Thursday 9 October 2014

MY HANDSOME NERD (BAB 5)

Opie terkinja-kinja menyelinap masuk ke dalam bilik Seri. Dia nekad dengan rancangannya. Geram betul bila memikirkan segala pujuk rayunya tidak berhasil. Apa yang susah sangat kawan baiknya itu hendak menyertai program yang diwar-warkannya? Hanya isi dan hantar. Senang. Slip gaji pun hanya perlu buat salinan dan kepilkan pada borang. Gambar penuh hanya perlu tepek jer. Selesai. Ada rezeki atau tak, itu belakang cerita. Huh! Memang dia geram dengan Seri. Geram!

            Jam dinding di ruang tamu dikerling. Nampaknya waktu-waktu macam ni, Seri belum balik. Ya, dia ada peluang! Pintu bilik Seri ditutup perlahan dan dia mula menyelongkar ke dalam laci yang menempatkan dokumen-dokumen milik Seri.

            “Mana pulak lah minah ni letak slip gaji dia. Hish, leceh lah!” Bebel Opie. Sudah beberapa minit dia menyelongkar, namun bayangan slip gaji itu tetap juga tidak dia temui. Ini yang menambahkan geram di hati. Rasa macam malas pula nak ajak Seri turut serta. Namun, alang-alang dia dah melangkah ke dalam bilik Seri, dia harus selesaikannya.

            “Ha! Jumpa pun,” Opie terkinja riang bila helaian kertas itu dijumpainya di balik dokumen di dalam laci. Dengan pantas dia menutup laci itu, dan dengan kadar yang segera, dia berlalu keluar dari bilik.

            “Assalamualaikum, Opie. Aku dah balik,” sapa suara dari luar.

           “Alamak, Seri dah balik!” Terbeliak biji mata Opie saat mendngar ucapan salam daripada Seri.

Matanya dikerling ke arah jam dinding bilik Seri yang berwarna biru laut itu.

“Awalnya minah ni balik. Miss Izzi ni baik bebenor bagi dia balik awal,” bebel Opie sendirian.

“Opie, kau kat mana? Senyap jer,” sapa Seri dari luar. Kelihatan suara itu semakin kuat menuju ke arah bilik.

“Aduh, aku nak buat apa ni, buat apa?” Opie gelabah. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan. Mindanya ligat berfikir.

“Ha, sini pun bolehlah!” ujar Opie.  Dilihatnya tombol pintu hendak dikuak dari luar.  Dengan pantas dia menyelinap masuk ke bawah katil bersaiz Queen milik Seri.

“Pergh, bapak ar! Banyak habuk weh,” gumam Opie di dalam hati. Menyesal pula rasanya bersembunyi di bawah ini.

“Manalah pergi si Opie ni, tengok dalam bilik tak ada. Motor pulak terpacak kat luar tu. Tak kanlah berjimba-jimba naik kereta si Leman poyo tu?” fikir Seri. Hatinya tertanya-tanya di mana keberadaan Opie.

“Aku kat bawah katil kau lah weh. Cepatlah kau pergi mandi ker, makan ker, buat tarian zapin kat ruang tamu ker, yang penting bukan dalam bilik ni,” jawab Opie di dalam hati. Dia sudah tidak tahan. Dia memang alah dengan habuk. Mudah baginya diserang selsema.

“Alamak, aku rasa nak bersin,” Opie sudah tidak tahan. Sedaya updaya dia cuba menutup hidungnya.

“Lantaklah, nanti dia balik lah tu. Ala-ala macam kucing. Hilang pun ,tetap balik juga. Baik aku mandi,” ujar Seri. Dia terus melangkah keluar.

ACHIUM!!!

“Fuh, nasib baik kau blah cepat. Kurang asam gelarkan aku kucing,” ujar Opie. Dia terus saja berlalu keluar dari bilik Seri. Nafasnya dihela kuat,. Mujur dia tidak ketahuan menyelinap masuk pada hari ini.




Malam itu Harith perlukan ketenangan. Dia perlu membentangkan proposal-nya pada esok hari. Dia gerun bila memikirkan proposal-nya ditolak oleh penyelia. Apa yang diperlukan esok sudah selamat dia sediakan. Apa yang dia perlukan kini ialah ketenangan. Dia perlukan itu untuk memperoleh sedikit kekuatan untuk meyakinkan penyelianya tentang kajiannya itu.

Kereta Proton Persona itu diparkir elok di sebuah restoran. Mujur sahaja rakan baiknya Aqil Arham sudi menemaninya di sini. Rakan baiknya sewaktu belajar di luar negara itu cukup memahami dirinya.

“Bro,” sapa satu suara.

Harith segera menoleh.

“Wei Aqil. Lama tak nampak kau. Mana menghilang?” soal Harith kepada suara itu. Dia yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam restoran itu, terus mendakap erat sahabat karibnya.

“Aku macam ni jer lah. See? Makin tough tak?” gurau Aqil. Seperti masuk bakul angkat sendiri.

“Hahaha. You`re the lucky one man. Dah hari-hari kau main gym, mana badan kau tak macam ni. Fitness Instructor lah kata kan,” gurau Harith pula dengan nada suara dileret-leret.

“Hei, kau pun sama bro. Even…” Aqil memandang sebentar rakan karibnya itu dari atas ampai bawah, sebelum menyambung.

Even kau nampak masih nerd, tapi badan kau still maintain. Sambil study, sambil buat biseps huh?” soal Aqil pula. Harith di hadapan sudah tergelak besar. Sempat lagi kawan dia ni mengenakannya.

We`re man bro. Study pun study. Badan kena jaga,” jawab Harith. Mereka berdua berlalu ke arah satu meja yang agak tersorok di situ.

Sure bro. Our asset right? By the way , mana Audi kau? Lama gila aku tak lenjan kereta kau ke hulu hilir.

“Ada kat rumah. Malas aku nak bawak. Aku sekarang pakai Persona kalau nak pergi mana-mana. Lagi senang,” jawab Harith. Memang sudah menjadi sifatnya, tidak berapa suka menunjuk-nunjuk harta kekayaannya kepada khalayak.

“Hahaha, bagus. Itu lah kau yang membuatkan aku tabik. Tak menunjuk! Tabik spring!” ujar Aqil sambil membuat tabik hormat.

Tak lama selepas itu, datang seorang pelayan wanita mengambil pesanan mereka. Harith membelek-belek menu lalu memesan minuman kegemarannya.

“Jus tembikai satu,” pinta Harith.

“Fresh orange, “pinta Aqil pula.

“Makan?” soal pelayan itu.

No," masing-masing serentak menggeleng.

Pelayan itu mengangguk kemudia berlalu. Namun baru beberapa saat dia melangkah, Harith sudah memanggil.

“Cik..” panggil Harith menggamit pelayan kenit itu hampir ke meja mereka.

“Jus tembikai tu, pastikan basuh dulu..Lepas tu biji yang warna-warna hitam tu buang ya..Saya tak suka. Oh ya, pastikan letak air gula 1 sudu besar jer..Tak nak lebih,” pinta Harith. Pelayan itu tercengang mendengar permintaan harith. Aqil pula hanya tersenyum. Dia tahu sangat perangai rakan baiknya itu.

“Lagi encik?” soal pelayan itu.

No..thank you,” ujar Harith. Pelayan itu lantas kembali ke dapur.

“Oh ya..wait,” panggil harith sekali lagi. Pelayan itu pantas memalingkan wajahnya ke arah Harith.

“Ya encik?”

“Pastikan guna air masak ya..Tak nak air paip,” ringkas dan padat arahan daripada Harith membuatkan pelayan itu menggangguk kemudian masuk ke dalam dengan wajah berkerut seribu. 




Mata Seri melilau. Ke kanan dan ke kiri. Dia bosan. Pelanggan tidak berapa ramai yang datang ke restoran tempat dia bekerja ini. Hendak membasuh pinggan, semua sudah selesai. Hendak mengambil pesanan pelanggan, Liza dah uruskan. Jadi, dia hanya duduk di salah satu kerusi di hadapan kaunter pembayaran itu.

TING!

Bunyi loceng menandakan pesanan sudah siap. Seri pantas bergerak dan mula berkira-kira hendak menghantar pesanan itu. 

“Eh Seri, pesanan ni aku yang ambil. So, biar aku hantar,” pintas Liza.

“Eh, tak payah. Aku ikhlas ni. Lagipun bosan lah tak ada buat apa-apa kerja.”

“Eh, tak apa lah. Ni kan tugas aku.  Kau ni rajin sangat lah Seri. Kau tahu tak customer tu cerewet gila. Dah lah cerewet, skema pulak tu. Geram aku. Geram!” jawab Liza semula.

“Mana dia? Mana?” aju Seri. Liza seraya menunjukkan lokasi pelanggan itu yang terletak di sudut meja belakang.

“Tak apa..Biar aku handle,” jawab Seri setelah melihat susuk tubuh pelanggan itu yang membelakangkannya.

“Yalah, thanks Seri,” jawab Liza serba-salah. Memang Seri ni seorang yang rajin.  Dia bukan tak tahu kepayahan hidup Seri. Ternyata wanita itu seorang yang tabah. Memang patut Abang Zali jadikannya sebagai pekerja kesayangan.




“Kau masih sambung Phd kau ker bro?” soal Aqil.

Yup..and guess what? Esok aku kena bentang proposal!” sahut harith membuatkan Aqil menjadi teruja.

“Wow, dah tu kau boleh duduk berjimba dekat sini. Apa kes?” 

Well, aku dah siap semuanya. Cuma, I need some rest. So, tu fasal lah aku telefon kau. To cheer me up,” balas Harith.

“Okay lah kalau dah siap. Takut jugak aku dengar kalau belum prepare apa-apa,” ujar Aqil.

“Mana pula order ni? Tekak aku dah haus bercerita dari tadi, ujar Hrith. Dia sudah bangun dan mahu memusingkan badan untuk memanggil pelayan tadi bagi bertanyakan tentang pesanan mereka.

Saat dia bangun, tiba-tiba tubuhnya dilanggar seorang pelayan yang baru sahaja datang ke meja mereka. Aqil yang baru nak menegur Harith tentang kedatangan pelanyan itu turut terkejut dengan insiden yang berlaku.

“ Maaf encik. Maaf. Saya tak sengaja, saya ganti baru ya. Encik okay tak? Encik nak tukar baju ker, seluar ker, atau nak saya ganti baju baru ker, encik cakap jer berapa harga semua tu. Nak tolak duit gaji saya sampai saya tua pun, saya tak kisah. Encik cakap jer. Jangan segan,  jangan silu,” jawab Seri pantas. Dalam keadaan kalut, dia memang akan bercakap selaju mungkin. Sumpah dia takut. Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku selama dia bekerja di sini. Habislah jatuh reputasi dia. 

Harith mengusap-usap baju putih miliknya yang selamat menjadi mangsa tumpahan Jus Tembikai yang dipesannya tadi. Saat dia mengangkat kepala, dia terkejut. 

“Awak?” ujar Harith dengan pandangan mata dibesarkan.

“Err… awak?” ujar Seri takut-takut. Tanpa semena-mena dia teringat insiden di depan Padi House dulu.

“Mamat skema ni lagi. Aduh, apasal lah dia makan kat sini. Jangan kencing lagi sudah,” bisik hati Seri.

“Wowowo..Minah ni mengutuk aku dalam hati. Nak kena ni,” monolog Harith di dalam hati. Semuanya dia dapat baca. 

“Mana manager awak?” ujar Harith. Suaranya ditegaskan. Dia mula merancang untuk mengenakan wanita ini.

“Ya encik. Boleh saya bantu?” tegur Zali. Dia dapat merasakan seperti akan berlaku kekecohan sebentar lagi. Mujur dia datang tepat pada masanya.

Harith memandang Zali dan Seri silih berganti. 

“Alamak, mamat skema ni nak buat apa? Kan tadi aku dah minta maaf. Kecohlah,” bisik Seri di dalam hati lagi. Harith sudah tersenyum. Semuanya dia dapat baca. 

You better watch out…” desis hati Harith.

6 comments:

Ixorariana said...

Baldu Merah, bila nak up sambungan ni? Lama tunggu.. Huhu

Unknown said...

best ! asyik tergelak saya baca.. x sabar nk miliki novel ya.. thank penulis.. :-)

Linakhtar said...

waa...penulis novel yang hebat ni... cerita yang menarik...thanks tergelak sensorang mommylina baca tadi...

salam perkenalan dari mommylina

cik ketam said...

Best la..xde smbungan lg ke..hihi
xsabar nk bca

na said...

Nk tny... novel what kawin nga rommate da dibukukn ke???

Anonymous said...

Beginner's Guide to Baccarat - Wolverione
This 바카라 사이트 guide will teach you 카지노 how to play Baccarat, the most popular card game 제왕 카지노 in America. If you're unfamiliar with American cards and you're unfamiliar with