Monday 24 March 2014

KAHWIN DENGAN ROOMMATE?1 BAB 12




“Ilham,” sapa satu suara yang amat dikenali Ilham.
“Ya umi,” jawabnya.
Puan Rahimah tersenyum melihat anaknya itu. Meskipun Ilham bukanlah anak kandungnya, namun kasih dan sayangnya tetap sama seperti dulu.
“Ilham tak pergi kerja ke hari ni? Ilham demam ya?” Puan Rahimah meletakkan belakang tangannya di dahi Ilham untuk mengesan sama ada anaknya itu demam atau tidak.
“Tak lah ibu. Jadual Ilham kosong pagi ni. Cuma petang nanti baru ada.” 

“Oh, baguslah macam tu. Tengah hari nanti boleh Ilham makan di sini. Sudah lama kita tak makan sama-sama. Ajak sekali mama dan papa Ilham,” kata Puan Rahimah sambil meletakkan tapak tangannya di bahu Ilham. Dia tidak mahu Ilham merasa terbeban dengan semua ini. Walaupun perkara ini sudah 3 tahun berlalu, namun dia yakin, Ilham masih terkenangkan hal itu.
Ilham pula hanya terdiam. Dia takut ibunya masih kecil hati apabila mengetahui yang dia bukanlah anak kandung ibunya. 

“Tak apa ke umi?”
“Apa pula tak bolehnya. Itukan mama dan papa kandung Ilham. Umi tak kisah. Mereka berhak dapatkan Ilham,” ujar Puan Rahimah. Ada getar sendu di balik kata-kata itu.
“Tak apalah umi. Kita makan berdua saja hari ni. Nanti esok atau lusa bila Ilham free, Ilham pergi rumah sana pula ya umi?” pujuk Ilham.

 Dia tahu uminya itu bersedih. Dia tidak mahu melihat kesedihan uminya. Sejak dia sudah bekerjaya sekarang, mereka tidak lagi tinggal di rumah agam itu. Mujur sahaja mama dan papanya bersetuju meskipun pada mulanya mereka tidak mahu.

“Eh, mana boleh macam tu. Mama Ilham tetap mama kandung. Dia yang lahirkan Ilham. Sekali sekala kena ajak mama Ilham datang makan di sini. Atau Ilham makan di rumah sana. Barulah dia tidak kecil hati. Boleh kan Ilham?” Puan Rahimah memujuk Ilham. Dia tidak mahu dituduh sebagai penghalang antara hubungan anak dan ibu kandung.

“Baiklah umi. Nanti Ilham call mama dan papa,” Ilham menguntum senyum. Tidak sanggup rasa hatinya hendak melawan apatah lagi membantah kata-kata uminya ini.
“Ilham nak makan apa hari ni? Umi masakkan.”
“Erm..” Ilham melurut-lurut dagunya. Memikirkan jawapan yang yang mengikut kehendak dan citarasanya.
“Dari tadi ermmm..ermmm.. Cakap lah anak oi...” Puan Rahimah tersenyum gembira melihat gaya anaknya. Terserlah lesung pipit yang dimiliki Ilham.
“Daging salai masak lomak cili api!!!” Ilham separa menjerit dengan dialek Negeri Sembilan yang dibuat-buat sendiri.

“Umi dah agak dah. Tu kan lauk kesukaan Ilham. Nanti umi buatkan ya. Ilham tolong pergi belikan daging salai. Kalau dapat lah. Kalau tak dapat, kena cari juga dekat tepi jalan nak ke Kuala Pilah tu,” seloroh Puan Rahimah. Takkanlah nak dibiarkan Ilham mencari daging salai sampai ke Kuala Pilah. Pasti ada di pasar. Kalau tidak, dia sendiri boleh menyalai daging itu.
“Ha? Biar betul umi? Umi tahu kan Ilham sekarang dah tak boleh pergi pasar,” kata Ilham dengan nada memujuk. Mana boleh dia pergi pasar sekarang. Bahaya!

“Oh lupa pula umi. Umi saja jer. Tak apa. Nanti kita minta tolong Pak Brahim belikan ya. Lepas tu boleh umi dan Mak Timah masak sama-sama,” cadang Puan Rahimah. Pak Brahim dan Mak Timah merupakan pasangan suami isteri yang tinggal dan bekerja di rumah mereka. Meskipun dia tidak perlukan semua itu. Tapi Ilham juga yang berkeras. Kononnya dapat membantunya di rumah. Lagipun dia dah biasa dengan semua itu. Mungkin Ilham tidak mahu menyusahkannya lagi.

“Baik Mem!” Ilham meletakkan tangannya di dahi dengan lagak memberi tabik hormat.
“Ada-ada saja anak umi ni. Kan bagus kalau Afnan macam ni juga,” sekali lagi Puan Rahimah terkenangkan Afnan. Hatinya acapkali luruh nama itu meniti di bibirnya. Dia tidak pernah menyalahkan Afnan. Malah, dia memahami perasaan Afnan yang masih terkejut dengan kenyataan yang diterima.

“Umi. Sudah-sudahlah sebut namanya umi. Nanti umi juga yang sedih. Sudah ya umi ya. Ilham kan ada. Walaupun Ilham bukan anak kandung umi, tapi Ilham tetap sayang umi. Umi jangan sedih ya?” pujuk Ilham. Dipegangnya bahu uminya itu dari belakang. Mengusap lembut bahu wanita awal 50-an itu.

Puan Rahimah tersenyum dengan perlakuan Ilham. Dia tahu Ilham tidak akan pernah berhenti menyayanginya.
“Ya Allah, kau lembutkanlah hati Afnan. Semoga hatinya terbuka menerimaku sebagai ibu kandungnya Ya Allah. Amin,” doa Puan Rahimah di dalam hati.




Sudah lama Irish tidak kembali ke pejabatnya ini. Sejak dia ditawarkan ke FunKids yang berpusat di Seoul Korea, sejak itulah dia mula berkhidmat di sana. Memang betul kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jujur Irish merasakan yang dia tidak betah berlama di sana. Di sini juga dia lebih selesa. Alhamdulillah kini dia mula berkhidmat semula.

Welcome Irish! Wah, makin cantiklah awak. Lepas ni boleh ajar saya bertudung macam ni. Even lilit-lilit tapi tetap menutup dada. Jangan tercekik sudah,” puji Puan Zulaikha. Sejuk hatinya melihat Irish sekarang. Puji-puji pun sempat juga nak buat lawak. Ada pula lilit-lilit sampai tercekik. Merepek jer orang tua ni.

“Alhamdulillah puan. Boleh jer. Nanti saya buat kelas ya. Kalau nak yang jenis tercekik pun saya boleh ajarkan,” giliran Irish pula membalas seloroh Puan Zulaikha.
“Boleh, boleh. Sebut saja yuran berapa! Saya tolak dari gaji awak,” makin ligat pula mereka bergurau senda.

So how, macam mana kerja di sana? Seronok? Saya tengok rekaan terbaru mainan untuk bayi yang awak reka tu mendapat sambutan. Penuh dengan ciri-ciri keselamatan.”
“Alhamdulillah puan. Semuanya okay. Tapi saya lagi suka kerja di sini. Tu yang saya minta tukar tu.”

“Awak okay? Saya dengar cerita fasal ayah awak. Takziah Irish.”
“Semua okay puan. Kita sebagai manusia tak mampu nak menghalang kuasa-Nya. Tu juga merupakan salah satu sebab saya balik ke Malaysia.”
“Saya pun suka bila awak kembali kerja di sini semula. Bakat awak memang terserlah lepas awak grad dulu. Baru umur 25 masa tu, rekaan awak terus mendapat perhatian dari ibu pejabat di Korea. Tu yang mereka tawarkan awak kerja di sana. Okaylah Irish. Awak duduk-duduk dulu. Rasanya awak dah tahu kan selok-belok kerja awak. Tapi sebab awak dah jadi senior sekarang, ada lain sikit. Nanti awak boleh bekerjasama dengan Dahlia. Dia pun seangkatan dengan awak,” ujar Puan Zulaikha dengan panjang berjela.

“Baik puan. Don`t worry. Terima kasih,” ujar Irish.
Dia memerhati sekitar ruang biliknya ini setelah Puan Zulaikha keluar. Jawatan baru yang digalasnya kini perlu dipegang sebaik mungkin. Walaupun ibu dan arwah abahnya dulu lebih gemarkan dia membantu di syarikat ataupun di kolej milik keluarga mereka, namun dia berkeras tidak mahu. Dia lebih gemar berdikari. Bila sudah tiba masanya, baru lah dia akan berjinak-jinak dalam perniagaan keluarganya itu.

Tangan Irish ligat mencari nombor telefon Zulin. Tiba-tiba rindu pula dia dengan rakannya karibnya itu. Entah apa jadi dekat rakan karibnya itu kan? Kali ni dia nak call Zulin guna telefon pejabat. Sebab ada agenda lain yang dia nak laksanakan masa bertemu dengan rakan baiknya itu. Sudah lama tak main usik mengusik. Dia jadi teruja kini.  Irish kemudian mendail nombor telefon Zulin dan mengajak mereka bertemu di tempat biasa.




Seperti biasa, Baskin Robbin ini pasti menjadi pilihan Irish jika hendak berjuma dengan Zulin. Mereka lebih gemar bahasakan kedai kegemaran ini sebagai Pak Cik Robbin. Entah apa tujuannya, mungkin sekadar suka-suka.
Kali ini merupakan kali pertama mereka bersua muka setelah hampir 3 tahun Irish menghilangkan diri. Apa agaknya keadaan Zulin dan Irish sekarang kan? Masih macam dulu ke? Irish menunggu dengan rasa tidak sabar.

Zulin menapak masuk ke pintu utama kedai itu. Dicari-carinya kelibat Irish. Namun dia tidak jumpa. Dari jauh, ada mata yang sedang tersenyum sambil memerhati tingkah laku Zulin. Ayuh jalankan misi! Pantas dicapainya Samsung Galaxy Note S3 di sisinya dan mula mendail.
“Makhluk mana pula yang telefon waktu macam ni. Tengok tu, nombor tak kenal. Argh, malas nak layan,” Zulin menekan butang merah di skrin telefonnya. 

Sudah menjadi kebiasaannya untuk tidak menjawab sebarang panggilan yang tidak dikenali. Telefon yang sekali lagi berdering tidak diendahkan. Nombor yang tidak dikenali juga masih menelefonnya. Zulin hanya membiarkan. Yang penting dia mahu bersua muka dengan Irish dahulu. Nombor yang tidak dikenali dibiarkan menjerit tak henti-henti. Dia hanya membiarkan dengan pandangan sepi. 

Tiba-tiba kedengaran bunyi sistem pesanan ringkas dari telefon bimbitnya. Pantas Zulin membuka peti simpanan mesej tersebut. Pasti Irish, telahnya.
Awak jangan nak lari dari saya. Kalau betul-betul anak perempuan, angkat call saya!!!!
Zulin membuat muka pelik. Anak perempuan? Geram, marah, takut, bercampur baur dalam dirinya. Semua berhimpun menjadi satu. Dia jadi tidak menentu. Tak boleh jadi ni. Geram betul rasa hatinya! Nombor yang sedari tadi menelefonnya kembali tertera di layar skrin telefon bimbitnya.
Dengan pantas Zulin mengangkat panggilan itu.

“Hei, kau siapa?! Jangan kacau hidup aku boleh tak!!!” Zulin sudah mula menyinga. Geram sungguh dia dengan mesej tu. Rasa nak campak jer telefon bimbit pemberian kekasihnya Razif ini.
Apa yang membuatkan Zulin lebih geram, suara di hujung sana tergelak sakan mentertawakannya. Lagi menambakan bara di dalam hatinya. Eh, tapi, macam dia pernah dengar gelak tawa seperti ni.
“Sampai hati you lupakan I kan?”Ujar suara yang sememangnya dikenali Zulin.
“Irish? Irish ker?” Soal Zulin dengan teruja. Dia kenal sungguh dengan gelak mengilai seperti itu.

“Yalah cik kak oi! Aku kat meja hujung belakang kau ni,” ujar Irish dengan ketawa yang masih bersisa.
 Sepantas kilat Zulin menoleh. Mencari-cari kelibat Irish. Tergamam dia bila melihat Irish sudah bertudung. Nampak lebih anggun dan matang. Terus kakinya melangkah laju ke meja Irish.
“Zulin!” Irish mendepakan tangannya hendak memeluk Zulin. Namun apa yang dia dapat hanya cubitan berbisa dari rakan karibnya.

“Sakitlah pompuan!” Irish mendesah sambil mengosok-gosok tangannya.
“Tahu pun kau! Nak main-main dengan aku. Gelabah tau aku! Lepas tu boleh pula hilangkan diri macam tu. Lepas 3 tahun baru nak muncul. Apa kes?” Soal Zulin bertubi-tubi. Geram dihati menjadi-jadi. Boleh pula Irish mahu main-main kan dia seperti tadi. Dah lah main hilang macam tu jer. Alih-alih muncul balik.

“Ala, sorry lah beb. Aku gurau jer. Kau tahu kan sebab apa aku buat macam tu. Dah, dah. Jangan banyak cakap. Jom kita ambil aiskrim dulu. Dah lama tak makan ais krim ni. Aku belanja okay,” pujuk Irish. Mereka berdua beriringan ke kaunter untuk memilih aiskrim kegemaran mereka.

Semestinya Irish memilih menu wajibnya iaitu Chocolate Dipped Waffle with Butterscotch Almond. Zulin pula tekaknya tiba-tiba terasa nak makan pisang. Jadi, dia memilih Banana Split with Dipping Chocolate Topping. Memang menyelerakan! Setelah membuat pilihan dan mendapatkan ais krim kegemaran mereka, kedua-duanya kembali ke tempat duduk tadi.

“Irish! Aku suka tengok kau bertudung macam ni. Cantik sangat!” Puji Zulin ikhlas. Memang ini yang dia harapkan agar rakan baiknya ini bertudung.
“Yalah tu. Cantik ke camtaik?” Boleh pula dibuat lawak dengan perkataan tu.
Camtaik apa pula. Cantik. Kau ni tengah-tengah makan pun boleh sebut benda alah tu kan. Aku letak betul-betul jadi topping baru tahu. Nak?” Geram betul dia dengan Irish. Tak senonoh. Perangai masih macam dulu.

“Ala, gurau jer. Sorry lah. By the way, alhamdulillah. Kan aku pernah beritahu kau dulu memang aku nak bertudung. Kau pun apa kurangnya. Cantik fesyen tudung kau yang lilit ni. Nanti kau ajar aku yer fesyen baru macam ni?” pinta Irish. Rasa tak sabar pula hendak belajar. 

Kadang-kadang dia pelik dengan fesyen tudung sekarang. Nampak cantik, tapi rata-ratanya tak menutup dada. Kan berdosa tu. Ada pula tu yang berbonggol seperti unta di belakang kepala. Bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda, bahawa wanita yang kepala berbonggol seperti unta tidak akan masuk bahkan mencium bau syurga? Nauzubillahminzalik.

“Boleh! Nanti aku ajar kau special lilit punya,” balas Zulin.
“Macam mana? Cuba cerita sikit.” Irish sudah tidak sabar. Tengah-tengah makan aiskrim pun boleh pula dia sungguh-sungguh nak tanya.
“Senang jer. Kau lilit kepala kau sampai dagu, lepas tu ikat kat atas kepala. Siap! Boleh digayakan tak kira masa. Lagi sesuai jika guna shawl putih,” terang Zulin dengan bersungguh-sungguh. Dalam hatinya sudah mengekek ketawa. Bukankah itu cara nak pakai style bungkus mayat?

“Aduh!” Zulin mengaduh.
Tanpa semena-mena dia dicubit oleh Irish. Boleh pula buat lawak macam tu kat sini.
“Itu pocong ngeng! Aku pernah baca dalam satu blog. Tergelak aku baca!”
“Kau tahu juga ker? Ingatkan tak tahu,” dia fikir bahawa Irish tidak tahu menahu tentang kewujudan blog tu.
“Tahu lah. Ingat aku ni kolot sangat,” kata Irish. Dia sendiri pun dapat tahu tentang teknik melilit tudung itu dari blog yang diberitahu Zulin tadi. Kecoh juga dahulu tentang blog tu. Siap dapat email bagai fasal fesyen tersebut.

Mereka terdiam. Masing-masing mula menikmati ais krim yang dipesan tadi. Sungguh sedap! Dengan limpahan coklat, memang membangkitkan selera sesiapa saja yang merasa. Terutamanya Zulin. Nampak berselera menikmati Banana Split. Tak pandang kiri kanan langsung. Laju saja dinikmatinya.

“Zulin,” perlahan-lahan Irish menyusun kata.
“Ha, kenapa? Nak buang air? Tu pun nak cakap?”
“Bukanlah! Erm...” Irish masih lagi berhati-hati menyusun kata.
“Bukan apa? Dah pandai nak main cakap perlahan-lahan sekarang. Cakap jer lah.”
“Ilham. Apa dia buat sekarang ya?” Terasa lega dirinya  apabila berjaya meluahkan soalan yang menyesakkan hatinya tadi.

“Entah. Tu kan laki kau. Mana aku tahu,” ringkas Zulin menutur kata-katanya.
“Ala, kau takkan tak tahu langsung fasal dia? Kau tahu kan hubungan aku macam mana dengan dia?”
“Ish..Kau ni biar betul tak tahu langsung fasal laki kau tu?” Zulin dihurung pelik.
“Tahu apa pula? Macam mana aku nak tahu, jumpa dia pun tak lagi,” jujur Irish berkata. Memang dia tidak jumpa langsung Ilham sejak tiba di Malaysia. Apatah lagi berita tentang lelaki itu. Langsung tidak diketahuinya.
“Dia sekarang ada di mana-mana. Kau turun airport hari tu, tak nampak langsung dia?”
“Eh, dia ada di mana-mana? Dia ada kat airport? Apa ni? Aku tak fahamlah!” Geram betul  dengan Zulin yang serupa nak cakap, serupa tidak. Main-main pula minah ni!
“Sah! Kau mesti jalan menonong tak pandang kiri kanan masa turun dari airport kan?
Kata-kata Zulin dibalas dengan anggukan.

“Sekejap yer,” ujar Zulin. Matanya mengitari sekitar kawasan Alamanda Putrajaya itu. Matanya mencari-cari sesuatu.
“Kau cari apa Zu?”
“Ha, tu! Kau nampak tu?” Zulin menarik kepala Irish dan menunjukkan sesuatu kepada rakan karibnya itu. Biar terang biji mata Irish melihat gambar suaminya terpampang di merata-rata.
             “Ha?!"

Tergamam wanita itu bila melihat wajah Ilham Aizat menghiasi poster dan iklan di salah sebuah butik pakaian mewah yang ada di situ. Wajah kacak yang tidak lagi bercermin mata. Biar betul?

28 comments:

Meriam laksamana said...

pendek.. tapi ok la dari xde..hehe..

bila agaknye diorg nak jumpa balik erk..

Unknown said...

Makin seronak ya dah lama x baca.....

Unknown said...

Carl Laksamana..

hehe... bila mereka jumpa? tunggu minggu next episod... huhu.. thanks sudi baca :)

Unknown said...

Ibu Aura..

alhamdulillah..thanks sudi baca :)

Anonymous said...

best...ape reaksi dorg klu jmpe ye....dorg tu suka sama sukakn...MISS Z

Unknown said...

Anonymous @ Miss Z..

hehe..alhamdulillah... reaksi mereka? hurm..entah apa agaknya yg jd kan? tunggu next episode yer..btw, thanks sudi baca :)

Ixorariana said...

Err, Ilham jadi artis ke? lost kejap.. tak dapat tangkap. heheh

Unknown said...

Ixora Riana...

hehe..jadi artis ke tak? tunggu next episode untuk confirmation.. thanks sudi baca :)

Anonymous said...

Bila diorang nak jumpa tak sabar nak tunggu sambungannya bagi cepat sikit

Anonymous said...

Bila diorang nak jumpa tak sabar nak tunggu sambungannya bagi cepat sikit

Unknown said...

Anonymous..

hehe..in syaa Allah next week.. tapi ada sesuatu berlaku kat Ilham.. tunggu next episode ya..thanks sudi baca :)

Anonymous said...

'tapi ada sesuatu berlaku kat Ilham'
Ayat ni buat sy rasa makin trasa ingin thu lah >_< ..

#Update cepat sikit ehh ..
~ Aifa Anies

Unknown said...

Anonymous @ Aifa Anies..

hehe... in syaa Allah next week.. thanks ya.. huhu :)

Anonymous said...

novel dye ada x?? nk belii!!!
best cter nii... :)
syafiqah

Unknown said...

Syafiqah..

blom ada lagi..doakan agar dpt diterbitkan yer..Amin..thanks sudi baca :)

Unknown said...

best jugak cerita ni ;-) harus la nak tau next chapter kannnn...

Unknown said...

Ferra Leza..

hehe..Alhamdulillah..thanks sudi baca :)

IsHan Jamiri said...

X sabaq nk tau....apa jd kt depa?
next en3...pls????? ( siap kelip2 mata ) hehehe :D

Unknown said...

Ishan Jamiri...

hehe..in syaa Allah nnti menyusul next week.. tunggu yer...ada sesuatu terjadi.. huhu..btw, thanks sudi baca :)

Unknown said...

Best...xsabar nak tggu next eps..xsabar nak tau apa jdi kat ilham..

Unknown said...

Mawar Ungu...

Alhamdulillah..thanks..tunggu ya next episode.. huhu :)

Anonymous said...

terbaik..setiap hari bukak nak tengok ade ke x new en3

Unknown said...

Anonymous..

Ya Allah..terharunya..terima kasih.. in syaa Allah next week muncul new entry..thanks ya :)

Anonymous said...

Betul2..selalu jaa tgok klau ada new chap!! =D

Anonymous said...

kalau dah ada buku inform cepat2
~nur aleeya`

Unknown said...

Anonymous..

hehe,.,Alhamdulillah... thanks :)

Unknown said...

Nur Aleeya..

Amin..moga2.. In syaa Allah..thanks ya :)

Anonymous said...

Lucky Club Casino Site - Get Lucky Club Casino's Latest Tips
With Lucky Club, new members can enjoy the casino's most luckyclub exciting games and a wide variety of free spins promotions on a huge variety of games.