Friday 11 July 2014

TEASER BARU KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! ILHAM DAN IRISH BERGADUH?

Assalamualaikum kawan-kawan...Maaf lama tak post kat sini.. Jadi hari ni, tergerak hati pula nak post teaser dalam blog ni..Semalam saya dah post dalam GROUP KARYA BALDU.. Hari ni saya nak post di sini..hehe

Sedia? 1..2..3...




Cuaca pagi yang indah itu mengundang rasa riang di hati Irish. Dia memang sukakan waktu pagi. Jika diberi kertas undian yang memintanya memilih waktu kegemarannya, semestinya dia dengan rela hati menuliskan jawapan `pagi` di ruangan yang disediakan.

Namun, keriangan Irish tidak kekal lama. Malah ditukar dengan rasa pelik seribu. Irish yang baru tiba di pejabatnya berasa sedikit aneh dengan apa yang berlaku. Setahu dia, mereka tiada shooting untuk promosi mainan kanak-kanak hari ini. Tapi, macam mana pula boleh ada banyak krew dan peralatan shooting ni? Irish menggaru kepalanya yang tidak gatal. 

“Lantaklah, baik aku buat kerja aku,” kata Irish lalu berlalu ke biliknya. Langkahnya sedikit mati bila matanya tertangkap kelibat seseorang. Dia pantas masuk ke biliknya dan mengeluarkan kepalanya sedikit di celah pintu.

“Eh, Ilham? Buat apa dia kat sini? Takkan cari aku kot?” Irish bermonolog.

Mata Irish juga dapat menangkap susuk tubuh Hani yang meliuk lentok di sisi Ilham. Terus dirinya diserbu rasa cemburu.  Pantas dia bangun dan membuang pandang ke arah mejanya. Menyampah dia hendak melihat adegan macam tu. Meluat!

“Yang minah tu buat kat sini apa hal?” 

“Untunglah pasangan artis zaman sekarang. Boleh berkepit macam tu. Tunjuk dekat orang. Apa nak jadi lah, Memalukan!” ujar Irish sekali lagi. Kali ni bukan di dalam hati. Tapi diluahkannya perkataan itu untuk dirinya sendiri. Kuat!

“Berkepit macam mana?” soal satu suara.

“Berkepit macam Ilham dan Hani tu lah. Geli aku tengok,” ujar Irish membalas soalan dari suara itu. Dia masih tidak menoleh.

“Cemburu ker?” soal suara itu lagi.

“Mes....”

Irish menoleh untuk menjawab soalan yang diajukan kepadanya. Terkejut dia waktu itu, bila Ilham yang berada di belakangnya. Sejak bila pula Ilham ada di situ? Dia sendiri tidak sedar. Tu lah, membebel lagi seorang diri.

“Ma..Mana ada cemburu. Tak kuasa saya nak cemburu,” Irish menyembunyikan perasaannya. Moga-moga Ilham tidak perasan, kata hatinya.

“Eloklah kalau macam tu. Kita orang memang plan nak jadi pasangan yang bahagia pun. Sweet kan?” soal Ilham. Ibarat mencurah minyak ke atas api. Membakar dada Irish dengan kemarahan tidak bertepi.

Congratulations! Saya pun suka tengok awak dengan dia. Lepas ni bolehlah awak lepas kan saya. Tak lah saya terikat macam ni. Macam 3 tahun dulu. Saya pun dah rimas hidup dengan awak,” pantas kata-kata itu keluar dari mulut Irish. Dia sendiri baru sedar yang kata-katanya agak melampau.

Sumpah! Memang dia tidak maksudkan macam tu. Cuma dia geram dengan Ilham dan kegeraman itu mengheretnya untuk menuturkan kata-kata yang dia sendiri tidak maksudkannya.

Ilham panas hati. Dia tidak menyangka Irish betul-betul mengatakan hal yang sedemikian. Hal yang dia sendiri tidak sanggup untuk dengar. 

Ilham menarik nafasnya dan mengangkat jari telunjuknya ke arah Irish.

“Kau cakap apa ni? Kau dengar sini baik-baik. Aku...” 

Belum sempat Ilham menyambung kata-katanya, terdengar salah seorang krew memanggilnya untuk memulakan pengambaran klip videonya dengan Hani.

Ilham mengangguk sekilas ke arah krew itu, lalu menoleh semula ke arah Irish.

“Aku belum habis lagi,” ujar Ilham dengan wajah yang merah lalu pergi menjalankan tugasnya. Berbahang mukanya. Ternyata dia tidak menduga. Lain yang dia harapkan, lain pula yang jadi. Hendak menjerut perasaan Irish, tapi diri sendiri yang makan hati.

“Dia marah ke aku cakap macam tu? Bukan patut dia suka ke?”

Matanya tetap memerhati rakaman video antara Ilham dan Hani yang sedang berlangsung itu. Mereka berdua menggayakan pakaian dengan warna kontra. Ilham dengan sut hitamnya. Manakala Hani dengan sut pejabat berwarna putih membaluti tubuh.

“Eee.. Gedikya minah tu nak catwalk macam tu. Jalan elok-elok tak boleh ker?” bebel Irish sendirian.

Dilihatnya kini babak Hani menarik tali leher yang terikat kemas di kemeja Ilham yang separa terbuka tu. 

“Dah macam video apa entah. Tak senonoh betul! Huh! Baik aku buat air. Daripada layan benda merepek ni, sampai habis tak sudah,” Irish bermonolog. Dia berkira-kira untuk ke pantri. 

Langkah Irish terhenti bila dilihatnya begitu banyak wayar yang bersambung di sana sini. Rimas! Dia mencari-cari ruang yang sesuai untuk berlalu ke pantri.

“Banyaknya wayar!” Irish menggaru kepalanya. Pening melihat wayar yang ada.

“Sini boleh lalu agaknya. Bukan ganggu pun,” kata Irish sambil membuka langkah untuk ke pantri dengan melalui kawasan yang penuh dengan alat rakaman itu.

Tiba-tiba, tanpa disangka kaki Irish terlanggar wayar yang sedang bersambung dengan lampu pengambaran. Dia menjerit kuat apabila lampu itu sudah bergoyang dan mula menghempapnya. Seluruh krew kini memandangnya.

Ilham yang nampak akan kejadian itu sudah tidak peduli dengan rakamannya sekarang. Kerana dia tahu rakaman itu sudah tiba di babak penghujung. Lantas dia bangun dan meluru ke arah Irish.

Irish menjerit ketakutan. Dengan pantas dia menutup muka. Dia sudah membayangkan kesakitan yang bakal dirasa apabila dihimpap lampu sebesar itu. Seketika kemudian, waktu seakan berhenti. Irish merasakan yang lampu itu tidak jadi menimpa dirinya. Ada alat Doraemon ker? Atau ada kuasa Cardcaptor Sakura? Pantas dia membuka mata.

“Am..Amran? Dr Amran?” Irish separuh menjerit.

Kepada yang belum join, anda dialu-alukan untuk join GROUP KARYA BALDU.. Boleh kita beramah mesra di sana.. Cehwah..huhu :)