?” pintas Tan Sri Habibah. Tak kuasa dia nak dengar Harith menyebut satu persatu nama anak kenalannya. Saja lah tu. Harith nak sindir dia. Bukan dia tak tahu.

“Siapa?” Harith menoleh.

Tan Sri Habibah hanya tersenyum membiarkan soalan itu berlalu.




“Eee… Geli weh!” luah Opie bila mendengar cerita Seri.

“Tahu pun kau! Entah apa-apa mamat tu. Muka hansem, harap jer skema tapi terkencing dalam seluar! Taubat aku tak nak pergi situ. Takut tererempak dengan dia lagi!” Seri menelang air liurnya. Mimik muka yang menunjukkan rasa gelinya itu ditayangkan dengan bersungguh-sungguh.

“Ala kau ni. Konon lah tu. Propa jer lebih. Macam lah tiap-tiap hari dia pergi situ. Relaks sudah!” nasihat Opie. Baginya Seri terlalu taksub dan anti dengan insiden tadi.

“Relaks kau cakap Opie? Kau tahu tak geli? G.E.L.I. Geli!” Siap eja satu persatu lagu perkataan geli. Nampak macam betul-betul geli si Seri ni.

“Ala, yang kau fikir-fikir tu, lagi lah geli. Buat tak tahu jer. Tak payah nak ingat sangat lah. Lagipun benda dah lepas.”

“Yalah! Dah cepat makan, lepas tu kita balik. Mata aku dah tersengguk-sengguk layan kau ni. Kejap lagi pun waktu kerja aku habis. Kita balik saing,” pintas Seri. Malas hendak dibangkitkan insiden tengah hari tadi. Buat loya tekak!

“Seri..”

Seri memusing badannya ke belakang untuk menjawab pangilan daripada bosnya. Malam ini dia bekerja seperti biasa di Restoran Zali Tom Yam.

“Tu kawan baik Seri cari,” ujar Zali dengan nada seloroh. Dia kenal sangat dengan orang yang mencari Seri tu. Bukan hari ni saja, bahkan dah berkali-kali. Sampaikan Seri pun dah naik muak.

“Siapa?” Seri menghalakan matanya ke arah yang ditunjuk oleh Zali.




“Kau lagi Leman? Tak habis-habis nak jumpa aku!” Bebel Seri. Anti betul dia dengan mamat seorang ni. Huh!

“Kau tak baik buat aku macam ni Seri. Aku datang penat-penat nak jumpa kau. Kau kerek macam ni pulak kan? Apa punya girlfriend lah kau ni?” ungkap lelaki itu. Sedikit sebanyak dia terasa dengan kata-kata Seri.

“Hello brother, cakap elok-elok sikit. Panas telinga aku dengar. Bila masa aku jadi girlfriend kau? Kejap lagi aku seligi muka kau, baru kau tahu!”

“Eleh…macam kuat sangat!”

“Nak try? Aku tak ada hal lah beb!” Seri sudah mengangkat tangannya.

“Eh, relaks babe. Aku gurau jer,” ujar Leman. Takut juga buku lima Seri bertemu dengan wajahnya. Jatuh egonya nanti. Huish, tak mahu!

“Ha, kalau gurau tak apa. Ni ha, apa cer kau datang sini,” ujar Seri. Dia sudah duduk di hadapan Leman. Rakan sekampungnya.

“Kalau yer pun, ambil lah order dulu,” pinta Leman. Tangannya mengusap-usap batang lehernya, tanda kehausan yang perlu diisi.

“Lupa lah pula. Ni kan kedai makan, bukan kedai pasu bunga. Ha, kau nak minum apa ni?” Soal Seri. Kertas untuk mengambil pesanan dicapai. Pen yang sentiasa tersemat di kocek juga turut ditekan untuk menulis.

“Errm..” Leman berjeda panjang.

“Ermm apa?” 

“Ermm… Kalau aku minta minuman paling mahal, dapat ID WECHAT kau tak?” Gurau Leman. Ada tawa terselit di hujungnya.

Binawe mamat ni. Main-main pula. Cepatlah!” Bentak Seri. Sumpah dia malas nak layan kepala gila lelaki di hadapannya ini.

Leman masih lagi diam memikirkan minuman apa yang ingin dia pesan.

“Argh, dah lah!” Seri yang malas nak layan mula bangun dari duduknya. Mengada-ngada betul Leman ni, dengus hatinya.

“Eh, kejap lah. Aku gurau jer. Lama tak sakat kau,” tahan Leman.

“Bagi aku teh ais satu,” pintas Leman laju bila dilihat Seri tidak melayannya.

“Lah, fikir punya lah lama. Aleh-aleh teh ais jer? Makan?”

“Makan hati satu?”

“Hati dah habis. Lain?” Seri menayangkan muka blur.

“Nak hati kau boleh?”

Mendengar saja jawapan Leman, Seri laju meninggalkan lelaki itu. Rimas pula rasanya dia bila lama-lama di situ.

Leman hanya membiarkan sambil tersenyum nakal.

“Seri.. Seri..”




Lelaki itu masih lagi memandang Seri lama. Dari tadi wanita itu seolah-olah tidak mengendahkannya. Sudah puas dia memanggil, tapi panggilannya tidak dilayan langsung. Teh ais di mejanya sudah lama habis. Diperhatikan sekeliling, pelanggan juga sudah berkurang. Biasalah, kedai ni memang buka sampai 12.00 tengah malam jer. Sekarang ni pun, dah hampir 11.30 malam.
 
“Seri!”

Wanita itu asih lagi diam.

“Seri!” Panggil Leman lagi.

“Kau ni Leman. Tak habis-habis nak kacau Seri. Kau tunggu lah dia siap kerja dia dulu. Ni tak, kau duk panggil-panggil dia. Siapa nak layan? Tak nampak dia sibuk?” Sampuk Opie. Geram betul dia dengan Leman ni.

“Kecoh lah kau!” bentak Leman. Lain dipanggil, lain pula yang menyahut, desis hatinya.

Opie membuat muka – macam lah kau tu tak kecoh.

“Seri!”

Seri menjulingkan matanya ke atas sebelum berpaling ke arah Leman.

“Ya cik abang. Boleh Seri tolong?” Wajahnya dimaniskan. Plastik!

“Ha, kan bagus cakap elok-elok macam ni. Sejuk telinga aku dengar!”

“Ei.. Tolonglah weh. Aku banyak kerja ni. Kau esok tak kerja ker?” Soal Seri. Matanya dihalakan ke kereta Mercedes Benz yang terparkir elok di luar itu.

“Ala, aku bos. Kau tengok kereta aku tu!” juih Leman ke arah kereta mewah tersebut.

“Aduh!”  Leman pantas mengambil kain buruk yang tercampak kemas di mukanya. Siapa lagi yang baling kalau bukan Seri?

“Jangan nak perasan sangat lah. Kejap lagi bos kau datang baru kau tahu,” perli Seri. Nampak sangat Leman ni menipu.

Deringan lagu All Of Me memecah perbualan antara mereka berdua. Err..berbual ker kalau dah namanya bertekak macam tu? Dengan pantas Leman terus menjawab panggilan tersebut.

“Assalamuaalaikum. Oh ya.. ya.. Kerja Tan Sri dah selesai? Baik Tan Sri.. Baik.. Saya datang sekarang,” ujar Leman sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

“Hai, bos dia dah telefon ke?” Sampuk Opie. 

Seri sekadar membuat muka malas nak ambil tahu. Lagi cepat Leman berambus, lagi elok baginya.

“Okay lah sayang. Abang gerak dulu ya? Mmmmuuuah!” Gurau Leman.

Seri membuat muka bengangnya sebagai tanda benci ya amat dengan panggilan itu. Rasa nak muntah okay. Tahu tak macam mana rasa tu? Tahu kan?

“Fuh, lega aku! Rimasnya!” Rungut Seri.

“Alah, kau terima jer lah. Dia syok dekat kau tu.”

“Tak kuasa aku! Dah jom. Kerja aku dah selesai! Abang Zali, saya balik dulu!”

Seri jalan mendahului sambil diikuti Opie. Skuter hitam miliknya ditunggang laju.




“Bangun sekarang!” Gema suara itu mengejutkan Harith. Dirasakan mukanya basah disiram air.

“Bangun!” Kali ini wajah putihnya pula ditampar. Matanya kabur. Hanya kelihatan bayang-bayang hitam di hadapan.  Terkelip-kelip matanya ingin melihat. Namun, mana cermin matanya?

“Oopss.. Aku lupa. Kau tak nampak kan? Kejap yer..”

Cermin mata terus disangkutkan kasar ke telinga Harith. Sayangnya, cermin mata itu  pecah. Pandangan mata Harith nampak bercambah. Seperti mata seekor lalat. Harith cuba untuk merncerna tentang apa yang sedang terjadi kepadanya. Suasana di bilik itu tampak sempit. Jarak antara pintu dengan dirinya hanya beberapa meter sahaja. Di hujung bilik itu ada beberapa botol tin yang sudah pun kosong.

Dia mengalihkan pula pandangan ke arah dirinya. Dia kini berada di atas sebuah kerusi kayu. Tangannya cuba bergerak. Tidak boleh! Oh tidak! Tangannya telah diikat kemas.

“Argh! Lepaskan aku!” Jerit Harith. 

“Lepaskan!!!”

“Puas kau menjerit?” ujar suara itu sambil mencengkam dagu Harith. Kuat. 

Tangan yang mencengkam itu dilepaskan kuat. Harith yang kegeraman lantas meludah ke sisi. Perit!

Oh ya, baru Harith teringat akan suara itu. Suara siapa? Seperti pernah dia dengar. Matanya cuba mengecam wajah itu, tapi sayang kaca matanya yang pecah menyukarkannya melihat dengan lebih jelas.

“Kau..Kau siapa?” ujar Harith tergagap-gapap.

“Kau lupa aku siapa?” suara itu berbisik perlahan ke telinga Harith. Lelaki itu masih lagi diam membisu. Dia keliru.

“Betul kau lupa aku siapa?” ujar suara itu lagi sambil jemarinya bermain lembut di pipi Harith.

“Aku rasa, kau akan ingat bila aku buat macam ni. Hihihi..”

BUSH!

Sebaldi air disiram di atas kepala Harith. Basah! Tapi, bukan itu yang dirisaukannya. Cuma, bau air itu. Hancing. Seperti..seperti..Air kencing.

“Kau dah ingat aku siapa?”

Seakan mindanya berfungsi, Harith terkesima.

“A..Aw..Awak?”

“Hahaha! Gelak jahat suara itu membingitkan telinga. 

“Tolong!!!”

Harith terus-terusan menjerit, namun tiada siapa yang mendegar. Makin kuat, dan semakin kuat.

KRING!!!

Harith bangun dari tidur. Wajahnya berpeluh. Matanya diliarkan ke sekeliling. Masih dalam ruangan yang selesa, iaitu bilik tidurnya. 

“Fuh, mimpi rupanya. Astaghfirullahalazim.”

Nafasnya dihela lega. Mujur sahaja dia masih berada di biliknya. Kenapa dia boleh termimpikan wanita tadi tu? Kenapa perlu mengaitkan dengan air kencing. Dan..kenapa perlu wanita itu hadir dalam keadaan seperti itu? 

Dia kebingungan.

Tuesday 16 September 2014

MY HANDSOME NERD (BAB 2)

Assalamualaikum..


Lelaki itu menapak laju ke perkarangan kawasan kegemarannya.Ya, memang semua keperluan di sini tersedia khas untuk dirinya sendiri. Bukan dia meminta, cuma itu yang dimahukan oleh ibunya. Perpustakaan yang tersedia khas di ruangan bawah tanah rumahnya ini lengkap dengan pelbagai kemudahan. Buku-buku yang terkini dan mengikut keperluan tuntutan bidang yang diambilnya sentiasa ada. Dia cukup bersyukur dengan kelebihan yang dimiliki ibunya. Alhamdulilah, baru-baru ini ibunya tersenarai dalam “Malaysia`s 10 Richest List”. Dia turut menumpang bangga dengan pencapaian ibunya itu. 

Namun, ada kalanya dia rasa rimas juga apabila disebabkan kekayaan itu, muncul wanita-wanita gedik yang datang kepadanya. Dia bukan bodoh untuk menilai. Mereka itu hanya mahukan wangnya sahaja. Oopss..bukan wangnya. Wang ibunya. Ibunya yang berharta, bukan dia.

            Macbook Pro With Retina Display berwarna putih itu diletakkan kemas di hadapannya. Papan kekunci ditekan, dan jarinya mula menaip-naip aksara di situ. Dia perlu menyiapkan proposal kajiannya sedikit demi sedikit. Dia tidak suka kerja bertangguh. Tidak elok baginya. Matanya beralih ke arah buku di sisinya. Buku yang berkaitan dengan perniagaan itu diolah menjadi rujukan untuknya menulis.

TING!

            I-phone 5S-nya berdering meminta-minta dirinya untuk mengangkat dengan kadar segera. Oh ya, dia tidak suka menggunakan lagu sebagai nada deringnya. Baginya cukup serabut. Lebih elok menggunakan nada dering yang sudah sedia ada tersedia. Bahkan, jika ditanya tentang lagu-lagu pada masa kini, pasti dia perlu membuat kajian dahulu tentang lagu-lagu itu. Dia sendiri tidak tahu. Dia bencikan hiburan. Baginya itu perkara yang melalaikan. Huh!

Tugasannya dihentikan seketika. Dia menjengah ke skrin, lalu melihat gerangan si pemanggil. Bibirnya mengukir senyum. Nampaknya wanita yang dicintai sedang berada di hujung talian. Dia mula meletakkan telefon itu di telinga lalu memberikan salaman penuh mesra.
 
“Assalamualaikum ibu..”

“Waalaikumusalam.. Ha, kat library lagi ker tu?”

Harith tergelak kecil mendengar telahan ibunya. Tidak dapat dinafikan. Tekaan ibunya sentiasa betul. Perfect!

“Mana lagi ibu. Kalau tak kat sini. Kenapa ibu?”

“Saja jer ibu call. Sekarang ni free, jom lunch. Ibu dah ada kat depan rumah dah ni.”

“Errm..”

No excuse!” Tan Sri Habibah memotong. Dia tahu anaknya itu pasti akan beralasan untuk menyiapkan kajiannya. Argh, jika difikirkan kerja, mana pernah habis. Apa salahnya meluangkan masa bersama keluarga.

“Ibu ni, mana ada Harith nak bagi alasan. Memang Harith nak join ibu pun. Lama tak lunch sama-sama. 5 minutes please..”

Okay, jangan lambat,gesa Tan Sri Habibah.

Talian dimatikan dan Harith bergegas ke kereta ibunya. Segala alatannya dikemas dan dirapikan dahulu. Sepatutnya memang tidak perlu kerana bilik itu dikhaskan untuk nya sahaja. Tetapi, memang menjadi sikapnya tidak suka benda yang serabut. Jadi, dia harus mengemas dulu ruangan ini sebelum berjumpa dengan ibunya.
Done!” Harith menguntum senyum.




Padi House Putrajaya menjadi pilihan mereka. Restoran yang menyajikan pelbagai jenis masakan ala barat memang memikat selera sesiapa saja yang berkunjung ke sini. Harith seperti biasa. Macademia Cheese Cake menjadi pilihannya sebagai pencuci mulut. Manakala, Crispy Chicken Tomato Rice pula sebagai santapan tengah harinya. Tan Sri Habibah hanya memesan Grilled Chicken With Pesto Foundue. Sejenis hidangan yang menyajikan ayam dan kentang putar ditindih bersama serta ditambah lagi dengan pesto foundue yang cukup mampu menaikkan selera sesiapa sahaja yang menjamahnya.

Selesai memesan menu, Harith membuang pandang ke sekeliling. Matanya ternampak wanita di sebalik tingkap itu. Mejanya tidak jauh daripadanya. Sedari tadi wanita berambut panjang paras bahu itu terus-terusan membuang pandang ke arahnya. 

“Nampak skema mamat ni. Tapi hansem. Cuma, cermin mata tu better buang jer!”

Itu yang dibaca oleh Harith. Ya, dia ada kelebihan membaca hati wanita. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh ada kelebihan seperti itu. Cuma, sejak berada di tingkatan 1, kebolehan semulajadinya itu mula terserlah. Lebih-lebih lagi sejak peristiwa itu. Peristiwa yang sampai kini pun tidak akan dilupakannya.

“Nampak macam orang kaya,” kata hati wanita itu lagi.

Harith tersenyum-senyum sendiri mendengarkan kata hati wanita itu. Haish, kadang kala kebolehannya ini membuatkannya rimas. Mana taknya. Sekejap ada sekejap tak ada. Bila muncul kebolehannya itu, maka pelbagai suara yang didengarinya. Sampai kadang-kadang dia sukar melelapkan mata. Namun kini, dia sudah pandai mengawal kebolehannya itu. Syukur kepada Allah S.W.T atas nikmat yang dikurniakan.

Seperti gelagat sepasang lelaki dan wanita di meja sebelahnya ini. Rasanya mereka itu sepasang kekasih. Menurut apa yang dibacanya, hati wanita itu meronta-ronta inginkan perhatian daripada kekasihnya itu. Tetapi lelaki itu hanya sibuk dengan I-padnya sahaja. Hurm..itulah manusia. Kecanggihan teknologi buatkan manusia alpa. Anti-sosial!

“Harith, ibu nak cakap something ni,” tanpa mukadimah ibunya terus menyuarakan keinginannya. Terus mematikan pandangan Harith terhadap orang di sekelilinya.

“Kenapa ibu, macam ada benda penting jer,” ujar Harith sambil membetulkan cermin matanya.

“Hurm... ibu rancang nak buat program..”

“Program? Program apa?” Kening Harith bertaut. Tak pernah-pernah ibunya berbincang hal kerja dengannya. Pelik. Memang pelik

“Sehari Menjadi CEO. Okay tak?” jawab Tan Sri Habibah perlahan.

Kening Harith masih bertaut dua.

See, program ni memerlukan seorang pemenang wanita yang ibu akan sediakan macam-macam kemewahan untuk dia. Kad kredit platinum khas untuknya, rumah, pembantu rumah, car, driver dan semua keperluan yang dia mahukan. Dia akan berada di pejabat, hadir mesyuarat dan sebagainya. Dia dapat menikmatinya sendiri. Cuma, dalam sehari jer lah.”

Harith berjeda seketika sebelum menyambung.

“Hurm.. menarik. Tapi, apa faedah program tu? Yang paling pelik, kenapa ibu beritahu Harith semua ni?”

Because….

Kata-kata Tan Sri Habibah terhenti bila pelayan mula menghantar pesanan mereka. Anggukan kepala tanda terima kasih diberi sebelum pelayan itu berlalu pergi.

“Okay, sebab apa ibu?”

“Err..Saja..” ringkas jawapan Tan Sari Habibah dengan senyuman pahitnya.  Terus dia menukar fikiran untuk tidak berterus terang dengan anaknya.

Harith mengangkat kedua-dua belah bahunya.

It`s up to you. Kalau ibu rasa okay, just go on. Mungkin dapat bagi peluang orang kat luar sana rasa macam mana jadi CEO right?”

Tan Sri Habibah mengganguk perlahan. 

“Belum masanya lagi Harith tahu tujuan ibu,” luah hati Tan Sri Habibah sendiri.

Harith terdiam.

“Tujuan? Tujuan apa? Harith terkejut bila membaca kata hati ibunya sendiri. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh ibunya. Tapi..Tapi apa?




“Mana lah Miss Izzi ni, tadi kata sekejap, ni lama pulak pergi Subway tu. Haish, ni yang aku malas nak tunggu dekat sini ni.  Apalah dia ni. Takut sangat kereta dia kena curi. Saper nak curi? Huh!” Bentak Seri sendirian. 

Sejak mereka beramai-ramai menjamu selera di Padi House Putrajaya tadi, boleh pula dia disuruh balik dengan bos dia ni. Semuanya salah Kak Fiqah yang terpaksa pulang awal untuk mengambil anaknya di sekolah lantaran suaminya ada urusan kerja yang penting. Sudahnya, dia berdua jer dengan Miss Izzi.

“Ish, tak boleh jadi ni! Biar aku tengok dia kejap!” Seri meluru ke arah pintu masuk Galeria Putrajaya, lalu menuju ke Restoran Subway. Dari jauh sudah kelihatan bosnya sedang membuat bayaran. Langkahnya dideraskan. Tiba-tiba, dia merasakan sebatang tubuh yang keras dan tegap sedang melanggarnya. Maka, mengaduh  sakitlah dia pada ketika itu.




“Harith nak pergi library balik ker sekejap lagi?”

Anggukan ringkas diberikan. Bukan dia tidak mahu berhenti seketika daripada menyiapkan kerjanya. Namun dia tidak suka melambat-lambatkan kerja. Apa yang penting, dia lebih bermotivasi untuk menyelesaikannya di perpustakaan itu. Seakan-akan setiap ruang itu memberi ilham dan inspirasi sepanjang dia menyiapkan proposal kajiannya.

“Ni kenapa terkepit-kepit kaki tu?” tegur Tan Sri Habibah. Sedari tadi, Harith berkelakuan seperti itu. Tak senonoh betul!

“Err.. Ibu, tunggu kejap ya, Harith nak buang air lah.. Hehehe..”

Tan Sri Habibah menggeleng sambil tersenyum.

“Ish..ish..ish.. Ha, pergilah..”

Harith lekas menuju ke tandas untuk melepaskan hajat. Memang dia tidak tahan kala ini. Rasa seperti sudah di penghujung! Sedang dia berlari-lari anak, entah mengapa dirasakan ada tubuh gebu seorang wanita menerpah ke arahnya. Maka, terjatuhlah dia saat itu. 

“Aduh!” wanita itu mengaduh.

“Maaf cik.. Cik tak ada apa-apa?” Harith mula meluru ke arah wanita itu. Bagaikan ada satu aura yang menyelinap, dia terkesima. Wanita di hadapannya itu cukup ayu bertudung bawal. Wajahnya yang bundar serta dihiasi sepasang mata yang cantik cukup menawan. Mengingatkan dia dengan seseorang? Tapi siapa ya?”

“Hello bro! Pandang apa?” Wanita itu mengawang-awangkan tangannnya di hadapan Harith. Terus lamunannya pergi entah ke mana.

“Eh, sorry..sorry.. Saya tak sengaja! Awak okay tak?” soal Harith simpati.

Saat pandangan Harith menikam ke arah maanya, entah mengapa dirasakan ada getar di hatinya. Sumpah, ini kali pertama dia rasakan getar sebegitu. Wajah lelaki dihadapannya ini cukup kacak. Meskipun bercermin mata bingkai hitam dengan rambut dibelah tepi, namun wajah maskulin lelaki itu tetap terserlah. Ditambah pula dengan susuk tubuh badan yang tegap itu membuatkan hatinya bergetar.

“Saya okay..Cuma..” matanya dihalakan ke bawah.

“Kenapa basah?” Seri mengangkat tangannya dari tompokan air di lantai.

Saat itu Harith merasakan dia mahu lari laju-laju dan sembamkan mukanya ke tilam. Sebab apa? Dia terkencing!!!

Turut memuatkan karya SILENCER dan FLOWER RISSA di SINI
Jemput singgah :)

Sunday 14 September 2014

MY HANDSOME NERD BAB 1

Assalamualaikum..



“Woi pompuan, bangun. Kau ingat kau tuan puteri, CEO syarikat besar nak bangun lambat-lambat? Cepatlah bangun, kau tahu tak dah pukul berapa ni?” Kejut Opie yang gigih menggugah tubuh badan yang sedang terbongkang di atas katil tu.

“Kau ni Sapeah Miswan, bisinglah. Bagilah can aku tidur.Aku dah solat subuh lah tadi!” Selimut diambil lalu ditarik menutup wajah.

“Kepala otak kau. Kau tahu tak dah pukul  8.30 pagi? Kau dah lambat weh!”

Terbeliak biji mata wanita itu apabila mendengar Opie menyebut waktu 8.30 pagi itu. Ternyata dia telah terlambat hari ini. Sudah lah lah semalam dia lambat, kelmarin lambat dan begitu juga dengan hari-hari yang lain. Dia tetap terlambat. Tapi nak buat macam mana. Itu lah rutin hariannya. Siang kerja di kedai pakaian, malam kerja di kedai makan. Orang yang kurang berpelajaran seperti dia, memang itu sahaja yang dia kena lakukan untuk menyara keluarga di kampung. Niatnya berhijrah ke Kuala Lumpur ni pun sebab nak cari rezeki yang halal.

“Woi, apasal kau tak kejutkan aku? Habislah Encik Mizi membebel dekat aku nanti. Macam mana ni?” Wanita itu menggugah tubuh Opie sekuat hati.

“Dah tahu lambat, cepatlah mandi!”

“Ya, aku tahu lah!” Terus saja kaki itu melangkah ke bilik air.

“Eh, kejap-kejap!”

“Apa dia?” Terjengul wajah wanita itu dari dalam bilik air.

“Nah cik Seri! Tuala kau!” Terus dihayunkan tangan tegak dan dihayunkan tangan ke arah Seri yang sedang termangu di pintu bilik air.

“Kurang asam!”

“Dah tak payah nak membebel. Aku nak pergi kerja dulu. Assalamualaikum cik Seri Hatika oiii,” bibirnya disenyum menyindir sebelum beralih ke ruang tamu dengan gelak tawa yang berdekah.



Tercungap-cungap Seri Hatika berlari ke dalam premis Butik La Fea itu. Helmet disangkut ke lengan dan dia berjalan laju ala-ala model sedang bercatwalk. Dibuat selamba semasa melangkah melintasi meja pengurusnya Encik Tarmizi @ Miss Izzi.

“Seri Hatika Kesuma Joyo!”

Gulp! Terhenti Seri yang sedang berhati-hati melangkah ke dalam butik itu.
“Er, abang, eh silap mak cik, eh silap kak, eh bukan, Miss Izzi. Ya, Miss Izzi paggil saya ker?”

“Yalah, siapa lagi?!” Matanya dijengilkan.

“Er, tapi saya tak ada nama Kesuma Joyo tu!”

“Suka hati I lah nak panggil you apa. Ni ha, kenapa you lambat?”
 
“Err..saya..”

“You nak cakap you bangun lambat lagi?”

“Ya..maaf miss.” Senyuman dipamerkan menampakkan gigi putih yang elok berbaris.

“You ni memang suka cari fasal dengan I kan? You ingat you diva? Princess nak datang lambat? You feeling-feeling ada labu yang berubah jadi kereta BMW X6 nak jemput you depan rumah lah? Macam tu?”

“Memang pun!” jawab Seri Hatikah  dengan riang dan gembira. Tiada rasa bersalah pun.

“Pandailah you menjawab kan? Awas ya!”

Seri Hatikah hanya tersenyum sungging mendengar leteran Miss Izzi itu.

Miss Izzi menghela nafasnya sebelum dia menyambung.

“Dah lah, pergi sambung kerja. Tapi I nasihatkan, kalau you tak mampu, better you berhenti jer lah kerja. I tahu you penat kerja siang malam,” perlahan suara itu dituturkan.

“Ai ai kapten!” Tangan diangkat separas dahi seakan-akan memberi tabik hormat.

“Tapi ingat!” seru Miss Izzi menyebabkan Seri memusingkan badannya semula.

“Jangan melacur sudah!”

“Motif? Yalah, saya tahu halal haram Miss Izzi oi..”

Seri melangkah ke dalam CREW`S ROOM sebelum dia menukar pakaian. Beg sandang tepinya ditanggalkan dan diletak di dalam almari. Tudung sarungnya dibetulkan. Bibr dicalit dengan pemerah bibir dan mukanya diletak bedak sedikit.

“Cukuplah!”

Itulah Seri Hatika binti Sardi.  Jika difikirkan memang benar kata-kata Miss Izzi itu. Namun dia sudah alah dengan semua itu. Alah bisa tegal biasa. Sejak kematiann arwah ayahnya lagi, dia sudah biasa menjalankan kerja-kerja sebegitu. Hendak mengharapkan upah jahit emaknya sahaja tidak cukup untuk menyara mereka 4 beradik. Jadi mahu tak mahu, dia terpaksa bekerja meskipun dia berniat untuk menyambung pelajarannya ke menara gading. 

“Seri, lambat lagi ker?”

“Macam biasa lah kak. Seri tahu Seri silap. Tapi tu lah, sejak musim Piala Dunia ni, kedai Abang Zali tu asyik penuh orang. Tu kadang-kadang sampai pukul 4 pagi Seri sampai rumah.”

“Tak boleh ke kau minta balik awal dik?” 

Seri memandang Kak Fiqah sambil menggeleng perlahan dengan senyuman manisnya.. Anak jirannya merangkap orang yang bertanggungjawab membawanya kerja di sini. Kalau diikutkan sikap dia yang agak ganas sikit ni (sikit je lah), memang dia rasa macam pelik nak kerja dekat butik. Tapi tak apa lah, asalkan halal ye dak?

“Boleh tu boleh kak. Abang Zali tu memang bagi pun. Tapi Seri yang tak nak. Dapat duit lebih, siapa tak nak kak?”

“Tapi jangan sampai bebankan diri kau dik? Akak takut ada orang buat aduan. Miss Izzi tu baik memang baik. Tapi kalau ada orang lain yang adu dekat pihak atasan, kesian juga dia nak menjawab. Akak harap kau faham dik.”

“Yalah kak. Maafkan Seri. Esok insyaAllah seri janji, Seri masuk awal. Sebelum Subuh dah terpacak dekat depan butik ni ya kak?” Ujar Seri dengan senyum sengihnya.

“Kau ni akak cakap, ada jer kau buat main kan?” 

“Aduh, sakitlah kak. Seri gurau jer. Ya, esok Seri masuk awal. Janji!” Seri berkata sambil tangannya mengogosok-gosok bekas cubitan berbisa Kak Fiqah. Boleh tahan juga cubitan minah ni.



“Tan Sri, kenapa ni? Macam ada masalah jer,” tegur satu suara dari arah pintu. 

“Oh, tak ada apa-apa Cuma pening kepala sikit Mak Mah,” balas Tan Sri Habibah. Pengasas barangan kulit berjenama dunia Hartz. Siapa yang tidak kenal dengan tokoh usahawanita seperti itu. Salah seorang kebanggaan Malaysia kerana berjaya mengharumkan nama negara di pentas dunia fesyen dengan rekaan produknya yang berkualiti tinggi. Sehingga Queen Elizabeth juga pernah membida beg tangan kulit yang direkanya sempena ulang tahun syarikatnya yang ke-30 itu untuk tujuan amal.
 
“Tan Sri nak ubat? Biar Mak Mah tolong bawakan?”

“Eh tak apa Mak Mah. Pening sikit jer ni. Harith mana? Tak nampak dia pun dari tadi?” soal Tan Sri habibah. Sakit kepalanya ini juga berpunca daripada anak terunanya itu. Anak tunggal kesayangannya. 

“Oh, dia macam biasalah Tan Sri. Dalam biliknya. Menelaah novel kegemarannya.”

“Hurm, tak apa lah Mak Mah. Biarkan dia, saya nak berehat kejap.”

Tan Sri Habibah menghantar Mak Mah ke pintu dengan pandangan matanya. Fikirannya masih lagi ligat memikirkan kata-kata Zana, setiausahanya.

“Tan Sri tak rasa ke apa yang Tan Sri buat ni macam…” Zana berjeda.

“Macam apa?” pintas Tan Sri Habibah.

“I mean macam..pelik Tan Sri. Maaf kalau saya cakap ni menyinggung perasaan Tan Sri. Tapi saya takut…”

“Awak takut kerja saya ni sia-sia? Awak takut saya tak jumpa apa yang saya nak?”

Zana mengangguk lambat.

“Tapi tak salah kita mencuba kan?”

“Err..Tan Sri, banyak lagi cara lain.”

“Cara apa Zana. Cuba awak cakap? Awak nak saya buat blind date antara Harith dengan anak kawan-kawan saya?”

“Bukan macam tu maksud saya. Tapi..”

“Ha, awak tahu kan yang Harith tu sibuk sangat dengan study nya. Buku tak lekang sepanjang masa. Bukan saya tak pernah cuba. Tapi awal-awal lagi dia tolak. Kalau jadi pun, dia buatlah perangai yang bukan-bukan depan perempuan tu.”

Zana terdiam. Cuba untuk mencerna kata-kata Tan Sri Habibah. Ya, memang benar. Harith itu tidak lekang dengan bukunya. Sibuk mengejar title Doktor Falsafah. Sebab itu orang panggil dia nerd. Zana bukan apa, dia risau jika rancangan ini tidak berjaya seperti yang dirancang. Boleh bawa kerugian.

“Saya nekad,” kata-kata Tan Sri Habibah memecah kesunyian.

Lama Zana berdiam sebelum dia menyambung.

“Baiklah kalau macam tu yang Tan Sri fikir, saya ikut saja. Semuanya akan saya aturkan.”

Thanks Zana..”