Untuk kepuasan berganda, bacalah bab ini sambil mendengar lagu Kau Ilhamku oleh Man Bai..
“Ma..maksud
kau dia model ker?” Rasa terkejut Irish masih tidak hilang lagi. Teringat pula
ketika dia bertanyakan Ilham tentang minat lelaki itu terhadap dunia
permodelan. Ilham memang mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi model.
Namun persoalan itu dibalas tidak oleh Ilham suatu ketika dahulu.
“Mungkin
sekarang dia dah minat nak jadi model kot,” bisik hati Irish.
“Dia
penyanyilah cik kak oi. Penyanyi!”
Irish terpana.
“Ya
Allah! Aku serius tak tahu Zulin.”
“Bila
dah famous, banyaklah syarikat ambil
dia jadi duta produk. Yalah, pakej lengkap. Muka ada, badan lawa, suara lunak.
Poster dia jadi duta tu, duta ni, bersepah-sepah sekarang. Tu lah aku pelik
yang kau boleh tak tahu menahu fasal dia. Iklan kat TV tu, jangan cakap lah.
Melambak! Rasanya kat KLIA tu, banyak jer muka dia terpampang,” kata Zulin
dengan teranggguk-angguk.
Mata
Irish terbuka besar mendengar cerita Zulin.
“Lagi
satu...” kali ni Zulin mematikan kata-katanya. Irish dilanda rasa kurang enak.
Hatinya meronta-ronta inginkan jawapan. Dia tidak suka bila Zulin sedang
berjeda.
“Lagi
satu apa?” Soal Irish dengan tidak sabar.
“Ramai
gegirl minat dekat dia tau. Hadek-hadek pun sama!” Zulin berkata
sambil membuat gaya tangan ala-ala lelaki lembut.
“Huh,
aku ingatkan apa,” tutur Irish dengan sedikit lega. Nasib baik dia tak fikir
yang bukan-bukan tadi.
“Kau
tak cemburu langsung?” soal Zulin.
Dia
menyambung lagi.
“Hebatlah
kalau kau ni tak cemburu langsung. Ilham tu kan suami kau.”
“Eh,
tapi Irish ni cinta ker dengan Ilham? Kalau cinta, kenapa dia larikan diri
dulu?” bisik hati Zulin. Namun tidak disuarakan.
“Nak
cemburu apa pula? Tak ada makna aku nak cemburu-cemburu ni,” begitu yakin Irish
berkata. Mahu menyembunyikan rasa hatinya daripada Zulin.
“Yalah,
dia kan laki kau. Kalau aku, memang cemburu tau.”
“Tu
kau. Aku dengan dia kahwin pun kahwin koboi. Aku tak rasa lah dia suka dengan
perkahwinan ni. Silap-silap...” Irish terhenti. Dia tidak sanggup untuk
menyebut perkataan itu.
“Kenapa?
Takut dia ceraikan kau?” ujar Zulin. Mulut dia ni memang suka bercakap lepas.
Irish rasa nak sumbat cili je dalam mulut kawan baik dia ni.
Namun,
kata-kata Zulin hanya dibalas dengan kesenyapan Irish. Dia masih lagi diam.
Tidak mahu mengiyakan, tidak mahu menidakkan.
“Kau
yakin yang dia tak suka dengan kau? Macam mana kau tahu?” Zulin menyambung
kata-katanya apabila melihat Irish diam tidak berkutik.
Irish
masih lagi diam tidak menjawab. Dia juga tidak tahu hendak menjawab soalan
seperti itu. Apa yang dia tahu, hatinya yakin mengatakan yang Ilham tidak suka
dengan perkahwinan ini. Biarlah. Biar masa yang menentukan hala tuju hubungan
mereka ini.
Road Show
untuk Anugerah Muzik Malaysia 2013 sedang meriah dijalankan di Alamanda
Putrajaya. Pelbagai artis yang tercalon bagi anugerah tersebut turut hadir
untuk beramah mesra bersama peminat. Ilham Aizat juga tidak terkecuali. Tahun
ini merupakan tahun kedua dia dicalonkan. Tahun lepas dia berjaya menggondol
Anugerah Penyanyi Baru Lelaki Terbaik. Kali ini kalau boleh dia mengharapkan
rezeki menyebelahinya untuk Anugerah Artis Lelaki Terbaik, Anugerah Lagu Melayu
Terbaik dan Album Terbaik.
Peminat
yang hadir rata-ratanya ingin beramah mesra bersama Ilham. Artis muda yang
penuh berbakat. Artis muda ini juga pernah menimbulkan kontroversi apabila
menjadi pemilik suara kepada Afnan. Namun peristiwa itu makin dilupakan
sekarang. Ilham bangkit dengan kebolehannya sendiri. Pakej lengkap yang
dimilikinya sering kali membawa tuah kepadanya. Tiada lagi bayang-bayang Afnan
dalam hidupnya.
“Saya
yakin anda akan bertepuk sakan bila mendengar nama artis yang akan saya
sebutkan ini!” Kata Hafizzi Saiman selaku pengacara pada waktu itu. Keriuhan
membanjiri perkarangan tengah pusat membeli belah Alamanda Putrajya. Para
pengunjung semakin riuh menjerit-jerit nama Ilham Aizat.
“Kita
persilakan, pemenang Anugerah Artis Lelaki Baru Terbaik 2012, Ilham Aizat!!!”
Sorakan
bertambah gema. Laungan suara dari segenap tubuh manusia semakin hingar bingar
jadinya.
“Ilham!!!
Ilham!!!!” Jerit para penonton.
Ilham
melangkah tenang di atas pentas itu. Dia tidak menyangka penerimaan khalayak
terhadap dirinya begitu memberangsangkan. Ilham mencapai gitar yang terletak
elok di sisi. Keriuhan sorakan peminatnya sedikit sebanyak memberikan semangat
buat dirinya. Baginya peminat itu lah semangatnya. Dia mahu lagu-lagu yang
ditulisnya menjadi inspirasi kepada orang lain sebagaimana lagunya yang
digunakan Afnan dulu pernah menjadi inspirasi kepada Irish Adrina. Bayangan
gadis itu mulai muncul dalam kotak fikirannya kini.
“Buat
anda semua. Lagu ini saya tujukan khas buat seseorang. Insan yang selalu saya
kenang. Meskipun lagu ini bukanlah lagu saya. Tapi lagu ini amat bermakna buat
saya. Dia lah inspirasi saya untuk terus berkarya. Tidak perlu saya sebutkan
namanya di sini. Namun cukuplah dia mengetahui. Terimalah Kau Ilhamku.”
Sorakan
penonton semakin gamat! Masing-masing ada yang memasang angan bahawa mereka lah
insan bertuah yang Ilham Aizat maksudkan. Insan bertuah yang memberi Ilham
semangat untuk berkarya.
Beribu
bintang di langit kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rambulan mengambang kini makin suram
Pudar ilham ku tanpa arah
Sedikit wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan, ada sinar
Itukah bintang atau rambulan
Terima kasih ku ucapkan
Izinkan ku mencuri bayangan wajah mu
Izinkan ku mencuri khayalan dengan mu
Maafkan lah...Oohh...
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidup mu
Kau senyumlah ... Oohh...
Sekadar memori kita di arena ini
Kau ilham ku
Kau ilham ku
Meraba aku dalam kelam
Rambulan mengambang kini makin suram
Pudar ilham ku tanpa arah
Sedikit wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan, ada sinar
Itukah bintang atau rambulan
Terima kasih ku ucapkan
Izinkan ku mencuri bayangan wajah mu
Izinkan ku mencuri khayalan dengan mu
Maafkan lah...Oohh...
Andai lagu ini mengganggu ruangan hidup mu
Kau senyumlah ... Oohh...
Sekadar memori kita di arena ini
Kau ilham ku
Kau ilham ku
Bait-bait
lirik yang dinyanyikan Ilham Aizat begitu membuai perasaan para hadirin.
Meskipun di Alamanda ini agak hingar bingar, namun waktu seakan terhenti
apabila nyanyian Ilham Aizat mula kedengaran. Keriuhan ini tidak langsung
membantutkan semangat dan perasaan para penonton untuk menikmati dan menghayati
keindahan lagu ini. Siapalah insan bertuah dalam hidup Ilham Aizat ini?
Masing-masing sudah tertanya.
Ada
mata yang memerhati dari jauh. Air mata yang menitis perlahan diseka dengan
belakang tangan. Tidak dia menduga, ternyata kedatangannya untuk bertemu Zulin
membawa tuah apabila berjaya bertemu Ilham Aizat di sini. Suami yang
ditinggalkannya 3 tahun lalu. Meskipun dia tidak tahu lagu yang ditujukan Ilham
itu untuk siapa, namun perasaan Ilham ketika menyanyikan lagu itu cukup
membuai-buai dirinya. Alangkah bagus jika lagu itu untuknya.
Irish
dan Zulin membuka langkah untuk berlalu pergi apabila Ilham Aizat sudah tamat
melakukan persembahan. Giliran artis lain pula. Irish tidak ada rasa untuk
melihat persembahan artis lain. Cukup saja dia melihat Ilham Aizat. Tergambar
sedikit lega dalam hatinya. Dirasakan puas dapat menatap wajah itu biarpun
sekadar dari jauh. Wajah yang dirinduinya selama 3 tahun ini.
Ilham
menapak turun dari pentas. Satu persatu langkahnya diatur kemas. Dia membuang
pandang ke arah penonton yang sedang melambai. Dia turut sama membalas. Dari
satu sudut, matanya terpandang seseorang. Wajah yang amat dirinduinya.
“Irish?”
Dengan
sepantas kilat Ilham menderaskan langkahnya untuk mengejar kelibat itu. Dia
pasti itu Irish Adrina. Isterinya yang dirindui selama 3 tahun ini. Dia tidak
peduli dengan panggilan Rozy pembantu peribadinya. Dia juga tidak peduli dengan
asakan peminat yang mengekorinya. Apa yang dia mahu adalah untuk bertemu Irish
Adrina. Ilham mengitari pandangannya di sekitar Alamanda ini. Namun kelibat
Irish hilang dari pandangan.
“Ilham
you cari I ker?
“Ilham?
Kenapa ni?”
“Ilham
nak autograf.”
“Ilham one
picture please.”
Bertubi-tubi
soalan dan asakan dari peminat-peminatnya di sisi. Ilham kerimasan. Dia sudah
tidak tahan. Kepalanya dirasakan berdenyut. Seakan dipalu kuat menyebabkan rasa
sakit yang tidak tertahan. Badannya mulai lemah. Dia menekup-nekup telinganya.
“Ilham
you cari I ker?
“Ilham?
Kenapa ni?”
“Ilham
nak autograf.”
“Ilham one
picture please.”
“Ilham,
I peminat setia you!”
“Ilham,
are you okay?”
Akhirnya
dia rebah dalam kalangan peminatnya. Jatuh menyembah bumi. Semua yang ada mulai
kaget!
“Ilham!!!”
p/s : Ini merupakan antara salah satu part yang saya paling suka dan tak
sabar-sabar nak upload dalam blog... Bila saya baca, saya akan dengar
lagu Kau Ilhamku.. Maaf sebab bab ni tak panjang, tapi takpe lah yer.. Ok lah kot, daripada tak der..hehe..Semoga awak semua suka.. :)
14 comments:
Best!rindu haaa kisah ilham ni
Wah...akhirnya...best sangat2..cptlah sambung.xsabar nak tau bila ilham jumpa dgn irish
Sis, u dera perasaan i.. Tetiap hari klik blog ni nk baca new entry tau..huu.. Tp entri ni pendek sangat. Tak puasss.. Huhuhu.. Mohon sambung lg sis... Pleaseeee...
pulak dah..asal ilham pengsan.. cpt2 sambung ye sis
irish jgn pergi dulu tengok laki ko tu.
Cepat smbung ya rindu .....
Cpt laa smbung bab sterusnyaa!!
Dh x sbar tgok apa jd kat ilham lps tuu..hrap2 irish care laa kat ilham yg jtuh tuu..huhuhu..hrp2 masa yg diambil utk next chap dipendekkn..haha =D
Teruskn usaha anda!! Hwaiting!!
*nur athirah*
Anonymous..
Alhamdulillah..thanks..teruskan merindu kisah Ilham dan Irish..hehe :)
Mawar ungu..
hehe..thanks sudi baca.. tunggu yer next chapter :)
Ixora Riana..
hehe... sorry2..tak bermaksud nk mendera perasaan pembaca... hehe..tunggu ya next chapter..thanks sudi menunggu kisah mereka :)
Carl Laksamana..
hehe.. In syaa Allah.. thanks sudi baca :)
Anonymous..
hehe.. adakah dia care tntg laki dia? tunggu next chapter yer..huhu :)
Ibu Aura..
In syaa Allah..terima kasih sudi baca :)
Nur Athirah..
hehe..tersenyum sy baca komen athirah.. huhu.. in syaa Allah akan muncul bab seterusnya.. thanks sudi baca :)
Post a Comment