Tuesday 31 December 2013

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! BAB 2

BAB 2

Matanya ligat memandang sekeliling! Dia tidak mahu bertemu dengan batang tubuh itu. Gerangan yang sentiasa memberinya beribu ancaman. Dia tidak mahu berurusan dengan manusia itu lagi. Dia harus cuba mengelak dari bertentang mata. Dia memandang ke kiri dan kanan. Cermin matanya dibetulkan dan terus berjalan menunduk tanpa memandang hadapan. Langkahnya dideraskan apabila terdengar satu suara yang memanggil.

“Ilham! Ilham! Ilham Aizat!” Langkahnya dimatikan apabila nama penuhnya di sebut.

“Kau pergi mana tadi? Awal betul kau keluar bilik. Sorry lah pasal semalam. Kalau kau terasa dengan aku. Tak sempat lagi nak berbual dengan kau,” sapa Irish kepada roommate barunya. Lelaki yang pernah dimarahinya semalam kerana melanggarnya. Lelaki itulah kini yang menjadi teman sebiliknya. Sepanjang berada di bilik itu semalam, dia tidak sempat beramah mesra dengan lelaki itu. Hanya tahu nama saja. Itupun bila melihat tag nama lelaki itu yang banyak tergantung di atas meja. Lelaki itu hanya balik untuk menukar baju dan kemudian baru pulang lewat malam atau mungkin juga pagi. Dia sendiri tidak tahu.

So..so..sorry sebab aku tak kejutkan kau Subuh. Aku tengok kau tidur lena sangat. Tak sampai hati nak kejut,” ujar Ilham sambil matanya ligat memandang sekeliling. Takut benar jika kelibat itu muncul di hadapannya.

“Eh, takda hal. Aku cu.. Irish terhenti.”
“Cu?”
“Cu.. takkanlah aku nak beritahu dia yang aku cuti tak boleh solat? Cu..cu..apa ek?” Irish ligat memikirkan alasan sesuai. Cari idea. Cari idea kelentong!
“Aku cu..cuak..ya..aku cuak tengok kau tak ada dalam bilik tadi,” Irish beralasan. Fuh! Bedal jer lah.
“Apahal pula kau nak cuak? Kau bukan perempuan pun nak cuak-cuak.”
Gulp! Perempuan?!Perkataan yang merisaukannya. Risau jika identitinya bocor.
“Yalah, aku sama macam kau. Kita sama beb. Cuma aku cuak kalau-kalau aku sesat,” Irish berkata dengan begitu yakin. Mahu menyembunyikan resah hatinya. Serius boleh menang award lakonan dia ni.
“Macam-macam lah kau ni. Kat bilik nanti kita sembang. Aku nak cepat ni. Ilham mula membuka langkah. Deras hayunan kakinya. Dia tidak mahu terserempak dengan kelibat itu.
Irish hanya menghantar Ilham dengan matanya. Dalam hatinya terasa pelik dengan kelakuan Ilham.

“Ada masalah ke dia ni? Lain macam jer. Tapi, nasib baik dia ringan mulut nak layan aku even sekejap. Semalam nampak macam nerd, tapi tak lah nerd sangat pun.”
Sedang dia melihat Ilham, tiba-tiba matanya tertumpu pada seraut tubuh yang menerjah Ilham dari belakang. Terkejut bukan kepalang apabila tubuh itu rupanya milik artis kegemarannya. Lelaki yang berjaya mencuri minatnya terhadap dunia hiburan sejak 2 tahun lalu. Suara lelaki itu yang gemersik dan mendayu cukup membuatnya teruja. Afnan! Kakinya laju melangkah!

“Hai Ilham! Lama tak nampak? Sibuk?” Afnan menepuk perlahan bahu Ilham. Tampak sinis pertanyaannya di telinga Ilham.
“Ka..kau nak apa?”
“Mana ada apa-apa. Saja nak jumpa kawan lama. Tak boleh?” Perkataan kawan itu dikuatkan sebutannya.
“Sejak bila aku jadi kawan kau?”
“Hoi! Kau dah berani menjawab ya? Kau macam tak tahu apa tujuan aku kan?” Pantas tubuh Ilham ditolak. Mujur kaki Ilham cekap menahan, jika tidak sudah pasti terjatuh.

“Afnan?” Irish bertanya dengan rasa teruja. Mana mungkin dia salah orang. Tapi sekadar berbasa-basi. Tak akan tiba-tiba nak main terjah. Pelik lah jadinya.
“Ya saya. Siapa ya?” Sungguh lembut Afnan berbicara. Sungguh berbeza dari tadi.
“Saya Haris. Haris Rahimi. Peminat nombor satu abang. Saya cukup minat dengan lagu abang Jangan Mungkiri. Serius best abang punya feel!
“Oh ya? Terima kasih. Student baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni”
“Ya...abang kenal dengan Ilham ker?”
“Ilham? Kenal sangat. Dia ni kawan baik saya. Kami dah berkawan sejak dari tadika. Afnan berkata sambil menepuk bahu Ilham. Nampak mesra di mata Irish, tapi nampak benci di mata Ilham. Benci dengan kepura-puraan Afnan.
“Wah! Bestnya! Jeles saya.”
“Asal kau tak beritahu yang kau ni kawan baik dia? Aku minat gila dengan suara dia.” Irish berbisik di telinga Ilham
Ilham hanya terdiam. Semakin terbit perasaan geram dalam hatinya. Namun dibiarkan saja rasa geram itu. Ya, rasa geram yang sudah lali baginya.
“Okay, kalau tak ada apa-apa, saya gerak dulu. Petang nanti ada photoshoot untuk majalah Lelaki.
“Okay..okay.. Nice to meet you bro. Irish tersenyum. Senyuman manisnya yang cukup menggoda. Namun, dalam versi lelaki.
Mata Ilham tepat menangkap senyuman manis Irish. Terbit sesuatu rasa di hatinya melihat senyuman itu. Nampak lain benar maksud senyuman itu yang ditujukan kepada Afnan. Seolah-olah senyuman seseorang yang menaruh hati yang cukup lama buat lelaki itu.
“Hoi.. Ilham! Ilham!” Tangannya digerak-gerakkan di hadapan mata Ilham.
“Ha..ha`ah..” Ilham tersedar dari lamunan. Takkan lah roommate baru aku ni gay? Ilham mendesis. Menidakkan kata-katanya. Risau juga kalau betul-betul terjadi. Geli geleman lah jawabnya.
“Kau okay tak ni? Jom kita lunch sama-sama.”
“Er..sorry ar..”
“Haris, lupa pula nak kenalkan diri. Namanya roommate kan?” sambung Irish apabila melihat Ilham tergagap-gagap hendak menggelarkan dirinya apa.
“Oh, okay Haris. Aku ada hal nak buat. Sorry sekali lagi. Aku gerak dulu.”
“Adahal lah pulak. Baru nak berbaik-baik dengan roomate. Busy semacam jer dia ni.” Irish tertanya-tanya sendirian dengan sikap Ilham yang misteri itu. Matanya menghantar langkah Ilham yang pergi meninggalkannya.



 “Okay, nice shot! Rozy, rapat sikit dada you dengan Afnan.”
 “Yes! Like that!”
“Yes.. Last shoot!”
“Afnan, I nak you buat gaya seolah-olah sedang berkata Rozy, will you marry me? Okay?”
“Yes! Nice! Okay, that`s all for today. Thank you.

Jurufoto majalah itu mula bersamalan dengan Afnan dan juga Rozy. Bersungguh-sungguh jurufoto tu memberi arahan kepada mereka. Baginya segala apa yang dilakukan, hasil kerjanya yang paling diutamakan. Dia tidak suka hasil kerjanya dipandang rendah seolah-olah tiada nilai.

“Fuh, tak semena-mena kena bergambar dengan Rozy yang gedik ni. Adoi, rimas lah! Baik aku cepat sebelum dia terkejar-kejar aku,” desis hati Afnan sambil mula mengambil pakaiannya untuk ditukar.
“Afnan! Wait!” Afnan berhenti melangkah bila namanya disebut. Nampaknya Rozy sudah mula memanggil. “Argh, malasnya nak layan,” desis hatinya.

Yes Rozy?” Afnan memaniskan muka. Padahal plastik semata.
You free tak lepas ni? Kita tengok movie jom. I free lepas ni.” Rozy mula memainkan jarinya di atas bahu Afnan. Suka betul dia dengan Afnan ni.
Sorry lah Rozy, I kena pergi studio.”

“Ala, you ni kalau I ajak ada jer alasan. Itulah, inilah. Please Afnan. I dah lama tak tengok movie.”
“Bukan I sengaja, memang I ada hal. Okay, I promise, bila I free, I sendiri akan call you. Kita pergi dinner. I pergi dulu ok? Jangan buat muka masam macam tu. Tak comel lah,” Afnan mencubit lembut pipi Rozy.

Terus merah pipi wanita itu apabila dipuji comel. Apatah lagi dicubit manja oleh Afnan.
“Dia kata aku comel?” Rozy berkata sendirian. Kembang kuncup muka dia. Padahal Afnan tu pura-pura jer. Perasan lebih Rozy ni.



“Macam mana ni Afnan? You tengah naik sekarang. Hangat. Tiba-tiba ambil keputusan nak berhenti menyanyi. Tak boleh ke fikir semula? You ingat dengan berlakon atau jadi model boleh cover karier you? Bukan dulu you beritahu yang singing its your life?”

“Bukan macam tu Mr. Sam. I sedih dengan kehilangan kekasih I. Kerana I, dia meninggal dunia. Kerana dunia nyanyian ini, I abaikan dia. I tak sanggup lagi kehilangan orang tersayang,” Afnan meraup wajahnya. Menunjukkan tanda kesal yang bertandang kepada Mr. Sam, pengurusnya itu.
Life must go on. Benda yang berlaku tu, biarlah berlalu. Apa yang penting, it`s your life now.”
“Sorry. This is my final decision. Nanti kalau I rasa nak menyanyi semula, I akan cari you balik,” kata Afnan seraya bangkit dari kerusi.”

“Kalau macam tu, boleh you kenalkan I dengan Ilham?”
Kaki Afnan yang hendak menuju ke pintu terus terhenti apabila mendengar nama itu disebut. Dia terdiam sebentar.
“Mana dia tahu tentang Ilham?” Afnan tertanya-tanya sendiri.



Terasa nyaman dan segar bila tubuh badan yang melekit disirami air. Seperti baru dilahirkan. Saat badan ini disabun dengan shower gel kegemarannya yang ditempah khas sejak sekian lama iaitu Chanel No.4, terasa sangat berbaloi bagi Irish. Bukan senang nak dapat. Wangiannya memang satu terapi untuk minda. Bukan saja wangi ketika mandi, bahkan bauan itu akan melekat lama di badan. Seolah-olah memakai minyak wanginya saja. Memang jenama itu menjadi kegemarannya sejak zaman universiti dahulu.

“Seronoknya! Bukan senang nak tunggu keluaran Chanel No.4 ni. Tak sia-sia! Yang paling penting aku tak guna duit mak dan ayah.”

Irish mengelap rambutnya dengan  tuala. Sesekali terbit rasa rindu dengan rambutnya yang panjang hingga ke paras pinggang dulu. Semua itu dipotong apabila dia mengambil keputusan nekad untuk membantu Afnan. Membantu Afnan melupakan kekasihnya dan kembali untuk menyanyi semula. Sungguh besar pengorbanannya terhadap Afnan. Walaupun lelaki itu tidak tahu, namun dia tidak kisah. Baginya jasa Afnan kepadanya cukup besar. Jasa yang lelaki itu sendiri tidak tahu tentang apa. Disebabkan itu, mahkota wanitanya dipotong dengan kerelaan hatinya sendiri.

“Kau betul nak potong rambut kau? Kau tahu kan, sebab rambut kau lah si Zaini tu boleh clash dengan Tiara sebab tergila-gilakan kau. Kau yakin?” Zulin berusaha mengingatkan rakan baiknya itu. Namun macam tak ada guna jer. Irish tetap dengan pendiriannya.
 “Yes! Demi Afnan aku tak kisah. I have to do this!
“Anda pasti?”
“Kau ingat ni rancangan Who Want To Be A Milionaire? Anda pasti. Anda pasti. Ya! Saya pasti!”
“Pelik aku dengan kau ni? Kau tahukan rambut tu mahkota wanita.”
“Tahulah cik kak oi. Tapi, kalau aku biarkan rambut aku yang panjang ni, tak jadilah lakonan aku nak jadi Haris. Lagipun tak perlu nak rambut panjang-panjang ni. Aku akan bertudung juga nanti. Rambut aku bukan untuk tatapan umum. Kan?”
Terpana Zulin mendengar pengakuan Irish. Tudung? Alhamdulilah.
“Alhamdulilah Irish. Suka aku dengar kau nak bertudung. Nanti boleh kita main tukar-tukar tudung.”
“In syaa Allah. Kau tolong doakan ya.”

“Assalamualaikum,” Ilham memberi salam sambil membuka pintu. “Eh, berkunci?” Desis hatinya.
“Eh, kejap..kejap..”
“Alamak, waktu-waktu aku tengah nak keringkan rambut, waktu ni juga dia datang. Adoi, kacau lah. Baru berangan konon-konon di Saloon.” Irish mengomel sendiri. Malas betul rasanya nak buka pintu bila waktu tengah keringkan rambut ni. Lamunanya juga terhenti. Haish!
“Awal kau balik hari ni?”
“Kerja aku habis awal.”
“Kerja?”
“Oops..Eh, tak..tak.. Kerja, mak..maksud aku kerja Prof. Zai habis awal. Apa lagi, aku balik lah. Tak kan nak tunggu lama-lama pulak.”
“Oh, aku ingatkan kau kerja. Pelik juga aku. Kalau aku, memang tak mampu nak bahagikan masa bekerja dengan belajar. Penat woo.”
“Huh, mesti anak orang senang dia ni. Anak orang kaya memang selalu macam tu,” Ilham berkata sendirian.
“Apa kau cakap?” Irish dapat menangkap butir bicara Ilham meskipun nadanya perlahan. Telinga lintah Irish ni.
“Tak..tak..aku cakap aku penat. Dah lama tak mandi awal macam dulu.” Ilham mula menangalkan bajunya.
“Hei!!!” Irish menutup matanya. Segan!
“Apahal bro? Kau tak biasa ke?”
“Kau..kau..tak malu ke nak salin baju depan aku? Tergagap-gapa Irish bercakap. Wajahnya dirasakan berbahang.
“Apa aku nak malu, aku laki. Kau laki. Relaks sudah.Lainlah kalau kau perempuan.”
“Alamak yang aku pergi tutup mata buat apa? Adoyai, kantoi macam mana nanti?” hatinya mendesis. Risau kalau kantoi.

Ilham terusan membuka bajunya tanpa menghiraukan Irish. Terserlah susuk tubuh Ilham. Persis seorang atlet, tegap. Kulit putih Ilham menambahkan kesempurnaan tubuh milik lelaki. Ini kali pertama dia melihat susuk tubuh lelaki seperti itu secara berdepan. Sebelum ni hanya dalam TV jer. Tanpa semena menyuntik naluri wanita Irish.

Gulp!
“Wah, bro. Mantap badan kau. Kalah aku. Aku ni ha. Sekeping jer. Otot pun tak ada.”
“Aku dari sekolah memang macam ni. Aku minat dengan sukan. Cuma ada certain sukan jer yang aku boleh main. Yang lain tu tak boleh sebab ada Afnan.”
“Ha? Afnan? Kenapa dengan dia?”
“Eh tak kisah pun kalau ada dia. Cuma bila dia ada dalam sesuatu sukan tu. Mesti ramai peminat dia. Aku ni jer yang tak ada. Hehe,” Ilham cuba berdalih. Di dalam hatinya bercampur baur sebab tersebut nama Afnan tadi.
“Dah lah, aku mandi dulu. Lepas Maghrib nanti kita borak panjang sikit.”
Irish menghantar Ilham ke pintu dengan pandangan mata. Masih terbayang susuk tubuh Ilham sebentar tadi. Betapa indahnya ciptaan Allah S.W.T.
Nada dering Jangan Mungkiri mengejutkan Irish dari angannya tadi. Dicapainya telefon di atas meja. Dilihatnya nama Zulin Sayang. Lantas dia tersenyum.
“Ye cik kak? Nak apa?”
“Irish. Jom dinner.”

Saturday 28 December 2013

Kahwin Dengan Roommate?! BAB 1



BAB 1


“Aku dah bosan lah duduk macam ni. Kau tak faham ke?” 
Sudah hampir sepuluh kali Irish bermundar-mandir di hadapan rakan baiknya Zulin. Masih ada perkara yang Irish risaukan sekarang. Meskipun tidak lah sepenting mana bagi orang lain, namun baginya amat penting. Hal hidup dan mati katanya!
“Yalah..kalau ya pun. Duduk dulu. Ni tak, ke hulu hilir.. Tension aku. Duduk sekarang!” Zulin memegang bahu kawannya keras, lalu disuruhnya duduk. Paksa!
“Kau memang nak teruskan rancangan `super crazy ` kau ke cik kak oi?”
“Yalah, kenapa?”
“Ho Mai God! Ho mai God! Oh May God!!!! Serius?”  Zulin dah mula menggosok-gosok kepalanya. Makin pening dengan kerenah Irish! Gila apa!
“Hei, sebutlah Ya Allah betul-betul. Nak feeling-feeling orang putih pulak. Orang putih lah sangat!” Irish meletakkan dua tangannya ke bahu dan bola matanya dipandangkan ke atas. Sengaja dia mahu mengenakan rakan karibnya itu.
“Wah, wah, wah! Sesedap kuih bangkit kau jer nak cerca aku kan? Yalah, takkan lah kau betul-betul nak teruskan rancangan tu. Kau tak kesian ke dengan dia? Kalau dia tahu kau tipu dia macam mana?”
Irish hanya terdiam memikirkan bebelan Zulin. Nak kata bebel tak juga. Irish tahu kawan baiknya itu sedang menasihatinya. Tapi tu lah, rasa macam betul juga apa dia cakap. Cuma, kalau ikutkan hati Irish ni, memang sungguh-sungguh dia nak teruskan rancangan gila dia. Alah, kalau tipu pun demi artis pujaannya! Ish, macam mana ni? Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kau fikir betul-betul Irish. Takkan kau nak biarkan diri kau jadi macam tu, semata-mata sebab dia? Kalau pecah telur tembelang kau macam mana?”
“Correction! Pecah tembelang. Bukan pecah telur tembelang ya cik kak.”
“Okay, sorry. Pecah tembelang lah maksud aku. Betul ke kau serius ni?”
“Kau ni dah berapa banyak kali cakap serius ni? Aku rasa kalau aku ambil kalkulator, buat kira-kira dah boleh jual serius kau.”
“Ha.ha.ha. Sorry tak lawak!” Zulin menyebut secara satu persatu tawanya. Memang menyindir Irish.
“Kurang asam gelugur campur asam boi! Ambil ni!” Irish mencampakkan lesung batu mainan yang ada di penjuru sofanya. Macam-macam mainan ada di rumah sewa mereka ni.
“Ala, aku gurau jer lah Irish. Jangan ambil hati. Nasib baik tu lesung batu plastik rekaan kau. Tahu lah kau tu pereka mainan kanak-kanak. Tak payah lah lesung batu mainan pun nak main baling-baling pulak,” bebel Zulin.
Irish sedakar membungkam bisu. Bebelan Zulin tidak diendahkan.
“Okay, tukar cerita. Kalau betul kau nak teruskan rancangan kau, aku tak nak masuk campur. Sorry. I`m not intrested!” sambung Zulin lagi. Kali ini dia nekad mahu membatalkan hasratnya untuk  menolong Irish! Biar padan muka Irish. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah, kasut tumit tinggi siapa lagi tinggi. Eh, apa kena mengena kasut tumit tinggi dengan langit ni? desis hatinya.
“Ala, Zulin Aku gurau jer tadi. Lesung ni aku nak ketuk kepala kau jer. Eh bukan, nak buat main-main jer. Jangan lah salah faham. Tolonglah aku. Kau nak tahu? Kau cantik macam Puteri Santubung tau. Puteri Sejinjang kalau tengok kau, boleh tercabut rambut dia! Confirm! Haha..Nanti aku belanja kau makam aiskrim Baldi Pak Cik Robbin nak?”
Kedua-dua mereka tergelak besar. “Ada nak bandingkan aku dengan Puteri Santubung. Siap boleh tercabut rambut Puteri Sejinjang. Ini kes merepek ni. Ingat Puteri Sejinjang tu pakai rambut palsu ke haper? Lepas tu nak rasuah aku dengan aiskrim Pak Cik Robin. Huh!”
“Tu lah dia. Tak habis-habis Pak Cik Robin kau. Nak rasuah aku lah tu. Bagilah Hagenz-Dasz ker.”
“Wah..wah. Pandai kata aku bagi rasuah tadi. Tapi sekarang demand  nak aiskrim lain”
“Kau nak aku tolong ke tak nak? Tak nak tak apa,” Zulin mula berlalu untuk ke bilik tidur. Saja lah tu nak buat-buat ngantuk. Zulin mula mengira. 1..2..3.. Tet....”
“Okay! Okay! Fine! Aku baru rancang nak belikan sebekas ais krim Pak Robin.”
“Sebekas?!” Zulin terus berlari laju lantas duduk di hadapan Irish.
“Serius?! Ish..Macam tau jer kelemahan aku kan? Yalah, kali ni jer aku tolong kau. Lepas ni, jangan harap. Ingat! Kali ni aja! Kali ni!” Zulin menekan frasa `kali ini` biar jelas di telinga Irish.
“Menyembur lah kau cakap! Ya, kali ni je Zulin. Kau tolong uruskan dokumen aku pun dah cukup. Oh ya, dan juga hal ehwal pendaftaran aku. Selebihnya pandai-pandailah aku.”
“Ish, kau tahu kan, kalau kantoi boleh masuk penjara. Memalsukan dokumen pengenalan!”
“Sebab tu lah aku nak kau tolong aku. Aku tahu kau pakar bab-bab macam ni. Aku janji, tak lama. Lepas jer misi aku selesai, aku blah. Bukan lama pun. Tak kantoi punya!”
“Nasib baik lah muka kau ni baby face,” kata Zulin sambil memicit pipi gebu Irish dengan kedua-dua belah tangannya.
“Umur dah nak masuk 26, tapi nak menyamar macam 22 tahun. Pelik aku dengan kau ni. Dah tu, nak menyamar jadi lelaki pula tu. Kau ingat ni drama Jepun Hanakimi ke? Yang paling kelakar, sebab suara jer pun. Kau ni betul-betul fanatik lah! Tak logik, tak logik!!!” sambung Zulin lagi dengan volume suara yang dikuatkan.
“Syh... Kau nak satu taman ni kita dengar ke? Kau fahamkan, aku fanatik giler dengan Afnan tu. Suara dia. Pergh..Cair beb. Tengah-tengah syok aku minat dia, tiba-tiba dia kata nak tarik diri. Alasan sebab girlfriend mati. What the... Entah siapa pun tak tahu. Tiba-tiba fasal tu jer nak tarik diri. Aku tak boleh terima. Tak boleh! Dah lah, lagu dia semua memang terbaik. Lebih-lebih lagi bila dia buat cover lagu artis lain. Oh Afnan!”  Irish mula meletakkan tangan di dada sambil membayangkan dia sedang berlari-lari bersama artis pujaannya itu di ladang kelapa sawit milik arwah datuknya. Entah kenapa banyak-banyak tempat menarik, ladang kelapa sawit yang menjadi pilihannya pun tak tahu lah. Tapi sayang, sebiji buah kelapa sawit jatuh menimpa kepalanya.
“Irish! Irish! Irish! Sempat lagi kau berangan kan?”
“Hei, kau ni potong stim lah. Kan buah kelapa sawit tu dah jatuh atas kepala aku”
Zulin malas mahu melayan kerenah Irish. “Perempuan ni kalau dah berangan memang Minah Jenin sangat. Baik aku masuk bilik layan drama korea lagi bagus,” kata Zulin sambil mula melangkahkan kakinya ke bilik.
“Wei makcik. Kau nak pergi mana?”
Pertanyaan Irish dibiarkan tidak berjawab. Irish pun dah malas nak layan. Kawan baiknya ni mahu menolongnya pun dah cukup bagus. Tak sabar dia nak mulakan misinya itu.
“Oh Afnan! Can`t wait for you!”



Udara segar di Kolej Teknologi Iskandar sungguh mendamaikan. Dikelilingi tumbuhan yang menghijau, ditambah pula dengan landskap yang menarik dan kreatif sangat mengujakan. Udara sedar itu dihidu nyaman oleh Irish. Terasa seronok bila berada di kolej itu. Kali ni bukan lagi sebagai kawan Cik Zulin, Pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat, tapi datangnya kali ni sebagai Haris! Ya, pelajar baru di Kolej Teknologi Iskandar. Hasratnya hanya satu! A.F.N.A.N. Afnan! Eh, nak main eja-eja pula kan?
“Hoi, dah tak payah nak berangan sangat. Siap main pejam-pejam mata! Paling tak boleh tahan siap main depa-depa tangan macam dalam filem Titanic! Kat kolej je pun, bukan kat Venice.”
“Adoyai, kacau lah kau ni. Baru nak berangan sekejap pun tak boleh!”
“Dan dan lah waktu macam ni nak feeling-feeling bagai. Dah tak payah! Jom, kau dah lambat. Aku tak nak tolong nanti, baru kau tahu!”
“Wah, nak main ugut-ugut plak kan? Yalah-yalah. Jom.”
Langkah mereka diatur deras. Pergerakan Zulin mendahului Irish. Sangat laju. Dengan lenggang lenggoknya sudah cukup meninggalkan Irish di belakang. Sampai tercungap-cungap dikerjakan si Irish itu. Zulin menyedari bahawa Irish masih lagi terkedek-kedek di belakang. Mana tidaknya. Baru pertama kali nak menyamar jadi lelaki. Jadi, mahu tak mahu terpaksalah berjalan kengkang. Takkan nak catwalk pulak. Kalah hadek-hadek nanti.
“Haris, boleh tak awak jalan cepat sikit? Kakak dah lambat ni,” tegur Zulin dari hadapan. Sudahlah mereka perlu mengejar masa, tapi Irish masih berjalan lambat di belakang. Namun apa yang pelik, Irish hanya tergelak besar apabila Zulin memanggilnya. Ini yang mendatangkan rasa geram ni!
 “Kenapa gelak? Lawak ke?” soal Zulin.
“Kau lah! Aku tak boleh terima lah kau bahasakan diri kau sebagai kakak! Hahaha!” Kali ini lebih kuat tawa Irish. Sampai orang yang lalu di situ pun pelik melihatnya.
“Wei..wei..Agak-agak ar. Kau nak gelak pun. Buat style jantan. Ingat, kau tu jadi lelaki sekarang. Ni nak mengilai macam ni. Tak gentle lah beb! ”
“Argh, gentle ke, gentel ke, peduli apa. Lawak tetap lawak!”
It`s up to you! Kalau kantoi, padan muka kau! Patut bila kau dah melangkah dalam kolej ni, kau bukan lagi macam kau yang dulu. Kau dah jadi Haris sekarang. Faham?” bebel Zulin.
 “Wah, dah start nak berlakon dah ke? Okay..Okay.. 1,2,3 Action!
Irish terpaksa juga memulakan lakonan yang direncanakannya sendiri. Meskipun sedikit kekok, namun demi visi dan misi yang direncanakannya, dia tidak boleh gagal. Malaysia boleh! Irish boleh! Laung hatinya yang berkobar-kobar.
Sorry kak. Saya jalan kengkang lah kak. Bukan boleh jalan catwalk macam akak”
“Pulak dah! Bodoh lah kau ni!” Sambil menonjol-nonjol kepala Irish.
“Apasal pula? Sakit doh kau main tonyoh-tonyoh. Agak-agak ar. Abah aku bayar zakat tau!” Irish mengurut-ngurut dahinya yang ditonjol Zulin sebentar tadi. Dia tahu memang tonjol-menonjol itu hobi Zulin. Jadi, dia biarkan sajalah.
“Weh, lelaki memang lah jalan kengkang, mana boleh catwalk. Dah tau tu, diam-diam tak payah cakap kuat macam tu. Nanti orang pelik. Faham?!”
“Ya..Ya Cik Zulin. Saya faham. Dah jom.” Kali ni giliran Irish pula yang menarik Zulin untuk berjalan. Mereka mahu segera menyelesaikan segala tugas sebelum Irish Adrina a.k.a Haris selesai mendaftar di kolej itu.
“Eh kejap! Patut aku rasa lain macam jer ni. Ya Allah!” Zulin membuat muka cuak. Gelisah dia bukan main. Mengalahkan nampak Pak Lebai pakai tudung.
 “Apa pula yang lain? Aku terpakai sepit rambut ke?”
“Bukan lah! My phone! Tunggu sini jap. Kau jangan nak merayau!” Zulin bergerak pantas untuk kembali ke kereta.
“Boleh pula benda penting macam tu tertinggal! Tu lah perempuan. Cuai. Eh, aku pun perempuan. Hehehe”
Irish memerhati keadaan sekeliling. Matanya ralit memandang poster Afnan di satu sudut kawasan kolej. Tertulis kata-kata “Afnan Bintang Kami” di situ. Bibirnya menguntum senyum melihat poster itu. Alangkah bahagianya kalau dia dapat berjumpa dengan Afnan sekarang juga. Irish mula memasang angan-angan. Tanda semena-mena ada seseorang yang melanggarnya dari belakang.
GEDEBUK!
Irish menoleh. Panas hatinya kala itu.
“Maaf cik. Saya betul-betul tak nampak.” Terdengar suatu suara garau meminta maaf kepada Irish.
Terpana seketika dirinya melihat wajah milik suara itu. Kacak! Desis hatinya. Tapi Irish tetap tidak mahu berlembut. Dia kena tunjukkan kejantanan dia. Jantankah Irish?
“Alamak bro. Agak-agak lah. Kau tengok aku ni macam perempuan ke? Nak panggil cik? Yang kau ni tertunduk-tunduk ni apa masalah kau? Pelik semacam jer. Ni mesti kes kau jalan tunduk macam ni tadi kan? Tu yang langgar aku tu. Mata Irish masih menangkap tepat wajah lelaki yang berkaca mata itu.
So.so..sorry bro. Aku serius tak nampak.”
“Habis jatuh semua buku aku. Dah tu, tercegat apa. Tolonglah..”
So..so..sorry. A..aku nak cepat ni. So..sorry sekali lagi.” Lelaki itu mula berlalu pergi meninggalkan Irish mengutip bukunya sendirian. Angin satu badan Irish bila melihat orang yang buat salah tapi tak nak bertanggungjawab. Hatinya dibakar geram.
“Baru masuk kolej ni, dah sorang buat hal dengan aku. Bikin panas jer!” bebel Irish. Sejujurnya dia bukanlah jenis yang mudah naik marah. Namun dia paling pantang bila hal-hal macam ni jadi. Memang membuak-buak api kemarahannya.
“Yang kau ni bebel sorang-sorang dah kenapa? Sasau?” Muncul Zulin ibarat Sailor Moon yang tiba-tiba datang menyapa dia. Dah jumpa lah tu phone kesayangan dia.
“Amboi! Sesedap perisa blueberry kau jer nak kutuk aku kan? Tu ha, mamat nerd tu! Dah lah langgar aku tadi, habis terabur semua buku aku. Lepas tu aku belum habis cakap, dia boleh blah macam tu jer. Mana aku tak panas.” Irish mengajukan muncungnya ke arah kelibat lelaki itu.
“Mana? Tak nampak pun?”
“Tu hah.. Yang pakai beg hijau tu.”
“Dah tak payah lah. Biar jer. Jom, nanti makin lambat pula. Kau dah lah first day kat sini. Freshie pula tu. Buat cara freshie.”
“Yalah.. Eh, confirm si Afnan tu tak ada roomate? Kau pasti? Tapi kenapa dia tak nak duduk luar jer? Yalah kan. Dia boleh ulang-alik. Lepas tu nak pergi show ke, shooting iklan ke, bukan ke senang?”
“Yang itu aku tak tahu. Tapi, aku pasti dia tak ada roomate. Kau tak payah risau! Kabel aku besar kat kolej ni. Tapi tak lah sebesar kabel kau.”
“Tentang kabel aku kau jangan sebut. Dah Jom.”
Perkataan `kabel` itu tidak digemarinya. Bimbang jika ada yang mengetahui. Lebih parah lagi jika `kabel` itu turut mengetahui. Masak jadinya!



“Fulaweh! Smart weh bilik ni! Tak macam bilik lelaki pun! Siap ada patung Sarbie lagi ni. Tak sangka pula bear rekaan aku dia ada! Bangganya!” ujar Irish riang.
Dia cukup teruja apabila melangkah masuk ke dalam biliknya. Bilik yang cukup ringkas dengan susun atur yang sederhana itu tampak menarik dengan mengekalkan tema biru laut. Semuanya serba biru. Dari cadar tilam, sarung bantal, sarung meja, bahkan tong sampah juga berwarna biru. Pokoknya, semualah biru.
“Mesti Afnan ni seorang yang tenang kan? Untungnya aku!” Irish bermonolog yakin apabila dia berjaya menjadi teman sebilik kepada penyanyi pujaannya iaitu Afnan.
“Dah start dah gedik minah ni. Sarbie jer pun. Kecoh!” Zulin membebel perlahan. Takut kawan baik dia Irish ni dengar. Mampus merajuk seminggu.
“Nah, ni kunci kau. Aku balik dulu. Aku rasa tak ada benda yang aku kena tolong. Semua dah cukup. Bilik kau kemas. Lagipun kau tinggal dua orang ni hati-hati sikit. Kau tu pere...” Pantas saja tangan Irish menekup mulut Zulin yang dirasakan agak longkang itu
 “Kau ni agak-agak lah. Mulut kau memang longkang kan? Nanti orang dengar macam mana? Dah pergi balik!” Irish mengingatkan rakannya itu dengan nada yang perlahan. Takut orang lain dengar. Habis punah rancangan dia yang baru sahaja hendak bermula.
“Sampai hati kau halau kawan baik kau yang cantik, meletup dan diva bak Puteri Gunung Ledang ni kan? Kena sumpah baru tahu.”
“Cik Zulin, nampak tak cermin ni?” Irish menghalakan cermin ke arah Zulin sambil menyambung kata-katanya.
“Muka kau memang cantik, putih, sekali pandang memang macam Puteri Gunung Ledang! Tapi, Puteri Gunung Ledang yang bertukar jadi Nenek Kebayan lah! Haha!”
Kuang hajaq!!! Malas nak layan kau! Zulin pantas meninggalkan bilik itu. Malas hendak dilayan kerenah Irish. Makin dilayan, makin menggedik! Rimas!”
“Zulin Natasya Syahira Effatul Naimah, janganlah merajuk! Just joke!
Zulin masih tetap diam tidak bersuara sambil menyarungkan kasut tumit tinggi jenama Sembonia miliknya. Malas nak dilayan kerenah Irish.
Sekali lagi Irish memanggil. Kali ini dengan nada yang manja. Serius kembang tekak sebulan! Geli! Wek!
“Zulin Natasya Syahira Effatul Naimah...” masih diam tidak bersahut.
“Haish, penat aku sebut nama penuh kau. Panjang sangat. Macam manalah kau isi borang buat kad pengenalan dulu? Agaknya cikgu kau mesti geram kan masa nak panggil nama kau setiap kali kau naik pentas bila Hari Anugerah Cemerlang!” tanpa semena-mena Irish teringat gambar Zulin ketika zaman sekolahnya dulu. Bukan main lagi pakai lipstik merah. Lepas tu semata-mata nak ambil hadiah, siap suruh mak belikan baju baru. Tudung pula nak yang ada renda tepi. Melampau. Anugerah sekolah jer pun.
“Kau tak payah nak sebut fasal gambar tu boleh tak? Melampau lah! Ha, kau ni. Tahu takut kalau aku tak layan kau. Yalah Cik Irish Adrina a.k.a Haris Rahimi. Saja nak bermanja dengan kau! Lepas ni tak dapat lah kita nak bermanja! Tangan Zulin pantas mencubit pipi Irish.
“Sakitlah Zulin!” Irish mengaduh sakit sambil menggosok pipi kanannya. Bukan cubit manja. Cubit betul. Jangan birat sudah.
Bye, Aku balik dulu!” Zulin melambai-lambai sambil mengundur ke belakang.
“Adoi!!!” Terasa sengal belakang badan Zulin bila terlanggar sesuatu.
“Hahaha! Tersembur gelak Irish bila melihat sahabat karibnya itu terhantuk pintu bilik sebelah yang terbuka.
“Eh, Cik Zulin. Apa Cik Zulin buat di sini?”
“A.A..AFNAN?!”
“Kamu buat apa kat bilik sebelah ni? Ni..ni bukan bilik kamu ker?” soal Zulin. Matanya memandang Irish. Dapat dirasakan bala yang akan menimpa dirinya selepas ini. Lari!!!!



Sorrylah Irish! Aku ingatkan bilik A228 tu bilik si Afnan! Rupanya dia B 228.. Silap blok lah weh! Sorry sangat-sangat. Baru teringat bila nampak si Afnan tu jumpa kawan dia kat bilik sebelah kau tadi.”
 Zulin merasa sangat serba salah dengan kecuaiannya. Hajat hati hendak meletakkan Irish sebilik dengan Afnan seperti kehendak rakan baiknya itu. Entah macam mana dia boleh tersilap. Silap blok pula tu. Mesti sebab nak cepat tadi. Sampai nama penghuni bilik pun dia tak semak. Terus-terusan muncung Irish panjang sedepa masa dia nak balik tadi.
“Kau memang! Kau memang! Kau tahu tak makin susah misi aku nak pujuk balik si Afnan pujaan hati tu menyanyi balik. Susah lah aku nak feeling-feeling lebih lepas ni. Ni semua sebab kau. Sebab kau! Sebab kau!” Irish separa menjerit. Zulin menjarakkan sedikit telefonnya dari telinga. Bingit weh!
“Alah, bila-bila kau boleh jumpa dia. Ni yang kau patut risau. Roommate kau.”
“Kenapa pula dengan roommate aku?” Irish masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata Zulin.
“Ish kau ni. Buatnya kau dapat roommate yang bukan-bukan. Macam mana? Kau tak risau ke? Buatnya rahsia kau bocor lepas tu dia apa-apakan kau. Ha, macam mana?” kata-kata Zulin sedikit sebanyak merisaukan Irish.
“Hish, kau ni buat aku gelabah lah. Entah siapa lah roomate aku ni. Aku pun tak jumpa dari tadi.”
“Ha, tahu pun. Apa kata kau relaks jer. Kalau tak okay, pandai-pandailah aku arrange nanti. Just calm down okay.”
“Banyaklah cekadak kau calm down! Kau dah buat aku gelabah, tiba-tiba suruh relaks. Tup, tup budak ni yang jenis merokok! Tak pun yang mengg..”
“Menggangu kau tidur!” sambung Zulin. Dia sudah dapat mengagak perkara yang paling tidak disukai Irish itu.
Masih ingat lagi dulu, Irish selalu tukar teman sebilik. Sebab apa? Sebab teman sebiliknya macam-macam perangai sehingga membuatkan Irish tak tahan. Mujur ada dia. Rasanya Zulin merupakan teman sebilik yang ke-21. Wah rasa nak buat award sendiri pula. Anugerah Roomate Paling Kekal Lama! Hahaha.. Mujur dia mempunyai keserasian dengan Irish. Dia pun tak suka dengan bunyi bising. Dia jenis yang gemarkan kebersihan dan yang paling penting jangan bawa kawan ramai-ramai masuk bilik. Lagi dia tak suka! Tak sangka Irish juga begitu. Tu lah yang menyebabkan dia berkawan baik dengan Irish sampai sekarang. Sampaikan gambar dia bergincu tebal masa Hari Anugerah Cemerlang dulu pun Irish tahu. Asyik itu yang dibahankan Irish! Huh!
“Aku baru nak sambung,” ujar Irish.
“Macamlah aku tak tahu tabiat kau. Kau mana boleh tidur kalau orang buka lampu dan yang paling penting tak mahu satu bunyi pun bila kau tidur! Kan?”
“Ha.. dah tu macam mana ni? Risau aku.”
“Ala, kalau kau dapat dengan si Afnan tu. Belum tentu dia tak kacau kau tidur.”
“Ala, kalau Afnan aku tak kisah! Dia nak buat konsert dalam bilik pun, aku sudi mendengar! Bukan senang nak pergi konsert dia! Tahun lepas aku terlepas gara-gara teman kau pergi selidik sama ada buah hati kau si Razif tu curang atau tak. Last-last apa yang jadi?”
Tanpa dipinta, mereka berdua serentak mengingati hal yang terjadi tahun lepas... Seperti ada awan yang berkepul di atas kepala mereka. Blurp..blurp..blurp..
“Jangan lah macam ni Zulin. Aku risau tengok kau.”
“Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku sayang dia, tapi sanggup dia keluar dengan perempuan tu.”
“Mana kau tahu dia keluar dengan perempuan?”
“Habis tu, kalau setiap kali aku ajak keluar ada jer alasan. Tak ke keluar dengan perempuan? Zulin mulai risau dengan kesetiaan Razif. Dia yakin Razif ada perempuan lain. Yakin! Tiada talian hayat dah.
“Mana lah tahu dia ada hal. Kau bukan tak tahu tugas seorang cikgu. Mesti tengah busy tanda kertas exam.
Exam dah lama habis! Aku syak, mesti ada cikgu perempuan yang lagi cantik dari aku. Hari tu dia ada cerita tentang guru ganti di sekolahnya. Baru 20 tahun tau! Irish! Irish! Apa aku nak buat ni?!!” Zulin sudah menggoncang-goncang bahu Irish tanda kerisauan hatinya yang menjalar kini.
“Ha!! Kau teman aku!” Tiba-tiba muncul lampu menyala di minda Zulin tanda idea mulai datang.
“Ha?! Mana boleh. Kau dah janji nak teman aku dulu kan? Esok ada konsert Afnan Di Hati Mu! Aku dah booking tiket mahal lah. No way!
“Tolonglah Irish! Kau lah kawan aku yang paling cantik pernah aku jumpa, sambil tangannya di rapatkan dan dibawa ke dada. Oh, tak lupa juga dengan mata blink-blink. Nak mengampu punya pasal.
“Tapi, kau tahu kan yang aku minat sa...”
“Minat sangat dengan Afnan! Aku dah dengar ayat kau ni dah 101 kali dah. Aku tahu, tapi mana lagi penting, aku atau Afnan?”
“Afnan!” Pantas saja bibir Irish menuturkannya.
“Tak apa lah. Esok biar aku pergi cari sendiri.” Zulin mulai nekad. Apa nak jadi, jadilah.
“Kau jangan nak buat hal, demam kau tu belum baik lagi. Nanti apa-apa jadi siapa susah? Aku juga.”
“Apa lah nasib aku ni. Ada kawan, tapi tak mahu ambil kisah tentang aku. Zulin terduduk”. Seolah-olah berada di tengah pentas yang gelap, sambil ada cahaya lampu yang bersinar di atasnya.
“Hish!!! Ni yang aku lemah ni. Berdrama pula! Yalah! Yalah!
“Yeah, Thanks Irish!!!” Zulin mencium pipi Irish! Sayang betul dia dengan rakan baiknya itu.
Mereka belum habis lagi berangan. Masih lagi sedang mengingat kembali kisah Zulin yang menjadi spy tak bertauliah untuk mengintip buah hatinya Razif.
“Mana pula Razif nak bawa kita ni? Lain macam jer.”
“Entah, aku pun pelik. Tak pernah pula dia sampai di sini. Pelik, pelik!”
“Yang kau pandang aku ni semacam ni kenapa pulak?” Irish bersuara pelik. Baru dia perasan mata Zulin yang asyik memerhatikannya atas bawah sejak dari tadi. “Takkan lesbian kot si Zulin ni?” Irish mula bermonolog.
Sorry Zulin. I`m not lesbian. Lagipun mana kau nak campak Razif?” Irish bersuara dengan nada yang sungguh serius.
“Adoi! Sakit lah!” Irish menggosok kepalanya yang diketuk Zulin tadi.
“Sah bangang! I`m straight okay. Kau tu, cuba tengok baju kau. Baru aku perasan kau pakai sut hitam penuh! Kau ingat kita dalam cerita James Bond ker cik kak oi? Hahaha! Zulin ketawa berkedah-dekah. Hilang sudah misinya sebentar tadi.
“Dah diam! Fokus! Irish mula perasan yang dia terpakai baju sut detektif rekaannya. Tapi takkan nak tukar pula?! Bedal saja lah!”
“Ha, tu dia masuk ke kanan tu. Move..move..”
“Tu..tu.. perempuan tu. Kau nampak perempuan bertudung tu? Aku dah agak memang dia ada scandal dengan perempuan lain. Siap dia! Dengan perempuan tu sekali aku ganyah! Bak sini tukul besi mainan tu.”
“Eh, kejap..kejap.. Tapi aku pelik, kalau dia pergi jumpa perempuan tu, kenapa dia bagi perempuan tu berbungkus-bungkus makanan. Kau tengok tu, siap ada budak-budak kecil bersongkok yang datang tolong angkat makanan tu masuk ke dalam.”
Mata mereka tertangkap pada satu papan tanda di depan bangunan itu.
“Rumah Anak Yatim Darul Fuqaha,” kata mereka serentak.
Astaghfirullahalazim. Kita sangka buruk dengan dia selama ni, rupanya ini dia buat. Patut kita husnuzon dengan dia. Ternyata mulia hati Razif ni. Zulin, kau kena minta maaf dengan dia Zulin. Zulin!” Irish menoleh pandangannya ke arah Zulin, namun apa yang dilihatnya Zulin hanya terdiam sambil mengesat air matanya yang menitis ke pipi.
“Ha! Dah ingat?!” Puff! Awan angan-angan dipecahkan oleh Irish dengan jari. Eleh, macam wujud pula awan tu. Drama sangat!
“Ya..ya.. aku faham!”
Kedengaran bunyi orang membuka pintu bilik. Mata Irish tertancap pada pintu itu. “Lupa nak kunci pulak. Eh, jap. Mesti roommate aku ni.” Irish berkata perlahan.
“Apa kau cakap. Kuatlah sikit. Ingat dalam kelambu ke?”
“Zu, aku call kau balik. Roommate aku dah balik rasanya. Assalamualaikum”
“Hai aku Haris. Roomate baru kau. Sorry sebab...” Irish berkata sebelum gerangan yang dinanti melangkah ke dalam bilik. Terkejut bukan kepalang Irish apabila matanya tertancap pada wajah itu. Ya, wajah yang baru dia kenal.
“Eng..eng..engkau?” Kedua-duanya berkata serentak.