Irish
memandang lama akhbar di hadapan matanya. Satu persatu air matanya gugur. Dia
sudah menjangka penerimaan Ilham terhadapnya. Sepatutnya dia tidak terlajak
menghamparkan rasa kasih dan sayangnya buat lelaki bernama Ilham Aizat itu.
Tindakan Ilham yang mengadakan press
conference dengan kenyataan yang baru saja dibacanya itu seolah-olah
memberi tanda bahawa hubungan mereka sudah tidak lama. Ibarat telur di hujung
tanduk, ibarat retak menanti belah menunggu masa untuk punah.
Lagu
Terlalu Mencintaimu nyanyian Suki kedengaran di corong radio. Seolah-olah tepat
dengan perasaan pilu yang dirasai Irish sekarang.
Zulin
menutup radio yang sedang memutarkan lagu tersebut. Boleh pula waktu macam ni,
kena tepat dengan apa yang Irish rasa. Lagi melelehlah air mata rakan baiknya
itu. Zulin mengambil tempat di sebelah Irish. Memberi sedikit kekuatan buat
sahabatnya. Tak sanggup rasa hatinya melihat Irish berduka walang sedemikian
rupa.
“Sabarlah
Irish. Aku tahu dia ada alasan tersendiri. Dia takkan buat macam tu sesuka
hati. Aku yakin Rish,” ujar Zulin sambil mengusap-ngusap lembut bahu Irish. Dia
tahu Irish sedih dengan kenyataan Ilham yang mendapat liputan hangat dalam
dunia hiburan masa kini.
“Perempuan itu tiada kena mengena dengan saya. Dia
hanya peminat yang saya selamatkan dari terjatuh. Itu saja.”
Ilham
Aizat
“Aku
tahu Zulin. Memang aku ni bukanlah sesiapa pun bagi dia. Perkahwinan kami pun
atas terpaksa. Disebabkan tindakan bodoh aku dulu. Sepatutnya aku dah boleh
mengagak kenyataan itu yang akan dikeluarkannya. Tapi, entahlah Zulin, aku tak
tahu kenapa hati aku ni sedih sangat bila baca kenyataan tu,” esak tangis Irish
semakin kuat kedengaran.
“Memang
masa awal perkahwinan lagi aku tahu aku ni menjadi beban buat dia. Sebab tu lah
aku tinggalkan bumi Malaysia ni. Biar dia ada ruangnya sendiri. Aku tak nak
perkahwinan kami menjadi penghalang buatnya. Aku tahu dia masih muda waktu tu.
Cuma bila aku dah balik semua ke sini, aku takut nak terima kenyataan. Aku
takut berhadapan dengan penceraian. Aku tak sanggup. Sumpah aku tak mahu!”
Irish kembali bersuara dalam esak tangis yang semakin lebat.
Zulin
terdiam. Memberi ruang rakan baiknya meluah perasaan.
“Irish,
kau tinggalkan dia macam tu. Kau tahu ke apa perasaan dia pada kau? Kau pernah
berbincang dengan dia sejak kau orang kahwin?”
“Memang
aku tak ada bincang dengan dia. Tapi aku dapat rasakan siapa aku di matanya.
Aku dapat lihat dari muka dia. Sebab tu dia minta kami rahsiakan perkahwinan
ni.”
“Macam
aku cakap tadi, mungkin dia ada sebab tersendiri buat macam ni. Silap besar
sebab kau tak bincang dengan dia. Irish, baik kau terus terang dengan aku. Kau
cintakan Ilham kan? Kau memang cintakan dia dari dulu lagi kan?”
Irish
bungkam. Dia tidak tahu jawapan apa yang sesuai untuk soalan yang diajukan
Zulin. Cintakah dia kepada Ilham? Jika sayang memang betul. Cuma jika disebut
cinta, adakah benar itu yang dia rasa? Jika dia tidak mencintai Ilham, kenapa
hatinya begitu sakit membaca kenyataan Ilham itu? Dia sendiri tidak tahu
menyatakan rasa apa yang bertandang di hatinya sekarang. Argh! Dia penasaran.
“Irish,
kau dengar tak apa aku cakap? Kau tahu kan kau boleh cerita apa-apa pun dengan
aku.”
Irish
kembali ke dunia nyata setelah lama berfikir tadi.
“Aku..Aku
tak tahu nak cakap macam mana tentang hati aku ni Zulin. Aku tak rasa aku
cintakan dia.”
“Kalau
macam tu. Kenapa kau betul-betul frust
menonggeng ni?” Seloroh Zulin. Boleh pula dia guna istilah tu waktu-waktu
macam ni.
“Aku...Entah
lah Zulin. Aku bingung,” Irish ternyata keliru dengan apa yang dirasainya
sekarang.
“So, apa kau nak buat sekarang?”
“Aku..Aku
tak tahu. Zulin! Aku rasa nak lari sekarang juga,” ujar Irish dalam esak
tangisnya yang kembali menerpa. Bila teringatkan Ilham hatinya pasti bergetar
hebat. Tidak tahu mengapa itu berlaku kepadanya.
“Kau
jangan nak buat kerja gila lagi. Kau kena tunjukkan kematangan kau. Kau lebih
tua dari Ilham tau. Wake up dear! You
must be strong!”
“Habis
tu, cuba kau beritahu aku, apa yang perlu aku buat? Aku tak nak lagi
terkapai-kapai macam ni Zulin.”
“Kau
menyamar lah. Kau kan suka buat benda-benda macam tu,” Zulin berjenaka. Saja
mahu mengusik rakannya agar tidak terlalu bersedih.
“Kau
ni, sempat lagi nak buat lawak bodoh kan. Jangan lah sebut fasal menyamar lagi.
Kau buat aku teringat waktu dulu lah,” tangisan Irish semakin lebat. Lawak
Zulin tidak menjadi.
Zulin
yang melihat rakannya itu menangis, mulalah menggelabah. Nak buat lawak tak
kena waktu. Kan dah melalak budak tu. Zulin kini diam memerhati. Dia ternyata
begitu simpati dengan nasib rakan baiknya ini. Hati Irish bagai disiat teruk
bila membaca kenyataan itu. Meskipun dia tahu yang Irish menafikan perasaan
terhadap Ilham, dia pasti cinta Irish memang untuk Ilham. Zulin membiarkan
Irish menangis semahu-mahunya di sisi. Biarlah Irish menangis, kerana tangisan
itu merupakan terapi terbaik untuk diri sahabat baiknya itu.
Ilham
memandu kereta Nissan Fairlady 370z miliknya ke KidZania Kuala Lumpur. Hari ini
seperti yang dijanjikan, dia terlibat dengan rakaman iklan di KidZania. Seperti
biasa Ilham tampil dengan gayanya yang menarik. Berkameja slim fit berjalur hitam putih sememangnya menarik perhatian sesiapa
saja yang memerhati. Turun saja dari kereta, Ilham Aizat mencuri tumpuan
manusia yang ada.
“Ilham
Aizat , you datang tepat pada masanya,” sapa Dahlia. Gembira hatinya melihat
Ilham Aizat datang awal di lokasi. Penuh disiplin artis muda ini. Memang
betullah apa yang digembar-gemburkan oleh wartawan tentang sikap Ilham yang
satu ni.
“Eh,
I ingatkan I yang terlambat tadi,” Ilham melimpahkan senyum kepada Dahlia.
Dahlia terkesima.
“Eh,
tak ada lah. You duduk sini dulu, kejap lagi krew I datang okay?” Dahlia berlalu pergi untuk memanggil krew-krew yang
lain.”
“Cik
Dahlia kejap,” panggil Ilham ke arah Dahlia.
Dahlia
yang sedang menuju ke arah krewnya menoleh ke arah Ilham.
“Ya,
kenapa? Ada apa-apa yang you nak ke?”
“Irish
ada datang sini tak?” Soal Ilham. Memang dari tadi matanya melilau mencari
kelibat Irish. Namun tetap tidak jumpa. Apa agaknya penerimaan Irish terhadap
kenyataannya tempoh hari?
“Oh,
dah agak dah you nak tanya fasal Irish. Ada, tapi tak datang lagi. Kejap lagi
datang lah kot,” jawab Dahlia ringkas lantas berlalu pergi ke arah krewnya
semula. Dia harus memastikan bahawa setiap krew yang ada harus bersiap siaga
menepati segala kriteria yang telah digariskan.
Ilham
terus ke ruang persalinan untuk menukar pakaiannya. Dari jauh dia melihat dua
orang model kanak-kanak lelaki dan perempuan itu sedang riang bergelak ketawa.
Mindanya tiba-tiba saja membayangkan wajah anaknya nanti bagaimana rupanya.
Pasti secomel itu, atau mungkin lebih comel lagi. Bibirnya menguntum senyum.
“Ilham?
Are you ready?”
Sapaan
Dahlia mengembalikan semula dirinya dari angan-angannya. Tak sangka pula sampai
ke situ dia mengelamun. Dia hanya mengangguk dan mula mendekati kedua-dua orang
kanak-kanak yang comel itu.
“Hai
adik comel. Siapa nama?” Sapa Ilham sambil menundukkan wajahnya separas dengan
ketinggian kanak-kanak itu.
“Syaza,”
jawab kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 10 tahun itu sambil tersenyum
simpul memandang Ilham. Amboi, kecil-kecil dah pandai nak main senyum-senyum
macam tu.
“Yang
lelaki ni pula apa? Syazi?” Ilham bergurau manja dengan kanak-kanak itu. Bukan
main gelak lagi mereka.
“Bukanlah
bang. Nama saya Mohamad Ikram Afif Daniel bin Ahmad Tarmizi,” jawab kanak-kanak
lelaki itu dengan nama penuhnya. Lagak seperti seorang murid yang menjawab
pertanyaan gurunya. Umurnya pasti sebaya dengan Syaza, teka Ilham sendiri.
Kanak-kanak
itu begitu teruja melihat Ilham Aizat berada di depan mata mereka. Memang
peminat Ilham terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat, tak
kiralah tua atau pun muda. Kanak-kanak
ni pula, apa lagi. Siap nak minta ambil gambar guna telefon bimbit
masing-masing. Budak-budak sekarang memang semakin canggih. Baru umur 10 tahun,
telefon I Phone pun mereka dah mahir. Bukan seperti zaman dulu. Moga-moga
kanak-kanak ini tidak lalai dan bijak memanfaatkan kemudahan yang ada, desis
hati Ilham.
“Apa?!
Hani tak jadi datang? Kenapa dia cancel
last minute macam ni? Siapa nak ganti
dia?” jerit Dahlia. Dari jauh suaranya yang sudah mulai berang didengari Ilham.
“Dah
lah bukan senang nak deal dengan
model, tempat shooting lagi, boleh
pula Hani cancel saat-saat akhir
macam ni,” sambung Dahlia. Entah apa dia nak jawab dengan director. Dah lah lama krew-krew ini menunggu.
“Dia
kata perut dia memulas-mulas Cik Dahlia. Saya pun tak tahu,” tergagap-gagap
krew tu memberitahu kepada Dahlia. Dia pun geram dengan perangai Hani. Melampau
sangat.
“So, macam mana Dahlia. Hani tak jadi
datang ni? Siapa nak ganti dia? Model lain sempat ke nak datang sini? I pun tak
boleh lama ni,” Mr. Zaki Som sudah mula bersuara. Dia pun pantang kalau ada
orang cancel pada saat-saat akhir
macam ni.
Ilham
hanya mendengar. Dia juga berfikir siapa model yang dikenalinya yang sesuai
untuk menggantikan tempat Hani. Memang Hani ni bajet diva. Menyusahkan orang
betul.
Mereka
sama-sama diam untuk berfikir model yang sesuai dengan iklan yang akan dirakam
sebentar lagi.
“Ha,
I rasa dia sesuai. Boleh lah ni,” kata Mr. Zaki Som. Dahlia dan Ilham pantas
menoleh. Terkejut mereka dengan orang yang dimaksudkan.
“Irish?”
“Err..kenapa
semua orang pandang aku macam tu?” Desis Irish sendirian. Tanpa semena-mena
tangannya ditarik oleh Dahlia.
Begitu
gigih Dahlia dan Mr. Zaki Som memujuk Irish agar menjadi model bidan terjun
pada waktu genting macam ni. Irish pula memang seboleh-bolehnya tak nak.
Manalah dia tahu selok belok jadi model, tak fasal-fasal jadi lain pula. Si
Dahlia dan Mr. Zaki Som pula bukan main lagi puji mukanya cantik lah, sesuai
jadi model lah, putih mengalahkan Mahsuri lah, geram betul dia. Part Mahsuri tu memang melampau sangat.
Saja lah tu.
Akhirnya
setelah dipujuk dan memikirkan hal kelancaran produk rekaannya, dia terpaksa
akur dengan pujukan mereka berdua. Dia bukannya tak nak jadi model, tapi bila
mengenangkan yang dia kena bergandingan dengan Ilham, tu yang buatkan dia tidak
mahu. Sudahlah lah iklan ni menggunakan konsep Happy Family, dengan pegang tangan budak bagai, memang dia kekok.
Tapi, dah terpaksa kan, terima lah juga. Ingat! Terpaksa! Bukan sengaja!
Konsep
iklan kali ni cukup mudah. Mereka hanya perlu berpimpinan tangan di dalam
KidZania dan membawa kanak-kanak itu bergembira di dalam KidZania. Selepas itu,
barulah Set Mainan Cita-Cita yang didatangkan khas dalam kotak yang besar dan
lengkap dengan pelbagai alatan dikeluarkan. Membuatkan kanak-kanak teruja untuk
mencuba.
Irish
memulakan tugasnya. Sememangnya dia rasa sangat kekok bila bergandingan dengan
Ilham saat dan waktu macam ni. Lebih-lebih lagi dengan situasi sedemikian rupa.
Dah lah rasa sedihnya dengan kenyataan Ilham tempoh hari masih lagi berbekas di
dalam hati, ditambah pula dengan adegan seolah-olah mereka ini suami isteri.
Lagilah dia rasa kekok tidak bertepi. Eh, tapi dalam realiti memang Ilham ni
suami dia pun kan?
“Irish,
awak kena lebih bersahaja. Anggap saja yang Ilham tu suami awak, dan budak
berdua tu anak awak okay? Boleh? Saya nak kan awak menjiwai perasaan itu,” arah
Mr. Zaki Som. Dia mahukan penonton rasa apa yang sedang berlaku dalam iklan
itu. Biarpun hanya sekadar iklan.
“Tak
payah nak anggap aku ni suami kau. Memang aku ni betul-betul suami kau yang
sah!” Ilham berbisik di telinga Irish. Perkataan betul-betul dan sah itu ditekankannya.
“Saya
bukannya ada kena mengena dengan awak kan? Saya ni kan peminat awak jer. Ooops,
atau mungkin bekas peminat,” Irish memulangkan paku buah keras terhada
kenyataan akhbar yang pernah dibuat Ilham.
Ilham
terdiam.
Irish
meneruskan tugasnya. Tidak mahu dia melayan Ilham pada hari ni. Apa yang dia
tahu, dia harus menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin. Itu sahaja.
Tiba-tiba rasa menyesal bertandang di dalam dada kerana datang ke sini pada
hari ini.
“Okay,
ready for take. 1..2..3.. Action!”
Ilham
dan Irish membawa watak yang diberi dengan sehabis daya. Tampak secocok dan
sepadan Dahlia serta krew yang lain melihatnya. Masing-masing sudah tersenyum.
Ada juga yang berbisik-bisik tentang wajah Irish iras-iras dengan wanita yang
diselamatkan Ilham seperti yang dikhabarkan dalam akhbar baru-baru ini.
“Okay. Good job everyone! Irish, you look so gorgeous tadi. Sorry kalau I ada marah-marah you. I Just jalankan tanggungjawab sebagai director,” puji Mr. Zaki Som sambil
meletakkan tangannya di bahu Irish. Lama! Irish dihurung rimas.
“Kenapa
lah orang tua ganyut ni nak main pegang-pegang bahu. Sekali aku takik kepala
dia, baru dia tahu,” desis Irish sambil menjarakkan dirinya dari Mr. Zaki Som.
Tidak selesa dia diperlakukan sedemikian rupa.
Bagi
Ilham pula, terasa kelakiannya dicabar hebat bila melihat Mr. Zaki Som ni
suka-suka hati memegang bahu isterinya dengan agak lama.
“Thanks Mr. Zaki Som,” Irish hanya
tersenyum sambil membuka langkah untuk berlalu.
Pap!
Tiba-tiba
dia merasakan punggungnya disentuh oleh seseorang. Pantas dia menoleh.
Ilham
yang perasan akan hal itu sudah rasa tidak puas hati. Boleh pula Mr. Zaki Som
ni menggatal dengan isterinya sesuka hati. Dia sendiri tidak pernah berbuat
demikian, inikan pula orang lain yang tidak ada hubungan langsung dengan Irish.
Ini yang membuatkan dia terasa dayus ni. Kali ni Ilham mara. Tangan dikepalkan
untuk mengeluarkan segala jurus silat yang dipelajarinya untuk melindungi Irish
Adrina. Pantas Ilham meluru ke arah lelaki itu. Tapi, belum sempat dia buat apa-apa,
dia melihat Mr. Zaki Som sudah jatuh terduduk sambil menjerit kesakitan.
“Argh!!!!!!”
Jerit Mr. Zaki Som. Semua mata tertumpu ke arahnya.
“Padan
muka kau! Dasar tua miang. Kau ingat aku senang-senang kau nak buat main. Silap
besar lah!” Irish terus berlalu pergi. Puas hati dia dapat keluarkan tendangan
padu dia di bahagian keramat lelaki tua tu. Biar dia tahu siapa Irish Adrina.
Huh!
Dua
orang kanak-kanak iaitu Syaza dan Afif tergamam dan sedikit pelik dengan apa
yang terjadi di hadapan mereka. Ibu mereka yang sedari tadi menemani mereka dan
turut menyaksikan kejadian itu mengambil tindakan dengan menutup mata
kanak-kanak itu. Tidak mahu Syaza dan Afif meniru aksi yang dilakukan tadi.
Sangat bahaya.
Ilham
dan Dahlia pula sudah tergamam. Disusuli dengan gelak tawa yang besar. Dia
tidak tahu pula yang Irish ni belajar seni mempertahankan diri. Betul-betul
padu dia bagi lelaki tua ni tadi. Padan muka. Ilham menghampiri lelaki tua tak
sedar diri itu.
“Lain
kali jangan nak kacau isteri orang. Kan dah kena!” Ilham pantas meninggalkan
lelaki tua itu dan mengikut langkah Irish dan meninggalkan Dahlia serta
krew-krew yang lain. Semuanya tergamam melihat keberanian Irish. Masing-masing
macam tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh pandangan mata.
“Hai
Puan Irish. Boleh kenal?” sapa Ilham yang sudah berada di sebelah Irish. Kedua
belah tangan dimasukkan ke dalam kocek. Rambut disisir tepi. Persis gaya lelaki
remaja yang ingin mengorat si anak dara.
Irish
pula hanya memberikan jelingan tajam kepada Ilham. Ni mesti kes saja nak
naikkan darah dia lah ni.
“Takkan
dengan aku pun kau nak marah? Okay, aku minta maaf fasal kejadian hari tu,”
Ilham kembali mengusik. Suka pula dia bila melihat Irish buat muka sebegitu
rupa. Makin comel, kata hatinya. Irish yang geram dengan Ilham mula
menghentikan langkah kakinya.
Irish
menoleh.
“Awak
ingat saya kisah dengan kenyaaan tu? Lagi satu, awak kalau tak nak rasa macam
mana si tua tadi tu rasa, baik awak pergi,” kata Irish lalu berpaling untuk
meneruskan langkahnya. Dah lah orang tengah geram, saja lagi nak tambahkan
geram!
“Aik,
takkan dengan suami sendiri pun kena juga kot?” Ilham sudah tergelak. Makin
besar gelaknya bila dilihatnya Irish menjeling tajam kepadanya. Dia mahu cuba
menjernihkan kembali hubungannya dengan isterinya itu.
Irish
yang semakin geram, apa lagi terus saja mempercepatkan langkahnya. Tak kuasa
dia nak layan Ilham. Buat geram lagi adalah.
Ilham
yang melihat Irish semakin laju meninggalkannya tidak mahu rasa mengalah! Terus
dia berusaha menyaingi langkah wanita itu. Apabila sudah semakin hampir, Ilham
memegang bahu isterinya sebagai tanda untuk berhenti. Namun sayang seribu kali
sayang, entah macam mana silapnya Ilham terlanggar seseorang dan membuatkannya
hampir terjatuh ke hadapan. Tanpa dipinta dia terpegang punggung Irish.
“Err,
alamak,” desis hati Ilham.
Irish ternyata terkejut dengan tangan
yang menyentuh punggungnya. Dia lantas berpaling dan mula mengeluarkan tindakan
refleks. Kakinya dibuka dan tendangan keramatnya buat kali kedua kena tepat ke
arah Ilham. Pembetulan, kena tepat ke arah kawasan keramat Ilham. Sama seperti
Mr. Zaki Som tadi. Apalagi, menjerit bukan kepalanglah Ilham. Jatuh terduduk
lelaki tu menahan sakit teramat perit.
“Argh!!!”
“Oops!”
Irish
tersedar dari apa yang dilakukannya. Dia
kaget dengan kejadian yang berlaku itu. Tapi, dia tidak tahu apa yang
harus dilakukannya. Dia tidak berniat langsung hendak menyakiti Ilham, apatah
lagi di hadapan orang ramai seperti ini. Lagipun, dah memang tu tindakan
refleks jika ada yang menyentuh punggungnya sebegitu. Maka, dia pun terbukalah
tendangan keramatnya. Ter okay! Bukan sengaja!
Mereka
yang lalu lalang di kawasan itu mula mengerumuni Ilham yang baring dihurung
malu. Masing-masing cuba untuk membantu Ilham bangun. Tidak kurang juga yang
mengambil gambar Ilham dalam keadaan begitu. Melihatkan Ilham yang
terkulat-kulat menggagahkan diri untuk bangun makin membuatkan Irish takut. Dia
pasti Ilham akan buat sesuatu kepadanya selepas ni. Dia tidak mahu Ilham
menarik tangannya dan membawanya ke kondominium mewah seperti dulu lagi. Jadi,
apa yang perlu dia lakukan? Dia memandang kiri dan kanan. Hanya satu yang idea
yang difikirkan. Lari!!
Irish
tercungap-cungap. Nafasnya mendesah hebat. Segera dia menutup pintu pejabatnya.
Siap kunci lagi tu. Gelabah punya fasal. Apa yang harus dia lakukan sekarang
ialah bertenang. Tarik nafas, turun. Tarik lagi, hembus. Lega sikit rasa
hatinya kini. Rasa bersalah, takut, simpati, dan sedikit kelakar bercampur baur
dalam dirinya. Sememangnya dia tidak sengaja melakukan perkara itu. Pasti Ilham
malu besar. Sah, lepas ni pasti keluar berita ini di dalam blog, Facebook dan
semestinya di dada-dada akhbar.
Laju saja tangannya membuka laman Facebook di
komputernya. Dibukanya halaman Hiburan
Kini di dalam Facebook, dan dia mencari-cari berita terbaru tentang Ilham Aizat
yang baru saja berlaku tadi. Matanya terhenti pada satu tajuk.
“Ilham
Terbaring Kesakitan Di Khalayak Ramai”
Irish
terpana. Apa yang dibayangkannya menjadi nyata. Berita itu sudah keluar di
dalam media. Lagi lah serba salah Irish rasa. Memang dia sudah jangka benda
macam ni sekejap saja jadi sensasi. Macam mana ni? Nasib baik mukanya tidak ada
di dalam gambar itu. Lega rasanya! Mesti orang yang mengambil gambar tu terlalu
obses untuk fokus kepada Ilham sampai tak perasan Irish sudah jauh ke hadapan.
Bunyi
ketukan pintu pejabatnya yang bertalu-talu membuatkan Irish lebih gelabah.
Siapa tu? Takkan Ilham kot? Dalam fikiran Irish sudah membayangkan yang
bukan-bukan. Sumpah, dia takut.
“Irish, kenapa awak kunci pintu ni. Awak buat
apa tu?” Puan Zulaikha mengetuk-ngetuk pintu pejabat Irish sambil memulas-mulas
tombol pintu itu beberapa kali. Lega hati Irish buat sementara waktu. Ingatkan
siapa lah tadi.
“Eh,
puan. Sorry. Saya tengah betulkan
kain tadi, tu yang kunci pintu,” tersenyum-senyum Irish memberi alasan. Dalam
banyak-banyak hal, kain yang difikirkannya. Bantai jer lah. Takut punya fasal.
“Saya ingatkan apa lah tadi. Ni, saya nak
tanya, macam mana dengan iklan tadi. Semua okay?” Soal Puan Zulaikha. Sebenarnya
itu hajatnya bertandang ke bilik Irish. Untuk bertanyakan perihal pengambaran
iklan tadi.
“Semuanya terbaik puan. Tip top! Lepas ni mesti meletup iklan tu,” Irish berkata dengan
penuh yakin. Menyembunyikan gundah di dalam hati.
“Kamu balik seorang jer, Dahlia mana?” Pelik
pula Puan Zulaikha bila melihat Dahlia tidak ada sama. Sepatutnya mereka berdua
bersama-sama ada di sini.
“Dahlia kat sana lagi rasanya. Saya
balik awal ni pun sebab nak semak design
yang budak-budak freshie tu baru
hantar. Kena lihat betul-betul ni puan,” tersengih-sengih Irish menjawab.
Takkan dia nak bagi tahu Puan Zulaikha yang dia balik sebab menggelabah.
Bahaya, bahaya!
“Okaylah kalau macam tu. Sambung kerja awak,”
Puan Zulaikha sudah berlalu pergi.
Lega
hati Irish. Nampaknya bolehlah dia menenangkan dirinya sebentar dan kembali
menyemak rekaan yang baru dihantar kepadanya tadi. Perasaan gelabah dibiarkan
reda seketika. Kerja yang ada harus disiapkan secepatnya.
Irish memberhentikan keretanya di hadapan
rumah ibunya. Pelik betul dia melihat kasut Bonia yang terletak elok di depan
pintu rumahnya ini. Kelihatan juga
kereta Audi RS 5 Cabriolet berwarna merah terparkir elok di ruang parkir
rumahnya ini. Mungkin kereta baru abangnya. Irish bukan tidak tahu perangai
abangnya Irsyad yang gemar bertukar kereta. Nasib baik abangnya tu suka tukar
kereta saja, kalau suka tukar perempuan memang amat bahaya. Sudah pasti akan
dibalun dengan kakak iparnya. Eh, kejap, nak kata ni kasut abangnya pun, tidak juga. Abangnya
tidak berapa suka dengan kasut yang rekaannya tajam ke depan seperti Aladdin
ni.”
“Hai sweetheart,
baru balik,” sapa satu suara.
Pantas Irish menoleh ke arah sofa di ruang
tamu rumahnya itu. Terkejut bukan kepalang dia bila melihat Ilham duduk elok
bersandar di situ sambil tersenyum-senyum melihatnya. Mindanya ligat memproses
apa yang harus dilakukan.
“Alamak,
macam mana dia boleh ada di sini?”
Ideanya
mula datang.
Lari!
Yes! Lari! Irish mula berpaling ke
pintu.
“Nak lari ke mana Puan Irish Adrina. Tak
nak salam suami kau dulu ke? Atau kau nak main tendang-tendang lagi?” Ilham
sudah mula mendekat. Satu persatu langkah itu menuju ke arahnya. Kini ini,
Irish begitu gelabah kerana Ilham berhenti betul-betul di hadapannya.
“Atau kau takut aku buat apa-apa dekat
kau?” Ilham bersuara romantis sambil mendekatkan wajahnya ke telinga Irish. Jarinya
ligat bermain di pipi mulus itu. Desahan nafas Ilham yang berombak kuat
kedengaran di telinga Irish.
Irish semakin resah. Dia tersepit di
antara Ilham dan dinding rumahnya. Apa yang perlu dia lakukan? Adakah kedatangan Ilham ke sini semata-mata kerana kejadian tengah hari tadi?
p/s: Assalamualaikum kawan-kawan. Maaf..Saya dapat update novel KAHWIN DENGAN ROOMMATE?! sampai BAB 18 sahaja..Setelah hampir 4 bulan saya post di blog. Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi follow cerita ni dari mula. Saya mohon ampun dan maaf jika selama saya post novel ni banyak buat kawan-kawan tertunggu-tunggu, post bab pendek dan sebagainya...Sorry ya.. :)
Saya sedang menunggu jawapan dari pihak penerbitan. Semoga keputusannya baik..Nerves plak rasa..huhu..Tolong doakan novel ini berjaya diterbitkan ya..Amin.. In syaa Allah saya akan post novel baru di blog ni. Masih lagi dalam pembikinan..Wish me luck..Amin :)
22 comments:
Hahaha.. ilham ni pn jgn la kasar sgt cer pikat irish tu btl2.. dear writer gud luck.. ♡
Abby sha,.
hahaahaha.. kan..ntah apa2 Ilham tu.padan muka..thanks abby :)
ooo..yeke..ok..saya akan tunggu kemunculan novel ni..apepn ilham tu romantik la ckt ye...hihi
saya memang follow blog ni sjak dri bab 1 lg..
best giler....
x sabar nk tnggu di bukukan..
sy msti beli la...
gud luck BALDU MERAH...
sesekali keluarkanlah teaser ye dik
Saya harap novel awak akan diterbitkan Amin.lepasni awak bagi teaser pulak
Ira Imani..
hehe.. kannnnnn...kasar sgt Ilham ni..huhu..btw, thanks sudi baca :)
Wanita Melayu..
Ya Allah!!!! Thanks sgt sudi follow novel ni dari bab awal..sgt terharu..thanks again..tlg doakan ya.. Amin :)
Anonymous..
In syaa Allah akan cuba keluarkan teaser nnti..thanks sudi baca :)
Anonymous..
Amin..thanks ya..In syaa Allah akan keluarkan teaser nnti.. :)
ok best.. gud luck ye untuk penulis.. jgn lupe maklumkan kat fb kalau novel dah publish..
Carl Laksamana..
Alhamdulillah..thanks sudi baca.. in syaa Allah :)
X sabar nak tnggu novel nie kluar.. Jgn lupe update teaser ea.. Hehe
Miezah Iris..
In syaa Allah..thanks ya.. :)
saya fall in love dengn certa ni . bila ye boleh terbtkn buku ni ? hope sempt beli nnt . agakagak bulan 9 da publish belum ye akak ?
Rabiatul Adawiah.
terima kasih sgt2 sbb support karya ni, sudi baca karya ni..terima kasih..tak tahu lagi..doakan agar segala urusan karya ni dipermudahkan ya..Amin :)
Semoga bakal dtrbitkn .. xsbar nk tunggu dn bli hehe
Cerita ni mmg best....x sabar rasanya nk tgu novel ni keluar.
Nanti diterbitkan jngn lupa update😚
Novel ni dh diterbitkan ke belum?
Love this novel..dah publish ke novel nie??..hope cpt publish tk sbar nk beli
bila nk keluar? dh lama sgt tunggu novel nie 😫
Post a Comment