Tuesday 9 September 2014

SINOPSIS NOVEL TERBARU - MY HANDSOME NERD

Assalamualaikum..

Fuh!!! Dah bersawang habis blog ni! Sorry lah korang semua.. Sekarang ni saya sedang bertungkus lumus siapkan tesis.. Jadi agak mencabar bahagikan masa dengan novel dan tesis.. (Kadang-kadang tertepek juga ayat-ayat novel bila buat tesis..cam pelik jer..haha)

Oh ya, saya nak beritahu, saya , Silencer dan Flower Rissa in syaa Allah ada projek terbaru daripada kami bertiga.. Gabungan ketiga-tiga penulis ni akan bermula...gitu..haha.. Projek ni menggabungkan ketiga-tiga novelet kami.. So sekarang saya nak post novelet saya kat sini.. Nak tahu camner?

Meh baca teaser dulu..

Seri Hatika - Seorang gadis yang serius macam jantan, tapi mempunyai wajah kewanitaan yang mampu menggetarkan hati lelaki.

Syafiqul Harith - Seorang nerd, bercermin mata bingkat hitam dan berambut belah tepi. Tapi, di sebalik semua itu, dia punya kelebihan istimewa. Membaca hati wanita!

Tan Sri Habibah - Ibu penyayang yang berusaha mencari calon isteri untuk anaknya. Isteri macam mana? Yang bukan materialistik!

“Saya nekad nak teruskan rancangan ni,” nekad Tan Sri Habibah.

Maka, bermulalah pertandingan yang dianggap pelik iaitu Sehari Menjadi CEO! Pertandingan yang memberi peluang wanita biasa hidup dalam kemewahan selama sehari ini sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Dia mahukan calon isteri untuk anaknya. Dan apabila Seri Hatika terpilih gara-gara kawannya gatal-gatal menghantar borang penyertaan, gadis kampung itu keliru.

“Tak nak lah aku. Cam merepek jer!”- Seri Hatika

“Hei pompuan, kau try jer lah. Lagipun sehari jer kot!”- Opie

Maka, terpaksalah Seri Hatika menyertai program itu. Ketika pandangan Seri Hatika dan Syafiqul Harith bersatu…Lelaki itu dapat membaca isi hati wanita itu..

“Serius nerd mamat depan aku. Cam pelik jer! – Seri Hatika

“Minah ni mengutuk aku! – Syafiqul Harith

Apa agenda Syafiqul Harith untuk meraih hati Seri hatika yang terang-terangan tak suka dengan lelaki nerd seperti dia? Adakah dia wajar mencampakkan bukunya ke tepi, cermin mata bingkai tebalnya dan juga..gelaran Doktor Falsafah yang dia sedang kecapi hanya untuk Seri Hatika?
Jemputlah singgah kengkawan semua - KLIK SINI - - - - > Prolog My Handsome Nerd


pssssst: Jemput singgah untuk baca lagi dua karya milik Silencer dan Flower Rissa :)

No comments: