Thursday 12 June 2014

TEASER KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! ADA DI BLOG!

Assalamualaikum..

Disebabkan permintaan dari rakan-rakan pembaca untuk post TEASER di blog, maka saya pun post.. Hehe.. Terima kasih sebab masih sudi baca kisah Ilham Aizat dan Irish Adrina.. Tapi, kalau nak tahu apa-apa perkembangan mereka, gosip-gosip, teaser-teaser manja, lagi banyak di group... Akan muncul nanti..

Okay, dah sedia? huhu...

Ni part bila Ilham janji nak bawak Irish pergi satu tempat..Tapi, Ilham tak datang pulak..Terus Irish merajuk..Rupa-rupanya....



Sekali lagi telefon rumahnya berdering. Menyedari yang telefon bimbitnya ditutup olehnya tadi, dia segera bangun untuk menjawab panggilan telefon rumahnya. Mungkin ibunya yang menelefon. Tekanya sendiri.

“Assalamualaikum ibu. Sorry tadi...” ujar Irish. Tapi segera kata sapaannya dipotong.

“Irish. Tolong aku Irish,” ujar suara di hujung talian. Kedengaran tercungap-cungap di pendengaran Irish.

“Ilham, awak ke tu? Awak kat mana ni?” soal Irish bertalu-talu. Dirasakan Ilham dalam kesusahan. Hatinya tidak enak memikirkan apa yang terjadi kepada Ilham.

“Kau tolong datang kondominium aku sekarang boleh? Tolong aku Irish,” kedengaran Ilham menarik nafasnya panjang sebelum talian dimatikan.

Sepantas kilat Irish menyarung sweater dan tudung sarung yang tersangkut di biliknya. Kunci kereta dicapainya, pintu dikunci lantas dia memandu keretanya keluar dari rumah agam itu. Kereta yang dipandu memecut laju membelah jalan.

“Apa sebenarnya yang terjadi kepada Ilham? Kenapa dia tercungap-cungap macam tu? Ya Allah. Walau apapun yang terjadi, semoga tiada yang buruk berlaku kepadanya Ya Allah,” doa Irish kepada Yang Maha Kuasa.




Irish tiba di depan pintu kondominium Ilham sepantas yang mungkin. Tercungap-cungap dia berlari. Seolah-olah tidak cukup tanah. Dia mengetuk pintu kondominium Ilham. Namun salam dan ketukannya tidak bersambut. Dia semakin risau. Dipulasnya tombol pintu. Tidak berkunci.

Dia pantas meluru masuk ke arah ruang kondominium itu. Matanya tercari-cari kelibat Ilham. Tiada! Dia terus ke bahagian bilik tidur. Satu persatu pintu dibukanya untuk mencari kelibat Ilham. Dia sendiri tidak tahu di mana bilik Ilham. 

“Ilham! Kenapa ni?”

Irish mendapatkan Ilham yang sudah tercungap-cungap nafasnya. Ilham yang berada di bilik paling hujung itu kelihatan seperti seekor ikan yang berada di atas daratan. Berusaha untuk bernafas.

“Awak boleh jalan tak ni? Jom, pergi hospital,” ujar Irish dalam kerisauan. Tidak pernah dia melihat Ilham dalam keadaan macam ni. Hatinya dipagut resah. Air mata sudah membasahi tubir matanya.

Ilham mengangguk lemah dan menghulurkan sekeping kad yang tertulis nama Klinik Wahi di atasnya. Seakan memahami, Irish memapah Ilham untuk bergerak ke klinik yang dimaksudkan. 

Hendak memikirkan kudrat wanitanya mengangkat tubuh Ilham, dia tidak berdaya. Mujur saja Ilham boleh berjalan meskipun langkahnya kelihatan lemah. Dalam kerisauan, mulut Irish terkumat-kamit memohon doa agar diberikan kesihatan yang baik untuk suaminya itu.




Dia ralit memerhati Ilham yang sudah terbaring di atas katil di kondominium itu setelah pulang dari klinik. Rupa-rupanya Ilham menghidapi Asma dan keadaan itu tidak lah merbahaya. Cuma jika terjadi perkara seperti tadi, Ilham perlu segera dibawa ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan menghidu Nebulizer yang diberikan oleh doktor.

Terasa macam ajaib pula. Tadi sebelum dirawat, punyalah separuh nyawa dilihatnya Ilham hendak bernafas, bila sudah selesai semuanya, Ilham kembali sihat dan cergas. Siap boleh bergurau lagi tu dengan wanita yang menjaga kaunter farmasi. Geram pula dia masa tu. Mujur saja Ilham tengah sakit. Kalau tak, memang nahaslah lelaki ni dikerjakannya.

Melihatkan Ilham yang sudah terlena, Irish mencapai beg tangannya dan mula berlalu pergi. Tiba-tiba tangannya dipegang lembut oleh Ilham.

“Kau nak pergi mana?”

Mengantuk pula Ilham setelah pulang dari klinik. Penatnya sejak pulang dari raptai untuk acara malam tadi masih lagi bersisa. Alih-alih terkena asma pula akibat terlalu sejuk.

“Saya nak balik. Lagipun awak dah sembuh kan?” Soal Irish sambil duduk di birai katil Ilham. Dia tidak lagi risau kerana dilihatnya Ilham memang sudah sembuh.

“Tolong. Temankan aku malam ni,” rintih Ilham dengan pandangan penuh mengharap ke wajah Irish. Ada riak sayu di wajah lelakinya.

“Maaf Ilham. Saya tak boleh.”

“Please...”

“Tapi saya kena balik.”

“Tolong Irish...”

“Tapi..” kata-kata Irish mati apabila Ilham mengucup bibirnya lama. Terdiam sebentar Irish dengan tindakan Ilham itu. Matanya terbuka luas!

“Sorry. Kau cakap banyak sangat. Tu yang aku cium tu. Biar senyap sikit. Teman aku malam ni ya?” ujar Ilham. Disembunyikan rasa kesalnya mencium Irish tadi. 

“Tapi apa salahnya kan? Aku suami dia pun,” bisik hati Ilham.

Irish yang masih terkejut dengan perkara tadi lantas bangun. Terus dia berlalu pergi keluar dari bilik Ilham.

“Irish, kau nak pergi mana tu? Aku minta maaf!” kata Ilham separuh menjerit.

Wanita itu berlari ke bilik air. Malu yang dirasakannya tadi masih belum reda. Macam mana ni? Dia nak hadap muka Ilham macam mana? 

“Aduh, malunya!!!”

Tok..Tok..Tok..

Kedengaran pintu bilik air diketuk.

“Kau tak payah lah nak feeling-feeling lebih. Aku dah minta maaf dah. Tapi kau jangan balik. Teman aku malam ni ya? Jangan risau aku tak buat apa-apa pun!” ujar Ilham sambil kembali ke katilnya. Tangannya meraba-raba bibirnya sendiri. Bibir yang baru mengucup bibir sang isteri.


p/s: Maaf kepada siapa yang tak dapat nak pergi LINK semalam.. Kali ni saya dah betul kan.. Jemput join GROUP KARYA BALDU.. Terima kasih :)

MAHU TEASER KAHWIN DENGAN ROOMMATE?!

Assalamualaikum..

Jujur saya katakan saya rindu nak post chapter KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! dalam blog ni.. Setiap hari saya akan buka  tutup blog ni.. Kejap tangan tu gatal nak post, kejap tak.. Jadi, saya rasa baik saya post TEASER jer kot.. Kan? huhu..

Okay, kepad amereka yang rindu dengna Ilham Aizat dan Irish Adrina, meh join group KARYA BALDU.. (malu jugak sebenarnya nak ajak u oll join..hehe).. In syaa Allah saya akan post teaser di situ...

Rindu kalian semua!!! :)
KLIK BAWAH NI


Terima kasih daun keladi,
Ada masa teaser lagi.. hehe